Blogger templates

Mar 31, 2012

Restoran O Mulia

Blog i ni kalau takde kisah makanan memang tak sah. Hehehe... macam addicted betul dengan makanan kan? Tapi kalau waktu i mengandung jangankan nak pandang makanan, nak bau makanan pun tak lalu. Automatik terus rasa nak muntah. Perut rasa memulas-mulas lapar, cuma mulut je tak nak terima makanan. Sudahnya, terpaksalah i duduk hospital untuk masukkan air dalam badan sebab badan dah terlampau lemah sangat. Seminggu jugaklah i berumah tangga dekat hospital.

Waktu duduk dalam hospital nilah i terfikir betapa dahsyatnya kalau nikmat makan dah takde / kena tarik balik dengan Allah. Setiap kali pandang atau tengok orang lain yang berselera makan depan i, i rasa macam nak nangis je (sedih tau). Jadi bila lalui pengalaman macam ni buat i rasa insaf sangat dekat orang-orang yang hidup susah takde makanan nak makan. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah berikan. Apa yang kita kena ingat, bila makan tu janganlah tamak dan membazir. Betul tak?

Hari ni i nak perkenalkan restoran yang jual sate / satay yang paling best dekat Kuala Lumpur. Dan yang buat i rasa bertuah pulak tu, sebab restoran ni tak sampai pun 20 tapak dari lokasi pejabat i (hoorey! Hari-hari boleh makan sate dengan selambanya. Eceh!) Tak payah langsung nak berpeluh-peluh jalan kaki. Baru nak buka topik berborak dengan kawan-kawan pejabat yang lain. Tengok-tengok restoran ni dah ada depan mata. Amacam, cemburu tak korang, cemburu tak? Hehehe... Jadi kadang-kadang bila habis waktu pejabat sebelum balik ke rumah tu, i sempatlah dating dengan hubby dekat sini sambil makan sate (hamboi... macam ala-ala cinta sate gitu. Hehehe).

Selalunya kalau dekat Kajang, korang dah biasa dengar dengan nama Sate Kajang Haji Samuri kan? Tapi terus-terang i cakap, kedai makan sate yang i pergi makan ni, lagik best daripada Sate Kajang Haji Samuri tau (serius i cakap ni). Tak tahulah perasaan i sorang-sorang ke yang rasa macam gini ke, atau tekak i dah boring dengan Sate Kajang Haji Samuri. Tak kisahlah mana-mana pun, yang penting korang kena cuba pulak makan dekat sini. Sebab i nak tahu pendapat korang mana lagik best, Sate Kajang Haji Samuri ke atau Sate dekat Restoran O Mulia yang dah jadi tempat makan sate kegemaran i.

SEJARAH MENGENAI RESTORAN O MULIA

Restoran O Mulia sebenarnya sudah beroperasi sejak 48 tahun lalu. Pemilik Restoran O Mulia, Osman Abu Bakar, berkata restoran itu diwarisi daripada ibu bapanya dan sejak hampir separuh abad lalu, tidak pernah berpindah walaupun pembangunan pesat berlaku di sekeliling premis ini. Tidak hairanlah, mereka yang membesar di Kuala Lumpur pada era 1970-an dan 1980-an cukup mengenali Sate O Mulia malah teringat keenakannya sejak dari dulu lagi. Beliau berpegang janji kepada ibu bapanya supaya sentiasa mementingkan kualiti bukannya kuantiti selain menjaga hati pelanggan setia.

Osman juga berkata, restoran ini popular dengan sate namun ada makanan lain ditawarkan di sini seperti masakan ala-Thai, yong tau fu dan juadah Barat. Satu keunikan restoran ini ialah sate yang dihidangkan dalam saiz agak besar, kuah kacang pekat dan harga berpatutan. Setiap hari juga, Restoran O´Mulia menyediakan 5,000 cucuk sate dan jumlahnya berbeza mengikut permintaan dan tempahan. 

