Blogger templates

Aug 20, 2011

Bake With Yen

Bake With Yen ni rancangan memasak ke?
Hehe~mesti first impression korang macam tu kan?
Sebab saya pun memula dengar nama ni pun rasa pelik.
Sebenarnya Bake With Yen ni ialah Kedai menjual segala bahan-bahan / ingredient untuk membuat kek atau kuih.
Segala macam bahan-bahan ada dekat sini, harga dia pun lagik murah daripada kedai biasa. Barang-barang macam bekas acuan kek, acuan kuih, sticker untuk tampal atas cupcake, alatan membuat kuih dan lain-lain lagik pun ada jual dekat sini. Kiranya complete all-in-one lah. Janji korang tau jalan keluar *hehe*.

Untuk korang yang nak buat bisnes kek ke, cupcake ke, atau nak buat kuih-raya ke, sesuai sangat pergi dekat sini. Yang penting korang kena tahu apa bahan-bahan yang korang nak beli sebab korang kena cari sendiri. Kalau waktu tak ramai orang bolehlah korang tanya orang yang jual tu mana tempat nak ambil bahan-bahan yang korang nak tu. Tapi bila kena waktu peak hour, perghh.... macam tin sardin jugaklah jadinya. Sebab kedai dia takdelah besar mana pun. So, better tak payah tanya sebab korang takkan dilayan *berdasarkan pengalaman sendiri*.

Ada 4 cawangan untuk Kedai Bake With Yen ni yang saya google, alamatnya dekat bawah ni. Tapi saya perasan ada sesetengah orang kata Bake With Yen dah buka cawangan dekat Bangi. Cuma saya tak dapat address lengkap tempatnya. Tempat yang saya biasa pergi dekat area Lorong Haji Taib, Chow Kit.

pic credit to KLUE

Bake With Yen (KLSdn Bhd

No. 30 & 32, Persiaran Puteri Satu Bandar Puteri
47100 Puchong, Selangor (Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Phone: 03-8060 1828


No. 6, Jln Ss24/13, Taman Megah
47301 Petaling Jaya, Selangor
Phone: 03-7804 9361 


33, Lorong Haji Taib Satu, Kuala Lumpur
50350 WP Kuala Lumpur
Phone: 03-2692 7623

Pasar Besar Ttdi TS 123 Jalan Wan Kadir
60000 Kuala LumpurPhone: 03-7727 6073 


 Ini pic antara barang-barang yang saya beli dekat Bake With Yen. Tengoklah apa yang saya jumpa. Saya sangat excited tau!

Acuan / Mould Hello Kitty ni RM12 je. Murahkan? 






p/s: Sempena dah nak raya ni, jom kita masak kuih / kek sendiri. Tak tahu resepi? Kita google aje. Hehehe.

Tips Penjagaan Muka dan Produk Pilihan Muka

Ramai yang sebelum ni bertanya dekat saya, apa produk muka yang saya pakai dan macam mana saya menjaga muka? Kalau dengar daripada bunyi soalan macam saya ni pakar la sesangat pasal hal-hal kecantikan dan penjagaan muka ni kan? *hehe* Tapi alhamdulilah, saya bersyukur sangat sebab tak pernah ada masalah serius berkaitan muka.

Untuk korang-korang yang tanyakan soalan ni dekat saya, saya jawab melalui entry ni hokeh. Harap korang berpuashati tau.

Bila usia saya meningkat, saya memang perasan tak semua produk yang saya pakai waktu remaja tu still boleh continue especially bila saya dah berkahwin dan ada anak. Maybe sebab perubahan hormon dalam badan dan diet makanan kita yang tak seimbang. Dan nilah punca salah satu sebab timbulnya jerawat dan muka jadi berminyak.

