Baru-baru ni hubby i buat permintaan nak makan Butter Crab. Ni pun semenjak dia balik out station dari Labuan. Punyalah dia bercerita dekat i betapa bestnya makanan laut (seafood) dekat sana. Ok, i kena dengar sambil telan air liur (tik tik tik... Eh... Hehehe).
Sebenarnya, kalau korang nak tahu, i ni bukanlah peminat ketam. Sebabnya? I terasa betapa penatnya jari, mulut dengan gigi i ni nak mengopak segala kulit keras ketam tu. Rasanya i lebih rela masak dan telan ayam hari-hari daripada mengadap ketam depan mata untuk dikerjakan. Tapi dalam terpaksa rela tu, i tunaikanlah impian hubby i nak makan butter crab. Yelah... Tak baik menderhaka dengan suami kan.
Dan percaya tak korang, kalau i kata yang selama ni pun i tak pernah makan butter crab. Kiranya, inilah percubaan pertama i buat butter crab berdasarkan resepi yang i google dan jumpa dekat sini (mekasih awak!).
Memandangkan ada bahan-bahan dekat resepi ni yang i takde, jadi i ubah bahan-bahannya ikut selera i. Tak sangka dengan bahan-bahan yang simple ni, hubby i bagi pujian yang butter crab i masak lagik sedap daripada tempat seafood yang dia makan (fewitt... Terharu tau, tak sia-sia usaha i masak butter crab berhasil. Yes!). Kembang kempis pulak rasanya hidung waktu tu (hik-hik). Walaupun takdelah niat nak puji masakan sendiri (cuba tengok muka serius i ni) tapi sejak makan butter crab. I dah mula jatuh cinta dengan ketam (ilebiu lah!). Untuk hari tu je, i dan hubby habiskan masa dua jam makan ketam sambil sembang-sembang. Punyalah best, sampai kita orang tak sedar masa berlalu dengan pantas (gitulah. Hehe). Korang tengok, hebat tak hebat penangan butter crab ni?
So, khas untuk korang semua inilah Resepi Creamy Butter Crab / Ketam Masak Mentega Penuh Krim yang telah berjaya i hasilkan. Sekali dah masak, confirm encik suami atau anak-anak minta korang masak berkali-kali.
Bahan-bahan :-
- 6 batang cili padi
- 6 ulas bawang putih
- 1 tin susu sejat F&N
- 3 biji KUNING telur masin
- 5-6 sudu besar mentega (i suka pakai brand buttercup)
- 5 ekor ketam sederhana besar
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Letak sedikit minyak dan goreng ketam yang telah dipotong dengan api kecil. Tutup kuali dengan tudung kuali dan biarkan lebih kurang 10-15 minit sampai ketam masak. Lepas tu tutup api.
- Sementara tunggu ketam masak, hiriskan bawang putih dan ketukkan cili padi.
- Sediakan kuali yang lain, buka api kecil dan masukkan mentega. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan cili padi. Gaul sebentar.
- Tuang susu sejat dan kemudian masukkan kuning telur masin (peringatan: kuning telur masin sahaja tau. Tak sebut langsung part putihnya tau). Lenyek-lenyekkan kuning telur masin tu sampai hancur.
- Sepanjang proses penyediaan ni, pastikan tangan tu sentiasa menggaulkan kesemua bahan tanpa henti.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
- Gaul sehingga sebati.
- Tutup api bila kuah / creamy sudah sedikit pekat dan mendidih. Jangan biarkan terlalu lama mendidih nanti creamy nya jadi kering dan terlalu pekat.
- Sedia untuk dimakan sehingga menjilat mangkuk (eh! Hehehe).
Cadangan pemakanan : Makan Creamy Butter Crab bersama-sama Nasi Goreng Cina (mantop!)
p/s : Bila dah tau masak Butter Crab, lepas ni hari-hari boleh masak sendiri dekat rumah. Kan save budget. Makan dekat restoran ketam rupa camgini confirm lah mahal :)
sedapnya nampak!! yummy....kak reena, nk tny, telur masin tu kena rebus dulu ke,ataupun masuk je mentah2 mcm tu?
