Blogger templates

Feb 29, 2012

Hiasan Shopping Complex / Pusat Membeli-Belah

Setiap kali berjalan dekat shopping complex (pusat membeli-belah), i suka sangat tengok dekorasi / hiasan dalaman yang biasanya dorang buat untuk sambutan perayaan. Atau pun, semata-mata nak cantikkan suasana shopping complex supaya kelihatan lagik menarik. Selalunya ada je idea-idea dorang ni, yang pada i di luar daya imaginasi kita. Sampaikan i selalu cakap dekat hubby, "Wah, kreatif betullah orang yang cipta ni semua". Kalau suruh dorang ni hiaskan rumah i pun mesti best kan? (kihkihkih... ke situ pulak dia). Kadang-kadang ada hiasan yang dorang buat tu, sampaikan kita tak terfikir boleh jadi cantik macam gitu. Hiasan yang extreme dan pelik-pelik ni selalunya ada dekat pusat membeli-belah Mid Valley Megamall dan KLCC. Ada tu pulak, cuma guna bahan-bahan simple (ringkas) pun, boleh buat hiasan tu jadi menarik sangat-sangat. Contohnya macam dekorasi / hiasan yang i bergambar dekat bawah.

Kalau korang nak tahu, bahan-bahan yang dorang gunakan untuk buat dekorasi ni ialah polisterin (polystyrene) dan kertas je (kecuali kerusi yang i duduk dan beberapa hiasan tambahan). Cantikkan? Sekali imbas mesti korang sangkakan semuanya diperbuatkan daripada kayu kan? I pun macam gitu jugak tau masa mula-mula tengok. Tapi bila i teringin nak bergambar duduk atas tunggul kayu yang ada dekat situ, barulah i tersedar, "laa... polisterin ke benda ni?" Nasib baiklah, i tak terus terjah je sebab excited nak bergambar. Kalau tak, selamatlah satu tunggul kayu dekat situ i kerjakan. Hehehe...

Gambar ni sebenarnya diambil sebelum perayaan Hari Natal (Christmas) tahun 2011 dekat Ikano Power Centre (IPC), Mutiara Damansara. Jadi i rasa konsep dekorasi / hiasan waktu tu menggambarkan suasana perkampungan elf dekat North Pole (elf tu ialah nama gelaran untuk orang-orang kenit yang tolong Santa Claus buat mainan). Eceh, pandai-pandai i aje kan? Hahaha... Takpelah, tak kiralah apa konsep sekalipun yang penting, i kagum dengan orang-orang yang terlibat dengan kerja-kerja kreatif macam gini. Bukan senang nak hasilkan idea-idea yang menarik.






APA YANG I PAKAI UNTUK HARI TU?

Shawl - Jalan Tuanku Abdul Rahman
Cardigan - Cotton On
T Shirt - Esprit
Jeans - Uniqlo
Kasut - Crocs

Anyway, korang perasan tak baju yang i pakai dekat atas warnanya ada iras-iras dengan baju siapa? Ehem... sebenarnya nak bagitahu seiras dengan baju Yuna dalam klip video Memo tau. Ok, thanks bye bye (lari tutup muka. Hehehe).



Youtube Yuna Memo


p/s : Yuna pun antara orang-orang yang kreatif jugak. Sebab dia kreatif, mestilah i admire dengan kebolehan dia.

Feb 28, 2012

Resepi : Ayam Percik

Bila sebut nama ayam percik, apa perkara pertama yang terlintas dekat kepala otak korang selain daripada perkataan sedap? Mesti korang terbayangkan ayam percik yang banyak dijual dekat pasar malam tu kan? Terutamanya bila waktu bulan Ramadhan. Fuhh... Meriah habis! Sana-sini ada je gerai / stall yang jual ayam percik. Sampai pening kepala korang nak pilih mana satu agak-agaknya gerai yang paling ok rasa ayam perciknya. Apa taknya kalau dari segi rasa tu, banyak yang korang jumpa yang tak ok dari ok nya (haishh... Bulan puasa pun, asal boleh je dorang ni berniagakan? Teruk betul!)

Kalau tak terbayang ayam percik pasar malam, paling hebat mesti korang terbayangkan Yati Ayam Percik yang macam yang i cerita dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/yati-ayam-percik.html. Eh, siapa pulak Yati Ayam Percik? Orang mana dia tu? Adoi! Hahaha... Siapa buat soalan macam ni? I geletek usus perut dia. Yati Ayam Percik tu bukannya oranglah, tapi nama restoran yang terletak dekat Kota Bharu, Kelantan (ada faham? Hehehe).

Tapi semata-mata nak rasa keenakan Yati Ayam Percik, korang terpaksa drive / memandu sampai beratus-ratus kilometer ke Kota Bharu, Kelantan (perghh, ni kalau mengikut jarak dari rumah i lah. Huhuhu... Serius tak sanggup hokeh!). Apa kata korang cuba buat sendiri ayam percik dekat rumah korang je. Jimat dan sedap gitu. Eh, confirm boleh jadi ke? Mestilah boleh, sebab i sendiri dah berjaya buat tau.

Resepi dekat bawah ni i jumpa dekat sini (terima kasih awak sebab sudi kongsikan dengan semua orang). So, kali ni i nak share dengan semua kawan-kawan blog i hasil resepi Ayam Percik yang i berjaya buat. Korang nak tahu tak? Kali pertama i cuba buat Ayam Percik ni waktu berbuka puasa tahun lepas (2011). Sejak tu, i dah tak pandang dah, ayam percik dekat pasar malam lagik walaupun sebelah mata (hamboi, clash gitu). Jom salin cepat resepi ni. Gerenti 100% menjadi! (Trust me bebeh... Hehehe).

