Ada sesiapa dah beli majalah Rapi edisi 15 Mei 2012? Hehehe... buat-buat tanya soalan sebab nak bagitahu korang ada entry dalam blog i terpilih untuk ruangan Klik Untuk Cantik dalam tajuk Belajar Solekan Ala Korea (alahai tak sangkanya!) Nak tahu entry mana satu? Jeng-jeng-jeng entry yang inilah ---> http://www.reenaonline.com/2010/03/tips-solekan-ala-ala-koreanjapanese.html Ikutkan entry ni entry lama, entry dua tahun lepas. Bahasa penulisan dalam entry ni pun banyak yang tunggang-langgang. Maksud i lebih kepada bahasa biasa i bercakap dengan kawan-kawan atau tulis dalam diari (uiks... i ada diari ke? Hahaha blog ni lah diari perjalanan i untuk anak-anak i dan korang yang sudi berkawan dengan i). Tapi serius i cakap, i nak tergelak bila selak balik entry lama yang i taip. Anak-anak mama, sila jangan tiru perkataan singkatan yang mama taip macam entry yang sebelum ni nanti cikgu pun pening nak baca. Walaupun ejaan berbunyi ala-ala CHOMEL (eh, comel ke? Hahaha....) Tapi dalam peperiksaan confirm kena reject.
Inilah kenyataan yang ditulis oleh Emy Haznida Hazairul Sham dalam majalah Rapi (terima kasih awak sebab sudi pilih entry saya) :-
Penerangan penuh mengenai solekan ini. Tidak perlulah anda risaukan kerana penerangan secara teliti ini mudah diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Bermula dengan asas solekan sehingga sentuhan terakhir pada bibir, semuanya dalam satu blog. Walaupun tiada gambar disertakan, jangan khuatir. Dengan perincian yang diberikan oleh penulis blog, anda pasti boleh menjadi secantik pelakon drama bersiri Full House, Song Hye Kyo!
Ok, terharu berganda secara automatik terjadi bila baca statement dalam
Rapi. Sebenarnya sesiapa yang pernah terbaca entry ni, i dah pernah letakkan gambar i dekat sini. Tapi selang setahun atau beberapa bulan kemudian, i delete gambar i tu. Kadang-kadang apa yang kita kongsikan bukan semua orang suka, mungkin juga mengundang komen-komen yang kita pun tak sangka ada orang boleh berfikiran macam gitu. Jadi, i ambil keputusan biarkan entry tu kosong tanpa gambar. Yang kelakar tu, bila i tak letak gambar ada jugak yang komen, macam mana nak apply mekap kalau takde gambar! Hahaha... kesimpulan bukan senang nak puaskan hati semua orang. Takpelah... yang penting kita bahagia dan happy dengan cara sendiri. Jangan stress-stress ok.
Ohh... tak lupa jugak i nak ucapkan terima kasih untuk Kak Rasp yang sudi buat entry ni untuk i ---> http://espritrasp.blogspot.com/2012/05/blognya-terpilih.html (cayang akak ketat-ketat!)

![]() |
| Cantikkan Natasha Hudson. |
![]() |
| Jeng-jeng-jeng yang mana satu eh? |
![]() |
| Taraa!! |
p/s : First time beli Rapi sendiri, selalunya tumpang baca yang member beli. Hehehe...