Blogger templates

Apr 26, 2012

Fakta Mengenai Kanser / Makanan / Cara Elak Kanser

Assalamualaikum semua... hari ni macam nak cerita kisah seram sikit untuk para wanita dan ibu-ibu dekat luar sana. Seram macam mana tu? Adakah perasaan seram tu macam tengok cerita hantu sambil tutup lampu, lepas tu bila orang cuit bahu, serta-merta menjerit macam hantu tu meloncat keluar daripada tv. Atau, tengah tekun belajar last minute dalam bilik sampai pukul dua, tiga pagi tiba-tiba dapat mesej dekat handphone daripada nombor yang tak dikenali. Bunyi mesej, "Anak, tolong makcik ambilkan kain putih dalam almari. Makcik nak pakai.... Ok, tak lawak sebab takde sesiapa dalam bilik yang boleh berkongsi lawak dengan mesej yang berbunyi macam gini (ni kisah benar waktu i belajar dekat UiTM dulu-dulu. Hampeh!)

Tu tak berapa seram lagik sebenarnya, sebab ikutkan ada banyak kisah-kisah yang i rasa di luar logik / akal fikiran waktu i belajar di UiTM, Segamat, Johor dulu. Kisah dalam tandas, kisah kena ganggu waktu cuci baju tengah malam, kisah orang minyak, kisah kena hempap sampai susah nak bernafas, kisah orang kena histeria lepas balik dari telefon boyfriend, kisah kawan sebilik kawan i yang boleh nampak makhluk lain (ok, yang ini serius seram! Sebab dia ni umpama macam cerita Sixth Sense. Asal sikit cakap dengan kawan i, "Eh, 'benda tu' tengah berdiri dekat pintu bilik". "'Benda tu' tengah renung aku". Pitam!), kisah pensyarah i yang tumpang tidur dekat banglo tinggal atas bukit dekat dengan kolej i menginap kemudian kena ganggu dengan budak perempuan bawak kek harijadi..., kisah pak guard naik motor tegur budak tengah study dekat tingkat tiga dan macam-macam lagiklah.

Kalau nak cerita satu-persatu cukup lengkap jadi satu filem agaknya. Alhamdulilah, walaupun i pernah tidur sorang-sorang selama tiga hari tiga malam dalam bilik gara-gara kertas periksa i antara yang terakhir sebelum balik kampung untuk cuti semester. Dan dekat wing i waktu tu takde siapa-siapa kecuali i sahaja. Bila ingat-ingat balik i rasa kagum jugak dekat diri sendiri sebab terus-terang i cakap yang i ni boleh tahan penakut jugak orangnya. I rasa mungkin waktu tu, i cuma fikir kertas periksa yang i nak kena hadap, lagik seram daripada kisah-kisah yang terjadi dekat sekeliling UiTM. Jadi i langsung tak ambil pedulik dengan semua tu.

Tapi seram yang i maksudkan dekat sini takde kaitan langsung dengan cerita hantu pun. Alooo... mesti korang frust kan? Bunyi awal-awal perenggan macam nak kongsi kisah seram waktu study. Hehehe... i tak naklah cerita hantu. Bukannya menambahkan ilmu pengetahuan pun. Yang penting dekatkan diri dengan Allah SWT, insya-Allah semuanya selamat. Takutkan Allah tu kan lebih elok daripada takut dekat hantu. Yang sebenar-benarnya seram yang i nak cerita ni ialah bila kita sendiri adalah punca kepada wujudnyanya penyakit dalam diri kita sendiri. Kalau korang nak tahu penyakit seram ni ialah penyakit kanser. Dan kanser kedua yang paling banyak meragut nyawa kaum wanita selepas kanser payudara adalah kanser serviks. Haishh... takutkan dengar bab-bab kanser ni? Bukan apa, kos untuk merawat kanser ni bukannya sikit-sikit, tapi besar jumlahnya. Dan peratusan untuk pulih bergantung dari daya tahan badan kita sendiri dan rawatan yang kita jalani. Pulak tu golongan wanita lah yang paling mudah terdedah kepada penyakit kanser ni.

Semenjak pejabat i selalu adakan pelbagai ceramah untuk staf baru-baru ni, i mula rasa banyak manfaat yang i perolehi. Kiranya macam terbukalah mata dengan minda ni. Haishh... kalau waktu study dulu dengar perkataan ceramah / tazkirah. Dalam kepala dah fikir, sure nampak huruf 'ZZZ' je depan mata. Hehehe... Adakah faktor usia dah mencapai tahap kematangan untuk berfikir rasional? (hamboi... ayat tak agak-agak tau. Hehehe). Entahlah... tapi i perasan bila umur dah mencecah angka 30, i mula dah slow-down. Lebih suka berfikir positif daripada emosi tak tentu pasal. Cuba jadi setenang dan sesabar yang mungkin. Kalau ada perkara negatif yang terjadi, i harapkan perkara yang baik menyusul kemudian. Biasalah hidup ni kan berputar, sekejap atas, sekejap lepas tu dah bertukar dekat bawah.


