Blogger templates

May 11, 2012

Polka Dot Items / Barangan Polka Dot

Korang nak tengok tak antara koleksi barangan Daiso yang terbaru yang i kumpulkan? Jeng-jeng-jeng inilah dia, i panggil koleksi Daiso i yang ini sebagai koleksi polka dot items / barangan polka dot. Mata i sekarang ni suka sangat dengan apa saja benda yang ada corak / pattern polka dot. Pantang nampak apa-apa barangan yang berpolka dot automatik macam tak senang hati je kalau tak ambil dan beli. Sampaikan hubby i yang dah tahu dengan hobi i yang sukakan apa saja barangan yang nampak cute dan berwarna pink pun dah pandai tolong tengok-tengokkan dekat internet (alololo... sukalah tu! Hehehe... Mestilah suka, bila ada orang memahami minat kita. Betul tak?)

Apa itu Polka Dot?

Polka dot ialah corak yang terdiri daripada pengisian bulatan dalam sesuatu ruangan berwarna lain, umumnya ianya dijarakkan dengan mengikut saiz yang agak rapat antara satu sama lain. Bintik-bintik polka (polka dots) juga sering kelihatan pada pakaian, mainan kanak-kanak mahupun perabot, tetapi ianya muncul dalam pelbagai konteks. Corak sebegini jarang muncul di dalam konteks yang berbentuk rasmi. Bagaimanapun, dan secara amnya ianya terbatas kepada sesuatu pakaian yang lebih bersifat fun dan comel. Sekali-sekala, titik kecil putih pada pakaian hitam muncul untuk pakaian yang lebih formal.

sumber : Wikipedia

Walaupun kalau tengok dari harga nampak murah je (yelah... barangan Daiso kan cuma RM5.00 untuk satu barang) tapi sebab benda ni semua barangan yang i suka, jadi i memang sayang sangat-sangat. Hah, siapa kata barangan murah tak boleh dijadikan koleksi comel yang menarik (eceh! Hehehe...) Tak percaya? Korang boleh tengok dekat entry i yang ni ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/kawaii-eraser-pemadam-comel.html dan juga entry-entry i yang sebelum ni (korang taip je DAISO dekat ruangan SEARCH THIS BLOG).

Apa lagik, jom jamu mata dengan gambar koleksi barangan Daiso i yang berpolka dot. Amacam, comel tak?

Cute Polka Dot Placemats / Alas Makan Polka Dot Comel


Cute Polka Dot Food Plate / Pinggan Makan Polka Dot Comel

Cute Polka Dot Food Cover / Penutup Makanan Polka Dot Comel


Cute Polka Dot A4 File / Fail A4 Polka Dot Comel

Cute Polka Dot Box File / Kotal Fail Polka Dot Comel


p/s : mesti ada yang nak tahu, koleksi ni i guna ke tidak? Mestilah i guna, cuma gambar ni semua i baru lepas beli. Hehehe...

18 comments:

  1. suke pinggan pokadot tu..npk soft je klu letak makanan tu msti cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun suka kak! Siap mintak tolong dekat staf Daiso lagik dapatkan semua warna. Hehehe...

      Delete
  2. a'aahaaaa baru nak tanya soalan tu ...
    ada macam serkup / tudung saji tu untuk baby ke utk makanan tu? comel..klu utk baby rasanya baby2 reena dah beso2..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah agak dah, mak encik kan memang suka tanya soalan camgitu. Hahaha...

      Itu namanya food cover, agar-agak kalau panas berkebun dekat depan rumah. Bolehlah tumpang pakai. Hehehe... Untuk baby rasa-rasanya memang tak muat.

      Delete
  3. comella...daiso ni mmg murah tapi kalau beli bnyk2 terasa....tp brg kat sini tak rugi beli...mmg santek..sukalaaa reenanyer koleksi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu Posh, beli seketul nampak murah. Kalau kali 20 items... Erk, terus jadi RM100... Hehehe...

      Delete
  4. comellll. sy ada baju kurung polka dot satu heee. daiso mmg murah2 kan. rambang mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah la akak pun baru planning nak beli baju kurung polka dot jugak :) Comel je gitu kan Cha.

      Delete
  5. comel !
    tahun ni nak rembat satu baju kurung polkadot. tak pernah ade lagi. hehehe

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Salam kenal jugak awak :)

      Mekasih ye sudi jenguk kita :)

      Delete
  7. reena.. cantik collection polka dot u.. i pon suka sgt polka dot.. skang ni tgh nak siapkan bunga polka dot utk letak kat meja ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh!! Bunga polka dot??!! Tak sabar nak tengok ni :)

      Delete
  8. teda koleksi polka dot utk tudung ke?ngee

    ReplyDelete
  9. cantiknye polkadot dot dot tue seme...jeles

    ReplyDelete
  10. sekrg Daiso dah ada kat Pavilion. gembira tak terkata sbb aku nak pegi yg kat The Curve tu asyik sesat je.huhuhuuhuh..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)