Kalau sebelum ni saya pakai produk Johnson and Johnson, saya bertukar ke Olay atau Oil of Ulan, lepas tu ke Simple, kemudian ke Himalaya Herbal dan akhir sekali ke Dior. Cuba kira dah berapa banyak produk saya cuba tu? Hehe. Untuk Dior ni saya cuba rangkaian DiorSnow type 1. Kalau ikutkan dari awal tahun 2011 lagi saya dah gunakan produk ni. Saya tengok banyak perubahan dari semasa ke semasa especially tang 'pore' atau liang-liang pori-pori saya dekat bahagian hidung dah makin mengecil. Tekstur kulit juga jadi sekata dan sedikit flawless *eceh-ceh*. Tapi saya tak sure samada perubahan ini disebabkan Dior atau mungkin sebab kulit muka saya memang serasi dengan produk Dior.

Cuma saya suka tips yang promoter Dior ni berikan dekat saya. Dia kata kita kena kenali dulu kulit muka kita then baru buat pilihan produk yang kita nak pakai. Untuk kulit muka saya yang kombinasi dan kering ni so saya kena pakai produk yang berunsurkan liquid / cecair sebab kalau saya gunakan produk yang berunsurkan krim, kulit muka saya jadi berminyak dan bermasalah. Bagi sesape yang mempunyai kulit jenis berminyak pula, korang kena pakai produk yang berasaskan krim.

Untuk menyapu cecair atau krim dekat muka ni pun ada tekniknya. Jangan main sapu macam tu aje. Memula buat urutan dari bawah pipi ke atas, ratakan hanya bahagian hidung sahaja dan last sekali dari kiri ke kanan bila sapu pada bahagian dahi. Ini bagi memastikan kulit muka menjadi anjal dan tegang.

Setiap kali beli produk muka pastikan korang beli 3 items ini dan applykan pada muka. Pencuci muka, toner / liquid dan akhir sekali moisturizer atau essence. Ketiga-tiga items ni penting untuk kekalkan muka supaya jadi segar dan seimbang. Kalau beli tiga-tiga tapi pakai satu atau dua je, tak menjadi jugak *hehe*.

Last sekali, saya selalu pastikan supaya mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari *ini penting sangat-sangat*, kurangkan pengambilan makanan berminyak dan minuman manis serta bergas, banyakkan memakan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Supplement atau makanan tambahan seperti fish oil dan vitamin B complex juga penting sebab untuk seimbangkan dengan diet harian. Kalau badan letih, automatik muka pun jadi letihkan? So ni semua faktor-faktor yang kena ambil kira.

Bawah nilah Dior yang saya pakai.



p/s: Hope korang hepi dengan entry ni. Thanks for reading!




Aug 19, 2011

CorningWare Covered Casserole

CorningWare ni sebenarnya adalah antara nama brand / produk bagi casserole atau dalam bahasa melayu dieja 'kesserol'. Bukan kolesterol ye kawan-kawan, yang itu penyakit namanya *hehe*. Dan kalau nak tau apa itu casserole korang boleh tengok dekat link ini:-


Kebiasaannya casserole / kesserol ni digunakan oleh pemasak-pemasak dekat dapur sebagai ganti periuk ataupun kuali. Dan yang paling best pasal casserole ni, korang boleh masak samada dekat atas dapur gas, elektrik, oven ataupun microwave tanpa rasa ragu-ragu. Dah tu bila habis masak korang dengan selamba boleh terus hidang, simpan dekat dalam peti ais dan cuci dekat dalam mesin dishwasher. Senang sangat kan? Save pinggan mangkuk nak hidang. Cuma yang paling penting korang kena baca instruction care / arahan penjagaan sebelum digunakan. Yelah, kalau panas-panas korang terus masukkan dalam peti ais. Produk macam mana best pun kompom meletup sebab terkejut dengan perubahan suhu yang secara tetiba *hehe*.

Lagi satu yang bestnya waranti untuk CorningWare Covered Casserole ni ialah 10 tahun dari tarikh pembelian dan 2 tahun bagi penutup gelasnya.

