Blogger templates

Aug 20, 2008

Maid - Part Two

Seperti yang dijanjikan, aku continue story aku pasal maid-part two pulak.

Keesokan harinya, waktu aku pergi kerja. Aku perasan muka maid aku macam takut-takut aje dengan aku. Aku rasa dia macam dah dapat agak, yang jiran aku bercerita pasal dia. Tapi aku cuba juga layan dia macam biasa. Dalam hati tuhan ajelah yang tau waktu tu macam mana perasaan aku. Aku rasa macam nak ambil emergency leave (EL) aje sebab risaukan keadaan Danish tapi masalahnya boss aku tak suka mana-mana staf yang ambil EL hari Isnin. Nak tak nak aku bertawakal aje. Sepanjang hari di ofis, aku duduk gelisah tak tentu pasal. Nak buat kerja pun serba tak kena. Awal-awal pagi aku dah telefon ibu bercerita kisah maid aku. Memandangkan aku tak boleh ambil cuti sesuka hati, aku minta tolong ibu untuk datang tengok-tengokkan Danish. Nasib baik ibu bersetuju untuk datang petang ni jugak, kalau tak... terpaksa aku buka mulut pada boss aku bercerita pasal masalah aku ni (sebenarnya aku ni jenis yang kalau ada problem tak suka heboh-hebohkan dekat ofis, maklumlah ofis ku kan ke ofis semi-gomen. Tak sampai satu jam semua cerita ni boleh tersebar. Kalah internet tau). Lepas telefon ibu, aku telefon agent maid aku pulak (eee... ni lagi satu hamba Allah yang paling menyakitkan hati aku. Kalau aku ni polis dah lama aku sumbat dia masuk lokap, baru padan muka dia. Dahlah rembat duit aku RM 4,000 lebih, siap boleh buat-buat tak tahu pulak). Agent maid aku terkejut sangat bila dengar cerita aku tu (ceh... tah-tah lakonan aje. Kenapalah aku boleh tertipu. Benci!!! ) Dia siap kata kalau ikutkan agreement antara aku dengan dia, aku memang boleh tukar maid dalam tempoh 4 bulan. Tapi sekarang ni dia takde stok maid lagi. Sementara nak tunggu maid baru sampai, aku bolehlah lagi gunakan maid aku tuh sampai cukup tempoh 4 bulan. Bila dah dengar penjelasan agent maid aku tu, aku rasa legalah sikit (lega untuk waktu tu ajelah). Cuma yang tak leganya kena tengok lagi muka si hampeh tu dekat rumah aku (yakss...). Tepat pukul 5:30 pm aku dan hubby bergegas balik ke rumah. Mungkin sebab sampai awal di rumah, so barulah aku tahu the reality apa yang dia buat sebelum aku balik. Amboi... dengan senang hatinya maid aku melepak tengok sinetron di televisyen sambil anak aku duduk main sorang-sorang. Bila dia nampak kehadiran aku, taklah maid aku ni serta-merta bangun tapi dia buat muka selamba macam aku ni tak wujud sambil terus melayan sinetron. Aku diam menyabarkan diri aje (eish... macam tak percaya aku boleh ada sifat sesabar macam tu).

Malam tu seperti yang dijanjikan, ibu dan ayah aku tiba. Kurang sikit tekanan kepala aku ni. Kalau tak macam orang bercinta. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Aku ingat nak confront dengan maid aku malam ni tapi tak jadi. Takpelah besok masih ada.