Bagi penyediaan cara Sate O Mulia, Osman berkata, Sate O Mulia tidak diperap seperti kebanyakan sate yang lain tetapi sekadar digaul bersama rempah ratus resepi keluarga sebelum ianya dibakar. Restoran Sate O Mulia banyak menerima tempahan untuk majlis rasmi dan perayaan. Malah, pada malam Aidilfitri ketika orang lain sibuk menyediakan persiapan menyambut hari raya, kakitangan restoran ini bekerja demi memenuhi permintaan pelanggan yang mahu menyajikan Sate O Mulia pagi lebaran.

Osman berkata, beliau sedang merancang membesarkan perniagaan termasuk membuka beberapa cawangan Restoran Sate O Mulia. Mereka yang gemarkan Sate O Mulia boleh berkunjung ke premis ini yang terletak berhadapan Menara Celcom. Namun, sedikit kesabaran diperlukan kerana ruang meletak kereta terhad. Namun, ia bukan menjadi penghalang kerana masih ramai pelanggan datang menikmati Sate O Mulia walaupun terpaksa berjalan jauh kerana ia sangat berbaloi.

sumber : Berita Harian

Fuhh... rasanya tak perlulah i review / ulas panjang-panjang pasal Restoran O Mulia ni. Apa yang Berita Harian laporkan tu 100% sama macam apa yang i nak bagitahu dekat korang.

Alamat Restoran O Mulia ialah :-

300-1, Jalan Tun Razak
54200 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Lokasi : Berhadapan dengan Menara Celcom Kuala Lumpur

No. Telefon : [019] 371 3639

Waktu operasi restoran : Dibuka dari pukul 11:30 pagi hingga 12:00 tengah malam dari hari Isnin hingga Sabtu. Tutup pada hari Ahad sahaja.

Waktu operasi untuk sate sahaja : bermula dari pukul 5:00 petang hingga 12:00 tengah malam


Apa lagi, jom tengok-tengok gambar.





Perghh.. best tak tengok saiz sate dekat sini? 

Klik gambar atas kalau nak tengok senarai harga Sate Restoran O Mulia


Balik rumah, bakar sate atas kuali je. Hehehe

p/s : Paling terror i boleh makan 7 cucuk sate aje. Jadi, mana yang tak habis tu, i sambung makan dekat rumah buat sarapan pagi. Hehehe...

Mar 30, 2012

Tutorial Tudung Bawal

Assalamualaikum semua...

Rasanya kalau sesiapa yang mengikuti blog i selama ini. Mesti dah tahu kan, yang i lebih suka mengenakan tudung shawl jenis pashmina berbanding jenis tudung yang lain (boleh baca cerita i dekat sini, kenapa i suka pakai pashmina berbanding tudung yang lain ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/fesyen-tudung-terkini.html). Tapi kadang-kadang tu, timbul jugak perasaan nak cuba style tudung yang lain terutama sekali tudung bawal (biasalahkan... perempuan dan fesyen memang tak dapat dipisahkan gitu. Hehehe). Ikutkan sebenarnya tudung bawal ni antara trend tudung pertama yang i kenal, waktu zaman i belajar di UiTM. Seronok i rasa bila tengok trend tudung bawal ni dah kembali. Automatik serta-merta teringat kenangan zaman belajar dulu (eceh!)

Dua orang yang pada i, cukup terror menggayakan tudung bawal ni ialah Datin Norjuma (nak baca kisah i memborong tudung AidiJuma, boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tudung-aidijuma.html) dan Dian Pelangi. Walaupun cara dorang menggayakan tudung bawal ni simple tapi nampak cantik dan ayu je. Mulalah timbul rasa pelik, macam mana dorang boleh pakai tudung bawal ni dalam keadaan statik. Maksud i tudung tu tak bergerak ke sana-sini dan nampak elok je terletak di kepala. Kalau i, mau berserabut tudung bawal tu jadinya. Faham-faham je lah tudung bawal ni tergolong antara kategori tudung yang licin. Pengalaman pertama selepas bertahun tak mengenakan tudung bawal, serius buat i kecewa sangat. Duhh... rasa terseksa sangat sebab tudung i asyik nak melurut ke depan bila i tunduk buat kerja pejabat. Berkali-kali i terpaksa ulang-alik ke tandas semata-mata nak betulkan tudung dan rambut yang mula nak menjalar keluar (aiseyman... tension betul).