Sempena dah nak raya, dan untuk korang yang nak prepare rumah terbuka. Korang mesti excited bila dengar berita gembira ni sebab produk Corningware untuk casserole ni ada offer a.k.a tawaran hebat untuk korang beli sampai 31hb Ogos 2011. Offer ni pulak bersempena dengan hari ulangtahun CorningWare yang ke-53 tahun. Jadi sesape yang berbelanja RM53.00 samada dekat Home Haven, Isetan, Metrojaya, Living Quater, Sogo dan Jusco korang berpeluang beli CorningWare dengan harga kurang RM101.00. Diulang KURANG RM101.00!!
*yippie... pengsan!*

Detail harga macam dekat bawah ni:-
3.25L Covered Casserole Just White (P-32-JW) RM118 (normal price: RM239)
2.25L Covered Casserole Just White (P-22-JW) RM98 (normal price: RM199)
1.25L Covered Casserole Just White (P-12-JW) RM68 (normal price: RM169)
0.8L Covered Casserole Just White (P-08-JW) RM38 (normal price: RM145)

Lihatlah pic CorningWare Covered Casserole yang telah dirembat oleh saya dengan pantas pada bulan Julai lepas *muka sengih hepi*.






p/s: Parkson pun buat offer yang lebih kurang sama macam CorningWare ni sampai 31hb Ogos 2011 jugak tapi untuk brand Luminarc. Korang click sini http://www.parkson.com.my/whats_on/pdf/apr11/Luminarc/Luminarc.pdf
Nanti lepas beli, saya cerita k. Happy Shopping semua!



Koleksi Barang-barang Daiso

Barang-barang Kedai Daiso, Japan pun boleh buat koleksi?
Hehe~kalau dah minat apa-apa benda pun boleh jadi koleksi yang menarik dan tertarik *eceh-ceh* walaupun harganya cuma RM5.00.
Ada sesetengah orang tu getah tempe bungkus mee tu pun dia boleh buat koleksi tau *hah, sape ada hobi ni, lagiklah jimat sebab FREE. Keh-keh-keh*
Tak percaya? Cuba tengok link bawah ni.


Since saya dah kenal dengan Kedai Daiso, Japan ni dari Februari 2009. Jadi tentu korang dah boleh agak berapa banyak barang-barang Daiso ni yang saya dah kumpul. Takdelah sampai segala-gala benda saya beli dekat Kedai Daiso, Japan ni. Mana-mana yang cute, comel dan lain dari lain je yang saya pilih especially alatan untuk menghidang / menghias makanan. Kreatifkan orang Jepun ni? Sampaikan semua benda dia nak pastikan comel. Agaknya sebab tulah kebanyakan orang Jepun ni kita nampak comel-comel je.

Kemaskini / Update Terbaru : Nak tengok ulasan entry pasal Daiso, bolehlah klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/daiso-japan-always-rm5-everything.html

So, inilah antara koleksi peribadi saya untuk tatapan korang semua *senyum*.












p/s: Sekarang ni dekat Kedai Daiso, Japan dah ada jual barangan Hello Kitty tau. Best kan sebab RM5.00 je.





Daiso Japan, Always RM5, Everything Imported From Japan

Telek punya telek dalam blog ni, rupa-rupanya saya terlupa nak uploadkan entry Daiso ni.
Nilah jadinya kalau terlampau 'busy body', entry yang dah taip terperam tak buat auto-publish *aiseyyy*. Nak tak nak saya buat story baru k. Hehe.

So, rasa-rasanya ramai dah tau pasal kewujudan kedai Daiso ni dekat Malaysia kan?
Especially orang-orang yang gilakan benda-benda kiut dan unik dari negara Jepun, mesti dah macam-macam items dah korang beli dekat Daiso dan kumpul *sayalah tu sayalah*

Walaupun sebelum ni pernah wujud Kedai RM2 yang cukup glamor di tempat korang dan kebanyakkan barang-barangnya imported from China *hehehe* tapi kualiti barang-barang ni tak boleh menandingi Kedai Daiso *tak tipu tau*. Untuk harga RM5 korang boleh beli macam-macam dekat sini dari alatan memasak, menghidang, pakaian, alatan menulis, alatan menjahit, mekap, pertukangan, hiasan rumah, alatan membersih rumah, berkebun dan macam-macam lagiklah *rasanya Astro pun kalah*. Korang boleh duduk berjam-jam telek semua barang-barang dekat sini sebab kebanyakkannya barang-barangnya memang takde jual pun dekat tempat-tempat lain. Dan kalau ada pun belum tentu dengan harga RM5.00.