So malam besoknya, lepas makan malam. Aku tunggu masa yang sesuai (Siap kau! Aku nak basuh cukup-cukup malam ni). Aku nak dengar sendiri dari mulut maid aku, apa yang dia nak perkatakan. Bukan apa, aku tak suka juga dengar dari mulut orang ni. Better dengar dari semua pihak. Bukanlah aku tak percayakan jiran aku, saje... nak bikin gempak sikit dekat maid aku tu. Yelah... madu aku beri, racun yang dia balas (cis!!) Aku terus panggil maid aku duduk di ruang tamu. Tahu apa jawapannya, "saya mahu solat dulu bu". Macam tahu-tahu aje nak kena marah (rupa-rupanya ni taktik dia aje selama ni yang diajar oleh agent maid aku. Patutlah setiap kali aku nak buka mulut nak say something mesti dia akan kata dia nak solat dulu. Konon-kononnya boleh lembutkan hati aku yang terbakarlah) So, takpelah aku tunggu lagik. Habis bersolat, aku terus panggil dan tanya maid aku tu, dia solat apa? Dengan confidentnya dia jawab solat Asar. Hah!! Ternganga aku dengar, ke aku salah dengar. Aku tanya sekali lagi dan jawapan yang sama aku terima. Solat Asar apanya, sekarang ni dah masuk waktu Isyak. Aku yang tak puas hati ni, terus lagi bertanya, "cuba baca fatihah, ibu nak dengar". "astagfirullahal azzim", dia menjawab. Aik! Dia ni pekak ke apa. Soalan yang sama aku tanyakan sekali lagi dan itu juga jawapan yang dia berikan pada aku. Tiba-tiba aku dah rasa something wrong dekat sini. "Hei... kau ni Islam ke apa?", darah aku mendidih tiba-tiba. Sambil tu sempat aku minta hubby aku ambilkan Al-Quran (aku tak bermaksud nak main-mainkan Al-Quran tapi i want the truth right now. This person is such of jerk). Dengan muka ala-ala bodoh, dia kata, "ya, saya islam". Habis kalau islam baca surah Al-Fatihah yang basic dalam sembahyang pun tak tahu macam mana tu. Apa ayat yang dia baca waktu sembahyang, tak ke pelik. "Cuba kau mengucap", aku bertanya lagi. Dah hilang rasa respect aku dekat dia (orang macam ni tak payah respect pun takpe - tak guna langsung), daripada aku bahasakan diri aku ni ibu, terus bertukar jadi aku. Dan daripada aku bahasakan diri dia tu awak, terus jadi kau. Pada pendapat aku, kalau betul-betul islam at least dia tahulah mengucap (manalah tahu islam pada nama aje). Tapi dia diam seribu bahasa. "Kau dengar ke tak, apa yang aku cakap", aku macam dah hilang sabar dengan manusia depan aku ni. "astagfirullahal azzim", sekali lagi ayat yang pernah dia gunakan diperdengarkan dekat aku. Dia ni betul-betul dah mempermain-mainkan aku ni. Dia ingat suka-suka hati boleh main-mainkan islam. Yang aku tak boleh terima, siap pakai tudung dengan sembahyang tu. "Kalau kau betul-betul islam, kau ambil Al-Quran ni, kau junjung dan kata dekat depan aku yang kau tu islam". Al-Quran yang aku hulurkan pada dia sekali dicampak aje ke tepi kaki dia. Amboi, ni sudah lebih ni, macam nak menangis aku dibuatnya. Sanggup dia buat macam tu. Ibu aku yang dari tadi diam, tak semena-mena terus bersuara, "Al-Quran ni kitab suci untuk orang islam. Ibu betul-betul tak sangka dengan perangai kau ni. Ibu ingat, ibu dengan anak ibu layan kau elok-elok, kau boleh balas kita orang macam ni. Agaknya sepanjang anak ibu takde, apa agaknya yang kau dah buat dekat Danish". Malam tu memang jadi hangat, sehangat-hangatnya. Daripada aku nak dengar dari mulut dia betul ke dia nak lari dan tinggalkan Danish sorang-sorang dekat rumah terus dapat tahu perkara lain yang diluar jangkauan aku. Rupa-rupanya dia memang bukan islam selama ni. Sebelum dia tiba di Malaysia, dia diajar macam mana nak baca ayat-ayat tertentu, siap dia tunjukkan dekat aku lagi buku yang disalin. Jadi selama ni yang masakkan family aku ni orang *****(hampeh!!) Lepas tu, dia tetap tak mengaku yang dia nak lari dari sini, siap cakap dengan aku lagi, "kalau saya mahu lari, dah lama saya lari". Tapi dalam tak mengaku nak lari tu, dia siap cakap lagi. Dia rasa tak sesuai kerja sebagai maid ni. Amboi! Habis kau jadi maid dan masuk ke dalam Malaysia ni sebagai tiket nak tukar kerja lain. Kau tak tahu ke berapa banyak duit aku melabur semata-mata nak dapatkan kau. Senang-senang aje dia boleh cakap macam tu. Aku ingat dengan bagi makan, minum dan tempat berteduh ni, dia hargailah sikit kehidupan susah dia dekat In****s** tu. Tapi jadi tak sedar diri pulak.

