Blogger templates

Mar 6, 2012

Kok Lim Strawberry Farm

Ikutkan sebenarnya banyak tempat-tempat yang menarik dan best dekat Cameron Highlands ni tapi takpe i buat entry satu-persatu dulu ok? Kalau cerita sekaligus mesti dah tak syokkan? Lagipun kalau tanya sesiapa pun, korang semua dah tahu yang tarikan utama Cameron Highlands ialah buah strawberry. Dekat sini, kalau tengok buah strawberry tu... sampai dah tak heran kita jadinya. Senang cakap bersepah-sepah strawberry. Cuba korang cari ladang strawberry dekat Malaysia ni, selain daripada Cameron Highlands. Hah... mesti tak jumpa kan? Tu yang bila datang sini, serta-merta feel bertukar jadi ala-ala dekat oversea walaupun cuma makan strawberry je. Hehehe...

Destinasi pertama sewaktu kita orang berjalan-jalan di Cameron Highlands pada 23hb Disember 2011 bermula di Kok Lim Strawberry Farm yang terletak di Brinchang (sebenarnya entry ni bersambung dari entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/equatorial-cameron-highlands.html). Lokasi Kok Lim Strawberry Farm ini betul-betul berada di tepi jalan utama Cameron Highlands. Jadi, kalau korang datang dari arah Tanah Rata, ladang ni terletak di sebelah kanan korang. Manakala kalau korang dari arah Pekan Brinchang pulak, ianya terletak di sebelah kiri. Sama seperti ladang-ladang strawberry yang lain, korang berpeluang untuk petik sendiri buah strawberry dekat sini. Harga bagi satu plastik strawberry seberat 1/2 kilogram (setengah kilogram) ialah RM20.00 untuk 2 orang. Bagi setiap lebihan / tambahan strawberry yang korang petik, korang akan dikenakan RM4.00 bagi 100 gram. Terdapat pelbagai barangan seperti cenderamata, pakaian, topi, sarung tangan, makanan, produk keluaran Cameron Highlands dan lain-lain lagi banyak dijual di sini. Cafe / gerai makanan dan minuman juga ada disediakan untuk korang yang ingin berehat sambil menikmati suasana Kok Lim Strawberry Farm. Nama cafe nya ialah Time Tunnel Cafe (aik, macam familiar je kan nama cafe ni?)

Mestilah... sebab dekat Kok Lim Strawberry Farm ni lah terletaknya Galeria Time Tunnel atau pun dikenali sebagai Time Tunnel, The Local Museum yang merupakan antara tempat yang wajib korang lawati. Harga tiket untuk dewasa ialah RM5.00. Manakala bagi kanak-kanak pula, ialah RM3.00 sahaja. Macam mana pun i tak berkesempatan nak melawat Galeria Time Tunnel. Takpe, lain kali i datang Cameron Highlands, i buat review / ulasan mengenai Time Tunnel ni puas-puas ok? (Sampai korang pengsan. Eh, janganlah pengsan. Kalau korang pengsan siapa nak baca blog i. Hehe). Apa yang best pasal Time Tunnel ni, korang boleh bergambar sepuas-puasnya dengan semua koleksi yang ada. Fuhh... Ni yang buat i tak sabar nak pergi lagik ni. Hehehe...

Agak-agak korang apa yang i beli dekat sini? Percaya tak, i tak beli apa-apa pun dari Kok Lim Strawberry Farm (kihkihkih). Tapi kita orang borong 3 set madu asli dari kedai Hexagon Emas yang terletak di Kok Lim Strawberry Farm. Untuk satu set madu lebah asli, ianya mengandungi 2 botol madu lebah asli (seberat 500 gram setiap satu) dan 1 botol organic pollen (seberat 100 gram). Korang boleh pilih samada nak perisa epal atau perisa asli untuk madu lebah asli. Selepas sessi tawar-menawar akhirnya i dapat beli satu set dengan harga RM50.00 sahaja. Jadi untuk 3 set tersebut, kita orang cuma perlu bayar RM150.00 untuk 6 botol madu asli dan 3 botol organic pollen (debunga organik). Murahkan? Eh, organic pollen tu apa sebenarnya? Kalau korang nak tahu, organic pollen ialah debunga yang dikutip oleh lebah sewaktu mendapatkan madu pada bunga tersebut. Sebagaimana madu, organic pollen juga mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Korang pun teringin nak rasa madu dari Hexagon Emas?

Ini ialah cawangan dan alamat Hexagon Emas :-

KOK LIM STRAWBERRY FARM
UT/MR/F-255
Jalan Sungai Menson
39100 Brinchang
Cameron Highlands
Pahang

UT/T/F-34
Jalan Besar
39010 Tringkap
Cameron Highlands
Pahang

Nombor telefon : [019] 419 1192

TESCO TANJUNG PINANG
Nombor telefon : [012] 562 9281 - Venus
[012] 589 0912 - Lay

Untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai Hexagon Emas, korang bolehlah LIKE Facebook Hexagon Emas.

Kemaskini / Update terbaru : Nak tengok lokasi perjalanan i seterusnya di Cameron Highlands, boleh klik link bawah :-

http://www.reenaonline.com/2012/03/bharat-tea.html

Jom tengok gambar i sepanjang berada di Kok Lim Strawberry Farm, Cameron Highlands (yeay!)













p/s : jalan-jalan ni seronokkan? I nak kerja jalan-jalan je boleh tak? Hehehe

9 comments:

  1. madu kan mahal dpt tawar smpai harga cmtu msti puas ati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear, beli banyak-banyak ni pun sebab nak hadiahkan dekat ibu ayah dan keluarga mertua :)

      Delete
  2. alahai comelnya mummy. sy pn ada singgah sini tp nak petik strawberry dorg dh tutup huu sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai mekasih awak... Tihihi.... Tutup? Aikk... sebab apa tutup eh? Hujan ke?

      Delete
  3. gemok2 strawbery tu. nyammeh!
    sedap ke kak madu hexagon tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap awak... sebab ada yang perisa epal. Rasanya takdelah manis menggila. Hehehe

      Delete
  4. dah 3x rasanya sampai Cameron tp x penah abis jalan.. mana taknya asyik kelam kabut jer.. ikut rombongan gitu la gayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut rombongan memang selalu tak cukup masa ialah ada jadual tertentu kan? Takpe lenkali pegi sendiri k :)

      Delete
  5. cameroon higlands...wah menarik sumenya...reena!!!

    aritu masa cuti saket puas mkn buah strawberry,buah kiwi,anggur ..pendek kata bukak peti ais..dah blurr nk mkn buah ape dulu..jelesx2 tak? hihihi..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)