Blogger templates

Aug 2, 2012

Radzuan Radziwill for ThePoplook - Thepoplook.com

Wahhh... pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua kita berpuasa kan? Jadi, bahang nak beli barang-barang sempena nak sambut raya dah boleh dirasai terutama sekali untuk orang-orang perempuan. Nak beli baju baru, langsir baru, kasut baru, aksesori baru, handphone baru dan macam-macam lagilah. Kiranya serba-serbi nak lekatkan perkataan BARU dekat barang yang dibeli tu (ayat standard kalau kena soal, raya kan setahun sekali. Hehehe). Alaa... tapi sebenarnya bukan takde pun orang lelaki yang teruja jugak bershopping sakan sempena nak raya ni. Cuma excited dorang lebih kepada control macho berbanding orang perempuan yang kalau bershopping memang secara tiba-tiba boleh terkeluar keganasannya (ish-ish-ish malu i dibuatnya). Lokasi keganasan : boleh didapati di sekitar tempat-tempat / shopping complex yang ada tawaran murah yang melampau. Errr... siapalah tu agaknya. Hehehe...

Macam biasa, bila masuk bulan puasa. Barulah i tercari-cari sehelai baju untuk dipakai sewaktu hari raya. Dan percaya tak korang, inilah satu-satunya barang yang akan i beli sempena nak raya. Perhiasan rumah ke, kasut ke atau lain-lain, i jarang beli sebenarnya. Entahlah, tak kisah sangat kot. Boleh je pakai mana-mana yang ada sebelum ni. Untuk baju raya, i lebih suka beli baju yang dah siap daripada hantar tempah dekat tukang jahit. Sebab apa? Sebab selalu sangat i mengalami kejadian frust bila tengok hasil tempahan yang dah siap (duhhh...). Lagipun dengan harga kain, ditambah pulak dengan harga tempahan yang dikenakan tukang jahit, rasanya i boleh dapat sehelai baju raya siap yang lagik triple cantik. Cuma part yang tak bestnya kena bergantung dengan nasib lucky i, samada saiz dan corak yang i nak tu, ada lagik dalam stok atau tak. Tapi alhamdulilah, sepanjang beberapa tahun ni nasib i baik aje. Selalu dapat / jumpa baju yang i berkenan ngam-ngam tinggal sehelai. Kira-kiranya baju tu macam reserved untuk i sorang pulak (eceh-ceh-ceh hehehe....) Harap-harap tahun ni nasib i baik lagik ye (fuhhh...)

Untuk raya kali ni, i ingat teringin nak melaram dengan baju Radzuan Radziwill. Bila sebut nama Radzuan Radziwill, kemain kan... macam biasa je shopping baju dekat butik Radzuan Radziwill gitu. Hakikatnya tak mampu pun. Hahaha... Kalau dulu (tahun 2002), waktu pejabat i ada dekat Bangunan Dayabumi. Hari-hari bila i turun nak beli makan tengah hari dekat tingkat bawah sekali, i mesti curi-curi tengok baju rekaan Radzuan Radziwill dekat tingkap butik dia. Nak masuk dalam butik, i tak berani pulak (siapalah kita ni *kesat air mata sambil intai duit dalam wallet*. keh-keh-keh). Kalau tengok dari perincian yang dia jahit, fuhhh... mantap. Tak pernah satu pun rekaan Radzuan Radziwill pada pandangan mata i tak cantik. Semua cantik-cantik belaka. Kalau tak, takkanlah Erra Fazira guna khidmat Radzuan Radziwill untuk perkahwinannya dengan Yusry kan? (Erra kahwin dengan Yusry pada tahun 2003). Jadi dulu-dulu, adalah dua, tiga kali i terserempak dengan Erra Fazira. Kalau korang tanya i macam mana muka dan gaya Erra personally. Pada i, dia tak sombong, suka tersenyum, kurus, tinggi dan cantik sangat. Berbeza sikit muka dia di dalam televisyen dengan jumpa dia waktu live.