Tapi dari pengalaman pertama ni, i tak putus asa tau kawan-kawan. Jadi, i cuba biasakan dan sesuaikan diri pakai tudung bawal untuk jangkamasa seminggu. Lama-kelamaan, i dah rasa ok dah pun. Apa yang penting, kalau korang tak nak tudung bawal korang bergerak ke sana-sini, korang pakai tudung bawal dengan anak tudung syria jenis cotton. Yang penting pilih yang takde awning, korang pilih yang jenis melekap dekat dahi. Jadi tudung bawal korang akan terus statik je dekat kepala (gitulah... hehehe).

Sesiapa yang teringin nak menggayakan tudung bawal ala Dian Pelangi pulak, bolehlah rujuk dekat link ini ---> http://dianrainbow.blogspot.com/2010/07/dian-style-hijab.html. Dian Pelangi dengan baikhati akan tunjuk korang step by step tutorial tudung bawal gaya beliau (best kan?)


KEMASKINI / UPDATE TERBARU
Nak mengenali siapa Dian Pelangi sebenarnya, boleh baca dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/siapa-dian-pelangi-dian-wahyu-utami.html

Ini antara gambar i waktu menggayakan tudung bawal. Gambar pertama terasa macam back to UiTM gitu. Hehehe...

Dian Reena yang kelaparan. Kihkihkih

p/s : Tetiba bila pakai tudung bawal terasa macam muda 10 tahun pulak (eceh!)
 

Mar 28, 2012

Print & Redeem KFC Voucher




Klik untuk tumbesaran dan print untuk kebahagiaan perut korang

Daripada hari Isnin (26 Mac 2012) sampai hari ni, i sibuk sangat dengan kursus. Sampaikan nak taip untuk entry baru pun, terasa macam segala idea dah kena sedut waktu kursus tiga hari (adeh... Ni belum Kursus Bina Semangat baru kursus kena dengar je. Hehehe). Tapi yang best tu, balik-balik kursus i periksa inbox emel dan terjumpa TM Rewards KFC Voucher (Baucer KFC ganjaran daripada TM). Alahai... mekasih ye untuk kawan pejabat i yang baik hati. Selalu sangat dia update i dengan segala free voucher (baucer percuma). Maklumlah i ni kadang-kadang bukan pedulik sangat dengan dunia luar (bukan tak nak ambil pedulik tapi tak berkesempatan nak ambil pedulik. Huhuhu).

Jadi untuk korang semua, jom ramai-ramai kita serbu KFC daripada hari ni (28 Mac 2012) sampailah 30 Jun 2012 (fuhh... makan KFC secara marathon sampai 3 bulan. Pengsan! Hehehe). Tawaran hanya sah untuk KFC Semenanjung Malaysia kecuali KFC Genting Highlands, KFC Cameron Highlands, KFC Genting First World, KFC KLIA, KFC LCCT, KFC Senai Airport dan KFC Langkawi.

 CARA-CARA UNTUK MENEBUS VOUCHER INI

1. Pertama sekali, korang kenalah print (cetak) voucher ini samada berwarna atau pun hitam putih.

2. Serahkan kepada mana-mana KFC yang macam i nyatakan tadi untuk mendapatkan ganjaran makanan KFC berupa 3 keping (pieces) ayam, 1 Colonel Burger, 2 Whipped Potato (regular), 1 Coleslaw (regular) dan 2 Iced Lemon Tea (regular). Korang boleh tebus voucher ini samada untuk makan dekat KFC atau pun bawa balik rumah (take away) tau (yeay!!)

