Blogger templates

Feb 23, 2013

Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah, Alor Setar, Kedah

Nak jalan-jalan dekat Utara lagi tak? Sambil jalan-jalan kita kutip ilmu (ewah...) So, kalau orang lain bercerita takdelah kita menganga je dengar, at least bolehlah berkongsi pendapat dan tunjukkan knowledge kita (walaupun takdelah terror mana). Kan seronok macam tu. Daripada nganga tak tahu apa-apa lagilah sedey... Kehkehkeh...

Rasanya dah banyak entry tempat-tempat bersejarah menarik dekat Alor Setar yang i perkenalkan dekat korang kan? Antaranya macam entri Muzium Padi Kedah, Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, Tanjung Chali, Masjid ZahirBalai Nobat dan entri-entri baru lain yang bakal muncul. Hah, siapa kata jalan-jalan dekat Malaysia tak best. Best aje kalau kita jadikan moment berjalan ni menyeronokkan even korang bawa anak-anak kecil ikut sama meronda dengan korang. Walaupun terus-terang i cakap memang letih, kadang-kadang tu i rasa seronok layan soalan genius dorang yang orang dewasa pun kadang-kadang tu tak terfikir boleh wujud soalan macam tu. Hahaha... Dan sebagai mak ayah, benda yang paling payah sekali bila nak sediakan jawapan logik yang boleh puaskan hati dorang (adehhh... kesat peluh).

Kali ni, i nak tunjuk dekat korang Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah (alahai replika aje? Bosannya, orang nak tengok yang original lah). Lokasinya masih lagi di dalam kawasan Dataran Alor Setar, Kedah atau juga dikenali sebagai Dataran Mini i-City, Kedah yang i ceritakan sebelum ni. I tengok dataran ni dah macam tempat pengumpulan koleksi benda-benda bersejarah pulak jadinya. Hahaha... Pusing keliling dekat sini je, automatik korang dah boleh penuhkan ilmu didada (gitu....)

Serba Sedikit Sejarah Mengenai Pintu Gerbang Istana Kota Tengah / The Archway of Istana Kota Tengah :

Pintu Gerbang ini asalnya terletak di hadapan Istana Kota Tengah, Bandar Alor Setar yang merupakan salah sebuah Istana Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882 - 1943). Istana ini pernah dikunjungi oleh King Chulalongkorn dari Thailand ada 13 Mei 1890.

Di atas tapak ini kemudiannya telah dibina Wisma Negeri (1973) menyebabkan Pintu Gerbang yang asal itu terpaksa dirobohkan (lorrr.... awatnya, buat lagu ni?) Pada tahun 2008, Pintu Gerbang itu dibina semula sebagaimana bentuk asalnya. Pada setiap sudut Pintu Gerbang ini mengandungi pelbagai ukiran dan lukisan melambangkan maksud-maksud tertentu hasil ciptaan tukang-tukang Melayu di zaman silam.

sumber : dari lokasi Dataran Alor Setar.






p/s : Nak continue masak-masak. Anyway selamat berhujung minggu korang. Kalau rajin, adalah entri baru lagik petang nanti. Hehehe... Tu pun kalau dapat curi masa (agak-agak kena tangkap tak?)

Feb 20, 2013

Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak

Sebenarnya kalau korang nak tahu, ini antara tempat makan favourite i bila tiba waktu lunch. Kalau ada sesiapa antara korang yang teringin nak makan ayam kampung, yes... i cadangkan inilah tempat makan yang paling menarik, tertarik dan memang da boom untuk perut korang. Cuma bila part harganya tu i rasa macam kurang sesuailah nak makan selalu dekat sini. Gila kau, hari-hari makan lunch berhabis duit. Silap-silap bulan depan boleh makan pasir jadinya. Eh! Hehehe... Itu kalau i lah. Macam mana pun korang jangan risau, harganya masih lagi dalam kategori berpatutan. Kalau korang memang ada budget besar untuk makan, setakat makan lunch lebih RM10.00 sorang, apa sangatlah kan? Small matter je (ewah...)

Tempat makan ni diperkenalkan oleh office mate i, Yati (macih Yati!) I rasa kalaulah Yati tak bawa i makan dekat sini, sampai bila-bila pun i tak tahu pasal kewujudan tempat ni. Yang kelakar tu, i pulak yang over acting makan dekat sini selalu berbanding dia (kesabaran jelah dengan kawan kau sorang ni, Yati. Hehehe).

Selain dikenali sebagai Cafe Alumni UTM (Universiti Teknologi Malaysia) atau Cafe Alumni Jalan Semarak. Nama sebenar cafe ni ialah Cafe Alumni @ Gate 5. Agak-agak kalau korang pening nak cari dekat mana lokasi sebenar Cafe Alumni ni, korang beliakkan mata sebulat 360 darjah dan cari perkataan 'Pintu 5' yang digantungkan pada pagar. Ikutkan tak susah mana pun kawan-kawan, lokasinya betul-betul bersebelahan dengan masjid UTM. Bila korang nampak banyak kereta parking dalam kawasan yang macam rumah lama tu, hah! Sah dah betullah tu tempatnya.