Sebab seronok sangat bershopping dekat Kedai Daiso, Japan ni. Saya pernah berjaya merebut takhta menjadi mayor selama sebulan dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara *fewittt*. Eh, apa cerita mayor pulak ni? Oh, mesti korang tak pernah main application Foursquare ye? Untuk sesape yang ada handphone iPhone atau Blackberry bolehlah download application ni. Nak tau lebih detail picit dekat nama Foursquare ni cara-cara nak guna.

Cawangan-cawangan Kedai Daiso, Japan ni pun rasanya dah bertambah. Kalau dulu cuma ada dekat The Curve, Mutiara Damansara dan IOI Mall, Puchong sahaja. Tapi sekarang ni dah ada dekat Sunway Pyramid, One Utama (Wing Baru) dan Sungei Wang Plaza. Bagi korang yang duduk area negeri Melaka dengan Johor Bahru pulak, location Daiso ni terletak dekat Dataran Pahlawan, Melaka dan Jusco Bukit Indah, Johor Bahru. Seronoklah korang sekarang ni, boleh shopping dekat mana-mana Kedai Daiso *yeay*.

Anyway inilah pic yang sempat saya rakam dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Ini tempat lepak wajib saya *peace*.

Kemaskini / Update terbaru : Daiso dah ada dekat Queensbay Mall, Pulau Pinang, Jaya Jusco, One Utama, Damansara (level bawah sekali) dan The Mines (hoorey!!)


Entry lain berkaitan Daiso, korang bolehlah jenguk dekat link bawah :-











p/s: By the way, kawan blog saya Ida pun rajin datang sini jugak. Awak, bila kita nak jumpa face-to-face ni? *hehe*




JM Bariani House

Dekat Johor memang famous dengan masakan yang best-best. Salah satunya Nasi Beriani. Banyak sangat versi ejaan Beriani ni, sampai tak tahu nak guna ejaan yang mana satu. Ada yang saya tengok ejaan dia Beryani, Biryani pun ada jugak dan entry yang saya nak buat pulak ni nama Restoren dia - JM Bariani House.

Tak kisahlah macam mana kita nak mengeja perkataan Beryani, apa pun yang penting sedap ke tidak Beryani yang kita nak makan tu. Hehe.
Selalunya setiap kali balik Johor, saya memang dah biasa dengan mana-mana Restoren yang ada Nasi Beriani yang sedap ni. Tapi sepanjang duduk dekat KL / Selangor ni susah sangat saya rasa nak dapat masakan Beriani yang sama power macam dekat Johor ni *dahsyat kan tekak orang Johor ni. Hehe*

So, sesape yang teringin atau ngidam nak makan Nasi Beriani style Johor ni, korang boleh try pergi dekat JM Bariani House. Ada banyak sebenarnya cawangan JM Bariani House dekat area Kuala Lumpur dengan area Selangor. Korang boleh check dekat sini hokeh.


Part rasa Nasi Beriani dekat JM Bariani House ni boleh dikatakan memang lembut dan sedap nasi dia, cuma part isi kambing dia je tak sebesar macam makan dekat Johor *tihihi~saya memang suka makan kambing walaupun tau kolestrol dia 'Masya-Allah' boleh buat migrain kepala otak*. Sekali-sekala layan kambing takpe, tiap-tiap hari pengsan jadinya.

Anyway dekat bawah ni ialah pic JM Bariani House di Damansara Perdana.