3. Serahkan duit untuk bayaran yang hanya berjumlah RM19.90 (kalau harga normal RM26.40. Jimat tau). Eh, jangan lupa kira sekali 6% cukai kerajaan waktu nak buat bayaran. Kalau ikut kiraan i, jumlah semua sekali korang kena bayar RM21.09 (oklah tu kan?)

4. Lepas tu, apa lagik. Baca bismillah dulu dan makanlah sepuas hati korang.


p/s : Nampaknya macam nak pergi KFC je balik pejabat nanti. Kihkihkih. Tak larat nak masak. Nak lepak depan TV sambil makan KFC.

Mar 27, 2012

Resepi : Soft Crust Pizza / Pizza Lembut

Antara Domino's Pizza dengan Pizza Hut Liat, i lagik suka / prefer makan Domino's Pizza sebenarnya. Sebab apa? Sebab doh Domino's Pizza memang best, tak liat dan bila gigit tu, takdelah macam makan roti yang penuh satu mulut. Inti dan roti pizza tu ngam je kuantitinya. Kiranya cukup je rasa pizza dekat Domino's ni. Kalau makan dekat Pizza Hut pulak, rasa macam cepat je muak sebab tak larat nak habiskan doh / rotinya yang tebal semacam. Kadang-kadang tu intinya takdelah banyak mana, harapkan saiz doh je yang besar. Serius tak best

Alahai kesian Pizza Hut bila i cakap macam gini, macam underestimate gitu. Alaa... tapi betulkan apa yang i kata? Ke, ada sesiapa dekat sini memang peminat tegar Pizza Hut (hehehe... peace no war peminat Pizza Hut). Bukanlah nak kutuk Pizza Hut, tapi tulah pengalaman berkali-kali dan kali (hah.... dah banyak sangat kali dah ni) yang i alami bila makan Pizza Hut. Tapi yang kelakarnya bila makan Pizza Hut dekat Bandung, Indonesia. Sedaplah pulak rasa pizzanya. Kita orang sampai siap buat penghantaran pizza ke hotel tempat kita orang menginap lagik. Dua malam berturut-turut kita orang dinner dengan Pizza Hut. Pelik jugak ni, kenapa Pizza Hut dekat Indonesia lagik best daripada Malaysia? Adakah faktor perasaan teruja makan dekat luar negara? (eceh...) Apa-apa hal pun, Pizza Hut Malaysia sila buat sesuatu. Ni belum i sentuh isu pasal servis Pizza Hut yang serupa macam kura-kura pulang petang. Adehhh... tension tau. Lain kita mintak, lain yang dapat. Sabar je lah.

Daripada kita tension dengan restoran Pizza Hut yang dah makin merundum dari segi rasa dan servisnya sejak akhir-akhir ni. Apa kata kita cuba buat sendiri pizza dekat rumah. Sekurang-kurangnya hati terubat. Dah tu yang best, kos nak buatnya tak sampai RM20.00 untuk dua dulang (pan) pizza saiz sederhana. Maksudnya RM10.00 untuk satu pan je yang dipenuhi pelbagai inti? Wow... jimat habis!! Kenyang dua hari tu. Hehehe...

Memandangkan i pernah pos gambar pizza, buatan tangan i sendiri dekat Facebook. Ada di antara kawan-kawan pejabat i yang nak tahu resepi Soft Crust Pizza / Pizza Lembut yang i buat ni. Jadi i dengan berbesar hati nak kongsikan gambar dan resepi Soft Crust Pizza yang i cuba daripada blog Mat Gebu. Jangan risau resepi ni memang menjadi sangat tau. Kalau i boleh buat, korang pun mestilah boleh buat (yeay!) Dan ini merupakan antara resepi kegemaran i.

