Blogger templates

Apr 21, 2013

Happy Birthday / Selamat Hari Lahir #7 Abang Long

15 April 2013 (Isnin) genaplah Abang Long berusia 7 tahun. Mama macam tak percaya yang anak sulong mama papa dah makin membesar, dah mula berfikir macam 'orang' besar, dah boleh diharapkan untuk bantu mama papa dan dah boleh berdikari sendiri. Mama papa selalu doakan yang terbaik untuk Abang Long. Semoga Abang Long jadi anak yang bijak, yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat dan selalu mendoakan mama papa ye (amin...) Yang kelakar tu, Abang Long yang beriya ingatkan mama papa pasal harijadinya sewaktu nak pergi sekolah.

Ikutkan planning sebenar nak celebrate birthday Abang Long pada hujung minggu ni (hari nilah). Tapi rasa macam tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan Abang Long yang nakkan hadiah birthdaynya tepat pada harijadinya (alahai... serba-salah mama papa jadinya sebab tak prepare apa-apa langsung untuk Abang Long). Jadi lepas hantar ibu dan ayah mertua ke KLIA, i dan hubby bergegas terus ke Toy R Us di Empire Subang nak dapatkan koleksi Ninja Go yang Abang Long idam-idamkan. Sedihnya, hampir ke semua Toy R Us i dan hubby telefon untuk tanyakan stok Ninja Go tapi kesemuanya sold out (duh...) Masalahnya, hadiah side-kick untuk Kak Ngah dan Adik, mama papa dah dapat dah (standardlah sorang dapat hadiah, lagi dua pun nak hadiah jugak. Hahaha). Yang tinggal sekarang ni hadiah utama untuk birthday boy aje. Lorrr... macam mana ni? Dan-dan lah pulak boleh sold-out Lego Ninja Go ni. Nyesal tak borong Ninja Go waktu pergi Legoland dulu.

Akhirnya i ajak hubby ke Subang Parade (bersebelahan je dengan Empire Subang). Manalah tahu, ada Lego Ninja Go ke dekat Parkson. Kalau takde kenalah buat last-minute plan lain pulak. Tapi nampaknya memang bukan rezeki Abang Long nak dapat hadiah Lego Ninja Go. Tengah i dan hubby pening kepala fikirkan hadiah apa yang sesuai nak belikan untuk Abang Long. I ternampak koleksi Lego Galaxy Squad 70704. "Yes! Inilah hadiah yang Abang Long sukakan". Instinct mama berkata-kata. Tak nak fikir lama-lama i dan hubby terus ambil keputusan hadiahkan Abang Long koleksi Lego yang terbaru. Sebelum balik rumah, i sempat belikan dekat vending machine untuk tambahan koleksi kad Lego Ninja Go favourite Abang Long. Kiranya kad ni sebagai pemujuklah. Yelah, tak dapat real Lego Ninja Go, dapat kad sebagai back-up pun jadilah. Hati birthday boy kenalah jaga. Hehehe... By the way Abang Long memang excited sangat dengan semua hadiahnya. Berkobar pasang sendiri lego sampai lewat tidur.

Kalau korang nak tahu, hadiah side-kick yang i belikan dekat Toy R Us untuk Kak Ngah ialah Paint Your Own Kitty Bank (harga RM25.90) dan untuk Adik pula ialah Mini Dinosaurs dari koleksi Animal Zone (harga RM18.95). Hmmm... janji semua happy dan mama papa pun puas hati.

Love-Love-Love!













p/s : celebrate birthday pakai baju tidur je. Sempoi kan? Hehehe...

Apr 20, 2013

Tanah Rata, Cameron Highlands 2013

Wah-wah-wah, habis i pulun post entry sampai 3 untuk hari ni (sudi-sudilah selak ke belakang ye). Ni semua, gara-gara terlampau banyak sangat entry 'kepam' dalam draft yang tak berkesampaian nak pos sebab kekeringan idea. Dan yang kelakar tu, ada masanya sampaikan nak buat tajuk entri pun boleh jadi satu masalah dekat i. Hahaha! Jadi hujung minggu ni, i hidangkan korang semua dengan cerita-cerita perjalanan i ke Cameron Highlands dan aktiviti i untuk sepanjang minggu. Untuk korang-korang yang rajin jengah i dekat sini. Kesemua entry dalam blog i nilah hadiah untuk korang semua. Baca puas-puas k. Nanti bila tak sempat buat entry kang korang rindu pulak. Eh! Hehehe...