Sengaja paksa hubby ku bergaya dekat depan pintu masuk JM Bariani House semata-mata nak ambil gambar *tihihi~ampun darling!*





p/s: Kenapa kambing lagik sedap dari ayam eh? NyamNyam



Aug 18, 2011

Hello Kitty Stamp Set

Dah lama tak tunjuk korang kan collection Hello Kitty saya dan Ariana.
Mentang-mentang sekarang ni tengah duduk kumpul barang-barang dapur, sampai si comel kiut Hello Kitty ni pun saya dah tak sempat nak survey-survey *kesian Hello Kitty, jangan nangis k. Nanti saya shopping awak banyak-banyak lagik*.

Hello Kitty Stamp Set atau nama saintifiknya pengecop tepek-tepek Hello Kitty saya beli dekat Jaya Jusco. Harga dia murah je RM24.90 (kalau tengah sale, bolehlah dapat diskaun lagik. Hehe). Saya ni jenis sayang dengan semua items yang saya kumpul jadi sorry korang, tak boleh nak buat demonstrasi sebab tak sampai hati nak bukak kotak ni. Tapi kalau korang nak cuba, korang boleh pergi beli sendiri. Hihi...


p/s: Tujuan beli sebab kiut. Boleh gitu? Hihi



KithenAid Artisan Stand Mixer

Kepada pencinta-pencinta makanan, pencinta-pencinta masakan, penghuni dapur yang setia ataupun pemilik hobi memasak rasanya saya tak perlu introduce lagik apakah sebenarnya KitchenAid Artisan Stand Mixer atau nama melayunya Pencampur Segala Bahan ni *pepandai aku je bagi nama. Hehe*
Kalau korang ni memang tukang masak, lagiklah korang kenal benda-benda camgini. Kalau tak kenal maksudnya belum cukup ilmu didada tu *hehe~peace jangan marah, gurau aje*.

Saya start jatuh cinta dekat KitchenAid Stand Mixer ni pun bila selalu tengok cerita-cerita yang relate dengan masakan ni especially Martha Stewart dengan Nigella. Geram aje setiap kali pandang dorang masak sambil 'on' kan mixer ni. Macam semudah A, B, C gitu. Campak situ, campak sini, tetiba aik... dah siap dah. Takyah nak kena uli ke gentel-gentel tepung tu sampai lenguh-lenguh tangan. Takpun sampai berterabur tepung-tepung tu ke sekalian alam *duhhh~* Dahlah penat memasak, nak kena cuci dapur lagik. Manalah orang jadi give-up nak memasak. Betul tak?

So, setelah hampir dua tahun memendam perasaan dan membuat survey. Alhamdulilah, rezeki saya tahun ni bila dapat beli jugak KitchenAid Artisan Stand Mixer ni. Rasa nak lompat-lompat je. Walaupun diakui harganya memang quite expensive a.k.a boleh kopak gaji berbulan-bulan tapi kepuasan bila dah test pakai mixer ni memang buat korang takkan toleh ke belakang lagiklah. Cubalah apa resepi pun berkaitan kek ke, pizza ke, pai ke, senang gila. Saya yang bukanlah terror mana memasak ni, boleh jadi kagum sebab first time buat je dah menjadi. Bangga tau bila husband order lagik mintak masakkan macam-macam resepi baru *eceh-ceh*.

Saya rasa maybe sebab berat badan mixer ni memang mantap dan berat yang jadikan segala bahan-bahan yang kita campak dekat dalam mixer ni, sebati bila bergaul bersama *erkk~dah macam tajuk movielah pulak. Hehe*.
Ditambah pulak dengan speed lever dia yang korang boleh selamba je tolak ke depan ke belakang. So, tak jadi masalah bila nak control kelajuan dia sesuka hati.


credit pic: Parkson

Dan yang paling best pasal KitchenAid Artisan Stand Mixer ni sebab ada bermacam-macam warna yang boleh buat korang rambang mata nak pilih, nak match dengan warna dapur pun boleh tau *hamboiii~*
Sekarang ni rasanya dah tak susah nak cari KitchenAid Artisan Stand Mixer ni dekat Malaysia sebab dah banyak dealer-dealer yang bertauliah contohnya korang boleh tanya dekat sini:-


takpun terus pergi dekat Parkson. Cawangan yang mana? Korang bukak dulu link dekat bawah ni:-