Sumber daripada Google
Jenis-jenis kanser kepada Lelaki dan Perempuan / Types of Cancer for Men and Women

Mengikut kata penceramah daripada MAKNA (Majlis Kanser Nasional / National Cancer Council Malaysia) setiap daripada kita sebenarnya memang dah ada sel kanser dalam badan bermula dari saat kita dilahirkan lagik. Tapi tumbuhnya / hidupnya sel kanser ni bergantung dari gaya hidup dan keperluan makanan yang kita ambil setiap hari. Contohnya, kalau waktu kita kecil kita perlukan pelbagai zat dan sumber makanan yang tinggi untuk membesar. Tetapi berbeza pula bila kita dewasa, hidangan makanan tanpa kawalan boleh menjadi racun kepada badan kita sendiri. Sebab tulah, kita kena jaga pemakanan dan kurangkan makanan yang memudaratkan diri kita seperti makanan berlemak, berminyak, berlebihan garam atau gula dan lain-lain lagi. Kena perbanyakkan memakan hidangan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan sebegini dianggap sebagai penapis / filter untuk badan kita. Minum air masak lebih 8 gelas sehari yang bertujuan untuk melancarkan sistem perkumuhan dalam badan. Dan lakukan senaman ringkas bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Malah senaman juga dapat memelihara kesihatan jantung dan organ dalaman badan kita.


FAKTA MENGENAI KANSER / MAKANAN / CARA UNTUK ELAK KANSER

1. Setiap badan manusia sememangnya ada sel kanser, tetapi bilangan sel kanser dalam badan manusia normal atau amatlah rendah (sehingga tidak dapat di lihat dengan mata kasar). KECUALI, sel kanser ini bergabung menjadi banyak.
Apabila doktor telah mengesahkan tiada lagi sel kanser di dalam badan seorang bekas pesakit kanser, ini bermaksud doktor tidak dapat mengesan sel kanser kerana bilangannya telah pun berkurangan.

2.  Faktor lain kewujudan kanser seperti keturunan genetik, persekitaran, makanan yang tiada nutrisi dan gaya hidup bebas (bertukar-tukar pasangan).

3. Kimoterapi bukan sahaja memusnahkan sel kanser dalam badan malah turut memusnahkan sel-sel sihat yang lain. Kimoterapi juga menghalang sel-sel sihat untuk membiak melalui tulang belakang manusia. Ini akan mendatangkan kesan buruk pada organ badan yang lain seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan organ yang lain.

4. Radioterapi dari hasil kimoterapi akan meninggalkan kesan kebakaran pada sel-sel sihat. Ini akan menyebabkan sel-sel menjadi cacat dan kurang bermaya. Malah kesan kebakaran boleh di dapati pada tisu dan organ dalaman badan.

5. Kimoterapi dan radiotereapi sememangnya boleh mengurangkan ketumbuhan tumor / kanser, tetapi dalam masa yang sama merangsangkan kembali ketumbuhan tumor / kanser. Seorang pesakit kanser akan menghadapi komplikasi yang serius kesan daripada kedua-dua terapi ini. Ianya menjadikannya sukar di rawat. Pembedahan antara faktor yang boleh menyebabkan sel kanser merebak ke bahagian badan yang lain.

6. Cara yang paling efektif untuk mencegah sel kanser dari membiak dan aktif ialah dengan mengambil makanan yang mempunyai nutrisi seimbang dan menghindarkan makanan yang boleh menyebabkan kanser. Antaranya seperti :-

a) Gula adalah pencetus utama kanser. Kurangkan pengambilan gula berlebihan dalam makanan harian. Gantikan pengambilan gula dengan madu (dalam jumlah kecil). Pengambilan garam juga boleh digantikan dengan garam laut (sea salt).

b) Susu adalah pengedar mukus / mucus (sejenis lendiran yang berasid) ke dalam badan melalui laluan usus. Mucus adalah agen pencetus kanser untuk aktif. Kurangkan pengambilan susu terutama sekali susu soya (kerana kandungan mucus dalam susu soya amat tinggi).

c) Kanser juga boleh menjadi aktif melalui makanan yang berasid. Kurangkanlah pengambilan daging merah yang merupakan makanan berasid (contoh : seperti daging lembu). Dan lebihkan makan makanan yang kurang asid seperti ikan segar dan ayam.

