Blogger templates

Showing posts with label Makan Malam. Show all posts
Showing posts with label Makan Malam. Show all posts

Apr 6, 2013

Resepi : Sambal

Sebenarnya i tak sure nak letakkan nama apa untuk resepi sambal yang i nak kongsikan dengan korang ni. Resepi Sambal Cili Padi Ikan Bilis kah? Sambal Cili Merah kah? Atau Sambal Cili Goreng kah? Haishhh... fikir punya fikir punya fikir, i letak jelah nama resepi sambal. Kalau dah bahan-bahannya ada cili hidup lepas tu, bila siap je bertukar jadi colour merah menyala mestilah berkaitan dengan sambalkan? Takkanlah air sirap kot. Hehehe... Tapi andai kata ada antara korang yang tahu nama real sambal ni ke. Apa kata korang pulak bagitahu dekat i. I ni cuma tahu masak je (ikut citarasa tekak sendiri), nama-nama resepi tak pernah langsung nak ambil kisah sangat. Janji hasilnya sedap. Kalau tak sedap takde maknanya i nak heboh dekat dalam internet ni hah. Hahaha!

Sambal ni, adalah favourite hubby dan anak i yang sulong. Nilah request dorang setiap kali bila i masak ubi rebus goreng untuk minum petang (nyam-nyam). Kalau korang nak ubah citarasa makan dengan makanan lain pun boleh jugak macam makan dengan nasi ke, cicah goreng pisang ke, cicah jemput-jemput ke. Perghhh... memang best tahap marvelous!

Jom kita tengok, apa benda yang kena ada sebelum terhasilnya sambal macam yang i masak dekat gambar bawah ni. Teringin nak lagik meletop sampai berasap telinga, korang tambah jelah kuantiti cili tu. Selamat mencuba semua!


Bahan-bahan :

5 batang cili merah (dibuang biji)
5 batang cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis (anggaran je, boleh tengok gambar dekat bawah untuk lebih jelas)
1/2 inci halia
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (agak-agak dalam setengah sudu kecil je)
Sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan


Cara-cara :

1. Kisar / blend cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan halia bersama-sama tiga sudu besar air (air ni bertujuan untuk memudahkan proses melumatkan segala bahan-bahan, kang berketul-ketul pulak jadinya).

2. Kemudian, panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaulkan kesemuanya dan letakkan gula, garam dan serbuk kunyit.

3. Tutup api selepas sambal kelihatan likat dan masak. Yeay! Ready untuk dibaham.

Senang gilakan?!! Hah, apa lagik. Takde alasan untuk katakan memasak itu leceh (ewah! Malas ye korang?). Finger click gitu tau. Tak percaya? Cuba buat. Hehehe.







p/s : lapar pulak tengok masakan sendiri (telan air liur).

Dec 20, 2012

Resepi : Lasagna

Semalam i dah bercerita pasal Cheese a.k.a Keju (dekat entri yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/rsmy-house-of-real-beriani.html). Dan hari ni i nak bercerita sekali lagi pasal makanan yang ada kaitan dengan Cheese jugak. Amacam suka tak korang? I tahu kalau sebut je perkataan Cheese confirm semua tunjuk muka teruja dalam kelaparan. Walaupun Cheese tu sebenarnya adalah penyumbang kepada tumBESARan, semua pakat buat-buat macam tak perasan je ayat tumBESARan tu. Keh-keh-keh... Cuma yang bestnya kali ni, kisah Cheese yang akan i ceritakan akan disertakan sekali dengan step-by-step memasak. So, demi Cheese... moh la kita ke dapur berperang dengan kuali bagai. Kiranya lepas kita bakar lemak, kita ternak balik semula lemak tu siap bagi triple extra large lagi. Heee...