ReplyDeleteTak payah rebus pun dear. Asingkam mentah-mentah, ambil bahagian KUNING telur masin sahaja :)
DeleteSelamat mencuba!
waah,,cam sedap je..nak cuba2..heheh.. :)
ReplyDeleteMestilah sedap dear. Hehe... Kena cuba tau :)
Deletedah cuba..hehe..nyam2..mmg sedap sis
DeleteWoww!! bestnya... mintak sikit... Hehehe
Deleteohhh sis nampak mcm sedap jer. mcm jannah pon tak suka makan ketam. sbb malas nak menghadap kulit ketam yg keras tu. tapi kalau mak masak sedap mmg makan jugak lah. heee :)
ReplyDeleteBestnya mak dia masakkan untuk dia... Nanti dah kahwin kenalah masak sendiri tau hehehe
Deletewah sedap..tak pernah mkn gak,nti nak cuba buat..tp bahannya tu telur kuning masin tu ssh sket nak carik,sy tak makan telur masin,klu mkn pun yg putih je.hehe..
ReplyDeleteAik... susah ke nak carik telur masin Puan Kutu? Sekarang ni shopping complex pun dah ada jual tau. Fungsi telur masin ni nak menambah rasa dekat Creamy Butter Crab, don't worry mesti suka makan punya :)
Deletekena try niee....
ReplyDeleteMemang kena try :)
Deletewah..nmpk sdap! nyum3..tak prnh try mkn ..kne try nie
ReplyDeleteYe silakanlah try ye Cik Yatt... Nanti kalau jadi bagitau tau :)
Deletebravooo!!!!!!
ReplyDeleteYesszzaaa!! Hehe
DeleteSaje bukak stats kat my blog. Tetiba jumpa blog u. Haha. Tq sbb guna resepi tu. sedap kan? Nanti sila try dptkan daun kari dan cili kering tu. lg mavelesss rasa dia. Hmm, dah lama tak buat. Nak buat la nanti. Hiks!
ReplyDeleteMemang sedap resepi awak ni tau. Terima kasih sangat-sangat! Dekat rumah jarang guna cili kering dan daun kari, sebab tulah tak letak. Takpe, nanti kita follow ikut resepi awak betul-betul k :)
DeleteKak Anis dah try resepi ni cuma crab tu jadi udang dan tambah daun kari from my kebun...it was awesome
ReplyDeleteThanks for sharing sis Reena and tuanpunya resepi asal...
Sebab resepi ni best kan kak, saya dah berkali-kali buat walaupun sebenarnya tak larat nak kopak kulit-kulit ketam yang super power tu. Hehehe...
DeleteSesame kak Anis :)
Salam Reena,
ReplyDeleteTengkiu lar sbb sudi sharekan this resepi...nanti saya suruh tunang saya masak...hehehe...
nak tanya...resepi nie buleh tukar dengan udang ker? Udang Rimau ker Udang Galah ker tak kiralah....
Lagi satu...ketam tue nak tangkap sendiri ker atau beli jer kat pasar...hehehe...
salam,
Amir
Salam Amir,
DeleteBoleh je nak tukar dengan apa binatang sekalipun. Eh! Hehehe... Tak-tak tipu je. Resepi ni sesuai masak samada dengan ketam dan udang. Nak guna Udang Singa pun boleh jugak. Hahaha...
Kalau terror tangkap ketam guna tangan confirm lagik sedap resepi ni bila Cik Tunang masak. Selamat menjamu selera :)
BINI MUDA ABANG PUN DAH BUAT DAN CUBA RESEPI NI...SODAP LA SAMPAI TAK NAK BALIK RUMAH AKAK YANG TUA.....HARI-HARI MASAK KETAM BUNGA.
ReplyDeletethanks share resepi ni...memandangkn sue ni gile sgt ngn ketam smpai sbulan due tige kali masak ketam tp bosan dah asyik2 ketam cili, blackpaper, tomyam..ituje lah...tp smalam try lar search ape lg lh masak ngn ketam ni, jumpe lar reena nye page ni...smalm jugak blik keja tros buat...SEDAPPPP SAM PAI JILAT JARI...heheheh..anyway thanks
ReplyDelete