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)

1 ekor ayam yang dipotong sederhana kecil
1 1/2 cawan santan pekat
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras (i cuma masukkan 2 sudu besar sahaja)
Sedikit air asam jawa atau asam keping
Cili kering untuk jadikan kuah berwarna merah (i takde cili kering so tak masukkan pun)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Bawang, halia, serai, ketumbar dan jintan dimasukkan ke dalam blender dan diblend sehingga hancur. Ke semua bahan ini dijadikan sebagai bahan perap.
2. Gaulkan bahan perap tadi yang telah diblend bersama-sama ayam dan biarkan selama setengah jam.
3. Buka api kecil. Sediakan periuk masukkan ke semua ayam yang diperap ke dalam periuk bersama tepung beras, santan, asam jawa dan cili kering.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau sehingga ayam agak-agak hampir masak dan kuahnya menjadi sedikit pekat.
5. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan susunkan di dalam loyang pembakar.
6. Bakar di dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius dalam masa setengah jam atau sehingga ayam menjadi sedikit keperangan.
7. Hidangkan ayam dengan mencurahkan lebihan kuah tadi dan hiaskan mengikut kreativiti korang (i tak sempat nak hias pun, terus selamat kena ngap! Hehehe).

Gambar sepanjang proses penyediaan ayam percik. Alahai gambar semua tak berapa sharp / jelas (sorry...) Penangan berpuasa lah ni kot? Hehehe...







p/s : bestkan? bila dapat buat sendiri. Takdelah susah mana pun resepinya.

Feb 27, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar

Entry sebelum ni, i ada ceritakan yang i tahu mengenai kisah pernikahan Yusry dan Lisa melalui twitter sewaktu i makan di gerai Kaw Kaw Burger Bakar kan? (ini entry i ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/walimatul-urus-yusry-dan-lisa.html) Jadi hari ni, i nak cerita serba lengkap mengenai gerai Kaw Kaw Burger Bakar yang memang superb dan power untuk korang cuba. Kalau ada pertandingan daging burger popular, confirm Kaw Kaw Daging Bakar dapat undian majoriti tertinggi untuk daging burger yang best tahun 2012 (wa cakap sama lu! Hehehe).

Ramai kawan-kawan i dekat Facebook sangkakan i tahu kewujudan gerai Kaw Kaw Burger Bakar melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiarkan pada 23hb Februari 2012. Ikutkan, yang sebenar-benarnya, i teringin nak rasa daging bakar ni bila terbaca review / ulasan dari blog Cha (thanks dear!) Takde kaitan langsung dengan MHI bagai. Bila masanya pulak i sempat tengok MHI pagi-pagi hari waktu tengah bekerja ni? (haish... pelik-pelik). Terus-terang i cakap, sejak berkahwin dan ada anak-anak. Rasanya boleh dikira dengan jari berapa kali je, i dapat tengok televisyen dan baca suratkhabar dalam setahun (haishh... dahsyatnya hidupku. Hehehe).


Kalau korang nak tahu, Kaw Kaw Burger Bakar memulakan perniagaan pada September 2011 bertempat  di Arena Cafe, Seksyen 5, Wangsa Maju. Tapi kini, mereka telah mengubah lokasi perniagaan mereka pada November 2011 di Seksyen 2, Wangsa Maju berhadapan dengan Kedai Motosikal Kawasaki. Hah... jangan terkeliru pulak hokeh! Sebab i dapat tahu, ramai yang confused antara Kaw Kaw Burger Bakar ni dengan Rawang Burger Bakar (i pun sebenarnya antara orang yang hampir-hampir confuse jugak tu. Hehehe)

Waktu operasi : bermula dari pukul 7:30 petang hingga 2:00 pagi (bergantung pada kuantiti burger. Kalau cepat habis, cepatlah gerai Kaw Kaw Burger Bakar ni tutup).

Lokasi melalui koordinat GPS : 3.206478, 101.73523

Harga untuk SATU SET BIASA ialah RM10:00 : mengandungi Burger Happiness (<--- nama burger dekat sini) pilihan samada daging lembu atau ayam, 2 ketul sosej dan 1 jenis air pilihan (ada bermacam-macam jenis air).

Manakala, harga untuk SATU BURGER HAPPINESS ALA CARTE (pilihan samada daging lembu atau ayam) pulak ialah RM7.50 sahaja.


Tepat pukul 6:40 petang, hari Khamis lepas (23hb Februari 2012). I bertolak daripada pejabat, dengan hubby ke gerai Kaw Kaw Burger Bakar dengan menggunakan GPS Garmin. Kononnya nak pastikan koordinat GPS yang dorang bagi ni betul ke tidak (yes, memang tepat sangat-sangat!). Mengikut kepada peta yang terdapat di Facebook Burger Bakar, lokasinya macam senang je nak faham sebab berhampiran dengan Jaya Jusco Alpha Angel. Cuma kita orang tak berapa familliar / biasa je masuk ke kawasan Seksyen 2, Wangsa Maju ni. Macam mana pun, korang jangan risau. Gerai Kaw Kaw Burger Bakar ni automatik senang korang detect / kenali bila korang nampak satu barisan panjang beratur dekat satu stall / gerai burger yang simple dekat tepi jalan. Memang terang tak payah bersuluh lagik, itulah gerai Kaw Kaw Burger Bakar yang korang cari-cari (eceh!)