Memandangkan sekarang ni, koleksi baju raya 2012 keluaran eksklusif Radzuan Radziwill boleh didapati dekat PopLook dengan harga yang berpatutan di antara RM119.00 hingga RM179.00 (untuk sesiapa yang tak mengenali PopLook, korang boleh baca dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/thepoplookcom.html). I cepat-cepat ambil peluang untuk dapatkan baju ni. Dahsyat tau korang, bila PopLook buat announcement  dekat Facebook pasal kewujudan update baju raya daripada Radzuan Radziwill. Dalam masa dua jam, status out of stock dah memenuhi untuk kesemua baju keluaran Radzuan Radziwill (mak aihh... ikutkan i nak baju warna merah Rita Knit Maxi Dress RM179.00, tapi dah habis pulak. Huhuhu). Jadi, i pilih Remy Knit Maxi Dress - Fuchsia RM179.00. Selepas buat tempahan dan bayaran melalui online, dua hari kemudian baju yang i nanti-nantikan pun muncul dekat rumah. Punyalah i teruja waktu tu, balik je kerja cepat-cepat sarung baju ni nak cuba. Tapi... Alahai korang, i tak tahu nak cakap macam mana. Selama bershopping dekat PopLook, inilah kali pertama i rasa frust dan sedih sangat dengan baju yang i terima. I rasa nilai RM179.00 untuk baju ni tak berbaloi dengan apa yang i dapat. Baju chiffon yang cuma berharga RM76.00 siap dengan layer bahagian dalam tu pun lagik cantik tau. Tak tahulah, kalau batu 'permata' rekaan Radzuan Radziwill yang tertepek dekat bahagian dada tu je dah ambil kos sampai RM100.00 (ok, i marah ni... i marah ni... hehehe).

Apa yang i nak komen a.k.a complain ialah material (knitted cottony) untuk baju ni memang nampak murah (kalau pergi majlis rumah terbuka / open house dekat hotel pun kena fikir 5, 6 kali, patut ke tak pakai baju ni). Saiz UK 8 hingga 12 memang cukup besar dan 'gedoboh' walaupun untuk i yang berketinggian 162cm (5 kaki 4 inci). Paling tak best, korang kena pakai baju ni bersama-sama dengan inner sebab baju ni memang jarang bila di bawah pancaran matahari (haishh...) Tak sampai pun 12 jam baju ni berada dalam simpanan, lepas tu i dah pos balik semula dekat PopLook (good bye. Bye-bye!). Tak pasal-pasal i kerugian hampir RM10.00 dari harga pembelian baju dan RM6.00 untuk kos pos laju (hah... yang ni hubby i tanggung. Kihkihkih).

Kesimpulannya, tak perlulah korang letakkan higher expectation (harapan yang tinggi) untuk mana-mana hasil baju keluaran Radzuan Radziwill yang berharga RM250.00 ke bawah. Sebab hasil yang korang dapat takkan sama dengan harga baju Radzuan Radziwill yang cecah ribu-ribu. Jadilah pembeli yang bijak sebab kadang-kadang dengan baju harga murah pun (tak sampai RM100.00), kalau korang terror gayakan boleh nampak macam beratus-ratus. Daripada beli baju dengan harga ratus-ratus, bila digayakan macam nampak cuma harga puluh-puluh ringgit je. Hehehe...

Ok, lepas ni i nak cerita dekat korang pasal baju keluaran Jovian Mandagie pulak. Agak-agak korang apa komen complain i? Jeng-jeng-jeng... tunggu. Hehehe...

KEMASKINI / UPDATE TERBARU :
Entry Jovian Mandagie, dah boleh baca dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/jovian-mandagie.html





Cantik yang tak serupa bikin. Menci-menci-menci.

p/s : lawatan ke 'rumah' korang akan dijalankan secara berperingkat. Terima kasih untuk komen korang. Sorry sangat kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu kehadiran i (nanti i datang k), makin nak raya ni makin sibuk pulak dengan kerja pejabat. Tolong nasihatkan sikit bos i. Hahaha!

32 comments:

  1. errr.. baju baju RR kat Poplook mcm takde taste langsung. bak kata kak reena yg haarga rm79 lagi cantik.. huhuh..nasib baik xgatal tangan tekan BUY.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... sedihkan. Designer terkenal buat kita tertipu :P hehehe...

      Delete
  2. Hopefully baju jovian ok. Cantik2 tgk kat zalora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... nanti kita reveal tentang baju Jovian k. Awak kena baca tau.

      Delete
  3. dr apa yg reena tnjuk closed up material tu akak dpt bayangkan mmg kain nya murah sj tp sbb kekonon hasil kerjasama dgn RR tu nyebabkan harga melambung2..haishh..jgn lah kan...kita ni org biasa2 expectation kita tinggi dgr nama RR tu tp klu dah gitu gayanya...x hinginn hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak? Serius terasa terhina gitu (ayat gila drama swasta) hehehe...

