Sebenarnya i tak sure nak letakkan nama apa untuk resepi sambal yang i nak kongsikan dengan korang ni. Resepi Sambal Cili Padi Ikan Bilis kah? Sambal Cili Merah kah? Atau Sambal Cili Goreng kah? Haishhh... fikir punya fikir punya fikir, i letak jelah nama resepi sambal. Kalau dah bahan-bahannya ada cili hidup lepas tu, bila siap je bertukar jadi colour merah menyala mestilah berkaitan dengan sambalkan? Takkanlah air sirap kot. Hehehe... Tapi andai kata ada antara korang yang tahu nama real sambal ni ke. Apa kata korang pulak bagitahu dekat i. I ni cuma tahu masak je (ikut citarasa tekak sendiri), nama-nama resepi tak pernah langsung nak ambil kisah sangat. Janji hasilnya sedap. Kalau tak sedap takde maknanya i nak heboh dekat dalam internet ni hah. Hahaha!
Sambal ni, adalah favourite hubby dan anak i yang sulong. Nilah request dorang setiap kali bila i masak ubi rebus goreng untuk minum petang (nyam-nyam). Kalau korang nak ubah citarasa makan dengan makanan lain pun boleh jugak macam makan dengan nasi ke, cicah goreng pisang ke, cicah jemput-jemput ke. Perghhh... memang best tahap marvelous!
Jom kita tengok, apa benda yang kena ada sebelum terhasilnya sambal macam yang i masak dekat gambar bawah ni. Teringin nak lagik meletop sampai berasap telinga, korang tambah jelah kuantiti cili tu. Selamat mencuba semua!
Bahan-bahan :
5 batang cili merah (dibuang biji)
5 batang cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis (anggaran je, boleh tengok gambar dekat bawah untuk lebih jelas)
1/2 inci halia
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (agak-agak dalam setengah sudu kecil je)
Sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan
Cara-cara :
1. Kisar / blend cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan halia bersama-sama tiga sudu besar air (air ni bertujuan untuk memudahkan proses melumatkan segala bahan-bahan, kang berketul-ketul pulak jadinya).
2. Kemudian, panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaulkan kesemuanya dan letakkan gula, garam dan serbuk kunyit.
3. Tutup api selepas sambal kelihatan likat dan masak. Yeay! Ready untuk dibaham.
Senang gilakan?!! Hah, apa lagik. Takde alasan untuk katakan memasak itu leceh (ewah! Malas ye korang?). Finger click gitu tau. Tak percaya? Cuba buat. Hehehe.
p/s : lapar pulak tengok masakan sendiri (telan air liur).
nyum nyum ni memang fav sy ni kak. rendunyaaa. lama tak visit sini
ReplyDeleteSedap...
ReplyDeleteHeart shape tu akak pun ada.
buat cicah ayam goreng pun sedap nie! hehee!!
ReplyDeletesedapnya..time lapar lg ni
ReplyDeleteReena remkin beli ktne?
ReplyDeleteSedapnya nampak sambal Reena tu merah menyala,
ReplyDeleteasben Asiah mang suka makan sambal cam ni. Tapi tak letak halia. Kiteorang letak belacan...makan ngan ubi kayu/cekodok.
dapdapnye.....pose tengok ubi rebus goreng dengan sambal pun terliur okeh hahhaaa
ReplyDelete