Setelah bersusah-payah kereta comel i mendaki naik Cameron Highlands. Alhamdulilah, akhirnya kami semua selamat tiba di Tanah Rata pukul 2:30 petang (hari Sabtu 6 April 2013). Ditambah dengan keadaan sejuk-sejuk dingin hujan renyai. Perut pun mula bergendang mengikut beat yang rancak (ewah!) Hmmm... Tapi kan, dekat mana tempat makan yang best dekat sini eh? Duhhh... nilah masalah utama bila berada dekat tempat baru atau jarang-jarang pergi (sebenarnya masalah utama ni hanya untuk orang yang tekak high taste macam i ni je. Hahaha! High taste lah sangat). I perasan ada fast food Marrybrown betul-betul berdepan dengan Stesyen Bas Tanah Rata. Alaaa... macam tak syok pulak nak makan fast food. Sekali-sekala datang dekat tempat orang, kita kenalah try makanan-makanan lain pulak kan? Kesudahannya, kita orang makan dekat Restoran Barhkath Nasi Kandar. Huk Alahhh... Kedai mamak juga yang dibedalnya. Hahaha! (mamak situ-sana-sini. Kau mampu?) Rasa makanan dekat sini. Biasa-biasa je korang. Macam korang makan dekat kedai-kedai mamak di seluruh pelusuk Malaysia (gitu... hehehe...)

Sebelum pergi makan tu, kita orang sempatlah jugak meronda-ronda deretan kedai yang ada dekat sepanjang Tanah Rata. Dan yang buat i bertambah kagum bila dapat tahu, pejabat pos dekat Tanah Rata ni telah dibuka oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Woww!! Apa kata kita baca sikit sejarah / latar belakang Pejabat Pos nak?


Sejarah / Latar Belakang Pejabat Pos, Tanah Rata, Cameron Highlands :

Pejabat pos ini telah dibuka oleh Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Malaya pada hari Jumaat bersamaan 25 Jun 1956. Ianya terletak di Jalan Utama dan merupakan salah satu daripada beberapa pejabat pos yang masih menyediakan perkhidmatan "Poste Restante".

sumber : Wikipedia
olahan : Reenaonline

Apa itu "Poste Restante"? Ianya turut dikenali dengan nama General Delivery / Penghantaran Umum. Di mana pejabat pos yang diserahkan akan memegang mel tersebut sehingga penerima datang mengambilnya. Setiap negara mempunya prosedur tertentu untuk membuat Poste Restante. Untuk keterangan lanjut korang boleh rujuk di sini ---> Wikipedia.


Jalan-jalan je dah dapat ilmu. Best tak? Hehehe...

Akhir sekali, jemput-jemputlah tengok gambar kami. Macih semua!










p/s : Last datang Cameron Highlands celebrate birthday i tahun 2011, cepatnya waktu berlalu...

Perjalanan Ke Cameron Highlands 2013

Memandangkan perjalanan ke Cameron Highlands dari Kuala Lumpur / Selangor hanya memakan masa kurang dari 3 jam melalui Tapah, Perak. I rasa inilah short holiday yang paling sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Kesian dorang... lagipun sepanjang cuti sekolah (bulan Mac) baru-baru ni, i dan hubby langsung tak berkesempatan nak ambil cuti. Lepas tu ditambah dengan rate hotel yang super berganda dan jalanraya yang sesak dengan kenderaan. I rasa better kita orang aturkan plan pergi holiday hujung minggu pulak (yang takde terlibat dengan sebarang cuti). Yang penting anak-anak happy, dan mama papa pun dapat release tension sekali. Hari-hari hadap kerja je pun bosan jugak. Eh! Hehehe...