Waktu kita orang tiba, jam dah menunjukkan pukul 7:20 petang. Nasib i dan hubby hari tu memang baik sangat, sebab senang je dapat parking dan tempat untuk duduk. Cuma part giliran je yang macam tak best, nombor 24. Sedangkan nombor giliran burger yang dipanggil waktu tu ialah nombor 6 (aiyoo!! 2 kali ganda nombor giliran tu. Hehehe). Sebab dah dapat tempat duduk, jadi mood kesabaran berada dalam tahap yang stabil. Boleh bercerita sambil buat-buat lawak dengan hubby i lagik. Sambil menunggu tu, i perhatikan orang yang datang makin lama, makin bertambah ramai yang beratur. Tempat pun dah jadi sesak. Tepat pukul 8:00 malam nombor giliran dah jadi 56 (hambik kau! Tak pernah dibuat dalam sejarah burger hokeh!) Korang bayangkanlah orang yang ada dekat situ lebih ramai daripada 6 buah meja makan plastik yang disediakan (dahsyat tak dahsyat!) Sampaikan ada yang makan sambil berdiri semata-mata nak menikmati kelazatan Kaw Kaw Burger Bakar ni.

Pukul 8:05 malam, akhirnya terlaksana impian i dan hubby menikmati Kaw Kaw Burger Bakar. Tengok isi dagingnya pun korang dah rasa geram je nak gigit. Padat, penuh, tembam, gebu... terus rasa hilang lenguh menunggu. Daging burger di sini bukan macam daging biasa yang kita makan (made in Ramly burger tu) yang kadang-kadang dah kena belah dua. Daging di sini dibuat (homemade) dan dihasilkan melalui resepi (secret recipe) mereka yang tersendiri. Pilihan air yang disediakan dekat sini pun best sangat pada i. I pilih air Tropical Punch (sedap!!) dan hubby i pulak pilih air Lime Barley (pun sedap!!). Kalau korang berani, korang boleh cuba makan Burger Tower (ada 6 lapisan patty / daging burger atau lebih - tengok besar mana nafsu makan korang). Harga untuk ala-carte Burger Tower ialah RM5.50 per patty dan Harga Set Burger Tower mengandungi sosej dan air ialah RM5.00 per patty. Contoh, kalau korang order Harga Set Burger Tower bagi 8 patties (8 patties x RM5.00), bayaran yang dikenakan ialah RM40.00.

Kesimpulannya, i memang puas hati makan dekat Kaw Kaw Burger Bakar (sedap weiii!). Cuma keadaan gerai yang terlampau simple dan sesak dengan orang, buatkan ramai yang datang dan nak cuba makan dekat sini. Terpaksa batalkan niat sebab tak sanggup menunggu. I harap satu hari nanti Kaw Kaw Burger Bakar dapat tingkatkan / improve keadaan gerai mereka untuk keselesaan pelanggan di masa akan datang. Kesian tengok, budak-budak kecil yang menangis sebab sama-sama kena paksa tunggu giliran dengan mak ayah dia (bukan sekejap... lama pulak tu). Jadi untuk sesiapa yang ada anak kecil, i nasihatkan tak payahlah bawa ke sini. Bukan anak korang je yang hilang mood dengan korang sekali jadi tension nanti. Hehehe....



Peringatan dari Kaw Kaw Burger Bakar : Pelanggan dikasihi, "grill" / panggang ambil sedikit masa untuk dimasak. Ini akan mengambil 3 kali lebih lama daripada masakan biasa. Terima kasih.

Picit gambar atas untuk tumbesaran bagi mengetahui harga burger di sini.


Muka letih baru balik keje. Huhuhu





p/s : nak tengok gambar-gambar lain bolehlah pergi dan LIKE Facebook Kaw Kaw Burger Bakar

Feb 26, 2012

Walimatul Urus Yusry dan Lisa

Semalam (25hb Februari 2011, Sabtu) sempat tak korang tengok dokumentari mengenai Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 yang ditayangkan di Astro Ria channel 104 pada pukul 10:00 malam hingga 11:00 malam? I terlupa langsung pasal rancangan ni sebab kebiasaannya hari Sabtu i dah set untuk tengok rancangan di channel 706 (Lifestyle HD). Jadi bila bukak je channel 104, dah 30 minit dokumentari mengenai Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 ditayangkan (duhh...)

sumber gambar : http://nurizspace.com/

Untuk pengetahuan korang Yusry dan Lisa telah pun bernikah pada 23hb Februari 2012 (Khamis... Woww... malam Jumaat tu. Eh! Hehehe), selepas maghrib bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Yang kelakarnya waktu layan twitter nak tengok kemaskini terbaru kawan-kawan i. I baru perasan mengenai pernikahan Yusry dan Lisa ni. Waktu tu, i tengah bersantap dengan enaknya Kaw Kaw Burger Bakar dekat Seksyen 2, Wangsa Maju. Nampak sangat i tak berapa kisah dengan dunia Artis berbanding melayan perut sendiri yang kelaparan. Hahaha... (review / ulasan entry pasal Kaw Kaw Burger Bakar ada dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kaw-kaw-burger-bakar.html)

Bila duduk baca perjalanan pernikahan Yusry dan Lisa yang dikemaskini oleh twitter @beautifulnara malam tu. I teringat yang i pernah hantar tweet pada @YusryKRU, tahun lepas dan yang bestnya tweet i tu dibalas oleh Yusry! (wahh!! pengsan sekejap jadinya. Hahaha). Gara-gara tweet i ni, berlakunya kekecohan besar dikalangan kawan-kawan i sebab i rasa dorang pun tak sangka Yusry akan jawab twitter i (gila kau! Artis glamour nak layan peminat sampingan je. Tak class tau... hehehe). Lagipun ada kawan-kawan baik i waktu sekolah menengah yang tahu, i memang peminat setia KRU especially Yusry waktu dulu-dulu (hahaha... Awas!). Jadi dorang memang boleh agak betapa seronoknya i bila Yusry sudi balas twitter i. Biasalah, zaman sekolah dulu-dulu. I memang suka balut buku teks dengan gambar-gambar artis yang i minat. Sumber inspirasilah katakan. Ish, bila ingat-ingat balik. Kelakar sangat pun ada, malu sangat pun ada. Tapi tulah antara kenangan-kenangan budak sekolah yang tak boleh diputar balik (huhuhu... sedih!).