Bahan-bahan (untuk dua dulang pizza bersaiz sederhana) :

Bahan untuk Doh

250 gram tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis (instant yeast)
1 sudu besar madu
1 sudu besar lemak sayuran (shortening)
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu kecil oregano kering

Bahan Inti (terpulang pada kehendak masing-masing)

Sedikit sos lada hitam (i guna jenama Life)
Sedikit sos cili (ni pun jenama Life jugak)
Beberapa kiub nenas dari jenama Hosen
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
5 batang sosej / hot dog ayam jenama Ramly - dipotong nipis
6 batang crab stick (stik ketam) - dipotong nipis
2 keping meatloaf perisa ayam (i guna jenama Ayamas)
1 plastik parutan keju Mozarella jenama Bega

Cara-cara membuatnya :

Untuk Mencanai Doh Pizza Samada Menggunakan Tangan atau Mixer

1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan bawang putih yang dicincang. Gaul sehingga rata.
2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul lagi hingga sebati dengan tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayuran dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
3. Kemudian bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan pembalut plastik (plastic wrap) dan biar selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda

Atau, Membuat Doh Pizza dengan BreadMaker

1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Seterusnya, Cara Untuk Membuat Pizza

1. Keluarkan doh, uli selama 5 minit dan bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan doh di atas dulang pizza (i gunakan dulang acuan pai sebenarnya) yang telah disapu dengan sedikit mentega.
2. Tekan doh dengan hujung jari sehingga doh memenuhi keseluruhan dulang pizza tadi.
3. Panaskan oven (preheat) pada suhu 200ºC dahulu dan bakar pizza selama 5 minit dengan suhu 200ºC jugak.
4. Keluarkan pizza yang dibakar tadi dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, sos cili serta bahan inti yang lain mengikut susunan seperti di atas. Di mana akhir sekali ditaburkan keju sehingga rata pada permukaan pizza.
5. Turunkan suhu dan panaskan oven (preheat) sekali lagi pada suhu 180ºC. Masukkan pizza dan bakar dengan suhu 180ºC selama 15 hingga 20 minit.
6. Dah siap apa lagik, potongkannya kepada beberapa slice / keping untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain (hoorey!)


Jom tengok gambar sepanjang sessi pembuatan pizza. Fuhh... adalah dekat dua jam i nak siapkan pizza ni. Kenapa lama sangat nak buat pizza? Sebab nak kena tunggu sejam doh tu jadi cantik, bulat dan gebu. Tapi bila dah siap, hilang terus rasa penat menunggu. Terus tukar jadi senyum lebar.




Kitchen Aid yang jadi tukang uli untuk i.






I paling suka part taburkan keju atas pizza.



p/s : nyam-nyam-nyam


Mar 25, 2012

Johor Premium Outlets

Sebagai anak kelahiran Johor, i bangga tau bila tengok negeri kelahiran i dah semakin berkembang maju. Tak sangka banyak tempat-tempat yang menarik dah muncul di Johor sekarang ni. Dan salah satunya ialah Johor Premium Outlets (juga dikenali sebagai JPO) yang terletak di Indahpura (tengok tu, nama-nama kawasan dekat Johor sekarang ni pun dah nama baru. Klasik gitu. Hehehe). Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan lebuhraya Utara Selatan, kalau dari arah Kuala Lumpur boleh nampak JPO di sebelah kiri sebelum tol keluar Lapangan Terbang Senai (Senai Airport exit toll).

Alamat Johor Premium Outlets ialah :-

Jalan Premium Outlets
Indahpura
81000 Kulaijaya
Johor, Malaysia

Koordinat GPS : 1º 36’31” N 103º 37’59” E

Waktu operasi : Setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam


APA SEBENARNYA JOHOR PREMIUM OUTLETS?

Ianya adalah sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan 80 rangkaian jenama terbaik dalam persekitaran terbuka dan unik. Antara barangan berjenama terkenal yang ada di Johor Premium Outlets ialah seperti Coach, Burberry, Canali, Gap, Ralph Lauren dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya diskaun sebanyak 25% hingga 65% boleh diperolehi di sini setiap hari melalui harga penjimatan terus daripada kilang (factory-direct savings). Keadaan susun atur kedai / butik, pelbagai kemudahan disediakan dan persekitaran yang luas memberikan keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Johor Premium Outlets telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Razak pada 11hb Disember 2011.

