Blogger templates

Sep 14, 2012

Main Bunga Api

Dulu-dulu bila ada pengumuman hari raya dekat televisyen, itulah saat-saat debaran yang paling ditunggu semua orang kan? I ingat lagi kemeriahan waktu dekat kampung 20 tahun lepas, sampaikan selalu berebut-rebut duduk dekat depan televisyen comel milik arwah Tok Bak dengan cousin dan pakcik-makcik yang lain. Bila pengumuman tengah get ready lepas tu ada je yang mula keluarkan suara-suara suspen. I, cousin dan pakcik (yang umur hampir sebaya dengan i) ramai-ramai pakat buat bunyi "syyhhh" kononnya nak kusyuk dengar apa yang akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Tapi sebenarnya lebih kepada nak buat kecoh je. Hahaha... dengki lah katakan. Masa tu, excited betul nak tahu, anak bulan dah keluar ke belum? Rasanya siapa yang lahir awal 80-an dulu mesti tahukan jokes pasal anak bulan ni. Dan i yang naif giler waktu tu, selalu terfikir macam manalah agaknya rupa baby bulan yang selalu dorang teropong tu kan? Mesti cute. Hahaha!

Bila pengumuman sahkan lusa hari raya, i dan geng-geng cousin yang lain mulalah buat muka tension mogok lapar apataknya kena tambah sehari lagi puasa (aiseyman!). Macam mana pun kalau pengumuman keluarkan kenyataan esok hari raya pulak. Kita orang punyalah meloncat happy bagai nak rak TAPI jeng-jeng-jeng hahaha... siaplah lepas tu rumah arwah Tok Bak bukan setakat bingit dengan bunyi periuk belanga, suara arahan ibu i yang berdendang pun join sama. Ishhh... kacau daun betul! Baru nak happy-happy lawan dengan kampung sebelah siapa meriam buluh dan mercun roket paling kuat berdentum, dah kena panggil untuk kerahan tenaga kerja dapur (duhhh!) Waktu ni memang rasa tension betul jadi perempuan, tambah sakit hati bila tengok cousin dan pakcik berenjoy sakan dengan mercun masing-masing. Hahaha... tapi tu dulu, dulu i spesis tak takut langsung dengan meriam buluh dan mercun ni (spesis tomboy sikit kot. Hehehe). Suruhlah cucuh mana-mana mercun pun. Siap boleh pegang mercun tu pakai tangan then baling dengan selambanya. Bila dah masuk usia fasa remaja dan televisyen mula tunjukkan macam-macam cerita budak yang kudung jari dan buta mata gara-gara main mercun. I terus taubat tak nak sentuh langsung. Takut! Tak pasal-pasal sampai sekarang ni, i jadi takut dengar bunyi mercun. Nak dekat apatah lagik (kecoh betul minah ni kan? Hahaha).

Memandangkan i sendiri pernah merasai keseronokan bermain bunga api dan mercun. Jadi raya tahun ni, i beri peluang buat pertama kalinya untuk anak-anak i merasai macam mana happy nya bermain bunga api. Tapi setakat bunga api jelah. Nak cucuh mercun? No way! Hahaha! Tu pun even bunga api je tu, i rasa macam nak semput memantau dorang ni. Bayangkanlah boleh pulak tengah-tengah main bunga api, tiba-tiba bunga api tu stop sekejap. Anak i yang curiosity melampau ni, mulalah nak belek kenapa bunga api ni tak menyala. Kalau i tak perasan, mahu lain jadinya. Faham-faham jelah bunga api yang keluar macam-macam warna ni kan apinya memang suka sangkut-sangkut (macam dah masuk angin). Kena explain berkali, kali dan kali lagik. Bila bunga api dah tak menyala masukkan terus dalam baldi yang ada air, tak payah nak buat eksperimen pelik-pelik, cucuh dekat daun ke, dalam tanah ke (walaupun sebenarnya mama dia dulu lagik hebat buat macam-macam eksperimen. Hahaha. Kepala eksperimen ialah pakcik saudara koranglah a.k.a cousin mama. Nak jugak salahkan orang lain tu. Keh-keh-keh). Jangan datang dekat-dekat dengan pakcik (adik i) yang tengah sibuk main mercun. Duduk main bunga api dekat dalam area rumah je dan jangan halakan bunga api dekat dengan orang. Fuhhh... agak-agak korang boleh rasai tak kesemputan i waktu tu. Hahaha! Anak-anak mama, korang redha ajelah ye. Bukan apa, mama SAYANG anak-anak mama semua.

Ok, kita tengok gambar anak-anak i nak? Jom!


Atok layan cucu-cucu comel yang first time nak main bunga api dan mercun pop-pop. Mercun pop-pop? Hah.... yang ni approved by mama. Hehehe...






Damien good boy, tengok orang main bunga api dan mercun dari dalam rumah. Phewww... senang sikit mama nak control. Hehehe...

p/s : Kadang-kadang kebebasan tu penting jugak untuk beri dorang pendedahan belajar dari pengalaman. Tapi kenalah berpada-pada. Tak gitu?

16 comments:

  1. cantik 1st pic tu..percikan bunga api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak nak tangkap gambar ni sebenarnya Atie :)

      Delete
  2. anak mun main bunga api..cucuh tangan sendiri..tue mun depan mata tue..haishhh agaknya nak merasa kot cmner..lepas tue terus mun tak bagi main dah...risau lah reena takut jadi pape..kalau nak main pon tunggu dier besar sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai siannya. A'ah, kita pun risau jugak Mun tu yang mulut tak berhenti ingatkan macam-macam. Adeh...

      Delete
  3. hati2..bermain bunga api...
    warna warni bunga api....membuatkan kanak2..pun teruja dan bersemangat...

    ReplyDelete
  4. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  5. hai reena....
    best main bunga api..tapi kena la hati2 yek...
    alesya saya takut main bunga api...die kate takut asap busuk...hohoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Lela...

      Tulahhh... kalau takut senang sikit nak control kan Lela hehehe... tapi yang excited nak cuba ni. Banyak pantang-larang kena ingatkan. Kalau tak bagi, kesian pulak :)

      Delete
  6. anak aku paling teruja tengok mercun osama! nak beli mahal bebenor. so tgk aje la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikss... Aku tak terror bab-bab nama mercun ni Eita. Mercun Osama ni adik-beradik mercun KLCC ke? Hehehe...

      Delete
  7. anak saya yang perempuan tu dulu2 cuma takut dengar bunyi mercun. kalau meletop-letop tu mmg nangis dia. bila dah bsr sikit, dia dah berani main bunga api. first time dia main bunga api yg jenis besi tu, lps main masa besi tu tgh panas dia TER-letak besi tu kat dada, melecur lah sikit kat situ, adoi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii... bunga api yang besi tu memang merbahaya sikit Kak Ni. Anak kita yang nombor dua tu pun dah terkena jari dia waktu main. Terus menangis taknak main lagi (fuhhh... mama dia lega sebenarnya. Hehehe)

      Delete
  8. main mercun pop paling selamat..selamat segala..budget n safety..hehe :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)