Berbalik mengenai dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa. Istimewanya ialah, ianya memaparkan rahsia percintaan antara Yusry dan Lisa yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak. Selain menceritakan mengenai detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan resepsi persandingan. Untuk bahagian 1 yang disiarkan pada 25 Februari akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.
Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua? Antara kenalan mereka yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay dan Erra Fazira.
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di bahagian pertama dalam dokumentari ini.
Manakala, pada bahagian 2 pula, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
sumber : budiey (thanks!)


Ini video promo untuk dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 (yeay!)

Untuk korang yang ketinggalan menyaksikan dokumentari Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1, jangan risau ulangannya ada pada hari ni, Ahad pukul 8:00 malam hingga 9:00 malam di Astro Ria channel 104 (hoorey! suka tak?) Manakala untuk bahagian 2 dokumentari mereka, kita nantikan sama-sama kemunculannya pada 3hb Mac 2012 (Sabtu) pukul 10:00 malam di channel 104 Astro Ria. Kalau takut terlupa, korang set sekarang ni jugak reminder dekat alat kawalan jauh Astro. Hah, kan ke senang?

Kemaskini / Update terbaru pukul 5:25 petang : Kalau tak sabar nak tunggu ulangan malam ni, www.GuaTv.com dah upload Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 di YouTube (double suka!!)



Kemaskini / Update terbaru 4hb Mac 2012 pukul 5:41 petang : YouTube Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 2 dah ada!! Cayalah, boleh tengok complete kisah mereka ni dekat sini je (triple suka!!!) Terima kasih GuaTV.


p/s : sekarang i tengah tengok YouTube Walimatul Urus Yusry dan Lisa bahagian 1 dan bahagian 2 (ehemmm)


Feb 25, 2012

Martha Stewart Handmade Holiday Crafts Book / Martha Stewart Buku Kraf Percutian Buatan Tangan

Hari ni, i nak ceritakan antara koleksi buku kraf kesayangan yang terbaru yang i beli iaitu buku kraf dari Martha Stewart. Nama sebenar buku ni ialah Martha Stewart's Handmade Holiday Crafts atau dalam bahasa melayu dipanggil Martha Stewart Kraf Percutian Buatan Tangan (lawaknya nama bila buat terjemahan. Hahaha!). Ada 363 muka surat dan harga buku ni ialah RM85.90. Mahal kan? Tapi takpe, terus-terang i cakap berbaloi sangat-sangat. Sebab ada 225 idea / kraf yang boleh korang gunakan sewaktu nak adakan majlis perkahwinan ke, majlis pertunangan, parti harijadi anak ke, majlis meraikan rumah baru ke, jemputan makan-makan untuk kawan-kawan ke, majlis rumah terbuka hari raya ke, majlis minum petang ke atau lain-lain lagi. Dalam kepala otak i ni macam-macam benda i fikir nak buat bila nak adakan majlis untuk rumah i nanti (Insya-Allah). Ikutkan buku ni sebenarnya lebih kepada sambutan perayaan mat salleh macam tahun baru, valentine, easter, halloween, thanksgiving, christmas dan lain-lain lagi. Tapi memandangkan semua perayaan tu bukan untuk orang-orang melayu atau lebih tepat untuk orang-orang Islam. Apa kata kita bertindak kreatif dengan mengambil contoh idea yang ada dalam buku ni.

Rasanya kalau sebut nama Martha Stewart confirm korang semua kenalkan? I memang peminat setia gila dengan Martha Stewart ni. Apa taknya kadang-kadang dengan satu kraf yang cukup simple dan kos yang sikit pun dia boleh jadikan satu benda tu nampak mahal dan menarik. Terror kan? Dia jugak sumber inspirasi untuk i supaya sentiasa cuba lakukan sendiri (do-it-yourself) untuk sebarang kerja-kerja yang melibatkan kerja tangan (takkanlah kaki pulak kot. Hehehe). Contoh, nak buat hiasan rumah ke, nak memasak ke, nak menjahit ke, nak berkebun depan rumah ke dan lain-lain lagi. Kiranya antara malas dengan rajin jelah. Kalau malas, fikirlah macam-macam idea sekali pun takde nak jadinya. Hehehe...

Untuk korang yang baru nak berkenal-kenalan dengan Martha Stewart dan menceburi bidang dunia kraf yang penuh dengan kreativiti. Jom kita tengok rancangan Martha Stewart Living dekat NTV7 setiap hari Ahad pukul 4:00 petang (sumber: http://www.ntv7.com.my/schedule/schedule/index.1.html). Mesti korang pun akan rasa kagum dan tak puas tengok rancangan ni. I kadang-kadang tu siap berangan nak buat show macam Martha Stewart ni (uishh... kalaulah boleh, seronoknya... hahaha). Patutnya Malaysia pun kena ada rancangan sendiri macam ni, barulah seronok kaum ibu-ibu dan orang yang sukakan kraf. Ini tak, balik-balik suruh orang Malaysia tengok rancangan menyanyi (adehhh...)