Cuma bila buat perbandingan harga memang harga dekat Malaysia ni lagik mahal dari beli straight dekat luar negara. Cuma yang jadi masalah, korang kena tangung kos penghantaran termasuk kos untuk power adapter sebab power dekat Malaysia tak sama macam dekat oversea.
Malas nak pening-pening kepala (sebab takut tak sampai atau rosak time on the way ke rumah saya) saya beli je dekat Parkson dan harganya ialah RM2,799.00 dan dapatlah sekali satu bowl mixer for free *yeay*

So, taraaa~ inilah KitchenAid Artisan Stand Mixer saya. Saya nakkan color pink tapi belek punya belek, jenis yang berwarna-warni dan berkilat ni senang pulak tertanggal cat kalau pemiliknya jenis brutal dekat dapur *hehe*. So saya pilih color Imperial Grey.

Girls... pastikan korang membawa hubby sewaktu membeli sebab berat gile! 

KitchenAid Artisan Stand Mixer ku tengah beraksi dengan ligatnya


p/s: Jom kita masak-masak.. kawan-kawan..



Aug 14, 2011

Salon Chinta Fasha Sandha

Terkejut tak? Terkujat tak?
Tengok tajuk entry saya dekat atas tu... *tahan gelak*

Relax-relax bawa bertenang, entry ini bukan atas dasar 'kipas-susah-mati' a.k.a die-hard-fan
tapi saje suka-suka nak tengok macam mana rupanya Salon Chinta Fasha Sandha yang hari-hari
dia dok tweet dekat dalam twitter.
Lagipun time saya pergi hari tuh, salon dia tengah ada offer. Maklumlah sambil menyelam minum air, alang-alang dia buat offer. Apa kata kita test, try, cuba tengok best ke tak Salon Chinta Fasha Sandha ni.
Sambil-sambil tu saya tweet gak dia *walaupun tau dia takkan reply pun* yang saya nak pergi sana.

Jeng-jeng-jeng cerita selanjutnya *macam misteri sangat je entry ni kih-kih-kih*
Oh, lupa nak cakap, saya pergi sana dengan sorang lagik opis-mate saya. Opis-mate saya ni nak color rambut dia.

Memandangkan kita orang first time nak pergi Salon Chinta Fasha Sandha ni, so suspen gak kalau sesat nak pergi sana.
Tapi saya ni memang hati cekal, memang suka main redah je daripada tengok GPS atau map. So, sampailah kita orang kat sana. Tu pun setelah penat membeliakkan biji mata cari signage shooting eh, Salon Chinta Fasha Sandha ni *excited ler pulak opss hehe*

Signage kecik Chinta Hair Salon & Beauty sebelum naik tangga

Setelah berpenat-lelah memanjat tangga kedai dia tu, terpacaklah kita orang dekat dalam Salon Chinta Fasha Sandha. First impression bila masuk, quite cantik susunan dekat dalam Salon Chinta ni ditambah pula dengan color purple. Lepas tu ada lebih kurang 5 dressing table, ada kaunter besar dekat tengah-tengah, ada area menunggu siap dengan sofa dengan coffee table. Cuma tak best, area mencuci rambut dia. Sebab dekat bahagian belakang dan tetiba rasa macam dekat salon nyonya *ni komen ikhlas ye, korang yang fanatik ni risau saya tau. Ho-ho-ho*.

Fasha dapat banyak bunga tu time opening

Muka besar Fasha ada ditepek dekat tingkap. Maybe senang orang nak cam salon dia kot

Masa sampai tu Fasha takde dekat salon dia tu, kita orang disambut oleh Mario. Mario ni memang best *dijamin oleh saya. Hihi*. Tapi Mario ni tak kerjakan rambut saya tapi rambut opis-mate saya. Rambut saya dikerjakan oleh Zeti *pun best jugak orangnya sebab peramah dan cantik*. Ada lagik sorang hair-dresser dekat Salon Chinta Fasha Sandha ni tapi saya tak ingat nama dia. Mak dengan adik Fasha pun ada jugak time tu.