Kalau korang nak tahu Resepi Lasagna ni i selidik dari Kak Ana (thanks Kak Ana) tapi i gubah sikit-sikit supaya jadi lebih simple / ringkas. Lagipun pada i, bila kita cepat habis masak, cepatlah kita kerjakan hasil masakan kita tu atau dalam erti kata lain yang kurang sopan, cepatlah kita melantak makanan tu (oppss... hehehe). Dah-dah, tak nak bebel banyak-banyak jom belek resepi lasagna simple yang super duper sedap dekat bawah ni. Good luck korang. Majulah perut demi lasagna tercinta. Sekian.

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan) :

Bahan untuk Dicelur :

7 keping instant lasagna (dari jenama San Remo)

Bahan untuk Menggoreng :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang
1 bungkus daging cincang 400 gram (i guna jenama Azmy)
2 biji tomato
Suku bahagian lobak merah diparut (kalau suka lebih, boleh lebihkan)
Beberapa helai daun sup
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar perencah pati ayam (i guna jenama Tumix)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan untuk Sos Putih :

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (i guna susu Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar (i guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Bahan Tambahan Wajib untuk Menyedapkan Lasagna :

Sedikit Lada Hitam / Black Pepper yang ditumbuk kasar atau beli yang dah siap dalam botol
Sedikit Oregano (jenama McCormick)
1 bungkus Parutan Keju Mozzarela / Shredded Mozzarela (jenama Emborg)


Cara-cara :

1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas (yang baru lepas mendidih). Pastikan kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.

2. Cincang bawang merah, bawang putih, cendawan butang, tomato dan daun sup. Manakala lobak merah diparut halus.

3. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cendawan butang, tomato dan daun sup yang dicincang tadi bersama dengan lobak merah dan daging cincang. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila masak (pastikan ianya tidak terlalu kering). Ketepikan.

5. Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

6. Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. I gunakan sudip rata untuk elakkan lasagna daripada terkoyak.

7. Sediakan bekas untuk membakar lasagna. I gunakan bekas kaca berukuran 6" x 9" x 2.5". Untuk pengetahuan korang, bahan-bahan yang disediakan di atas akan menghasilkan 3 layer / lapisan lasagna.

8. Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.

9. Ulang sekali lagi langkah 8 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga.

10. Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC  selama 35 hingga 40 minit.

Peringatan :

Lasagna yang baru dikeluarkan kebiasaannya memang lembik dan susah untuk dipotong. Jadi kalau nak kekalkan shape / rupa paras lasagna supaya lebih kemas bila dipotong, korang biarkan dahulu lasagna supaya sejuk.

Tips atau Nota Tambahan :

I ingat lagi, pengalaman pertama memasak lasagna boleh dikatakan fail dan tak menjadi. Frustnya... i rasa waktu tu, apa taknya kepingan lasagna yang i buat bukannya jadi lembut tapi keras. Lepas tu bahan-bahan untuk daging cincang pun, punyalah masin dan masam. Haishhh... pelik juga, sedangkan i ikut sebiji-sebijan resepi yang ada pada kotak San Remo lasagna instant tu.

Akhirnya barulah i faham, untuk menghasilkan lasagna yang lembut, sos putih memainkan peranan penting dalam kehidupan lasagna (eh, kehidupan ke? Hehehe). Maksudnya lagi banyak sos putih, lagilah menjamin kelembutan lasagna (auwww...) Tapi macam mana pun i suka cara Kak Ana supaya celurkan terlebih dulu lasagna sebelum dibakar. I rasa ini adalah cara yang lebih selamat. Sebab lasagna ni quite degil jugak nak lembut walaupun pada kotak arahan ada dinyatakan yang kepingan lasagna tak perlu dibuat apa-apa sebelum dibakar (ahhh... i tak nak percaya lagi instruction dekat kotak tu...)

Lagi satu, kenapa bahan-bahan daging cincang yang i buat dulu jadi terlampau masin dan masam? Sebenarnya step untuk membuat bahan-bahan daging cincang sebelum ni, kebanyakan i olah semula dari cara i memasak sos untuk spaghetti bolognese (resepi yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/aku-ni-kalo-malas-sangat-nak-masak.html). Rupa-rupanya i silap, kemasaman tomato puree bila berlawan dengan cheese, jadikan lasagna yang i buat terlampau masam dan masin. Belajar dari kesilapan, i tak gunakan lagi puri tomato tapi i gantikan dengan original tomato (sebagaimana resepi yang korang tengok sekarang ni). So, usaha tangga kejayaan. I pun tak payah lagi nak order beef lasagna dekat Domino's Pizza sebab dah terror buat lasagna sendiri (ecehhh!)


