Blogger templates

Feb 5, 2012

Renaissance Kota Bharu Hotel, Kelantan

Kira punya kira punya kira (hehe... Berapa banyak kira daa...), rupa-rupanya dah 22 tahun i tak jejakkan kaki ke Kota Bharu, Kelantan. Lama kan? Dan dalam masa 22 tahun, i tengok banyak betul perubahan dekat negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kalau dulu tak banyak bangunan kedai, sekarang dah berderet-deret. Taman perumahan, kedai makan dan tempat-tempat menarik pun dah banyak. Shopping complex besar pun dah ada (ala... Yang nama KB Mall tu). Dulu-dulu pukul 8:00 malam, kita boleh tengok macam takde kehidupan dekat bandar Kota Bharu. Sunyi sepi je. Tapi sekarang ni, dah terang-benderang, kedai pun takdelah nak tutup awal macam dulu-dulu.

So, sepanjang berada di Kota Bharu. I sekeluarga menetap di Hotel Renaissance yang bersebelahan dengan Pasaraya Billion. Rasanya tak susah nak cari Hotel Renaissance dekat sini betul-betul di tepi laluan utama bandar Kota Bharu.

Alamat Hotel Renaissance ialah :-
Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra
15150 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
No. Telefon : [09] 7462233

Untuk mengetahui kadar harga satu malam di Hotel Renaissance dan promosi yang diberikan, korang boleh klik link sini --->

Memang selesa sangat tinggal di Renaissance ni. Dekorasi dalaman, style, ciri-ciri keselamatan dan kebersihan, i memang bagi 5 bintang. Televisyen dalam bilik pun flat screen gitu (eh, ada kaitan ke? Hehe). Yelah, nama pun hotel 5 bintang kan, dorang kenalah pastikan bagi suasana terbaik untuk guest yang datang. Bayar satu malam pun bukannya murah-murah (adehhh).

Tapi walaupun 5 bintang pada pendapat i, still ada jugak part kekurangan yang ada dekat Hotel Renaissance ni. Terutama sekali kawasan tempat letak keretanya yang berkongsi dengan pengunjung pasaraya Billion. Ada masa tu, i geram bila tiba-tiba ada kon yang halang kereta daripada masuk ke parking hotel (tah, siapa punya kerja tah). Nak tak nak kenalah alihkan kon tu sendiri (adoi!).

Lepas tu disebabkan nak bagi servis / perkhidmatan yang cukup hebat (kononnya), Renaissance ada sediakan satu butang pada setiap telefon dalam bilik hotelnya (nama butang tu 'Butang Layanan Unggul'). Yang mana, korang hanya perlu picit butang ni saja untuk membuat sebarang pertanyaan samada nakkan bantal tambahan ke, nak order makanan ke atau nak minta bersihkan bilik ke. Tapi hampeh, tak tahulah unggulnya tang mana tah? Setiap kali telefon, tak pernah dalam 1 minit panggilan i tu terus berjawab. Mesti berminit-minit, kadang-kadang langsung tak dilayannya (huhhh). Jadi berdasarkan pengalaman i menetap di Hotel Renaissance, i tertanya-tanya patut ke Hotel Renaissance ni dapat taraf 5 bintang? Agaknya kena duduk bilik presidential suite kot baru boleh dapat layanan unggul bertaraf 5 bintang (adeh... kejamnya...).

Ok-ok mesti korang letih kan baca cerita i? Hehe. Jomlah kita tengok gambar pulak (yeay!).












p/s : Muka semua letih sebab kena tempuh perjalanan panjang. Cuaca dekat Kelantan waktu ni tengah musim hujan dan banjir. Adventure habis dengan jalan yang berlubang-lubang. Tapi macam mana pun tak serik jugak tu, kita orang still nak datang sini lagik. Tak puas nak shopping banyak-banyak. Kihkihkih...

11 comments:

  1. i kalau pegi kelantan tak penah tidor hotel sebabnya i tidor rumah mak i...
    ok tak lawak... :P

    actually kelantan dah banyak membangun.. tapi i lagi jakun balik sana sebab orang luar kelantan lebih tahu kelantan dari i yang kelantanese walupun i duduk kat kota bharu nih.. sigghhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr... camtu mintak sewa rumah mak boleh Nenet? Hehehe (confirm lagik tak lawak).

      Tak tahu tu, sebabnya balik-balik rumah mak terus lepak rumah mak je tak pergi mana-mana. I pun camtu jugak bila balik kampung kat Johor. Kadang-kadang kelakar bila member opis tanya, kau tak pergi tengok tempat ni waktu balik kg hari tu. Kan dekat Johor ni. Lorrr...

      Delete
    2. samalah kita rupanya, tak tahu negeri masing2...... i suka pi johor masa ada hubby dulu.. my sil house kat nusa idaman... byk tempat jugak i pegi kat jb tu tapi sekarang dah lupa nama...

      Delete
  2. pernah sekali je pegi kelantan,tu pun 6tahun lepas.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... i hebat sikitlah sebab dah dua kali datang sini :)

      Delete
  3. i love your new style kakak..!!

    psssttt nak tau tak I never been to kelantan!! hahahha..
    pernah lalu tapi tak turun sbb dalam bas on the way ke terengganu masa tu.. bas berhenti pun kejap.. maybe one day la nnti saya pergi sana.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekacih dear... *maluuu*

      Seronok tau datang sini Mun, takpe... nanti dah ehem-ehem bolehlah Mun ehem-ehem dekat sini tau (uikss... banyaknya ehem-ehem). Hehehe :)

      Delete
  4. nak blaja cara sis pkai shawl cmni..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, hehehe ni namanya serabut shawl dear... Akak main lilit je ni. Hmm... nanti akak cuba usahakan macam mana nak tunjukkan cara pakai shawl cam gini :)

      Delete
  5. harga promosi raya tahun 2012 ni ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr.... tak tahulah pulak saya :) Hehehe... boleh tengok website dorang kot.

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)