d) Kita memerlukan diet 80% makanan seimbang nutrisi dari sayur segar atau jus, bijirin, kekacang, oat dan buah-buahan dalam badan. Manakala 20% lagi adalah dari makanan yang di masak. Makanan segar membantu menyisihkan lemak dalam badan dan menghasilkan se-sel sihat. Digalakkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar 3 kali sehari.

e) Elak daripada mengambil kopi, teh dan coklat berlebihan kerana ianya mengandungi kafein (caffeine). Gantikan dengan minuman teh hijau sekali sehari. Minum air bersih yang dimasak atau air tapisan (mineral water) lebih 8 gelas sehari. Jangan minum air terus daripada paip, ini amat merbahaya kerana air paip mengandungi banyak asid yang bernama klorofin.

f) Pengambilan makanan tambahan / supplement seperti minyak ikan, anti-oxident, vitamin, mineral, EFA (Essential Fatty Acid) boleh merangsang daya ketahanan badan untuk menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.

7. Cuci kesemua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air yang dicampurkan sedikit garam sebelum mula memasak / makan.

8.  Kanser juga berpunca daripada minda, fizikal dan emosi yang tidak stabil seperti stress / ketegangan dalaman. Ianya akan menghasilkan persekitaran asid dalam badan dan mewujudkan kanser. Kebanyakan pesakit kanser yang pulih mempunyai pemikiran yang positif dalam hidup.

9. Kanser juga boleh dielakkan dengan melakukan senaman setiap hari dan menghirup udara segar terutamanya di waktu pagi. Udara segar berupaya menyisihkan sel kanser daripada menjadi aktif.

sumber : sihatkaya.com


p/s : Panjangnya entry i, hehehe... harap korang tak boring baca. Lagipun penting untuk kesihatan kita semua.

19 comments:

  1. mmg entry panjang..ehe..
    memula terasa seram gak baca cerita hantu tu tapi at last..rasa takut lain pula..baca pasal kesihatan semua tu..'rawatan awal mungkin boleh membantu' dan kena amalkan langkah pencegahan..kita sejak masuk 30 mmg kena lebih prihatin..
    tq info yang sangat baik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... mekasih habiskan baca :) Jom kita jaga kesihatan sama-sama ok.

      Delete
  2. panjang memang panjang tapi nak gak baca..hehehee...thanks reen sharing info nie dalam belog.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... sabar jelah kan? Anyway mekasih sudi baca :)

      Delete
  3. haish nak kene pantang makan tula paling susah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... akak dulu pun sebelum umur masuk 30 tahun, tak kisah sangat nak jaga makanan. Kononnya badan bukan jenis senang berisi. Makan apa pun boleh. Tapi bila masuk 30 tahun, terasa cepat pening kepala bila makan daging, senang batuk bila tak ambil vitamin dan macam-macam lagiklah. Waktu tulah fikir, kesihatan nilah harta paling bernilai.

      Delete
  4. bagusla informasi ni...kekadang dok fikir apa punca kanser sebenarnya....mintak2 dijauhkan amin

    ReplyDelete
  5. salam singgah sini... panjang2 pun tetap nak baca gak.. thanks kongsi info ni

    ReplyDelete
  6. naseb baik kite suka makan sayur. hehehe.

    setakat ni tak pernah lagi nampak hantu. tapi mintak dijauhkan sebab kite ni penakut. kekekeke.

    tapi ada sorang kawan kite tu mata dia memang terbukak hijab. boleh nampak. serammmm !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh... kesiannya dia. Mesti hari-hari gigil kan? Takut!!!

      Delete
  7. kan.bahaya betul makanan sekarg ni. actually kite telah ditipu yang mengatakan soya baik utk kesihatan tp actually soya la yg paling bahaya pda pompuan. walau apa bentuk sekalipun dah jadi kicap.

    nice info anyway. panjang. tp aku berjaya habiskan wuuhuuu~~~~..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tahu kau memang terror baca entry panjang-panjang Hanie. Hehehe... Tapi tulah senang cakap semua makanan ada khasiat tersendiri cuma tak boleh makan berlebihan je tu yang tukar jadi racun dekat diri sendiri :)

      Delete
  8. salam reena,

    heee part citer seram2 kat kolej tu lg best! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Mak Encik,

      Hahaha... cite seram memang semua orang suka dengar (kita pun suka jugak. Kihkihkih) Nak tahu satu cerita seram tak? Nanti kita buat entry khas untuk Mak Encik. Jeng-jeng-jeng...

      Delete
  9. Thks 4 sharing....tp ada satu part yg x paham...are we supposed to take supplements or should not taking...

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)