Blogger templates

Jan 27, 2013

Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah

Kebiasaannya bila balik kampung halaman hubby di Kedah, i dan hubby selalu ambil peluang jalan-jalan dengan kamera Nikon kesayangan kita orang untuk rakamkan gambar-gambar menarik. Tempat yang menjadi favourite kita orang pulak, semestinya tempat-tempat bersejarah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi (perghhh... estetika tu...)

Dekat negeri Kedah ni pun sebenarnya kalau korang nak tahu, banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh buat lawatan rombongan Cik Kiah tau especially kalau dekat Bandaraya Alor Setar (alahai terasa kekok pulak, bila sebut Alor Setar sebagai bandaraya. Agaknya sebab tak rasa suasana Alor Setar tu macam dekat Kuala Lumpur kot. Eceh, eksen! Kehkehkeh). See, dah tak payah korang susahkan diri pergi jalan jauh-jauh. Jimat pun jimat (ayat penyedap untuk orang yang tak dapat pergi obersilah tew). Alaa... tapi ok apa berjalan dalam negara. Syok hape!

Macam mana pun i akui bila pergi tempat-tempat macam ni, feel keboringan lebih jelas terserlah berbanding pergi ke shopping complex (hahaha... jujur gila!). Tapi sekurang-kurangnya, banyak ilmu pengetahuan yang korang boleh dapat dan dalam pada masa yang sama rasai sendiri suasana yang pernah berlaku 100 tahun yang lalu. Mana tahu kan, satu hari nanti tempat-tempat bersejarah macam ni dah pupus ke. Lagipun setakat baca melalui buku je, takkan sama dengan pergi melawat dan tengok dengan mata kepala sendiri. Betul tak?

Untuk entry kali ni, i nak bawa korang jalan-jalan ke Tanjung Chali (atau dikenali sebagai Taman Persisiran Tanjung Chali). Lokasinya terletak di persisiran Sungai Kedah, dalam kawasan Pekan Cina dan lebih kurang 5 minit perjalanan dari Pusat Bandar. Di sini juga korang boleh menikmati permandangan menarik perkampungan di sepanjang Sungai Kedah melalui Menara Tanjung Chali. Manakala berhampiran dengan Menara Tanjung Chali terdapat dataran yang diberi nama Dataran Tanjung Chali yang digunakan untuk aktiviti tertentu.

Tapi sayangnya, i tengok kawasan ni kurang diberi perhatian. Keadaan sungai yang kotor dengan sampah-sarap, menara yang tidak diselenggara dengan baik dan keadaan taman berhampiran dengan menara Tanjung Chali yang tidak terpelihara menjadi faktor utama kenapa ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan Tanjung Chali. Walaubagaimanapun i happy sepanjang mengambil gambar / fotografi di sini. Banyak perkara menarik yang i lalui dan saksikan. Maklumlah orang bandar masuk kampung, jakun sekejap tengok macam-macam benda baru (bandar lah sangat kan? puiii). Hehehe...


Sejarah Tanjung Chali

Tanjung Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. Kawasan perniagaan ini ditubuh pada tahun 1920an adalah dari hasil kesedaran seorang putera DiRaja Kedah, YTM Tunku Yaakob, tentang kemunduran orang-orang Melayu dalam perniagaan.

Sekiranya orang-orang Melayu masih lagi tertumpu di bidang pertanian nescaya mereka tidak akan mencapai kemajuan. Orang-orang Melayu perlu diberi peluang bersama-sama dengan bangsa asing di dalam perniagaan. Pada peringkat permulaannya mereka digalakkan memasar ataupun menjual hasil-hasil pertanian mereka yang berlebihan dari kampung-kampung ke bandar. Berdasarkan kepada kesedaran itulah beliau telah membuka satu kawasan perniagaan di Tanjung Chali. Peringkat awalnya, perniagaan di Tanjung Chali itu diselenggarakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri dari 7 orang. Mereka ini dipilih daripada orang-orang yang berpengaruh dan dihormati oleh orang-orang kampung pada masa itu.

Kedudukan dan Peranan Tanjung Chali

Selain daripada memainkan peranannya sebagai sebuah pusat melatih orang Melayu dalam bidang perniagaan, Tanjung Chali juga merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu-perahu dan tongkang-tongkang yang keluar masuk dari luar dan dalam negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit, Terusan Wan Mohamad Saman dan Sungai Raja. Kapal-kapal atau perahu-perahu yang keluar masuk itu singgah di pelabuhan atau pengkalan di situ untuk memunggah dan membeli barang-barang dagangan.

Keterangan lanjut boleh didapati dari Mykedah2


Kesemua gambar di bawah menggunakan kamera Nikon D7000 dan Nikon D5100.















Penimbang gergasi. Kau hado?

p/s : Anyway, kalau korang pergi mana-mana dan perasan, ada sepasang laki bini masing-masing dengan kamera Nikon. Lepas tu jalan-jalan ambil gambar macam pelancong asing. Hah, tu kita orang lah tu! Hehehe...

6 comments:

  1. tak pernah sampai kedah lg sampai pun pegi langkawi je haha

    ReplyDelete
  2. kedah negeriku..cantik tempat2 ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. These kinda places la we'd like to see. ahaha statement last u tu mmg funny.

    ReplyDelete
  4. seronoknya jenjalan.. rajin betul g tmpat bersejarah.. sy ikut mood kalau nk pegi pun.. hihii..

    ReplyDelete
  5. oooooooooo...urg kedah, hubby U... !!!!

    ReplyDelete
  6. salam perkanalan sis..tgk gmbar2 ni buat sy tersangat rindu nk blik kg..huhu..yg kedai2 tu org sana pnggil pekan cina..sy slalu ke situ kt2 nk raya sbb memborong bahan2 utk buat kuih raya..haha

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)