Anyway kalau ada sesiapa yang kurang faham dengan cara-cara yang i tunjukkan dekat atas. Korang bolehlah belek gambar dekat bawah ye.












Lapisan ketiga / terakhir.
Woww!!! Nyam-nyam lasagna.
Bismillahirrahmanirrahim ... jemput makan semua.

p/s : Bulan ni je dah dua kali buat lasagna. Punah diet!

Jun 17, 2012

Resepi : Bihun Sup / Mee Hoon Sup

Bila nak keluar untuk jalan-jalan hujung minggu atau letih sangat nak masak untuk dua, tiga jenis lauk bila balik kerja. I selalunya sediakan masakan ringkas macam Bihun Sup / Mee Hoon Sup. Wah... dengar nama pun dah macam complicated je bunyi nak masaknya. Tapi tahukah korang, inilah masakan yang paling simple yang i suka sangat masak, bahan-bahan yang senang disediakan dan dipenuhi dengan nutrien yang sihat (chewah! Dah mula dah nak tukar profesion jadi pakar nutrisi pulak. Kihkihkih)

Bahan utama yang korang mesti ada untuk resepi ni ialah udang. Nak tahu kenapa? Sebab udang berupaya menghasilkan aroma dan kuah sup yang super sedap. Kalau tak letak udang pun boleh jugak tapi dari segi jaminan rasa yang super sedap tu mungkin bertukar jadi kurang sedaplah. Hehehe... Lagi satu kan, agak-agak kalau i takde selera makan sebab sakit tekak atau selsema. Nilah jugak resepi wajib yang i sediakan. Lepas makan, badan terus rasa segar bugar je. Pelik jugak, adakah keadaan ini disebabkan Bihun sup yang i masak ni sememangnya best atau tekak ni memang suka makan makanan jenis bersup? (Eceh... layankan aje. Hehehe).

Macam mana pun inilah resepinya untuk kawan-kawan yang lain cuba. Selamat masak-masak semua. Habis makan jangan lupa sebut Alhamdulilah.

Oh, lupa nak cakap sukatan bahan-bahan untuk resepi ni terpulang pada citarasa korang. Kalau suka lebih, lebihkanlah sukatan yang i bagi tu, kalau nak kurang pun boleh jugak. Takde masalah pun janji sedap.

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan) :

100gram atau 1/4 Bihun / Rice Vermicilli daripada bungkusannya (i selalu beli jenama Jasmine yang 400gram satu pek)
6 ekor udang saiz sederhana
1/2 batang lobak merah dipotong halus
5 helai sayur sawi dipotong kecil
3 jejari fish cake (boleh jugak ditukar kepada 6 biji fish ball) dipotong halus
2 sudu besar lada sulah berperisa (i guna jenama Aji-Shio)
2 biji tomato
8 cawan air (selalunya i anggarkan setengah bahagian air daripada periuk 5 liter)
Garam dan serbuk perisa (ajinomoto) secukup rasa

Bahan tambahan

2-3 biji telur digoreng (buat mata lembu / mata kerbau)
4 biji cili padi dipotong halus dan dicampurkan dengan sedikit kicap masin
8 biji bawang kecil dipotong halus dan dijadikan bawang goreng
2 helai daun pasli / parsley dipotong halus (tak kenal daun ni, boleh cuba google dekat image)

Cara-cara :

1. Rendamkan bihun di dalam bekas berisi air masak (cara ini untuk melembutkan bihun. Tak perlu gunakan air panas). Ketepikan.
2. Sediakan periuk, buka api sederhana besar dan isikan air. Masukkan udang, lobak merah, sayur sawi dan fish cake / fish ball. Masak sehingga mendidih.
3. Sementara nak tunggu mendidih sediakan "Bahan tambahan" seperti di atas.
4. Setelah mendidih, masukkan lada sulah dan garam. Toskan air pada bihun, kemudian masukkan bihun terus ke dalam periuk yang mendidih. Masukkan tomato. Gaul sekejap dan rasa masakan. Tambah mana-mana yang patut samada lada sulah atau garam.
5. Sedia untuk dihidang (hoorey! Nyam-nyam)

Untuk penerangan lebih jelas, silalah tatap gambar dekat bawah ye.




