Takutkan kalau terbaca suratkhabar pasal hal-hal kecurian ni? Yang paling buat aku takut kalau pencuri tu pengapa-ngapakan tuan rumah yang ada dalam rumah waktu kejadian curi tu. Haishh~kalau nak mencuri sekalipun toksahlah sampai kau pengapa-apakan orang tu. Dah tu siap kelar dan bunuh lagik tuan rumah yang sedia malang tu. Apalah nak jadi agaknya, kejam gila aku rasa ;____; mengalahkan werewolf pulak!
Dekat opis aku je ni baru-baru ni, dah dua orang colleague aku yang rumahnya kena masuk pencuri. Sorang, pencuri ni masuk waktu dia ada dekat dalam rumah lebih kurang pukul 4:00 pagi *takut gila aku dengar pengalaman colleague aku yang ni lebih-lebih lagik sebab dia ni pregnant* dan sorang lagi waktu dia pergi kerja *yang ni siap hilang kereta honda accord hokeh~huhuhu nangis tak henti-henti kalau jadi dekat aku ni~*. So, korang nak dengar story aku pasal colleague aku ni tak? Ok, aku cerita dulu yang pencuri masuk waktu dia ada dekat dalam rumah tu k.
"source from google"
Kejadian Satu:
Aku namakan dia Kak M hokeh :) Mengikut cerita Kak M, waktu kejadian ni, dia ada dekat kampung. Kiranya rumah yang masuk pencuri ni rumah mak ayah dialah. Waktu tu, lebih kurang pukul 4:00 pagi Kak M terdengar macam bunyi benda jatuh dengan kuat dekat tingkat atas dan suara ayahnya menjerit 'Allahu Akbar'. Kak M ni pulak, tidur di tingkat bawah dengan anaknya *husbandnya takde dekat rumah waktu tu*. Even terkejut dengar jeritan ayahnya tu, Kak M tak terus keluar bilik untuk periksa apa yang berlaku tapi dia tunggu sehingga emak atau maid dia datang untuk maklumkan kepada dia. Bertambah pelik lepas ayah Kak M menjerit Allahu Akbar, rumah tu sunyi-sepi macam takde apa-apa berlaku. Selang 10 minit Kak M rasa macam tak sedap hati, macam ada benda yang tak kena berlaku dalam rumah tu. Nasib baik, anak Kak M tidur nyenyak tak sedar apa-apa yang berlaku. Jadi, senyap-senyap Kak M, buka pintu biliknya dan mengintai keluar. Secara tiba-tiba Kak M nampak satu lembaga hitam *kata Kak M sebijik macam rupa pucong huhuh~ takuttt!!* tengah melihat keluar rumah. Berderau darah Kak M bila tengok apa yang dia nampak. Cepat-cepat Kak M rapatkan pintu bilik dan kunci. Waktu tu, barulah Kak M sedar rumah mak ayahnya masuk pencuri. Secara kebetulan bilik tingkat bawah tempat Kak M duduk ni, tersembunyi sikit dari pandangan orang dan laluan ke bilik ni takde lampu. Mungkin sebab tulah, pencuri tu tak sedar kewujudan bilik tu dekat bawah sebab kebanyakan bilik tidur dalam rumah tu ada dekat tingkat atas. Dalam keadaan panik tu, Kak M cepat-cepat tutup bawah pintu biliknya dengan bantal, takut pencuri tu nampak cahaya yang keluar dari bilik tu. Lepas tu, Kak M terus telefon 999 dan maklumkan kejadian yang berlaku kepada operator. Macam mana pun, lebih kurang 5 minit, bantuan tak jugak tiba. Jadi Kak M fikir salah satu cara untuk takutkan pencuri tu ialah dengan telefon ke rumah mak ayahnya sendiri. Bila Kak M cuba telefon rumah mak ayahnya, Kak M tak dengar apa-apa pun bunyi ring jadi Kak M assume talian telefon dalam rumah mak ayahnya dah kena cabut dengan pencuri. Nasib baik bila Kak M cuba hubungi nombor handphone mak dia, handphone tu masih boleh berfungsi lagik walaupun handphone tu dah berada ditangan pencuri. Bila terdengar ringing pada handphone mak Kak M, pencuri tu jadi panik dan cepat-cepat beredar pergi dari situ. Dan secara kebetulan 5 minit kemudian barulah polis tiba untuk beri bantuan. Haishh~nasiblah takde kejadian buruk yang berlaku. Cuma ayah Kak M lebam kena pukul dek pencuri, mak dan maid Kak M pulak kena ikat dengan wayar telefon. Menurut kata Mak Kak M, pencuri yang masuk rumahnya ni berbangsa melayu dan ada lebih kurang 4 orang pencuri waktu tu. Tiga dekat dalam rumah dan sorang tunggu di dalam kereta. Sampai sekarang polis still lagik tak dapat tangkap pencuri ni -____-"
Kejadian Dua:
Cerita colleague aku yang kedua ni pulak, aku namakan dia sebagai Kak C. Even pengalaman Kak C ni tak setakut Kak M tapi pada aku, kejadian curi ni boleh buat kita jadi trauma. Berdasarkan cerita Kak C, dia mula-mula rasa pelik bila pagar rumahnya terbuka. Tapi Kak C tak syak pun apa-apa yang buruk berlaku. Cuma bila Kak C nak buka pintu rumah, dia rasa lain macam bila tengok pintu rumahnya dah pun terkopak dari luar, rumah bersepah-sepah macam diselongkar orang dan kereta Honda Accord hubbynya dah takde dekat luar rumah. Waktu tu barulah Kak C tersedar dan terkejut yang rumah dia dah kena masuk pencuri. Macam mana pun sama seperti Kak M, pencuri dan juga kereta Honda Accord hubby Kak C ni still lagik tak dijumpai sampai sekarang *huhuhu~apa agaknya pencuri tu buat dekat kereta hubby Kak C ni kan?*
Based on kedua-dua kejadian yang aku ceritakan ni, aku harap sangat korang berhati-hati waktu tinggalkan rumah untuk pergi ke mana-mana. Sedih tau kalau hasil titik peluh kita hilang begitu sahaja.
Ikutkan banyak lagi aku nak story pasal kecurian ni. Korang tunggu next entry aku k :) Malam dah larut, mata pun dah ngantuk. Selamat malam kawan-kawan. Jaga diri baik-baik ok!
p/s: Saya benci pencuri :(
0 Say (s):
Post a Comment
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)