Bila baca tajuk entry dekat atas terasa macam diri sendiri dah bertukar profesion jadi pakar kaunseling rumahtangga pulak rasanya (kihkihkih). Nanti tak pasal-pasal Dato' Dr Fadzilah Kamsah tak boleh cari makan (eh, joking je lah. Ampun Dato' hehehe...) Sebenarnya tips ni diminta oleh seorang Anonymous dalam ruangan komen i dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html. Dan soalannya adalah seperti di bawah :-
AnonymousApril 5, 2012 10:59 AM
salam,
blh bg tips mcm mn nk uruskan rumahtangga dgn anak dgn bekerja? i ada 3 org anak.. tlg, kdg2 rasa mcm tak tahu nk buat mana satu dahulu.. tqvm
Sebenarnya i rasa situasi Anonymous ni lebih kurang sama je dengan keadaan diri i. Sama part yang mana satu? Part bekerja, ada anak 3 orang dan takde pembantu rumah domestik (maid lah tu. Hehehe...) Sebab apa i kata dia takde maid, sebab boleh nampak kecelaruan nak uruskan yang mana satu (mak aihh... ayat mengandungi unsur-unsur seorang kaunselor yang tak bertauliah gitu. Memang dah boleh apply ni Hehehe...).
Ikutkan dulu masa ada anak sorang pun i dah rasa kelam-kabut. Rutin tidur, waktu nak bersantai depan televisyen, nak pastikan rumah dalam keadaan kemas dan lain-lain lagi banyak yang berubah dalam sekelip mata. Bayangkanlah dengan baju kerja, i balik dan terus memasak di dapur, bergilir dengan hubby tidurkan anak i sambil bagi susu, bergilir makan malam sebab anak i tak boleh tinggal sorang-sorang, basuh baju yang bertimbun, lipat, kemas barang-barang anak i untuk bawa ke nursery, gosok baju dan kadang-kadang tertidur depan televisyen sebab keletihan (ya, ini kisah benar. Hidup i bukanlah umpama puteri raja yang disediakan segala-galanya tapi lebih kurang macam Cinderella kot. Eceh-ceh... Hehehe). Tapi bila dah lahirkan anak kedua sedikit demi sedikit i belajar macam mana nak mengawal situasi. Kalau boleh, i tak nak umur i tua sebelum waktunya. Hahaha... yelah, terlampau kusyuk buat macam-macam benda dekat rumah sampai tak sedar yang anak-anak i semua dah besar. Lagipun sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur (atau bandar-bandar besar), rasanya korang sedia maklum dengan rutin kerja yang memeningkan dan kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut. Jadi dari situ, korang dah boleh agak betapa kacau-bilau nya kehidupan sebenar i.
Jadi dekat bawah ni i berikan beberapa Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga versi i sendiri. Yang penting urusan rumahtangga ni boleh jadi mudah kalau dapat kerjasama daripada pasangan masing-masing dan anak-anak. Lagi satu jangan tension-tension. Enjoy every moments' happened sebab lepas ni mungkin kita tak laluinya lagi.
1. Bahagikan tugas kerja di rumah. Contohnya, kalau memasak, uruskan anak-anak dan mengemas rumah dilakukan oleh kaum ibu. Kaum bapa pula ditugaskan untuk urusan pakaian samada mencuci, menyidai dan melipat. Nak lagi seronok dan cepat, lakukan bersama-sama. Cepat siap kerja, cepat boleh relax dan habiskan masa bersama dengan anak-anak (ye tak?)
2. Sentiasa pastikan urusan anak diutamakan dulu sebelum memulakan tugas rumah. Contoh, kalau bangun pagi-pagi, tukar lampin anak dulu, berikan susu, suruh mereka ke tandas, berikan makanan dan bukakan rancangan kegemaran di televisyen. Jadi mereka tak kan ganggu sewaktu kita sedang mengemas.