Yang kelakarnya, short holiday ni, kita orang aturkan sehari sebelum nak bertolak ke Cameron Highlands iaitu pada hari Jumaat (5 April 2013). Selamba je kan? Kita orang memang macam ni rasa je nak holiday, terus booking hotel online. Malam tu juga kemas beg. Besok terus bertolak. Paling best tu, bilik hotel yang kita orang booking tu pun memang tinggal satu-satunya bilik yang boleh reserve. Lepas je picit confirm reserved, i check balik semula website yang sama. Terus dah bertukar jadi fully booked. Wah... memang rezeki anak-anak i.

Kalau korang nak tahu, ada dua laluan yang boleh korang gunakan untuk naik ke Cameron Highlands. Satu melalui Simpang Pulai, Perak (jalan baru tapi lebih jauh / alternatif untuk orang yang datang dari arah Utara) dan satu lagi melalui Tapah, Perak (jalan lama dan lebih singkat masa / alternatif untuk orang dari Selatan pulak). Kebiasaannya, kita orang lebih suka ikut Tapah untuk pergi ke Cameron Highlands. Walaupun jalannya lebih adventure dan berliku-liku berbanding ikut Simpang Pulai. Tapi i rasa seronok sebab mengingatkan i balik saat-saat i kecil dulu datang ke Cameron Highlands bersama ibu, ayah dan adik (rindu!) Pulak tu melihat gelagat anak-anak i yang excited, perasaan tu lagi bertambah-tambah kuat (feeling pulak! Hahaha).

Suhu sepanjang laluan untuk naik ke Cameron Highlands waktu tu memang terasa sejuk dan segar (27ºC). Cuaca pun lebih kepada mendung dan hujan renyai-renyai. Ada masanya perjalanan terganggu jugak dengan lori dan kenderaan yang slowwww... Tapi bila dihidangkan dengan permandangan dan suhu yang menarik automatik rasa happy je (cuba kalau pergi kerja, ada kenderaan buat perangai macam ni atas jalan. Confirm kembang-kempis hidung control marah. Hahaha... sabarlah tu kononnya!)

Paling seronok, bila dapat tengok hasil-hasil hutan dan kraftangan yang dijual oleh orang-orang asli di sepanjang perjalanan. Nak berhentikan kereta, tak berani pulak sebab keadaan laluan yang sibuk. Hah, selain tu apa lagi yang syoknya ikut laluan Tapah ke Cameron Highlands? Syoknya, korang akan dapat tengok air terjun Lata Kinjang. Perghhh... Tinggi gila! Anak-anak i sampai terjerit-jerit nak pergi mandi-manda dekat sini. Dekat sekitar Lata Kinjang ni juga ada pelbagai gerai jualan yang boleh korang singgah untuk beli. Tapi alaa... kita orang tak singgah pun sebab dah tak sabar nak tengok bilik hotel yang kira orang booking dekat Century Pines Resort. Macam mana rupa bilik dekat sini? Kenalah tunggu next entry. Hehehe...


Info mengenai Lata Kinjang, Tapah, Perak :

Lata Kinjang merupakan air terjun yang berketinggian mencecah 80 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah, negeri Perak. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.

Selain bermandi-manda, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah seperti berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak. Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini dan anda boleh melihat sendiri tradisi kehidupan mereka dengan lebih dekat. Walaubagaimanapun, pada 1 September 2010, kawasan itu ditutup kepada orang ramai berikutan fenomena 'kepala air' yang berlaku akibat hujan lebat yang membawa banjir besar. Ianya menyebabkan Hutan Lipur Lata Kinjang mengalami kerosakan teruk.

sumber : Wikipedia
olahan : Reenaonline






Garmin yang banyak berjasa. Berpintal-pintal tengok icon lori tu bergerak ikut laluan. Hehehe...


p/s : Syoknya kalau cuaca sejuk dekat Cameron Highlands ni sama je macam dekat Kuala Lumpur. Boleh pakai baju ala-ala duduk oversea. Eh! Hehehe...


Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat #6


Mak diapit dua orang menantu kesayangan yang comel (hehehe).










Hari Isnin 15 April 2013, mak dan ayah mertua i selamat terbang ke Madinah untuk mengerjakan umrah. Jadi i, hubby, abang ipar dan adik ipar datang beramai-ramai ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) untuk mengucapkan bye-bye (huhuhu...) Sedihnya cucu-cucu Mak Tok dengan Tok Ayah tak dapat iringi sekali, maklumlah hari sekolah. Macam mana pun kami semua doakan semoga mak dan ayah selamat perjalanan pergi dan balik. Jaga kesihatan ok. We love u!