Yeay, dah masak.
Cili potong.
Jemput makan semua.

p/s : senang je kan?

May 26, 2012

Uncle Lim's Cafe

Selalunya bila tiba hujung minggu, lepas dah selesaikan semua kerja-kerja dekat rumah. I dan hubby akan bawa anak-anak kecik kita orang pergi jalan-jalan dekat shopping complex yang berhampiran (hampir tak hampir 30 minit jugaklah daripada rumah. Hehehe...) Budak-budak kan suka berjalan, mana boleh duduk diam je dekat rumah. Kalau nampak mama papanya ada dekat rumah dan tak pergi kerja, soalan wajib dorang ialah "bila kita nak pergi jalan-jalan mama?" Jadi selalunya i akan jawab, "if you're listen to mama papa, clean-up your toys yang bersepah and don't be naughty. Nanti mama papa bawa jalan-jalan." Ikutkan kalau i tak cakap macam ni pun, alhamdulilah dorang memang mendengar kata dan tak banyak karenah pun.

Cuma i suka selalu ingatkan dorang bertalu-talu. Nak tahu kenapa? Budak-budak yang berumur 1 hingga 6 tahun nilah yang paling mudah dilentur dan paling mudah lupa. Bila kita selalu ingatkan perkara-perkara yang baik dan beritahu dorang perbezaan baik dan buruk. Mereka akan jadikan perkara tu habit / amalan. Kadang-kadang tu bila i dekat dapur tengah memasak, i akan dengar yang tua sulung akan berkata dekat adik-adik dia yang lain, "Please don't make a mess, nanti mama marah. Put your toys back on their place." Sejuk hati rasa bila dengar. Yelah, selalunya yang sulunglah jadi contoh terbaik untuk adik-adikkan?

Jadi bila dah bawa berjalan-jalan (tak shopping pun), aktiviti utama mestilah ada makan-makan (wajib ni. Hehehe). Tempat yang jadi pilihan utama kita orang bila berada dekat Ikano Power Centre ialah Uncle Lim's Cafe. Soalan pertama yang bermain dalam kepala korang mesti, halal ke tempat ni? Ya, memang ada logo halal dekat kedai makan ni. Kalau tak percaya, korang boleh pergi ke website / laman web Uncle Lim Cafe dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/. I nak ambil gambar logo tanda halal tu serba-salah sebab baru terpandang ada logo no camera dekat situ (adehh...)  Kalau tak puas hati lagik, korang aju je soalan korang dekat website Pakcik Lim ni.

Hampir semua menu dekat sini, i dah cuba. Best dan sedap! (Nak tengok menu-menunya yang mengancam perut korang, cuba picit dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/menu.htm). Servis perkhidmatan pun laju. Baru sembang 5 minit, makanan dah muncul depan mata. Kawasan tempat makannya pun luas cuma bila waktu hujung minggu memanjang penuhnya. Tapi jangan risau setakat ni i berjaya je makan dekat sini. Korang buat-buatlah berdiri dekat sebelah meja orang yang dah habis makan tapi tak reti nak bangun tu. Insya-Allah mesti dorang rasa serba-salah dan beredar (hahaha... kejamnya aku).

