Blogger templates

Feb 6, 2012

Pantai Cahaya Bulan / Pantai Cinta Berahi

Kalau pergi ke Kota Bharu, Kelantan memang tak sah kalau tak pergi Pantai Cahaya Bulan yang glamour tu. Dulu-dulu nama pantai ni ialah Pantai Cinta Berahi (fushyoo!). Pantai Cahaya Bulan atau juga dikenali dengan nama PCB adalah antara salah satu tempat menarik yang korang wajib lawati kalau datang ke Kota Bharu. Jaraknya dengan Hotel Renaissance (tempat penginapan i sepanjang berada di Kota Bharu. Nak baca cerita lanjut, boleh pergi link ni ok http://www.reenaonline.com/2012/02/renaissance-kota-bharu-hotel-kelantan.html) adalah lebih kurang 15 hingga 20 minit perjalanan. Sepanjang laluan ke Pantai Cahaya Bulan, korang akan menyaksikan deretan pekan Melayu tradisional dan pelbagai kraftangan untuk dijual, contohnya macam percetakan batik, penenunan songket, pembuatan layang-layang serta loyang. Kuih-muih, kerepek dan hasil tanaman seperti sayur-sayuran, ubi dan jagung juga ada dijual di sini. Siapa yang duduk / menetap di Apartment atau Homestay sepanjang bercuti di Kota Bharu, bolehlah beli. Memandangkan waktu i pergi ke Kota Bharu cuaca tak berapa menentu, jadi i tak sempat nak shopping dekat kedai kraftangan walaupun ada baju-baju batik kaftan yang melambai-lambai panggil i supaya singgah (untung hubby i, wife sape lah yang tak shopping tu).

Jadi kita orang hanya habiskan masa menikmati keindahan pantai ciptaan Allah SWT sambil bergambar. Cantik sangat suasana pantai PCB. Angin pun sempoi-sempoi je menderu muka kita orang waktu tu (ohh, tenangnya fikiran... Kan best kalau hari-hari dapat pergi). I tak berani nak turun berhampiran dengan laut untuk basahkan kaki sebab confirm anak-anak i yang kecil nak ikut sekali. Takut pun iye jugak nak melangkah batu-batu besar yang dorang letakkan dekat keliling pantai. I agak tujuan batu tu diletakkan, sebab nak elak air laut daripada sampai ke bahagian darat. Kalaulah batu ni takde, rasanya senang-senang je banjir dekat kawasan PCB.

Banyak juga sebenarnya kedai-kedai makan di sepanjang PCB ni. Tapi i tak makan pun dekat sini. Sebab tak jumpa pun sebarang review / ulasan mana-mana blog yang bagitau makanan apa yang lazat, sedap, menarik dan tertarik yang patut i cuba di PCB (uikss... Nak salahkan blog pulak?). Takdelah tipu je, hehe... untuk makan malam i dah ada plan lain nak makan dekat mana. Mungkin lain kali kita orang datang lagi dan buat test makanan dekat sini pulak kot. Mana tau menepati selera kita orang ke. Hehehe.

Korang nak tahu sejarah dan info menarik mengenai Pantai Cahaya Bulan? Jom baca cerita dekat bawah.
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.

Akhir kata, sudi-sudikanlah menatap gambar feeling ke laut i dekat bawah ni (hehehe..).



Nampak tak i pakai t-shirt apa? Yeay! Hello Kitty. Nak tahu dekat mana i beli. Sila klik sini http://www.reenaonline.com/2012/01/pembukaan-uniqlo-one-utama-malaysia.html





Bye PCB, nanti kita orang datang lagik

p/s : I suka tengok laut tapi tak suka mandi laut. Macam mana tu? Hehehe...


8 comments:

  1. pantai cahaya bulan...cantik kn...pnah gi sane tp takleh mandi la kat sne...bahye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah memang pun tengok gaya ombak dia pun bukan macam ombak rindu dah ni. Tapi dah macam ombak melambung-lambung. Hehehe

      Delete
  2. bestnye..dah lame tak pi pndai..huhu..
    sweetnye mommy..bju hello kitty :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh-eh... pndai tu pantai kan Cik Yatt? Hehehe...

      Mekacih awakkk... baju shirt kesayangan akak tu :)

      Delete
  3. Replies
    1. Wahhh... yeke? Tau mintak ajak belanja akak sefamily. Hehe

      Delete
  4. bestnya jenjalan..

    saya pun tak suka mandi laut.. nanti badan lekit2 mata pedih... hahhaa..
    (alasan malas tukar baju... )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... eh samalah! Nilah jawapan yang tepat kenapa kita tak minat mandi laut.

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)