بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum semua. Hari ni terpanggil nak kongsikan satu pesanan daripada Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. I suka baca pesanan yang disampaikan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Walaupun pesanan ini dah banyak dikongsikan oleh ramai blogger yang lain. Tapi i rasa tak salahkan kalau kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
Hidup ni sentiasa berputar, jadi bila-bila masa kita boleh berada di atas dan bila-bila masa jugak kita boleh berada di bawah. Bila kita di atas, bantulah mereka yang berada di bawah supaya kita sedar bahawa kesenangan ini hanya pinjaman semata-mata. Jika kita berada di bawah pula, renungkanlah diri sendiri dan insafi atas apa yang berlaku dalam diri kita. Ujian daripada Allah mungkin sebagai peringatan atas kelalaian yang kita lakukan.
I teringat satu ceramah oleh Ustaz Kazim yang diadakan di pejabat i dua bulan lepas. Manusia mudah melabelkan manusia lain sebagai neraka. Adakah orang yang menganggap dirinya Syurga tu benar-benar akan masuk ke Syurga? (اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ). Kita sendiri tak tahu aturan yang ditentukan oleh Allah. Sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubat dan menerima kemaafan daripada hambaNya. Jadi tak perlulah bersikap memburuk-burukkan orang lain. Sebab, kita sebagai manusia bukanlah orang yang layak untuk menentukannya.
Lagi satu kata-kata daripada ceramah Ustaz Kazim yang i suka ialah berkenaan dengan syukur dan perbandingan diri. Contohnya, kita sedang memandu kereta Proton, tetapi orang dihadapan kita sedang memandu kereta Porsche. Daripada kita cemburu dengan kesenangan orang yang berada dihadapan kita. Apa kata kita toleh ke belakang, perhatikan orang yang menunggang motosikal di belakang kereta kita. Sekurang-kurangnya kita akan lebih bersyukur dengan diri kita. Walaupun hidup kita bukan dalam kemewahan tetapi ada orang yang lebih susah daripada itu. Bila kita terima dengan redha, secara tak langsung kita memelihara hati kita daripada bersifat buruk.
p/s : Pesanan dan ceramah yang baik dapat membantu kita supaya berfikiran positif, lebih rasional dan muhasabah terhadap diri sendiri. Insya-Allah.
(Peringatan untuk diri sendiri)
Sumber Google |

Sebelum i akhiri entry i, inilah dia pesanan daripada Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mengenai Indahnya Kemaafan untuk bacaan korang semua (sorry... lama pulak kena tunggu eh? Hehe...)
Semoga kita sama-sama menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Amin.
Semoga kita sama-sama menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Amin.
Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan?
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Hujurat:11)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.” (HR. Tirmizi)
“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.” (Hamka)
“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”. (HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”. (HR. Bukhari dan Ahmad)
Firman Allah SWT: “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran:134)
Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.
Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.” (Luqman Al-Hakim)
Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.
Firman Allah SWT: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?” (Surah an-Nur : 21)
“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda” (pesanan dari Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah)
p/s : Pesanan dan ceramah yang baik dapat membantu kita supaya berfikiran positif, lebih rasional dan muhasabah terhadap diri sendiri. Insya-Allah.
(Peringatan untuk diri sendiri)
Thanks kak. Note to myself too :')
ReplyDeleteSesama awak :)
Deletebetullah hidup ni kena bnyk2 bersyukur....
ReplyDeleteBetul tu, untuk mengelakkan kita daripada jadi lupa diri :)
Deletemcm lagu aishah 'kemaafan dendam yang terindah'
ReplyDeletex mudah utk memaafkan tp klu dah maafkan tu mcm melepaskan seksa yg tertanggung x gitu
Eh, macam dah terlupa pulak lirik lagu ni. Hehehe... Walaupun seksa nak maafkan orang, tapi sekurang-kurang hati lega :)
Deletesy senang maafkan orang tapi sangat susah untuk lupakan kesalahan org itu..dlm erti kata lain mmg tak boleh lupa langsung.
ReplyDeletesy senang maafkan orang tapi sangat susah untuk lupakan kesalahan org itu..dlm erti kata lain mmg tak boleh lupa langsung.
ReplyDeleteEh, macam sama je... hehehe :) sebab selalunya hati dah tawar nak percayakan lagi orang tu.
Deletesalam kak reena
ReplyDeletelama betol jannah tak datang sini kan? hehe. now im back :)
suka betol dengan entry akk yang nie. pernah juga jumpa dgn org yg rasa dia golongan syurga dan rasakan dia sahaja baik. pulak tu pandai menentukan org tu masuk syurga org nie masuk neraka. masyallah kesian betol dgn dia
Salam Jannah :)
DeleteIyee... dah lama tak nampak awak. Rindu tau!
Mekasih... hehehe... memang wujud orang-orang jenis camgini. Harapnya dia cepat berubah :)
maaf perlu di beri dgn ikhlas nya hati.
ReplyDeletebiasa.manusia xkan lari dr silap.
A'ah betul tu, kalau dah minta maaf lepas tu buat balik. Memanglah hampeh... hehehe
Deletebagus betul advise ttg kereta vs motor tu...
ReplyDeleteslalu juga diri sendiri "terlupa diri"
dok tengok keta wow sana wowww sini ... ngeh ngeh
Hehehe... hubby kita pun suka macam gini jugak. Bila kita cakap 'asyik puji kereta orang je, cubalah puji kereta sendiri pulak. Kesian dekat kereta sendiri'. Terus hubby sengih malu.
Deleteyes, kita jgn lupa bersyukur kepadaNya...
ReplyDeletetapi kan sis...
i nie plak species...
boleh memaafkan tapi susah nak lupakan apa yg terjadi...
supaya berhati2 di masa hadapan.....
Samalah kita kak :)
Delete'aku sudah tak percaya padamu lagik' (ewahh...) Hehehe...
note untuk diri i.. tq dear.. *i jeles tengok u* hahaha
ReplyDeleteYour welcome dear :) Lorr... nape jeles ni. Ce cite... ce cite... Hehehe...
Deletetp tak salah berangan memiliki porche dalam masa yg sama bersyukur dengan apa yg kita ada bila memandang orang yg menunggang motosikal dibelakang.hehe..
ReplyDelete*sy tak suka berangan pun tau..:)
Hahaha... berangan untuk kebaikan takpe :)
Delete