Kalau nak dapat pelbagai sumber inspirasi / idea terus daripada Martha Stewart secara percuma. Korang klik je link ini ---> http://www.marthastewart.com/. Lepas tengok website Martha Stewart ni, sure korang tersenyum girang especially untuk orang-orang yang baru nak kahwin (sukalah tu! Hehehe). Tak payah nak upah pakar wedding planner (perancang perkahwinan) dengan bayaran beribu-ribu, sebab korang pun boleh bertindak kreatif sendiri. Seronok kan? Dengan kreativiti jugak majlis yang ringkas pun boleh jadi meriah tau.

Excited i rasa bila bercerita pasal Martha Stewart ni. Agaknya tersedak-sedak dia dekat rumah kan? Hehehe... Apa-apa hal jom tengok antara kandungan buku Martha Stewart's Handmade Holiday Crafts milik i. Oh, lupa nak bagitahu, buku ni i beli dekat kedai buku Borders, The Curve, Kota Damansara. Kalau beli di sini dengan gunakan Kad Debit Maybank boleh dapat diskaun 10% dengan jumlah pembelian RM80.00 ke atas (nak tahu keterangan lanjut mengenai kad debit / debit card, cuba tengok entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kad-debit-maybank-dan-cimb-maybank-and.html) Banyak faedahnya (eceh! Hehehe)


Mula-mula i jumpa buku ni dekat kedai buku MPH tapi sebab keadaan buku ni dah comot dengan tangan orang yang membeleknya, i pergi cari dekat Borders.


Sempoi tak, kalau bagi goodies telur rupa macam gini dekat tetamu. Tetamu pun serba-salah nak makan. Hehehe


Suka backdrop / hiasan belakang tu!



p/s : Inilah namanya simple is beautiful!


Feb 24, 2012

Sup Gearbox Batu Pahat : Sup Sitam

Setiap kali balik kampung di Johor memang tak sah kalau tak buat aktiviti jalan-jalan cari makan sambil tembamkan pipi. Seronok jadi food tester tak bertauliah ni. Sebab boleh perkenalkan dekat kawan-kawan lain, mana tempat makan yang best untuk dicuba. Dan yang paling best bila dapat menikmati makanan yang sedap-sedap ni dengan keluarga tercinta (happy tau...).

Memang beruntung sebenarnya tuan punya kedai yang dapat review / ulasan dari blogger untuk tempat makan dia ni kan? (rezeki dorang). Sekurang-kurangnya apa yang blogger buat ni ialah sebagai satu penghargaan terima kasih sebab sudi kenyangkan perut mereka yang kelaparan dengan makanan yang sedap. Maklumlah sekarang ni kedai makan memanglah banyak tapi korang perasan tak? Nak jumpa yang betul-betul kena dengan tekak tu kemain susah lagik. Kedai makan yang mahal pun belum tentu sedap masakannya. Betul tak?

Jadi, kali ni i nak perkenalkan kedai makan Sup Sitam atau juga dikenali sebagai Sitam Sup Corner Delicious Kiosk yang terletak di Jalan Rahmat, Batu Pahat Walk, Batu Pahat, Johor (hamboii... panjangnya nama. Hehe). Korang ingat tempat lain pun takde nama walk-walk ni ke selain daripada Bintang Walk. Hehehe. Senang je nak cari lokasi Sup Sitam ni walaupun korang tak biasa dengan area / kawasan Batu Pahat. Yang penting, korang cari je landmark Pejabat Pos Batu Pahat. Betul-betul berseberang dengan Pejabat Pos Batu Pahat nilah wujudnya kedai makan Sup Sitam. Percayalah cakap i gerenti tak sesat punyalah!

Kalau korang nak tahu, Sup Sitam ni sudah terkenal sejak dari tahun 70-an lagi. Ianya menyediakan pelbagai jenis sup yang terdiri daripada sup lidah, ekor, ayam, daging, kambing, gearbox dan lain-lain lagi. Harganya pun ok pada i berbaloi dengan kesedapan supnya. Jadi takdelah sampai korang ternganga sampai sakit jantung bila dengar jumlah yang kena bayar. Hehehe. Macam i waktu makan dekat sini, i dan hubby order Sup Gearbox harga RM10.00 semangkuk (ada 3 ketul Gearbox dalam satu mangkuk siap ada straw lagik tu. Perghh!!), Ibu i order Sup Ayam harga RM6.00, Ayah i pulak order Sup Daging harga RM7.00 dan untuk Roti harganya ialah RM0.50 semangkuk. Nak jimat daripada bayar roti, korang bawaklah roti sendiri daripada rumah (hahaha... ada berani?!)

Waktu operasi Sup Sitam ialah dari pukul 6:30 petang hingga lewat malam.

Lokasi koordinat GPS : E 102 degree 55' 49.6" N 01 degree 50' 55.9"
(sumber GPS dari : kucingorengemok)

Banyak sebenarnya tempat makan best dekat Batu Pahat, tapi takpe i buat ulasan / review satu-satu dulu k.

Jom tengok gambar i yang rakus kelaparan. Hehehe....



Pejabat Pos Batu Pahat
Sup Gearbox yang mantap!
Anak siapalah yang makan penuh semangat ni... Hehehe

Hubby buat muka control makan... Hihi...
Danish, Tok Bak dan Mak Tok


p/s : Sup memang makanan kegemaran i. Lepas makan badan mesti rasa segar je. Especially bila makan waktu selsema, mesti cepat baik.