Soalan best yang dikeluarkan Zeti tengah-tengah kita orang berborak, "Akak ni peminat Fasha ke?" Tetiba saya rasa nak tergelak. "Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Saje nak buat rambut sebab tu datang sini. Lagipun kan ada offer sekarang ni." Hamboi panjangkan explanation saya? Statement tu memang statement jujur saya. Saya tak suka corner-corner baring ni *ini pulak dah macam statement bila wartawan tanya saya pulak. Keh-keh-keh*

Tengah-tengah kita orang buat rambut, Fasha tetiba muncul dengan dress putih. Haha~tetiba nak rasa panik. Suasana senyap je time tu *dah macam bernovel pulak* sebab memang kita orang berdua je yang ada dekat situ. Fasha tak tegur pun kita orang tapi senyum sekali imbas *artis kan busy kan? Kan?* Dan tengah-tengah sunyi sepi tu, tetiba opis-mate saya tegur Fasha "Hai, Fasha!" Saya pun menyibuklah sekali time tu. Bila opis-mate saya tanya untuk ajak bergambar, dia macam serba-salah je. Jawapan dia, dia ada shooting kejap lagik. Bila diajak lagik, dia kata kejap lagiklah. Saya yang duduk bersebelahan dengan opis-mate saya dah rasa macam kerut-kerut dahi dah. Tetiba tah macam mana datang pulak 2-3 orang customer dia siap bawa anak sekali. Kali ni, saya peratikan dia bersemangat layan customer dia. Senyum simpul je mulut dia dan yang tak tahan siap bergambar lagik hokeh *eh-eh, saya tak cemburu lah* Customer dia just datang untuk tanya-tanya je. Bunyi/Nada ayat customer dia, saya budget customer itu memang die-hard-fan dia.

Lepas tu sunyi balik semula. Fasha pulak sibuk ke depan, ke belakang, tukarkan towellah dan macam-macam lagiklah. Tetiba dengar dia panggil Zeti dengan nada yang cam serius je. Lepas tu dia orang berbincang apa tah. Bila dah habis bincang, again opis-mate saya ambik peluang ajak bergambar lagik sekali dan tanya apa-apa yang patut. Saya memang salute dengan opis-mate saya ni sebab dia memang 'Hati Kering' ha-ha-ha. Saya dekat sebelah dengar jelah apa yang dorang borak. Pada saya, saya ni orang lain yang datang salon/rumah orang. So, sepatutnya tuan rumah lah yang kena peramah tanya apa-apa yang patut. Macam tak best pulak nak beramah mesra kalau tuan rumah macam kaku semacam je.


Dah alang-alang opis-mate saya bergambar. Saya pun join sekaki ajak bergambar. Waktu ni rambut saya tengah proses rebonding

Agaknya Fasha ingat kita orang ni reporter ke? Sebab tu macam serba-salah. Kalau dia peramah hari tu dan cam mesra dengan saya kompom dia dah tambah lagi sorang peminat. Tapi sebab dia macam biasa je, so saya rasa biasa jelah. Takdelah rasa special sangat pun bila datang sini walaupun tau dia artis popular. Cuma Fasha beruntung sebab ada pekerja yang peramah dan baik yang suka layan customer.

Tapi macam mana pun sebelum balik sempat gaklah snap gambar lagik dengan Fasha *aktiviti wajib hi-hi-hi*. So, mari layan gambar-gambar yang lain.

Yeay! Dah siap dah!

 Kiri tu Zeti, kanan tulah Mario

Owner Salon Chinta - Fasha Sandha, bukan yang kanan tapi yang kiri hihi


p/s: Ini adalah pengalaman peribadi saya. Anda pula bagaimana?