Johor Premium Outlets mempunyai dua aras. Satu bahagian terletak di aras bawah jalan dan satu bahagian lagi di aras atas jalan.

Nak tengok senarai kedai / butik jenama lain di Johor Premium Outlets, korang bolehlah klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/store-listing

Adakalanya penjimatan tambahan ada ditawarkan pada masa-masa tertentu, jadi sebelum pergi ke JPO, korang bolehlah periksa di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/sales-events


CARA UNTUK PERGI KE JOHOR PREMIUM OUTLETS

Terdapat pelbagai pilihan laluan yang korang boleh ikuti untuk pergi Johor Premium Outlets. Bagi yang tak biasa, rasanya korang mungkin akan tersesat (i lah, antara orang yang tersesat tu. Hehehe). Walaupun ikutkan sebenarnya lokasi JPO ni takdelah susah mana sebab terletak betul-betul di tepi lebuhraya Utara Selatan. Jadi untuk memudahkan korang, sesiapa yang datang dari arah Utara / Kuala Lumpur, i cadangkan korang keluar di Exit 302A (Lapangan Terbang Senai). Dari situ, korang akan nampak papan tanda arah ke Johor Premium Outlets. Ikut arah papan tanda tu dan tak sampai 10 minit, korang akan tiba di Johor Premium Outlets. Untuk sesiapa yang datang dari arah yang berlainan atau dari Singapura (Singapore), korang boleh rujuk peta di bawah atau klik pada link ini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/directions

Peta lokasi Johor Premium Outlets

I suka dengan suasana di Johor Premium Outlets ni sebab lain dari yang lain. Kawasan untuk istirehat, tandas, surau, tempat makan, kemudahan mesin ATM (untuk Maybank sahaja) dan lain-lain lagi ada disediakan dekat sini. Harga diskaun yang ditawarkan pada i, sama je macam dekat Kuala Lumpur bila waktu sales / jualan murah. Kalau tanya i mana best antara shopping dekat sini atau dekat Kuala Lumpur. Sorry korang, i terpaksa jawab shopping dekat Kuala Lumpur kot sebab kebanyakan design / rekabentuk dan saiz yang i nak lagik banyak stok yang menarik di Kuala Lumpur berbanding di JPO. Lagipun i nak ingatkan korang yang harga diskaun bukanlah untuk design yang latest / terbaru. Kalau design terbaru yang turun harga, fuhh... mau tak tentu arah i jadinya. Heheheh... Sebab harga latest design macam tak mampu nak rembat walaupun macam dah berkenan aje dekat butik Ralph Lauren tadi. Jadi i hanya cuci-cuci mata je.

Untuk pengetahuan korang lagik, beberapa butik yang terkenal (macam Coach dan Burberry) tak terima kunjungan yang ramai dalam satu-satu masa. Jangan pelik, kalau korang perasan ada yang kena beratur waktu nak masuk butik nanti. Makanan di sini pula, pada i macam tak banyak pilihan. Rasanya lagik elok kalau korang penuhkan perut dulu sebelum tiba dekat sini. Caj / harga parking (tempat letak kereta) ialah RM3.00 (untuk 3 jam pertama).

Nak tengok lokasi cawangan lain Premium Outlets di luar negara seperti di Jepun, Korea, USA dan Mexico boleh klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/worldwide

Ok, jom tengok gambar.



















p/s : Kalau tengok daripada gambar i semua ni, korang percaya tak yang ini dekat negeri Johor?


