Blogger templates

Jan 26, 2013

Lego Fun With Vehicles - 4635

Asyik tunjuk pemainan Lego Abang Long dengan Kak Ngah aje kan, permainan Lego untuk Adik takde ke? Dah namanya buy 1, get 2 more, mestilah untuk Adik tak ketinggalan jugak. Ikutkan Adik bukanlah jenis memilih / choosy sangat sebenarnya, apa rupa bentuk Lego yang mama papa pilih, dia redha je (bagus kan Adik ni? Tak peningkan langsung kepala mama papanya). Yang penting, Lego yang dibeli mesti menepati ciri-ciri idaman Adik iaitu Lego jenis kenderaan / vehicles (peminat F1 lah katakan). Takkanlah mama papa nak beli Lego jenis Princess kot ye pun (hehehe.... automatik nanti Lego bertukar milik dekat Kak Ngah). Macam mana pun proses pembinaan terpaksa dilakukan oleh papa selaku General Manager Project (eceh...) Manakala mama selaku Reporter cum with Cameraman je.

Anyway inilah koleksi pertama Lego milik Adik iaitu Lego Fun With Vehicles - 4635. Harganya ialah RM129.90 dekat Toy r Us. I tak sure kalau dekat tempat lain harganya maintain sama atau lebih murah (tapi kalau korang tahu ada tempat yang jual Lego dengan harga murah, share lah dengan i ye. Tak baik kedekut simpan sorang-sorang tau). Untuk korang yang tengah cari hadiah untuk budak-budak lelaki berumur 4 tahun ke atas, i rasa inilah set Lego yang paling sesuai sekali. Sebab apa? Sebab dalam Lego Fun With Vehicles - 4635 ni je dah complete 5 jenis kenderaan pelbagai guna. Dahlah tu, selain dari kenderaan yang terdapat pada kertas instruction yang diberikan, korang jugak boleh create / cipta kenderaan jenis lain. Wahhh... best kan? Sebab tulah dekat kotak Lego Fun With Vehicles - 4635, dia ada mention perkataan Build and Rebuild (dah bina boleh bina lagi). Untuk dapatkan tambahan instruction untuk bina kenderaan yang lain bagi Lego Fun With Vehicles - 4635, korang klik pada link ini ---> Creative Lego dan pergi ke Building Instruction. Dekat situ ada disediakan 3 jenis kenderaan lain untuk korang download dekat komputer.


Apa yang ada dalam kotak Lego Fun With Vehicles - 4635

- 2 minifigures orang Lego.
- Tayar.
- Alatan workshop / bengkel.
- Kenderaan seperti kereta, trak, kereta lumba dan lain-lain.
- Lego brick separator / Alat memisahkan brick Lego.
- Termasuk 525 komponen brick Lego pelbagai warna.


Nak tengok lain-lain koleksi permainan Lego boleh pergi sini ---> Permainan Lego











p/s : minggu ni minggu kami jalan-jalan. Hoorey!!

6 comments:

  1. wahh best. cant wait to get one for JJ also, tapi rasanya pak dia jugak yg akan lebih beriya. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... standardlah tu Nastyna. Mainan budak-budak, yang over selalunya mak pak nya je :)

      Delete
  2. askum. nak start buat collections ker? wow! saya bagi anak2 mega blocks.... bila gaduh jer baling2... nasib takder domestic injuries.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Kiah.

      Hehehe... dah lama dah buat collection kak cuma tak berkesempatan je nak dokumenkan dalam blog. Kali nak letakkan setiap entry lego yang kita orang belikan untuk budak-budak ni semua :) Wahhh... dahsyatnya guna mega blocks main baling-baling. Takpe lepas ni akak belikan je dorang mainan soft toy mesti takde masalah. Hehehe

      Delete
  3. reena.. nk lego F1 murah gila beli la kat shell.. RM 12.90 jer satu.. ada 6 semuanya..

    sy dh collect 5, tinggal 1 je lum beli.. 2 dari 5 telah bertukar rupe kereta sebenar sebab anak2 ku yg sopan santun tu dh jatuh, dan ada part2 yg hilang.. huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah collect pun FAR. Complete gitu.... Tapi tak sempat nak buat lagi je. Hehehe :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)