Aug 7, 2011

Melaka Perfect Homestay

Sebenarnya nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Pakcik Google.
Tanpa Pakcik Google mesti hidup saya jadi kelam-kabut.
Ok, korang pun kena appreciate jugak dengan Pakcik Google tau.
Sebab dia adalah superhero yang paling best pada masa kini!
*tetiba je kan? hehe*

Sebenarnya saya dah lama planning nak pergi ke Melaka bawa mak, ayah dan adik saya berjalan-jalan.
Dan dah jadi satu kebiasaan bila nak pergi mana-mana tempat saya akan start buat survey dulu.
Especially dekat mana nak tinggal? Tempat mana nak makan? *ini paling wajib google*, Dekat mana nak jalan-jalan? berapa budget perjalanan dan macam-macam lagiklah.
Segala blog habis saya terjah sebab nak dapatkan semua info-info ni.
Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya membantulah jugak.

Memandangkan nak berjalan dengan family sendiri dan keluarga saya,
jadi saya fikir macam tak sesuai pulak kalau nak duduk dekat hotel.
Lagipun tak best sebab kami akan tinggal lain-lain bilik dan tak banyak aktiviti boleh buat sesama.
Jadi pilihan yang terbaik, saya surveylah homestay yang berhampiran dengan bandar Melaka.
Dan akhirnya terjumpalah Melaka Perfect Homestay ni.
Kondominium/apartment yang dijadikan homestay.


Tengok gambar dalam website tu je saya dah rasa tertarik menarik *eceh~tapi kadang-kadang tu takut terpedaya jugaklahkan. Al-maklumlah kecanggihan DSLR dengan photoshop ni memang kadang-kadang boleh buat kita terpukau*.
Bila dah pikir sehabis-habis masak/garing/rangup/hangus, saya email kepada Melaka Perfect Homestay untuk dapatkan keterangan lanjut. Tak sampai beberapa jam terus saya dapat balasan emel, siap dengan harga sekali (happy!)
Kalau korang nak tau untuk 3 hari 2 malam, harganya ialah RM190.00 x 2 = RM380.00
Wahh~oklah sangatlah tu kan?
Untuk tempat tinggal yang complete siap ada tv, dvd, ruang tamu, tempat makan, 3 bilik tidur, dapur dan 2 bilik air, harga macam ni kategori berbaloi-baloi! (hehe)
Dah tu perjalanan ke bandar Melaka pun tak sampai 10 minit.
Kiranya inilah tempat yang paling perfect untuk saya dan keluarga (gitulah). Dah-dah tak nak promote lebih-lebih pasal Melaka Perfect Homestay ni. Nanti bila saya nak pergi sana, asyik fully-booked memanjanglah pulak (haha~ kejam gile).

Inilah alamat sebenar Melaka Perfect Homestay:

Straits Court Condominium
(Pangsapuri Pasir Emas)
Jalan Ujong Pasir
75050 Ujong Pasir
Melaka

Takpun korang boleh contact terus dengan Chris (dia ni perempuan tau) untuk tanyakan pasal Melaka Perfect Homestay ni. Dia ni friendly user orangnya (eh.. hehe)
+6016-6260913

Dah habis cerita, jom layan gambar-gambar saya.
 Living Area

Dining Area 

Master Bed Room - Adehhh~ semua excited

 Second Bed Room - Photographer nak ambil pic pun kelam-kabut sebab takut bebudak kecik terkam

Third Bed Room - ada meja study sekali sebenarnya 

Cool gile condominium sebab siap ada playground bentuk ship!

 Tempat jiran bertandang cerita dari hati ke hati *hehe*

Mini golf!!! 

Bedding pool yang menjadi lokasi perlepakkan anak-anak aku -_-" 

Swimming Pool 

Lenguh-lenguh kaki bolehlah pijak batu-batu kat sini 

Tiga orang budak bertuah

p/s: Jalan-jalan dalam Malaysia pun best jugak, tak membazir duit *sedapkan hati... haha*