Keesokan harinya walaupun sakit hati dengan apa yang berlaku semalam, aku still lagi rasa tanggungjawab hantar dia balik ke rumah agent maid aku tu (ikutkan hati yang menyampah ni, nak aje aku campak dia dekat mana-mana - biar padan dengan muka dia. Tapi masalahnya aku bukan orang yang macam tu. Biarlah seburuk mana pun orang buat dekat aku, aku cuba juga kawal perasaan aku ni. Aku harap tuhan ajelah yang balas perbuatan dia tu). Sampai di rumah agent dan mengenangkan aku tak nak duit RM 4,000 aku tu hangus macam tu aje. Aku beritahu agent yang aku nak tukar maid lain (eee... nak sebut perkataan maid pun aku rasa macam geli). Aku buat pemilihan biodata, then si agent ni pun berjanjilah dengan aku dalam masa dua minggu dia akan telefon aku balik tapi aku kena bayar duit 'tambang' untuk maid baru aku tu nanti (duit lagik? kau ingat aku cop duit ke?) Malas nak panjang-panjangkan cerita aku bersetuju ajelah.

Tapi selang beberapa minggu jangankan telefon, batang hidung si agent tu pun aku tak nampak dekat ofis aku (kalau sebelum ni, waktu aku ambil si muka ala-ala bodoh tu. Selalu pulak agent maid aku ni datang menjenguk aku dekat ofis. Dah dapat duit aku terus buat-buat lupa pulak janji dia yang satu lagi ni). So aku ambil keputusan contact si agent maid aku ni. Amboi, tak semena-mena boleh dia cakap dengan aku macam ni, "Sorryla, maid awak dah lari, akak tak boleh nak gantikan awak dengan maid baru". (Habis kalau kau tau dia dah lari, susah sangat ke nak telefon aku). "Ikutkan maid lama awak tu kena kerja dengan majikan dia yang baru selama 4 bulan sebagai ganti untuk dapatkan maid baru awak tapi dia lari waktu dengan majikan baru so akak nak buat macam mana. Amboi... senangnya cakap. Aku dah pulangkan dia elok-elok, suka-suka hati aje dia boleh lepas tangan macam tu, yang kena tanggungnya aku pulak tu. Dahlah pulak tu siap tengking-tengking aku lagi bila aku stand untuk right aku. Nilah dia manusia, waktu susah bukan main manis mulut. Bila dah dapat apa yang kau nak, kau jadi lupa diri pulak. Sudahnya duit aku hangus macam tu aje, kepercayaan aku dekat orang lain dipermain-mainkan, dan aku sendiri rasa macam nak meraung dengan apa yang terjadi. Mengikut kata kawan-kawan aku, memang ada agent yang dah berpakat dengan maid untuk lari lepas tempoh 4 bulan. Meaning agent takkan rugi apa-apa kalau majikan nak claim sebab dah habis tempoh warranty.

Lepas daripada kejadian ni, aku memang cukup fobia/menyampah gila-gila kalau dengar perkataan maid. Tengok muka dia orang pun aku rasa macam nak termuntah. So, morale of story, jangan sesekali percayakan orang yang buat-buat muka baik (ala-ala bodoh) ni. Mungkin bukan semua yang macam aku cakap ni, tapi be careful. Malang tak berbau, isn't it?

