Jom Bali... Wah... Bila sebut macam gini umpama macam mengajak korang pergi Bali yang berada dekat sebelah rumah aje kan? Hehehe... Eh, siapa kata nak pergi Bali sekarang kena naik kapal terbang? Naik kereta pun dah boleh tau. Nak jalan kaki pun boleh. Uikss... Serius macam tak percaya. Memanglah tak percaya, kalau Jom Bali tu sebenarnya cuma nama restoran dekat area / kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ni. Kihkihkih... (alaaa... frustnya).
Adakah restoran Jom Bali, memang membuat korang terasa macam feel dekat Bali bila makan dekat sini? Entahlah, memandangkan i pun belum pernah menjejakkan kaki dekat Bali. Jadi bila masuk ke restoran Jom Bali, rasanya sama je macam masuk restoran makanan lain yang sewaktu dengannya. Takdelah hiasan pokok kelapa ke, atau pasir-pasir pantai menghiasi dekat sekeliling restoran. Atau ukiran-ukiran macam dekat Bali tu. Cuma yang best pada i, kuantiti makanan dekat sini memang extra kenyang daripada makan dekat restoran lain. Kalau restoran lain berebut-rebut nak cedok nasi atau cukupkan makanan tu cuma satu senduk je dalam pinggan korang. Tapi dekat sini, makanannya sepenuh-penuh pinggan. Untuk pesanan air pun sama jugak, sebesar-besar gelas dibaginya kita minum. Mak aihh, kalau korang ada girlfriend yang cuma mampu makan 5 sudu nasi dan minum air dua tiga teguk je, i tak cadangkan untuk korang bawak dia ke sini. Menangis makanan dengan air tu sebab membazir kena masuk tong sampah. Silap-silap korang sendiri menangis sebab terpaksa bayar duit makanan dan minuman yang tak habis makan (ish-ish-ish tak elok tu... elakkan pembaziran ye kawan-kawan). Tak pun nak tunjuk romantik korang kongsilah makanan sama-sama (eceh... hehehe).
Selalunya setiap kali makan dekat Jom Bali i dah sediakan perut yang dah bergendang (hehehe... betul-betul lapar lah tu). Jadi bila tengok menu, takdelah macam orang serba-salah nak makan. Maklumlah menunya boleh rambang mata jugak jadinya. Semua makanan dengan minuman dalam menu bergambar tu korang nampak sedap je (bagus betul strategi pemasaran / marketing strategy dorang ni) Yang penting, i cuma buat satu pesanan untuk makanan dan minuman je sebab faham sangat bila habis makan gerenti terasa macam tak mampu lagik nak bergerak balik ke kereta. Agak-agak ada ruang kosong lagik dalam perut, barulah i berani buat pesanan tambahan. Setakat ni i dah pernah merasa makan dekat Tesco Mutiara Damansara dan Carrefour Wangsa Maju. Apa-apa hal untuk rasa makanan dekat Jom Bali i bagi 4 daripada 5 bintang. Kenyang dan berbaloi.
Menu istimewa dekat sini ialah Nasi Goreng 3 Rasa Ayam Goreng (Harga RM12.90), Nasi Goreng Ketam (Harga RM12.90), Ikan Pari Bakar (Harga RM12.90), Nasi Kebuli Ayam Goreng (Harga RM14.90) dan Kantonis Fried Sang Mee (Harga RM10.90). Nak tengok menu-menu lain yang ada dekat Jom Bali, korang klik sini ---> http://www.jombali.com.my/menu/
Alamat restoran Jom Bali ialah :-
SETAPAK PLATINUM PV128
No. 128, Jalan Genting Kelang
53300 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : [012] 548 6499 (Faizal)
Waktu operasi : 11:00 pagi hingga 3:00 pagi
TESCO MUTIARA DAMANSARA
Ground Floor
No. 8, Jalan PJU7/4
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor
Nombor Telefon : [012] 492 6498 (Ram)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam
CARREFOUR WANGSA MAJU
No. 6, Jalan 8/27A
Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : [012] 204 6536 (Mike)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam
CARREFOUR SUBANG JAYA
Ground Floor
No. 3, Jalan SS16/1
47500 Subang Jaya
Selangor
Nombor Telefon : [012] 903 6398 (Naing)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam
TESCO PUCHONG
Ground Floor
No. 148, Pusat Bandar Puchong
Jalan Bandar Off Jalan Puchong
47100 Puchong
Selangor
Nombor Telefon : [016] 384 4446 (Nilai)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam
Nak tengok lokasi tepat untuk kesemua alamat dekat atas, korang boleh rujuk dekat sini ---> http://www.jombali.com.my/outlets/
Nak tahu sebarang berita atau status Jom Bali, korang boleh picit LIKE Facebook Jombali - Truly Malaysian Favourites
Jom tengok gambar i di Jom Bali dekat Tesco, Mutiara Damansara
Sago Melaka ni sedap tau. Harga RM6.90 |
Prawn Wantan Soup dengan Prawn Wantan Mee Soup. Nyam-nyam |
Menu airnya semua mengancam tekak. Rasa macam nak order semua aje. Hehehe... |
p/s : Balik-balik bila datang restoran Jom Bali mesti dia tayangkan cerita Mr Bean. Kenapa eh? Hehehe...
mr.bean? barangkali hanye utk inginkn suasana lucu tatkala perut berbunyi keroncong mungkin? reena hrp fhm ayt ni...opss..
ReplyDeleteOhh... macam nak alihkan perhatian lah ni eh? :)
Deletetak kira balik ni nak pi jom bali nak pekena sago melaka tu sedapnye...sini mmg puas hati...cuma portion mak aii
ReplyDeleteHahaha... tu yang kalau sesiapa ajak i datang sini, kena fikir 2-3 kali Posh. Takut tak habis makan je nanti :)
Deleteakan di cuba di subang jaya nanti.
ReplyDeletekahkah
Cuba jangan tak cuba Iqa :)
Deleteperghhhhhh !!! sedapnyee makanannnnnn !!
ReplyDeletesyg betoi dekat tmpat sy tadee .
huhuk!!
Alahai siannya dia. Takpe... nanti datang sini, bolehlah cuba tau :)
Deletesuka mkn nasi lemak sambal seafood dia...sedapppp...
ReplyDeleteeyh....sy pon slalu pg mkn kat situ jugak....
Eh-eh... iye ke? Pernah nampak akak tak? Hehehe...
Deletehehe.. mmg sepenuh-penuh pinggan dia letak..( pinjam ayat kak reena).hehe
ReplyDeletekesian kat encik tunang kena selalu habiskn makanan anis sampai da buncit perut nya :P
klu dtg sini selalu order nasi grg ketam.. sbb klu tunggu anis masak ketam mmg berjanggutlah..hehe..
Hahaha... adeh... penderitaan satu kekenyangan...
DeleteA'ahkan bagus jugak idea pilih nasi goreng ketam tu, akak pun suka makan ketam tapi tension nak mengopaknya :)
aiyo terliur tgok koteaw n sirap bandung cincau tu..comel je mama reena makan.hehe..
ReplyDeleteHahaha... muka kelaparan tu Puan Kutu :)
Delete