Blogger templates

Apr 4, 2013

Pepper Lunch Express Malaysia

Hari ni i nak kenalkan dengan korang makanan baru yang simple, lain dari yang lain dan yang paling penting ianya mestilah sedap untuk dihadamkan oleh perut dengan jayanya. Selalunya, setiap kali bila makan dekat Food Court Rasa Food Arena KLCC. I selalu tertanya-tanya makanan apa yang dorang makan sampai ada kertas dekat keliling pinggan makan dorang ni. Punyalah rahsia sangat gayanya. Gara-gara menonjolkan aksi kepoh semacam dekat makan orang lain, tak pasal-pasal i jadi mangsa muka tak puas hati dorang. Hahaha! Alamak, malunya saya. Ala... kita nak tahu je, bukannya nak rembat makanan dia pun.

Sehinggalah pada satu hari tu, i ajak hubby untuk try-test-rasa makanan yang penuh rahsia kerajaan ni. Maklumlah kalau tiba waktu lunchFood Court Rasa Food Arena KLCC akan penuh memanjang dengan orang ramai yang kelaparan dan tak reti-reti bangun dari tempat duduk. Jadi bila dapat peluang makan dekat sini dalam keadaan lengang dan tenang. I memang tak lepaskan peluang langsung. Takde masa dah nak toleh kiri kanan lagik, terus menuju ke target utama kedai makan yang jadi perhatian i selama ni (yes!)

Entah macam mana bila sampai je dekat kaunter untuk buat order. Secara tiba-tiba i dan hubby jadi blur. Hahaha! Tadi bukan main lagik beriya-iya nak makan. Yelah, selalunya intai makanan orang lain, tu pun nampak sipi-sipi je. Kali ni bila dah nampak terang-terang depan mata, langsung tak sure mana satu yang paling best. Cari tanda 'recommended' dekat menu makanan tak nampak pulak (adeh! Dilema habis kita orang jadinya). Akhirnya i pilih makanan yang nampak paling menarik combination nya dekat dalam gambar. Dan tak sangka sangat inilah pilihan makanan yang paling meletop! Habis dah i promote dekat member-member office lain.

Seronok sebenarnya makan dekat Pepper Lunch Express ni tau kawan-kawan. Konsepnya lebih kurang, macam korang masak sendiri makanan korang atas iron plate panas. Motif kertas yang ada dekat sekeliling plate yang i ceritakan tadi dekat korang lebih bertujuan sebagai pelindung atau warning yang iron plate tersebut memang panas tahap dewa-dewa. Jangan korang pandai-pandai sentuh pulak kang melecur satu badan (eh! Ada orang sentuh pakai badan ke? Dah macam gaya buat stunt guling-guling atas iron plate gamaknya ni. Hahaha).


Latar belakang / Sejarah Pepper Lunch

Merupakan antara restoran makanan Jepun yang mempunyai rangkaian terbesar lebih 250 cawangan / outlets di seluruh Asia Pasifik. Meliputi negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan China. Pepper Lunch memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk dicuba.

Rahsia kelazatan Pepper Lunch ini ialah terletak pada penggunaan plat panas / iron plate yang direka khas dan dipatenkan. Malah ianya mampu dipanaskan dengan suhu 260ºC selama 70 saat melalui periuk elektromagnet. Suhunya akan kekal panas sehingga 80ºC untuk 20 minit dan menjadikan makanan lebih enak untuk dinikmati. Keadaan plat panas / iron plate ini juga memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap hidangan yang ingin disediakan bergantung bagaimana cara masakan yang anda kehendaki.

sumber : Laman Web Pepper Lunch Malaysia
olahan : Reenaonline


Alamat Pepper Lunch Express Suria KLCC :
Gerai 13A, Rasa Food Arena, Level 4
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-4010 1054

Antara lokasi Pepper Lunch yang lain di Malaysia ialah di Pavillion (i dah pernah try makan sini jugak), Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan One Utama.

Nak tahu alamat lengkap cawangan Pepper Lunch yang lain, peluang pekerjaan, tawaran menarik atau pun nak selak menu makanan yang disediakan. Apa kata korang jengah sendiri laman web / website Pepper Lunch Malaysia (confirm teruja).

FacebookPepperLunch-Malaysia


Cuma i rasa part tak best nya pasal Pepper Lunch ni ialah tang harganya. Bila tengok dari jenis hidangannya, takdelah complicated sangat. Setakat ada nasi, daging, jagung, keju dan semangkuk kecil sup. Ni kalau ada iron plate sendiri dekat rumah pejam mata pun boleh buat (ewah! Hehehe). Tapi sebab takde iron plate dan tak tahu dekat mana boleh beli iron plate. Sedap punya pasal, ku hulurkan jua duit walaupun mahal (tunjuk muka redha).

Harga dan pilihan menu hidangan i di Pepper Lunch.

Curry Beef Pepper Rice with Cheese  - RM12.50 (very recommended)
Spicy Beef Pepper Rice with Mushroom - RM12.50


Jom tengok gambar yang sempat i dan hubby snap di Pepper Lunch Express, KLCC nak?









p/s : Agak-agak korang, ada ke jual iron plate (ala-ala pun jadilah) yang boleh i beli dekat mana-mana ?

2 comments:

  1. tak nk komen pasal makanan tp... reena u mmg sweet laa

    ReplyDelete
  2. daging tu time dia gb mentah la ye reena? pastu kena tunggu dia masak depan mata kita.. adoih kalau lapar tahap gaban mcm mana ni..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)