11 comments:

  1. nasib baik husband ko baik.... kalau aku memang tak tau jadik camner dah... masuk surat kabor muka depan belasah maid.

    ReplyDelete
  2. aduss..semalam kami baru amik maid..

    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. maid??oh, no..dah lama tak amik dorang tuh. Aku lebih rela antar ulang alik p nursery. Berbaloi lagi. Nursery yg mmg dipercayai. Sumer anak2 sedara aku blajar kat situ ah..dari bby smpai tadika. Tak risau aku. Dorang kat nursery mmg terlatih. Biarlah bayar beribu2 asal keselamatan terjamin..Insyallah..

    ReplyDelete
  4. doc - ur welcome

    wt - masalahnya wt nursery kat tmpt aku ni takde satu pun yg terlatih semua nak untung aje. kalo nak tau sebab utama amik maid ni pun lps danish masuk icu gara2 nursery tak bgtau langsung dia kena demam panas. balik dr keje waktu ambik danish, tgk2 dia dah lembik satu badan.

    ReplyDelete
  5. aduh reena... sama la nasib kita.. walau citer i lain sket.. tapi lebih kurang masalahnya.. mmg menyusahkan maid nih.. nanti i citer pasal maid i kat blog i plak... ok..

    ReplyDelete
  6. ok nyonyacyber tak sabo nak baca

    ReplyDelete
  7. I memang x suke maid..dan x hantar anak2 i ke nursery...memang i x nak mempertaruhkan keselamatan anak2 i...

    Solution..?
    Perlu ada pengorbanan....wife i terpaksa benti keja dan jadi suri rumah sepenuh masa.. biar i sorang je keja...

    X Cukup wang perbelanjaan..?
    Belanja kena berhemah lah...pada i wang bukan segalanya....tapi anak2 merupakan perkara paling utama dalam hidup I

    ReplyDelete
  8. hmm...dah terpikir jgk nak benti keje waktu danish sakit dolu2 tapi... ekonomi husband mmg blom stabil lagik. Insya-Allah 5 tahun dari sekarang nak kurangkan hutang dan maybe i'll ready to quit from my job

    ReplyDelete
  9. baca kisah reena...nampaknya lagi pahit.saya pun dah 3 maid dalam setahun.maid 1;x lulus fomema.baru datang 2 minggu dah hamil 3 bulan.yg ni ada asmalah didera dgn suami,dibaling dan dicampak ke dinding dipijak.tengok anak kita,asyik nangis teringat anaknya.
    maid 2,berlagak tuan,sebab ada ramai pekerja di jawa tengah.pernah kerja kat arab, kat kl.mula2 rajin tapi lepas habis warranty agent,dia malas dan buat alasan sakit belkang ttg bisulnya padahal memang dari indonesia dah ada sakitnya.rupanya dia nak lari,kerja pembantu kedai,dia cakap dia x sesuai ekrja maid.tangannya kalau cuci lada pun wah bising macam apa.
    yang terkini,ganti maid pertama.masalah besar juga.ada masaklah psikologi kean didera suami dan kematian anak semasa dalam pantang seramai 2.sampai dia tumpahkan air panas pada tangan anak saya depan mata saya tapi dia diamkan je.agen pun telefon tak dapat.agen tak mahu bertanggungjawab.
    Allah maha adil.mudahan2 kita dapat bersabar dgn ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  10. hi...nice story utk panduan..i pun tak amik maid dah...serikkk...cukup ler pangalaman 2 bln dulu...now my wife nak bersalin this coming may...dia pun dah jd full time HW since last year...alhamdulillah..semuanya sihat2 belaka..dulu anto nursery every month bergilir2 cuti jaga anak2 sakit..

    ReplyDelete
  11. Saya satu family kena tipu dgn agent n bibik..agent org msia plak tuh.. Kakak, abg,ayah semua habes duit kat agent n dpt bibik haprak..hei la bibik..dierang ni xsdar diri..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)