      Delete
  4. sama gak dgn baju rizalman utk tesco. jahitan n cutting ok, tapi kain serius terasa murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu masa first day buat launching dekat Tesco Kota Damansara, kita dah beriya-iya nak pergi. Tapi sebab hal tertentu, tak dapat nak datang. Rupanya hampeh jugak eh. Ish-ish-ish.... geram je kan Miera?

      Delete
  5. tuhari tgk jugak, mcm nak beli tp terfikir bab kain 'knit' tu dah terbayang kain tu mcm kain t-shirt..

    yang mahal bukan baju tp jenama RR tu kan? nasib tak beli (sambil urus dada).. heheee..

    ehhh reena, kalau kita pulangkan produk dia kena bg reason tak? tak penah ada pengalaman pulang barang yang dibeli kat online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Far. Tahhape-hape sakit hati. Sangkakan even kain knit tapi sangkakan yang paling berkualiti lah kan. Rupa-rupanya gred yang rendah sekali. Adehhh... sape nak pujuk hati kita pulak ni. Alaa... bagi je reason tak suka dengan baju tu. Habis cerita Far. Hehehe....

      Delete
    2. Lain kali kita beli labell RR dan jahit kat baju kita yg paling selesa hehehe...

      Delete
    3. Gitulah yang sebaik-baiknya kan? ;) hehehe

      Delete
  6. cantikla kak. jeles jeles jeles hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah?? Hahaha... sajelah tu Cha ni. Karate kang :P

      Delete
  7. tula, xsmstinye harge mhl, kain & baju tu cntik.menunggu nk tau post seterusnye ni.hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mahal dan cantik takdelah nak bengang sangat. Ni kalau harap harga je mahal tapi tak cantik. Hah... yang ni memang bengang. Hehehe

      Delete
  8. erkkk...rasanya ni yang 1st % the last kot u beli kt situ.

    i tgk Zalora, design by jovian lagi cantikk kot. berganda2 cantik. lagipun kat situ boleh close up gambar dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Poplook taklah 1st and last kot tapi untuk baju Radzuwan Radziwill, iye memang never ever. Hehehe...

      Delete
  9. nasib boleh pulangkan balik reena...takdelah rugi sangat kan..takpe reena boleh g jenjalan tengok kat luar de banyak lagi kot baju cantik2 compare dengan baju RR nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macih Mun. Tulah... semalam dah mulakan operasi. Tapi ada je tak puashatinya. Hopefully minggu depan dapatlah sepasang baju raya :)

      Delete
  10. Antara ketiga2 designer koleksi Raya (Rizalman, Jovian & Radzuan) saya prefer rekaan Jovian..w/pun harga lbh mahal tp kualiti mmg terbaik..adik sy dah beli sepasang baju Jovian (RM280) & dia ckp mmg cantik..puas hati..sy ja x sempat nak beli..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... mungkin taste orang berbeza-beza kot :) Tapi saya suka sangat design Carven Ong tau.

      Delete
  11. ni kes indah kabar dari rupa la ek... tu yg tak best shop online ni... tp ketinggian kita sama la! hihi

    ReplyDelete
  12. nampak dekat gambar cun tp bila smpy kat tgn tak puas hati pulak .. design dah cun tapi kualiti kain kurenggg . kan? kena pandai beli lah .. dekat zalora.com pon okay jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan fobia still lagik menyerang ni. Tahlah rasanya untuk baju kurung macam tak prefer nak beli online lagi. Hehehe...

      Delete
  13. wahh tak sangka pulak macam tu material dia. patut lah dekat page thepoplook ramai yang nak let go baju ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tulah pasal tapi ramai tak bagitahu kenapa dorang let go baju tu kan? :)

      Delete
  14. adohai I pun teruja nak beli nasib baek tak dapat sbb sold out...dan nasib baek leh return...baek beli baju kurung kat luar...tambah sikit leh dapat baju raya meletop...terukla depa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh... memang teruk pun Posh. Ikutkan i dah give-up nak beli bila tengok perkataan sold out sana-sini. Tapi bila hubby kata tema tahun ni nak color pink dan secara kebetulan juga memang tengah available, tu yang i terus beli. Bila dah sampai, perasaan tu jadi macam berbelah bagi. Paksa juga hati supaya suka tapi memang tak boleh. Bangun je sahur, terus wrap untuk hantar pos laju. Dah tak nak pandang lagi sebelum ubah fikiran lagi sekali :)

      Delete
  15. I reena. i also kecewa and frusted sesgt sekian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. U pun terpedaya membeli ke dear? Duhhh... memang frust kan? :(

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)