Lepas peluk cium mak dan ayah, kami semua makan tengah hari di Secret Recipe. Anyway, peliknya makanan dekat Secret Recipe, KLIA ni lebih sedap dari makan dekat Secret Recipe tempat-tempat lain. Kenapa eh? Adakah sebab terlebih feel international nya? Dan bertambah pelik bila first time terjumpa menu Nasi Lemak dekat Secret Recipe atau i tak tahu yang Secret Recipe memang ada menu ni? Ok, sorang-sorang buat soalan, sorang-sorang fikir jawapan sendiri. Hehehe...


p/s : Harap satu hari nanti i sekeluarga pulak dapat jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Amin...

Apr 14, 2013

Cute Stamp Sets #1

Taraaa... Barangan comel datang lagi. Wah-wah-wah mesti berpinar mata korang tengok barang-barang comel dalam blog i ni kan? Sabar ajelah ye kawan-kawan. Hehehe...

Kalau korang nak tahu semenjak anak-anak i mula bersekolah (maksud i mula jejakkan kaki ke tadika). Koleksi stamp yang selama ini lebih kepada tujuan simpanan peribadi berbanding daripada tujuan untuk dicop telah mula bertukar konsep. Sekarang ni, i lebih suka cari cute mini stamp yang boleh digunakan untuk memberi galakan dan semangat untuk anak-anak i bila mereka siapkan buku latihan ulangkaji

Sejak 2 tahun lepas, selain bekerja makan gaji disiang hari, i juga kini bekerja tanpa gaji di malam hari sebagai guru BESAU! (motiflah sangat bold kan perkataan BESAU tu hehehe...) Dan tugas guru besar walaupun free bukannya mudah tau kawan-kawan nak ambil hati student-student comel yang lagi panjang akal dari guru besarnya. Lebih-lebih lagi kalau pelajaran zaman sekarang ni lebih advance dari waktu i belajar dulu-dulu. Perghhh... serius i terkejut bila tengok Abang Long yang baru je 4 bulan bersekolah Darjah Satu dah belajar pasal topik BUNDARkan. I yang dah pencen Darjah Satu berpuluh tahun dulu, nak explain cara yang mudah untuk dia faham pun terkial-kial (adeh!) Agaknya Darjah Enam nanti dah belajar Add Maths ke? (Hah!!! Tolongggg...!) Eh, guru besar pulak yang over nervous tak pasal-pasal. Hahaha!

Kadang-kadang gambar pada stamp ni langsung takde kena-mengena pun dengan apa yang anak i siapkan. Tapi i suka biarkan dorang pilih gambar mana yang menjadi pilihan hati dorang untuk dicopkan pada buku latihan. Cuma setiap muka surat yang dibuat hanya dibenarkan sekali je untuk dicop. Kalau dorang nak cop lagi, kenalah buat banyak-banyak muka surat yang ada dekat buku latihan tu. Kehkehkeh... bijak tak guru besar?

Selain daripada stamp macam dekat bawah ni, i juga gunakan sticker / stiker sebagai daya penarik untuk dorang terus buat homework, baca buku dan buat ulangkaji. Terpaksalah mama struggle sikit untuk perhatikan pelajaran anak-anak mama. Takpelah demi anak-anak tak boleh berkira sangat. Insya-Allah adalah rezeki dorang untuk kita bila dah tua nanti (ewah! Hehehe...)

Kesemua cute stamp sets dekat bawah ni, i beli dekat Kaison. Harga stamp jenis kayu ni ialah RM3.90 satu set. Manakala yang jenis rubber pulak (macam gambar no. 2) berharga RM2.50 satu set. Wahhh... murah gila kan?

Bila dah banyak sangat stamp macam mana cara kita nak simpan eh? Hah, senang je kawan-kawan. Macam i sendiri, i beli bekas tin bercorak cute dan susun elok-elok di dalamnya. Jadi taklah bersepah-sepah bila nak guna. Yang penting nampak kemas dan tak comot (hoorey!)






p/s : teringin nak buat stamp hasil tangan sendiri.