Alamat Uncle's Lim Cafe ialah :-

LG 15 (P1), IKANO Power Centre
No. 2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon : [03] 7725 4381
Nombor Faks : [03] 7725 5425

Waktu operasi :-
9:30 pagi hingga 10:00 malam (dari hari Isnin hingga Jumaat)
9:30 pagi hingga 10:30 malam (hari Sabtu dan Ahad)

Lain-lain cawangan Uncle's Lim Cafe ialah di Subang Parade dan SStwo Mall
Alamat boleh rujuk dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/index.htm


Jom tengok gambar i sekeluarga yang makan-makan di Uncle Lim's Cafe.

Senarai menu makanan dan harga yang ada dekat sini.
Senarai harga minuman dekat Uncle Lim's Cafe.

Ni nama dia Uncle Lim's Laksa. Kuah dia best sangat! Harga RM8.90.

Nama air ni Cham. Campuran teh dengan kopi. Harga RM3.50.

Otak-otak demok yang sedap! Harga RM3.40.


Hubby i makan Nasi Lemak Ayam Goreng. Harga RM9.90.

Danish, menu sama macam papa.

Damien tak kisah langsung, sibuk dengan games (huhuhu...)

p/s : Mana Ariana? Ariana tidur (duh... sedangkan dia yang beriya-iya ajak jalan-jalan tadi). Anyway, apa aktiviti korang hari ni?

Apr 29, 2012

Resepi : Nasi Tomato

Hujung-hujung minggu macam gini, sesuai kalau kita cuba resepi yang lain dari yang lain. Contoh, kalau selalu makan nasi putih tu, apa kata kita tukar selera jadi nasi berwarna pulak. Nasi berwarna tu ala-ala Nasi Pelangi ke? Eh, ada ke Nasi Pelangi? Wah... mesti meriah warna nasi Pelangi kan? Hehehe... Nasi berwarna yang i maksudkan dekat sini ialah nasi yang selain daripada warna Nasi Putih macam Nasi Minyak ke, Nasi tomato ke atau Nasi Beriyani ke...

Tapi hari ni i nak tunjuk hasil resepi Nasi Tomato yang i berjaya buat mengikut dari resepi Mat Gebu. Kata Mat Gebu resepi asal ni datangnya dari Kak Liza (ohh...) Ok, tak kisahlah mana-mana. I nak ucapkan banyak-banyak terima kasih untuk kedua-dua masterchef resepi ni. Memang sedap dan kena sangat dengan tekak i sekeluarga (kalau tak sedap atau tak menjadi, takde maknanya i nak tayang-tayang dekat korang semua. Hehehe...). Apa yang i perasan, anak i pun makan Nasi Tomato ni sampai tambah berkali-kali dan kali. Kalau anak i boleh makan banyak tu, memang best sangatlah resepi ni. Yelah, budak-budak kan lurus orangnya, mana pandai corner-corner nak jaga hati orang. Hehehe...

Apa-apa hal jom tengok resepi Nasi Tomato dan gambar sepanjang proses i sediakan Nasi Tomato dekat bawah. I makan Nasi Tomato dengan Kari Daging, Bawang Goreng, Kismis dan Kacang Pis. Fuhh... meriah habis! Kata hubby i kalah macam makan dekat tempat kenduri (eceh!)

Bahan-bahan :

5 cawan beras Basmathi  (cuci, rendam 20 minit dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato (dicincang halus)
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar mentega / minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan (disimpul)
Air (ikut sukatan beras iaitu 5 cawan)
Garam secukup rasa

Bahan Tumis :
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 ulas bawang putih - dihiris halus
5 biji bawang merah - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus

Bahan Hiasan : bawang goreng, kismis, kacang pis dan hirisan daun sup / daun bawang (i tak berapa suka daun sup / daun bawang ni sebab tu takde dalam gambar).

Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, masukkan kesemua Bahan Tumis dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

2. Kemudian, masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biarkan sebentar. Tuangkan susu dan air, masak sehingga mendidih. Tutup api.

3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Selepas itu, tuangkan bahan-bahan yang dimasak pada cara nombor 2 tadi ke dalam periuk nasi. Letakkan garam (anggaran 3/4 sudu kecil) dan gaul sehingga rata. Masak seperti biasa dan balik-balikkan nasi bila betul-betul masak.