Feb 23, 2012

Kad Debit Maybank dan CIMB / Maybank and CIMB Debit Card

Korang ada kad ATM (automated teller machine card) Maybank dengan CIMB? Hah... Kalau korang memang pengguna kad ATM jenis ni. Korang berkelayakan untuk menukar kepada Debit Card / Kad Debit. Bagus tau, ada kad debit ni sebab fungsinya pun sama macam kad kredit. Bezanya, kalau kad kredit, korang kena berhutang dahulu, lepas tu bayar bulan-bulan kemudian. Tapi kad debit ni penggunaannya berdasarkan kepada baki simpanan akaun Maybank atau CIMB korang. Duit takde dalam akaun simpanan janganlah berangan nak berbelanja (peringatan untuk diri sendiri. Hehehe). Selain itu, dengan adanya kad debit ini, korang dah boleh membeli-belah secara terus melalui internet. Maklumlah sebelum ni semua transaksi internet guna kad kreditkan (tension aje i). Macam i dulu pun, kononnya tak suka berhutang dengan kad kredit jadi takde langsung buat permohonan kad kredit untuk diri sendiri. Bila sampai waktu nak beli barang dekat eBay, huhuhu... kena jugak masukkan butir-butir kad kredit untuk Paypal. Tak pasal-pasal, hubby i jadi mangsa keadaan (tihihi...) Sekarang ni tidak lagi, i dah ada kad debit. Boleh berdikari sendiri beli barang dekat internet hokeh! Hehehe...

Paling bestnya kelebihan pasal kad debit ni, saat korang urgent sangat-sangat nak beli barang tapi entah macam mana kawasan dekat situ takde pulak mesin ATM nak keluarkan duit. Hah, inilah masanya korang menayang-nayang kad debit korang depan cashier sambil dalam hati berkata, "i mampu tau". I rasa lagik bangga bila guna kad debit ni berbelanja sebab i keluar cash money / duit sendiri. Daripada i berbelanja guna kad kredit, lepas tu pengsan sebab nak kena bayar hutang setiap bulan (ish... tak best... tak best).

Dulu-dulu pun kalau nak buat / apply untuk kad debit ni biasanya bank akan minta korang masukkan deposit atas amaun tertentu (amaunnya boleh tahan besar jugaklah) dan ada caj tahunan yang akan dikenakan sekali. Tapi bila bank seperti Maybank dan CIMB buat tawaran dengan kemudahan macam gini, i rasa baik korang jangan lepaskan peluang untuk tukar kepada kad debit. Terus-terang i cakap, mudah sangat-sangat-sangat bila ada kad debit ni. Oh, lupa i nak cakap, kad debit yang korang tukar jugak sebenarnya berfungsi sama macam kad ATM. Jadi, korang tetap boleh keluarkan duit melalui ATM seperti biasa (yeay!) Sebarang caj untuk penukaran jugak tidak dikenakan (free!) macam kad-kad debit yang lain-lain tu (fuhh... selamat!)

Nak tahu butir-butir atau keterangan lanjut mengenai kad debit Maybank dan CIMB, klik nama mereka dekat bawah :-

KAD DEBIT MAYBANK
KAD DEBIT CIMB

Cara untuk membuat penukaran kad ATM kepada kad debit pun senang sangat. Korang cuma perlu, bawa kad pengenalan dan kat ATM masing-masing untuk bank CIMB atau Maybank. Dan kemudian, beritahu kepada pegawai di situ, yang korang ingin membuat penukaran kad ATM kepada kad debit. Isi borang yang diberikan untuk tujuan pengesahan, tunggu beberapa minit dan yeay! Dapat kad debit yang diidam-idamkan. Walau macam mana pun, untuk penukaran bagi kad ATM CIMB (CIMB je tau!) kepada kad debit, korang akan menerima nombor pin sementara yang baru. Lakukan penukaran nombor pin tersebut serta-merta di mesin ATM iaitu nombor pin bagi kad debit Ini untuk mengelakkan korang dikenakan denda caj sebanyak RM12.00 apabila kad anda lambat diaktifkan / diblock (lebih daripada 24 jam). Jangan lupa untuk create e-Pin baru bagi tujuan transaksi online banking di mesin ATM.  Kemudian, pergi ke internet untuk memasukkan data nombor kad debit anda yang baru. Manakala untuk kad debit Maybank pula, anda hanya perlu melakukan penukaran nombor pin pada mesin ATM juga dalam masa 24 jam dan tiada sebarang penukaran pin untuk transaksi online banking.

Kini, CIMB ada menawarkan pelbagai ganjaran bagi pengguna kad debit seperti :-
  • tambahan 300 bonus mata untuk transaksi pertama.
  • mendapat rebat wang tunai 1% bagi setiap perbelanjaan barangan dapur / groceries dan petrol.
  • berpeluang memenangi Ford Fiesta.
  • berpeluang menerima jemputan bagi Blockbuster Movies dengan hanya membuat transaksi perbelanjaan sebanyak RM500 sebulan.
  • layarilah Facebook CIMB setiap hari bagi mengetahui sebarang promosi yang diadakan bagi pengguna kad debit CIMB.
  • mendapat diskaun daripada mana-mana kedai / peniaga yang mengambil bahagian (klik sini ---> http://www.cimbbank.com.my/debitcard/merchant/ untuk senarai kedai / peniaga).

Perlu diingatkan di sini, setiap tawaran ini walaubagaimanapun bergantung kepada TERMA DAN SYARAT yang ditetapkan.
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/promo/pdf/DebitCard_Benefits_Privileges_T&C_Eng.pdf


Teringin nak tengok hadiah penebusan mata ganjaran kad debit CIMB bolehlah intai sini :-
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/catalogue-small.pdf


Akhir sekali, i nak ingatkan korang yang JANGAN sesekali swipe kad debit korang dekat mana-mana pam petrol. Sebab, automatik kad debit korang akan dicaj sebanyak RM200.00 sebagai tujuan deposit. Jalan yang paling selamat untuk korang gunakan kad debit di stesyen minyak ialah korang pergi ke kaunter bayaran dan beritahu cashier tersebut korang ingin buat bayaran dengan kad debit.