Everyday is a Blessing - Setiap Hari Adalah Rahmat #5









Sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Ameris sebab sudi jemput i ke majlis Aqiqah anaknya. Alahai terharu tau, macih awak... tapi sedihnya kita tak berkesempatan nak pergi rumah awak (sorry tau). Harap majlis awak berjalan dengan lancar dan kiss-kiss sikit dekat budak comel lote tu ye. Next time, kalau ada jodoh boleh kita jumpa face to face (ewah! Hehehe).


Aktiviti i pada hujung minggu ni :

1. Minggu ni selain sibuk dengan rutin harian, i temankan kawan baik i, SuteraMaya pergi cari langsir baru di Ikea. I dah macam penasihat Ikea dah ni (Ikea tak sudi nak hire i ke? Hahaha).

2. Anak-anak i bergembira sakan sebab dapat jumpa geng baru. Mula-mula malu-malu kucing. Lepas tu Ikea dah macam 'rumah' sendiri dah. Habis kertas Ikea dorang kerjakan buat kapal terbang. Tukang buat kapal terbang ialah mama (huwa! Mama tak bersalah).

3. Hubby ambil gambar bukti tumbuhnya jerawat cute dekat muka i (kahkahkah).

4. Ada banyak items baru yang muncul dekat Ikea. Suka sangat sebab ada banyak warna yang menarik. Tak sukanya bila i kena buat pilihan mana satu warna yang i nak beli (duhhh...)

5. Q-dees Kak Ngah adakan hari Parent-Teacher's Day tapi papa je sorang yang dapat attend. Alhamdulilah daripada cerita papa, teacher bagi respond yang cukup baik pasal perkembangan Kak Ngah (sejuk hati mama dengar). I know you are doing well dear.

6. Ingat lagi tak kisah kaktus yang i ceritakan dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2013/04/pokok-kaktus-cactus-1.html? Best nya... salah satu dari kaktus yang i beli dekat Cameron Highlands ni dah keluar bunga (yeay!)

So, macam mana pulak korang habiskan cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) korang baru-baru ni? Mesti sibuk settle kan macam-macam urusan kan? Apa pun yang korang buat. I doakan korang semua happy-happy selalu.

Thanks for reading and your comments.


p/s : Minggu ni tak sempat nak hadap Macbook lama-lama. Abang Long dah banyak homework yang nak kena pantau. Macam mana pun i cuba curi-curi masa singgah jenguk korang pulak k.

Apr 12, 2013

Boh Tea Plantation, Habu, Cameron Highlands

Memandangkan aktiviti hari kedua (7 April 2013) di Cameron Highlands lebih kepada suasana leisure / santai. Dan dalam pada masa yang sama juga, kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur (alaaa.... tak best nya). Jadi i aturkan plan untuk pergi ke Boh Tea Plantation / Ladang Teh Boh di Habu sebelum teruskan perjalanan balik. Yelaaa... boring pulak sebab asyik lepak dekat Bharat Tea Plantation je, apa kata kita try pergi tengok Ladang Teh Boh sambil pekena BOH ada Ummph! (ewah! Hehehe...)

Lepas lunch di Restoran Erra di Tanah Rata, kami teruskan perjalanan turun ke Habu dan terus menuju ke Boh Tea Plantation (yeay!) Kalau korang nak tahu, lokasi laluan untuk ke Boh Tea Plantation sama je dengan laluan untuk ke Hiap Bee Farm / Ladang Lebah Hiap (maybe next time boleh masuk dalam schedule trip i untuk ke sini). Excited gila rasa sebab kali pertama nak pergi tengok Ladang Teh Boh. Macam manalah rupa Ladang Teh Boh agaknya kan? (Eh, bukan serupa je ke macam Bharat Tea Plantation. Haha! Soalan lah sangat). Cuaca yang redup-redup mendung di sepanjang laluan buat hati i rasa macam tak best je. Please... hujan, janganlah kau turun time-time macam ni. Tapi siapalah i untuk menidakkan ketentuan Allah (gitu...) Dari hujan renyai-renyai terus bertukar jadi lebat-selebat-lebatnya (huwaaa!)