3. Tetapkan jadual dalam menguruskan segala-galanya. Contoh rutin harian i bila hari bekerja (boleh tengok sini jugak ---> http://www.reenaonline.com/2013/03/tips-rutin-harian-ibu-bekerja.html). Bangun pagi, sediakan susu untuk anak yang kecil. Siapkan anak yang bersekolah terlebih dahulu. Sediakan sarapan ringkas seperti cornflakes bersama susu. Persiapkan diri untuk pergi ke kerja. Suami pula mengambil tugas memasukkan barang-barang yang ingin di bawa ke nursery atau rumah pengasuh ke dalam kereta. Mengangkat anak-anak yang sedang tidur. Bertolak ke destinasi masing-masing. Balik rumah, buatkan susu untuk anak yang kecil. Sediakan bahan-bahan masakan dan masakkan nasi terlebih dahulu. Bersihkan diri dan solat. Memasak bersama suami, makan bersama-sama dan berehat bersama ahli keluarga sambil memastikan kerja sekolah anak diselesaikan. Lipat pakaian dan menyusun kesemua barangan keperluan anak-anak untuk di bawa ke nursery atau rumah pengasuh berhampiran dengan pintu rumah. Begitu juga dengan bekalan dan beg sekolah. Sediakan susu untuk anak dan gosok pakaian sebelum tidur.
Bila rutin ini kerap dilakukan, semua kerja akan jadi lebih pantas dan mudah.
4. Disiplinkan anak-anak untuk lakukan sendiri kerja-kerja seperti mengemas mainan, meletakkan kembali pinggan makan yang kotor di dalam sinki, membasuh tangan selepas makan atau ke tandas. Sebaik-baiknya sediakan satu ruang untuk meletakkan semua barangan mainan mereka. Pastikan ada stool berhampiran dengan sinki atau pun tandas dan sabun untuk mencuci tangan. Kebiasaannya i dah disiplinkan mereka sejak dari bayi lagik. Antara tips untuk disiplin anak-anak, korang boleh rujuk entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html dan cara i melatih mereka ke tandas ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/melatih-anak-ke-tandas-potty-training.html.
5. Kanak-kanak mudah lapar dan mudah juga letih selepas seharian bermain. Jadi biarkan mereka cuba menguruskan diri mereka sendiri. Apa yang penting, korang sediakan makanan di dalam bekas plastik kedap udara yang mudah dicapai, botol minuman, bantal dan tilam berhampiran dengan tempat bermain atau berdekatan televisyen. Jadi sekiranya korang di tingkat atas sedang mengemas bilik anak-anak, korang tak perlu untuk naik dan turun tangga semata-mata nak dapatkan keperluan anak-anak.
6. Masak makanan yang ringkas dan lakukan kerja dapur dengan pantas. Bagaimana? Boleh tengok tips i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/cara-mudah-memasak-di-rumah.html.
7. Tak perlu sampai rasa tertekan bila menguruskan rumah. Bila rasa letih. Berhenti buat kerja dan buat apa yang korang rasa gembira. Macam cari resepi baru ke, bersembang dengan anak-anak dan pasangan serta buka rancangan TV kegemaran. Jangan rasa tertekan dengan keadaan rumah yang bersepah. Biarkan anak-anak menikmati waktu gembira mereka, bila dorang dah tak nak main. Minta dorang kemaskan balik ke tempat asal. Dan yang paling-paling penting, jangan wujudkan konflik emosi dalam diri sampai nak marah-marah pada anak dan pasangan. Cuba bertenang. Bila semua dalam keadaan positif, semua orang gembira buat tugasan masing-masing dalam rumah. Macam mana pun ketegasan tu penting. Tegas tak semestinya kena membebel marah-marah tau. Hehehe... Tegas macam mana? Kenalah baca entry i yang ini sampai habis ---> http://www.reenaonline.com/2010/08/tips-mendisiplinkan-anak-kecil.html.
Ok, inilah antara Tips Menguruskan Rumahtangga yang dilakukan oleh i. I harap Anonymous dan kawan-kawan yang lain berpuas hati ye. Tips ini tak boleh selesaikan semua kerja rumah dalam sekelip mata, macam buat magic (kalau betul-betul ada, i pun nak superpower magic macam gini). Hehehe... tapi sekurang-kurangnya dapat membantu korang bagaimana nak menguruskan masa di rumah dengan berkesan. Di samping dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan pasangan dan anak masing-masing. Ingat, enjoy every moments' happened, family is number one!
RUMAHKU SYURGAKU
RUMAHKU SYURGAKU
![]() |
| Takpe... sekali-sekala buat sepah... takpe... (urut dada)... |
![]() |
| Demam-demam ni mama lepak dengan Care Bear 'I Love You' ajelah. |
p/s : Adehhh... besok dah hari Isnin ke? (muka tension) Hahaha...