4. Hiaskannya dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

5. Lepas tu baca bismillah dan makan!












p/s : Laparnya tengok masakan sendiri. Aumm...

Apr 8, 2012

Resepi : Hot and Roll

I perasan ramai yang datang ke blog i semata-mata nak cari resepi untuk kanak-kanak (mekasih banyak-banyak ye). Walaupun setakat ini tak banyak lagi resepi untuk kanak-kanak yang i ceritakan dekat blog i. Tapi i harap korang sudi-sudilah untuk terus jengah ke sini. Bila-bila masa i akan pos dan kongsikan sebarang resepi yang bersesuaian. Tak kira samada untuk bayi ke, kanak-kanak ke even untuk orang tua dewasa sekalipun. Apa yang seronoknya bila buat resepi untuk kanak-kanak ni ialah sebab bahan-bahannya mudah untuk disediakan, senang nak buat dan yang paling best sedap dimakan. Mana tak orang tua pun suka makan. Hehehe... Resepi Hot and Roll ni antara contoh resepi yang sesuai untuk kanak-kanak jugak (yeay!)

Sebenarnya idea untuk resepi Hot and Roll yang i nak kongsikan hari ni ialah datangnya dari Kiosk Makanan Hot & Roll (atau orang melayu panggil Panas dan Gulung. Hehehe). Agak-agak, korang pernah dengar tak nama kiosk ni? Kiosk ni menyediakan makanan berkonsepkan daripada Paratha dan Crispy Wrap / Crepe (satu lapisan tepung yang digoreng rangup). Ada macam-macam pilihan menu yang korang boleh pilih sebagai topping kepada Paratha dan Crispy Wrap korang tu. Harga yang ditawarkan pun berpatutan, bermula dari harga RM2.90 sehingga RM5.90. Untuk topping tambahan pulak, korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Takpe nanti kalau ada masa, i singgah ke Hot & Roll (selalu sebenarnya singgah sini tapi sebab lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar) dan buat entry khas untuk Hot & Roll ok.

Macam mana pun untuk korang yang nak sediakan Hot and Roll sendiri dekat rumah je. Jom tengok resepi i ni. Rasa untuk resepi ni pada i, takde beza pun macam makan dekat Hot & Roll dan korang boleh buat lagi sedap daripada kiosk Hot & Roll. Contohnya nak letak aiskrim ke, jem ke atau lain-lain lagi. Ikut kreativiti korang. Resepi ni sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang atau supper (makan lewat malam).

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)

1/2 batang lobak merah yang diparut
2 batang sosej / hot dog ayam yang dicincang (pilihan i semestinya jenama Ramly Burger)
2 keping roti canai yang digoreng dengan sedikit minyak (i suka beli jenama Kawan tapi ejaan dekat packaging nya ialah Roti Chanai)
2 keping keju (jenama Cheesedale)

Tambahan hidangan :

Boleh letakkan mayonis, sos, hirisan bawang, cili dan lain-lain lagi

Cara-cara :

1. Taburkan lobak dan sosej di atas roti canai yang siap digoreng. Kemudian, letakkan keju di atas permukaannya.
2. Masukkan, roti canai ke dalam microwave atau oven. Panaskan pada suhu 85ºC hingga 100ºC (ikut suhu panas microwave atau oven masing-masing) selama 2 hingga 3 minit.
3. Siap untuk dimakan. Kalau nak feel rasa macam makan dekat Hot & Roll, korang gulungkanlah waktu nak makan tu.

Senang je kan memasak ni? Siapa kata susah. Yang susah tu untuk orang yang malas basuh kuali dengan pinggan sebenarnya. Kihkihkih... (gurau je).


Untuk penerangan lebih jelas, korang bolehlah tengok gambar dekat bawah.









p/s : mula-mula buat untuk dua keping je, tiba-tiba permintaan terus meningkat jadi 6 keping. Kalau betul-betul makan dekat Hot & Roll ni, takdenya sanggup nak order banyak-banyak. Mahallah katakan.