Perjalanan yang sepatutnya hanya sejauh 6km saja untuk ke Boh Tea Plantation, i rasa macam dah berpuluh-puluh kilometer bergerak. Dengan laluan yang sempit (boleh muat sebuah kereta), jalan berliku-liku yang semakin curam dan mendaki serta berbonggol-bonggol. Malah setiap kali nak corner kena bunyikan hon untuk elakkan bertembung dengan kereta yang datang dari arah depan. Fuh... terasa memang adventurous habis. Dahla tu, menambahkan rasa suspen i bila tak nampak langsung tanda-tanda adanya tempat untuk minum-minum teh dekat sini. Ishhh... mananya Ladang Teh Boh ni hoi?!!! Sampaikan  berkali-kali i cakap dengan hubby, "jomlah kita patah balik Pa". Tapi bila hubby jawab, "macam mana kita nak patah balik Mama dengan jalan sempit macam ni?" I rasa macam nak pergi toilet serta-merta. Nyesalnya ajak datang sini (jerit huwaaa lagik sekali). Part paling best bila lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke kawasan Teh Boh, kita orang ternampak kain rentang yang tertulis "Habu Tea Centre Will Be Closed For Renovation From 1st April to 15th May 2013". Lorrr... awat tak habaq awal-awal. Ok, boleh jerit huwaa tahap kritikal.

Dengan muka yang dah hilang reaksi excited, akhirnya kita orang tiba jugak di kawasan lapang yang menempatkan parking lot untuk ke Tea Shop Boh (alhamdulilah...) Hujan pulak semakin lebat ditambah dengan takde rezeki nak minum Teh Boh panas atas Cameron Highlands. Kita orang turun semula dari Boh Tea Plantation dengan perasaan hampa (alololo! Sian kita orang kan?) Hmm... Takpelah sekurang-kurangnya boleh merasa pengalaman adventure datang ke sini. Bukan selalu boleh dapat. Hehehe...

Dan yang kelakarnya, bila sampai dekat permulaan persimpangan untuk masuk ke laluan Boh Tea Plantation terang-terang terpampang kain rentang yang sama kita orang baca dekat atas tadi memaklumkan pasal penutupan sementara Boh Tea Centre untuk tujuan renovation. Tapi masalahnya kain rentang ni hanya boleh nampak kalau korang datang dari arah Ringlet bukan dari arah Tanah Rata! (Duhhh...) Kalau perasan awal-awal kan bagus Confirm cepat-cepat boleh tukar plan pergi Bharat Tea Plantation je.


Sejarah Boh Tea Plantation / Ladang Teh Boh :

BOH Plantations telah ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russel, seorang ahli perniagaan British semasa era penjajahan British di Malaya. Beliau yakin dengan perniagaan ladang teh disebabkan oleh permintaan yang besar walaupun ketika itu berlakunya Kemelesetan Besar di seluruh dunia. Melihat daripada potensi tersebut, beliau memohon dan telah diberikan konsesi tanah untuk taman teh pertama di Habu, Cameron Highlands.

Hari ini, BOH Plantations mempunyai tiga taman tehnya iaitu taman pertama terletak di Habu, Fairlie Tea Garden dan Sungai Palas Tea Garden. Untuk memastikan kesegaran produk teh itu, BOH Plantations juga menubuhkan sebuah kilang pembungkusan berhampiran taman utama. Produk teh BOH diedarkan di kedua-dua pasaran domestik dan antarabangsa.


sumber : Cameron Highlands Info


Waktu operasi : Setiap hari (kecuali hari Isnin) dari pukul 9:00 pagi hingga 4:30 petang.

Teringin nak pergi sini? Korang boleh refer map / peta dekat bawah ok.



Nak tengok gambar-gambar yang sempat i tangkap sepanjang perjalanan pergi balik ke Boh Tea Plantation, Habu, Cameron Highlands tanpa keluar dari dalam kereta. Silalah scroll ke bawah ye. Enjoy!










p/s : Hopefully kalau i datang sini lagik, taknaklah tempuh pengalaman yang sama. Penat tau. Huhuhu...