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca mengenai cara-cara atau tips membeli di eBay dengan menggunakan kad debit, bolehlah rujuk dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html


Inilah rupa kad debit milik i.

Kad debit Maybank ialah VISA 
Kad debit CIMB pulak ialah Mastercard

 
 p/s : alang-alang dah bagi free untuk buat penukaran kad ATM kepada kad debit. Terus i tukar kedua-dua kad sekali. Lagipun seronok, sebab dah tak pening kepala shopping online lagik (eceh! Shopping aje yang dia fikir... hehehe...)

Feb 22, 2012

Resepi : Puding Kastard Koktel / Cocktail Custard Pudding

Bila cuaca panas dan tekak pulak meminta-minta makanan sejuk. I serta-merta akan teringat dekat Puding Kastard Koktel / Cocktail Custard Pudding yang mana resepi asalnya adalah dari Kak Siti Delima (terima kasih kak, memang terangkat habis!) Korang bayangkanlah, rasa puding kastard yang lemak manis, sejuk dingin dan penuh dengan buah-buahan. Fuhh... memang mengancam. Terasa tak nak berjauhan langsung dengan peti sejuk sebab duduk seronok penuhkan gelas / mangkuk kosong dengan puding kastard koktel (best!!)

Disebabkan Puding Kastard Koktel ni memang mendapat permintaan tinggi dikalangan anak-anak i dan hubby. Jadi setiap hujung minggu, i dah pastikan pantry kita orang dah ada kesemua bahan-bahannya. Cara buatnya pun senang / simple sangat, 5 minit untuk sediakan bahan-bahan, 15 hingga 20 minit untuk mengacau puding dan bahan berkuah. Manakala 1 jam lagik tinggalkan kesemuanya dalam peti sejuk untuk pastikan ianya benar-benar sejuk. 30 minit seterusnya pulak terus licin pinggan mangkuk (hehehe...). Jadi, adakah korang dah bersiap sedia nak menikmati Puding Kastard Koktel? Jom, ikut i pergi dapur (berangan macam chef gitu. Hehehe...)

Resepi Puding Kastard Koktel

Bahan Puding:

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya:

1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti). Part ni, i gunakan bekas kaca je.
4. Letakkan bekas acuan / loyang / bekas kaca di bawah kipas angin untuk membiarkannya sejuk sedikit dan selepas itu masukkan terus ke dalam peti sejuk.

Bahan Untuk Kuah:

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail (i gunakan jenama Hosen)
1 1/2 tin air masak (ingat air masak ye, jangan gunakan air paip. Sukatan air masak gunakan tin susu cair tu aje)
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila - optional (takde pun takpe sebab i tak letak pun)

Cara-cara membuat kuahnya:

1. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk. Yang penting masukkan susu cair dahulu, kemudian diikuti dengan bahan-bahan yang lain.
2. Dengan api yang paling kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (PERINGATAN : jangan biarkan ianya mendidih, sekadar panas untuk larutkan gula sahaja).
3. Bila agak-agak gula dah larut, tutup api, tunggu sebentar sehingga sejuk sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk.
4. Sejam kemudian bolehlah keluarkan puding dan bahan berkuahnya untuk dihidangkan (hoorey!!) Sebab i pakai bekas kaca untuk isi puding, jadi i potong-potongkannya menjadi empat segi kecil (ni kes nak cepat makanlah ni. Hehehe...)



Bila rupa kastard macam gini dah boleh berhenti kacau.




p/s : Tengok gambar yang i upload sendiri pun dah kecur air liur (adehhh...)


Feb 21, 2012

Aplikasi Fotografi / Kamera / Video untuk iPhone (Part 2)

Semalam i janji nak sambung entry bagi senarai 12 aplikasi fotografi / kamera / video untuk iPhone yang best dan selalu i gunakan kan? (Siapa yang belum baca dan nak ingat kembali entry i yang sebelumnya, boleh tengok dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/aplikasi-fotografi-kamera-video-untuk.html) Jadi, inilah senarai berikutnya yang perlu korang install dekat iPhone korang supaya nampak lebih canggih. Yelah dah ada handphone canggih takkan cuma untuk taip sms dengan jawab telefon je kan? Kenalah bergerak seiringan dengan teknologi. Lagipun bila dah jadi seorang blogger, kamera handphone merupakan antara salah satu gadget / aset penting untuk memastikan blog korang tak nampak boring. Selain tu, mana tahu dengan gambar-gambar menarik yang korang ambil melalui iPhone tu. Korang boleh masuk dan memenangi pertandingan gambar terbaik ke. Siapa tahu?

Ok, jom kita teruskan dengan senarai nombor tujuh sehingga dua belas :-

 7. SP atau SpyPic - Aplikasi SpyPic ini sebenarnya membolehkan korang mengambil gambar secara sembunyi-sembunyi macam ala-ala perisik persendirian yang macam James Bond tu. Hehehe... Aplikasi ini amat berguna bila dalam sesuatu situasi / keadaan korang tidak mahu tindakan korang mengambil gambar akan diketahui oleh pihak-pihak tertentu. Contoh, nak tangkap gambar boyfriend kawan baik korang yang keluar dating dengan perempuan lain (huishh... boyfriend siapalah ni?) Dan tempat-tempat yang dilarang untuk korang ambil gambar (ish... jangan bagitahu sesiapa i cakap macam gini, eh... Tihihi). Harga untuk aplikasi ini ialah USD$1.99. Mahal jugakkan? Mungkin sebab kehebatannya kot. Tapi jangan jelous, i dapat beli percuma je tau.



