Blogger templates

Jan 18, 2012

Buku Che Det

Kalau ditanya siapakah tokoh Perdana Menteri yang menjadi idola i. Jawapan i tak lain dan tak bukan ialah bekas perdana menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. I admire dengan kebijaksanaan beliau, ketegasan beliau dalam mengeluarkan hujah, pendirian beliau dalam menentukan hala tuju Malaysia, keberanian beliau menyuarakan pendapat, sentiasa berpandangan jauh dan yang paling i suka tengok ialah kemesraan antara beliau dan isterinya yang tercinta iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Dari muda sampailah tua, loving couple je selalu kan? (cute sangat. Hehe). 

Terpulang pada korang untuk pilih idola masing-masing tapi pada i kewujudan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia memberi impak besar untuk Malaysia sendiri. Tanpa usaha beliau selama 22 tahun belum tentu Malaysia dapat dikenali seluruh dunia. Walaupun i tau, ramai yang tak berapa suka atau kurang senang dengan Tun Dr Mahathir tapi anggaplah beliau sebagai orang lama yang dah banyak berjasa kepada negara. Takkanlah nak tunggu orang tu dah "takde" barulah kita nak kenang balik segala jasa yang dilakukannya (ish-ish-ish, tak baiknya...).

Eh, kenapa tiba-tiba i bercerita pasal Tun Dr Mahathir ni? Hehe. Sebenarnya, hari tu i terjumpa buku Che Det dekat atas meja boss i. Mula-mula i sangkakan album kahwin opismate so takdelah nak excited sangat pun tapi bila i belek-belek buku tu, i ternampak nama Che Det. Serta-merta i terfikir, "Che Det ni bukan ke nama timangan Tun Dr Mahathir?" Tanpa fikir panjang i terus pinjam daripada boss i siap bawak lari pergi meja i pulak. Seronok sangat bila baca dan tengok buku ni, sebabnya buku sebesar 30cm x 30cm dan setebal 4cm ni mengandungi 470 keping gambar Tun, yang menceritakan mengenai sejarah Tun diawal kemunculannya di dalam bidang politik sehingga saat-saat akhir Tun meletakkan jawatan. Buku terbitan daripada Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) ni akan buat korang rasa terharu, lebih-lebih lagi bila korang dapat melihat sendiri sisi sebenar Tun sebagai seorang suami, bapa, datuk, adik, perdana menteri, rakyat dan rakan sekerja. Terasa kasih sayang Tun tak berbelah bagi untuk semua orang yang berada disekelilingnya. Kalaulah Tun ni jadi atuk i (weee... sempat berangan pulak. Hehehe)

Menurut Bernama tujuan buku bergambar Che Det atau juga dikenali sebagai Che Det Coffee Table Book ini diterbitkan sebagai menghargai jasa dan sumbangan Tun Dr Mahathir kepada rakyat dan negara. Buku bergambar ini berkulit keras dan tebal, terdapat dua bahasa untuk setiap rencana yang dipaparkan (dwibahasa) dan kandungan pada buku ini terdiri daripada Era Mahathir (The Mahathir Era), Demokrasi Berparlimen (Parliamentary Democracy), Keluarga (Family), Politik (Politics), Kebajikan Masyarakat (Social Activities), Media, Hubungan Antarabangsa (International Relations), Pentadbiran (Administration), Negarawan (Statesman) dan Wawancara Khas (Exclusive Interview) Bernama bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Bagi kuantiti pembelian 100 unit ke bawah, harga buku ini ialah RM250.00 sebuah. Manakala untuk pembelian 100 unit ke atas harga yang ditawarkan ialah RM200.00 sebuah. Harganya memang agak mahal tapi pada i berbaloi dengan kualiti buku yang akan korang dapat. Sesuai sangat kalau nak jadikan buku ni sebagai bahan bacaan ringan dan antara koleksi wajib korang dekat rumah. Untuk membuat tempahan Che Det Coffee Table book korang boleh isikan borang (form) menerusi link bawah ini.
http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/chedet/en/

Nak tau macam mana kandungan buku bergambar Che Det atau Che Det Coffee Table Book ni, jom tengok gambar dekat bawah.

Muka depan cover Buku Che Det
Ada 418 halaman muka surat. Woww
Kata alu-aluan Buku Che Det
Kandungan  dalam Buku Che Det
I paling suka tengok gambar Tun dalam artikel keluarga ni. Nak request Tun jadi atuk i jugak boleh? Hehe 
Gaya Tun sebagai seorang pemimpin
Alololo... sweet je kan?
Tun join aktiviti Family Day Jabatan Perdana Menteri. Sempoiii
Saat akhir Tun bergelar Perdana Menteri (nanges...)

p/s : I doakan Tun sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna, cergas tubuh badan dan berbahagia dengan keluarga tercinta. Kenangan dua kali bersalaman dengan Tun tahun 2004 takkan i lupakan sampai bila-bila. Ada lagi ke tokoh pemimpin yang hebat macam Tun eh? Love Tun.


6 comments:

  1. hmm..
    teringin nk baca buku yg Tun karang tahun lepas kalau x silap.. tebal juga buku tuh..

    ReplyDelete
  2. kite ni membesar dlm masa pemerintahn Tun, kan kak reena..tacing lah bce ayt last tue..adeh nk tisu lah! hihihi

    ReplyDelete
  3. PM yang ni je aku rasa betul betul mentadbir mesia dengan betul. walaupun ada tekurang sana sini tapi dia bapa kemodenan yang buat kita dapt merasa segala kecanggihan teknologi masa kini.

    masa pemerintahan dia;
    harga barang tak pernah kot naik
    takde isu hangat harga minyak naik

    kalaula pemimpin skrg macam dia.

    ReplyDelete
  4. @kyo_9 Buku yang Tun karang tu nama dia 'A Doctor In A House'. Tak salah kite masa bulan Mac 2011 buku ni dikeluarkan. Skrg buku tu dah banyak dialih ke pelbagai bahasa. Buku tu quite tebal jugak dan bagus untuk dijadikan collection.

    ReplyDelete
  5. @Uchi kay-f @hmad Alahai hati banyak taman jugak ye dia. Hehe... Nah tisu.

    ReplyDelete
  6. @Hanie Dew kan Hanie kan, aku sayu betul bila tengok gambar dekat part last buku ni waktu Tun tinggalkan jawatan PM (nanges).

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)