Mar 24, 2012

Klebang Coconut Shake

Cuaca panas sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari kampung i di Johor, buatkan i selalu terfikir pasal Klebang Original Coconut Shake atau lebih dikenali dengan nama Klebang Coconut Shake. Tapi sebab kesuntukan masa dan takut lewat tiba di rumah nanti. Nak tak nak, i terpaksalah pendam keinginan i tu dalam hati je (alahai sedihnya...) Cuma kali ni, kita orang bertolak balik awal dari Johor (ehemm... nampak macam ada peluang ni). Jadi, bila i suarakan pasal Coconut Shake dekat hubby. Hubby pun setuju tanpa banyak soal (yeay!) Nasib baiklah jugak negeri Melaka ni ditengah-tengah perjalanan antara Johor dan Kuala Lumpur. Kalau tak, uhh... lambat lagiklah nampaknya dapat merasa Klebang Coconut Shake yang best ni.

Kira punya kira punya kira (berapa banyak kira daa...) rasa-rasanya dah dekat setahun i tak datang ke sini. Lama kan? Sampaikan i dah tak cam gerai / warung Klebang Coconut Shake. Kalau dulu, tempat beratur order coconut shake untuk take-away (bawa balik rumah) atau untuk makan, memang di tempat yang sama. Iaitu di tepi Jalan Pantai Klebang (bersebelahan dengan Stesyen Minyak Caltex). Waktu tu, ruang untuk makan dan tempat letak kereta pun tak banyak. Sesiapa yang nak duduk makan atau nak menikmati coconut shake kenalah jadi macam mata burung helang nak tangkap mangsa. Kalau buat selamba, memang sampai sudah, kena berdiri je (huhuhu... nangis).

Cuma sekarang ni, apa yang bestnya, gerai Klebang Coconut Shake dah ada improvement. Masih lagik mengekalkan lokasi gerai yang sama tapi kali ni, gerai di tepi Jalan Pantai Klebang tu hanya dijadikan sebagai tempat untuk sesiapa yang nak take-away aje. Jangan salah faham pulak, bila i sebut pasal take-away ni. Mana tahu korang fikir dah jadi macam Mc Donald Drive-Thru pulak (wah... hebat sangat tu. Tinggi betul imaginasi korang ye? Hehehe). Yang sebetulnya, korang masih kena hantar wakil / diri korang sendiri untuk beratur jugak. Kalau tak sanggup nak beratur maksudnya takdelah coconut shake. Untuk korang yang nak duduk dan makan di situ, korang boleh terus drive masuk di lorong / jalan bersebelahan warung asal Klebang Coconut Shake. Jangan risau, kawasan tempat letak kereta dan warung barunya lebih luas. Tandas pun ada disediakan. Selesa sikitlah berbanding dulu.

Nak tahu serba ringkas mengenai sejarah Klebang Coconut Shake? Meh, i ceritakan sikit.

Nama pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kepala serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir lapan tahun yang lalu. Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.

sumber : Utusan

Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)

Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132

No. Telefon :-

[013] 399 4061 - Shafie

Waktu operasi : Hari Isnin hingga Ahad dibuka dari pukul 12:30 hingga 6:30 petang, manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 2:00 hingga 6:30 petang (cuti bila perlu).

Senarai harga minuman dan makanan di Klebang Original Coconut Shake (percaya tak? Harga ni tak pernah berubah dari dulu lagik. Kagum i) :-

Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)

Nasi Lemak / Mee Goreng : RM1.20
Kuih 3 biji : RM1.00
Kuih 1 biji : RM0.40
Pulut Kuning : RM2.50

Dekat sini, i cuma suka minum air coconut shake je. Kalau tanya i untuk rasa makanan dekat sini pulak, pada i biasa-biasa je. Cuma anak i, Danish dan Ariana paling suka makan Donut bergula. Sampai tambah dua kali. Agaknya sedaplah tu. Hehehe... Ok, jom tengok gambar i sekeluarga yang happy dapat minum Coconut Shake.









Bekas coconut shake kalau tapau bawak balik rumah.


p/s : Sekarang ni mana-mana tempat dah ada coconut shake. Agak-agak korang siapa agaknya orang pertama yang cipta coconut shake ni kan?