8. ComicStrip - Aplikasi ini membolehkan korang memasukkan beberapa gambar ke dalam layouttemplate yang disediakan dan menghasilkan komik ciptaan korang sendiri. Terdapat pelbagai pilihan layout, bubble speech dan stiker untuk ditambah pada gambar korang supaya kelihatan lebih menarik. Dengan ComicStrip gambar-gambar korang akan menjadi satu jalan cerita yang hebat. Tak percaya? Cuba install aplikasi ni. Tentu korang suka. Harga biasa aplikasi ini ialah USD$1.99, tapi kini ianya diturunkan harga jadi USD$0.99 sahaja (tawaran sah untuk sementara waktu). Siapa cepat dia dapat (yeay!)


9. Snapseed - Ini ialah aplikasi yang paling-paling-paling i suka. Sebabnya? Aplikasi ini membolehkan i membuat proses suntingan gambar secara terus melalui iPhone tanpa perlu menguploadkannya ke dalam komputer. Fungsi aplikasi ni sebenarnya hampir sama dengan photoscape atau perisian photoshop yang simple. Jadi dengan Snapseed, korang dapat menjimatkan masa mengedit gambar-gambar yang korang gemari. Harga Snapseed ialah USD$4.99 (bila convert ke Ringgit Malaysia. Fuhhh... memang mahal). Tapi terus-terang i cakap memang berbaloi ada Snapseed terutama untuk orang yang suka mengambil gambar dengan iPhone.


Gambar sebelum diedit dengan Snapseed.
Gambar selepas diedit dengan Snapseed. Berbeza kan? Nampak lebih terang berbanding gambar sebelumnya yang gelap. Macam kenal je gambar ni kan? Gambar ni ialah daripada entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/kelebihan-sarapan-pagi.html

10. PixelWorks - Ianya adalah satu aplikasi yang cukup simple. Kenapa i cakap simple? Sebab, aplikasi ini membolehkan korang memilih dua ton warna yang berbeza iaitu antara hitam putih (black & white) atau berwarna-warni (colourful). Contohnya, kalau korang nak jadikan latarbelakang gambar berwarna hitam putih. Manakala gambar korang dihadapan latar belakang adalah berwarna-warni sebagaimana warna asal. Korang hanya perlu gosokkan jari korang pada bahagian latar belakang untuk mengubahnya dari warna asal ke hitam putih. Senang je kan? Dengan cara ini gambar korang kelihatan lebih outstanding daripada gambar sebelumnya. Harga aplikasi PixelWorks ialah USD$1.99.



11. ColorManager Cam - Kalau tengok dekat ikonnya nama yang tertera ialah ColorCam (tengok sini Aplikasi+Kamera+untuk+IPhone+4.jpg) tapi korang jangan tersilap install sebab nama sebenar aplikasi ini ialah ColorManager Cam. Aplikasi ini sesuai untuk korang yang suka mengambil video melalui iPhone. Apa yang menariknya mengenai ColorManager Cam, korang boleh hasilkan video dengan menentukan warna-warna kegemaran korang pada video tersebut. Eh, macam mana tu? Kalau korang nak tahu, terdapat 6 pilihan warna seperti merah, kuning, hijau, biru muda, biru tua dan pink yang boleh dikawal menerusi aplikasi ini sewaktu korang mengambil video. Contohnya kalau korang pudarkan / kurangkan warna merah pada video gambar bunga rose yang korang ambil. Hasil yang korang akan lihat pada skrin iPhone ialah sebarang warna merah pada video tersebut termasuk bunga rose akan menjadi hitam putih berbanding sekelilingnya yang masih kekal berwarna. Konsepnya sama seperti aplikasi PixelWorks tapi berlainan cara. Harga aplikasi ini ialah USD$0.99.

Sebagaimana contoh di bawah, i kurangkan warna kuning, hijau dan biru tua. Hasilnya, hanya warna merah, biru muda dan pink yang muncul pada skrin.



12. IncrediBooth - Ini adalah aplikasi kegemaran i (suka-suka-suka!) Aplikasi IncrediBooth ini sebenarnya sama seperti Photo Booth. Selalunya kalau korang tengok cerita-cerita mat salleh atau korang biasa pergi ke luar negara. Tentu korang tahu apa itu Photo Booth. Kalau tak nak pergi jauh-jauh pun, korang pergi je dekat mana-mana Jabatan Imigresen mesti korang pernah jumpa Photo Booth. Tapi apa sebenarnya Photo Booth ni? Alaa... Photo Booth ni ialah satu tempat / ruang kecil di mana korang perlu masuk dan duduk dihadapan satu kamera kecil yang berada di situ dan biarkan aksi korang dirakamkan dalam 4 gaya berbeza. Kemudian, gambar korang akan diproses dalam beberapa minit kemudian dalam bentuk photo strip (satu rangkaian gambar bersaiz passport). Tapi kalau korang gunakan Photo Booth untuk tujuan gambar passport tak bolehlah buat aksi muka pelik-pelik depan kamera. Hehehe... Jadi dengan IncrediBooth, korang boleh hasilkan gambar dengan hasil yang sama seperti Photo Booth melalui iPhone. Seronok kan? Lagik seronok bila korang boleh tentukan effect tertentu untuk setiap gambar yang korang hasilkan. Harga aplikasi ini ialah USD$0.99. Dan bagi tambahan effect lain pada IncrediBooth, caj / bayaran tertentu akan dikenakan.



p/s : Akhirnya tamat dah... entry i berkaitan aplikasi fotografi / kamera / video untuk iPhone. Ikutkan banyak lagik aplikasi lain yang best. Macam mana pun kita tunggu entry lain yang akan datang k. Rasanya kalau nak cerita pasal semua aplikasi iphone ni, 365 hari pun belum tentu boleh habis. Hehehe....