Blogger templates

Apr 11, 2013

Tutorial Bekas Pen Magnet


Baru-baru ni i terjumpa magnetic notice board bersaiz kecil yang boleh dilekatkan dekat peti ais. Korang agak-agak dekat mana i beli magnetic whiteboard ni? I rasa kalau i tak cakap pun, korang dah boleh agak dekat mana i beli. Mana lagi kalau bukan dekat Daiso. Inilah satu-satunya tempat yang jual barangan cute untuk rumah atau pejabat tapi susah nak jumpa dekat kedai-kedai biasa yang lain.

Antara sebab kenapa i perlukan magnetic notice board dekat dapur ialah selain bertujuan memudahkan anak-anak i atau pun hubby tinggalkan sebarang nota / request / menu untuk i, memandangkan dapur adalah tempat pertama yang akan i tuju dalam rumah (hamboi... kemain kan dorang? Hehehe...) Magnetic notice board ini juga membolehkan i menulis mana-mana barangan dapur yang dah habis digunakan. So, bila nak keluar beli barangan dapur, tak payahlah kita orang nak check sampai dua tiga kali barangan mana yang dah habis. Hah, senang kan?

Bila dah ada magnetic notice board jadi masalah pulak kalau terpaksa capai pen maker (whiteboard maker pen) jauh-jauh. Kadang-kadang tu ada masanya sampai terlupa dekat mana letaknya pen maker. Jadi bagi mengelakkan masalah macam ni terjadi, i ambil inisiatif untuk sediakan bekas pen magnet yang boleh diletakkan berhampiran dengan magnetic notice board i tu. Ikutkan sebenarnya ada je jual bekas pen bermagnet ni dekat mana-mana kedai. Tapi apa salahnya kalau kita cuba buat sendiri. Bukan susah mana pun. Tak sampai 15 minit dah boleh siap. Yang paling best tak payah keluar duit sesen pun. Kan ke jimat-cermat.


Barang-barang yang perlu disediakan :

1. Tabung kecil - dapat dari party gift kawan anak i (mama pinjam guna ye sayang. Hehehe...)
2. Magnet - lebihan fridge magnet yang tertanggal.
3. Gam UHU
*Tips untuk memastikan gam UHU boleh disimpan lama, korang letakkannya dalam peti ais. Insya-Allah gam UHU korang takkan keras dan boleh digunakan lama*



Cara-cara / Tutorial Bekas Pen Magnet :

1. Tanggalkan penutup tabung.
2. Letakkan gam UHU pada magnet dan lekatkan pada bahagian tengah 'badan' tabung tadi. Bagi memastikan magnet tersebut melekat dengan jayanya dan mempercepatkan proses menunggu gam UHU tersebut kering. Korang boleh gunakan hair dryer.
3. Taraaa... dah siap. Cepat gila kan? Maka terhasillah bekas pen magnet cute. Lepas ni confirm dah tak sepah lagi (yeay!) Nak share letak senduk pun boleh jugak kot. Hehehe...






Tengok tu, ada dua orang budak kecik yang sibuk rasmikan dulu sebelum mama. Sabar ajela. Hehehe...


p/s : Perasan tak gambar arnab yang ada dekat peti ais i tu, nama dia Brownie. I bela dia since umur 5 hari lagik (dari tahun 2003). Semenjak Abang Long lahir, i dah serahkan Brownie dekat anak saudara i. Rindu dekat Brownie.

5 comments:

  1. tulisan tangan tu maintan sama masa zaman sekolah dulu... hehee!

    ReplyDelete
  2. kreatif betoi la Pn.Reena kita ni tau

    ReplyDelete
  3. ya betul la, tak terpikir pulak..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)