Alamat Cafe Alumni UTM :

Rumah PAUTM
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (Gate 5)
No. 30, Jalan Maktab off Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2698 8455 (untuk pesanan dan tempahan)

Waktu operasi : Dari hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari pukul 7:00 pagi hingga 7:00 malam


Kebiasaannya dekat sini, i akan order untuk 1 set hidangan standard (standard meal) yang mengandungi 1 Nasi Putih, 1 Ayam Kampung Goreng Berempah, 1 Daging Masak Lemak Cili Api, 1 Ulaman dan 1 Sambal Belacan dengan harga RM9.00. Bila nak order tu, korang sebut je "1 set ayam", mesti orang tu dah faham dah apa yang korang nak.

Untuk melihat hidangan menu lengkap samada bagi hidangan Sarapan Pagi (Breakfast) dan hidangan Makanan Tengah Hari (Lunch) di Cafe Alumni UTM beserta dengan harga, korang boleh check di Jurnal Malaysia.


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak

1. Walaupun nama Cafe ni umpama macam untuk student-student UTM je yang boleh datang makan sini. Korang jangan risau, bukan setakat student je yang boleh makan dekat sini. Mak student, ayah student, pakcik student dan anak-anak student pun boleh datang makan sini.
2. Bangunan yang menempatkan Cafe ni macam rumah dua tingkat kuarters kerajaan lama. So, kalau untuk sesiapa yang tak pernah datang tu memang korang akan rasa teragak-agak samada betul ke ni tempat makan ayam kampung yang best tu (iya! Inilah tempatnya... haishhh... degil betul nak percaya cakap i ni, dah kenapa? Hehehe).
3. Kebiasaannya Cafe Alumni UTM ni memang jadi tumpuan warga office pada waktu lunch (pukul 1:00 petang). Jadi apa yang korang perlu buat, samada korang cepatkan sikit masa korang keluar makan lunch atau lewatkan setengah jam daripada waktu yang i bagitahu tadi. Kalau tak, memang penuh seat dekat sini dengan pemangsa yang rakus. Agak-agak kalau korang ada kuasa 'penghalau orang makan', lepas tu sanggup berdiri kaku dekat sebelah orang yang makan tu dengan muka tahap kelaparan melampau. Insya-Allah berkemungkinan besar korang berjaya dapat seat kosong dengan cepat (kau mampu ke nak buat macam ni? Hahaha!)
4. Keseluruhan, i bagi 5 bintang untuk Cafe Alumni UTM, Jalan Semarak. Perghh!!! Tak tahu nak explain macam mana lagik memang terbaik wooo. Very recommended untuk korang cuba. Lebih-lebih lagi sambal belacan dia memang super sedap! Lepas makan confirm tepuk perut (gitu....)

So, jom tengok Ustajah Reena makan nak? Hehehe... tudung bawal Aidijuma yang i pakai menjadikan wajah i kelihatan kudus menghadapi makanan waktu ni (kudus lah sangat kan?) Hakikatnya, tinggal tunggu masa je nak baham ayam depan mata tu. Adegan selanjutnya tak sanggup korang nak bayangkan. Hehehe...










p/s : Sekarang ni setiap kali makan, Ustat Abang Long mesti jadi leader ingatkan mama papa baca doa makan (uhuk!)


Feb 18, 2013

Balai Nobat, Alor Setar, Kedah

Tadi pagi i baru je letakkan entri mengenai Masjid Zahir yang cantik. Sekarang ni i nak cerita pulak pasal Balai Nobat, Alor Setar, Kedah. Wah... macam tak percaya je kan, tiba-tiba i minat pulak dengan sejarah. Dah kenapa??!! Hahaha... Jangan korang tertidur depan komputer gara-gara baca entri i bersejarah ni sudah. Maklumlah buku teks subjek sejarah waktu dulu dah umpama macam ubat tidur je pada i. Berpinar-pinar baca, lama-lama nampak huruf 'z' memanjang (terus wassalam!) Kan ke best kalau setiap kali belajar subjek sejarah tak payah pakai buku teks tapi pergi buat field trip dekat tempat bersejarah yang kita belajar tu. Confirm subjek sejarah jadi antara favourite subject i dulu-dulu (ewah!) Cerita dah berlalu kan, dah jadi sejarah dah pun. Huhuhu...

Kalau korang nak tahu Balai Nobat ni terletak berhampiran dengan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Masjid Zahir,  Bangunan Wisma Negeri dan berada di dalam kawasan yang dikenali dengan nama Dataran Mini i-City (malam-malam dekat sini penuh dengan pokok-pokok berlampu ala-ala macam dekat i-City, Shah Alam). Bezanya Dataran Mini i-City, Alor Setar, Kedah free je, tak payah bayar. Best kan? Jimat duit. Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Balai Nobat, Alor Setar, Kedah :

Menjelang pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Reka bentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.

Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Manakala pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), Balai Nobat baru didirikan sekali lagi dengan diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja. Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

sumber : Wikipedia


Mengikut kata hubby i, alat-alat nobat ini ada antaranya diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung (what-the-tutttt??!!) Ok, i boleh agak macam mana reaksi muka korang, sebab macam tulah reaksi muka suspen yang i tunjukkan depan hubby. Gila scary! Dan dengan bersemangatnya i google untuk meng'confirm'kan lagi statement misteri nusantara yang hubby perkatakan. Ya, rupanya memang statement ni benar, sahih dan nyata (teruk betulkan orang Johor ni? *iye, sayalah tu* Lagi tak nak percaya kata-kata hubby yang memang keturunan orang Kedah. Hehehe... sorry sayang). Anyway eeee... takutnya! Cuma dekat website yang i google ni, dia tak tambah perkataan 'mengandung' je (kenapa eh?)


Antara Pantang Larang Nobat :

Dalam pancaragam Nobat DiRaja ini, banyak pantang larang mesti dipatuhi bukan sahaja oleh pemain-pemain Nobat tetapi juga orang ramai. Sesiapa yang melanggar pantang larang ini dipercayai akan menerima bala atau bencana. Oleh itu, para pemain Nobat sangat berpegang teguh kepada pantang larang ini, lebih-lebih lagi mereka yang telah melihat sendiri bencana yang menimpa mereka yang melanggar pantang larang itu.

1. Alat-alat Nobat ini tidak boleh disenda oleh sesiapa pun dan kedudukannya mestilah tetap pada sesuatu tempat yang telah ditentukan dan tidak boleh diubah ke sana sini.

2. Semasa alat-alat Nobat ini dibawa turun dari Balai Nobat untuk dimainkan di Balai Besar sesiapa pun tidak boleh melintas di hadapannya. Mahaguru merupakan ketua atau penunjuk pada alat-alat Nobat yang lain dan dia mestilah dihormati. Para pemain Nobat sendiri akan ditimpa bencana seperti sakit perut sekiranya dia bersikap kurang tertib. Kesakitan yang dialami itu akan terus menjadi-jadi sehinggalah dia menyesal di atas perbuatannya itu.

3. Alat-alat Nobat juga tidak boleh dimainkan untuk upacara temasya atau pesta-pesta seperti ronggeng atau silat. Biasa terjadi, orang yang telah meminjam gong untuk bermain di sesuatu temasya itu telah ditimpa sakit perut akibat menggunakan gong itu.

4. Orang-orang Nobat dilarang mengajar semua lagu yang diketahuinya kepada keturunannya. Sebab itulah lagu-lagu Nobat itu menjadi semakin berkurangan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Contoh yang paling ketara ialah lagu 'Anak-anak' yang sekarang ini tidak dimainkan lagi.

5. Sesiapa pun tidak dibenarkan memegang atau mengusik alat-alat Nobat ini. Biasa terjadi ketika Nobat Kedah dijemput bermain di Kuala Lumpur sempena menyambut istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama, seorang kanak-kanak telah bermain alat-alat Nobat itu semasa keretapi yang membawa alat-alat Nobat itu berhenti sekejap di Bukit Mertajam. Dia telah kehilangan akal dan sakit telinga serta menangis tidak berhenti-henti. Setelah pemain Nobat yang ada di situ menjampi dan menyapu air ke seluruh muka budak itu dengan serta-merta budak tadi sembuh semula.

6. Semasa Nobat hendak dimainkan, pemain Nobat itu mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu dan kemudian barulah boleh duduk. Misalnya, pemain gendang anak mestilah berjalan melalui belakang serunai manakala pemain gendang ibu akan berjalan mengikut belakang nafiri.

7. Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang mahara kerana ia dipercayai diperbuat daripada kulit perut perempuan.

Ada berani?? Dah macam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak pulak. Oppss...

Untuk info penuh mengenai Pantang Larang Nobat, korang boleh pergi ke laman web MyKedah2.


Meh lah, kita tengok gambar (tapi gambar nobat takdelah ye. Hehehe).



Bangunan Wisma Negeri Kedah


"Papa look, princess!" Kata adik.

p/s : Bila dah tahu sejarah pasal sesuatu tempat buatkan kita jadi respect dengan kewujudannya.

Feb 17, 2013

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Hari ni kita mengenali lebih dekat mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah nak? Lokasi dan kedudukan masjid ni yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar menjadikannya antara tumpuan menarik orang ramai yang berkunjung ke Kedah. Ditambah pula dengan reka bentuk yang cantik. I tengok memang ramai photographer yang mengambil peluang mengabdikan kecantikannya dekat lensa masing-masing (termasuklah i yang amatur ni). Automatik terasa bertuah kahwin dengan orang Kedah. Eh! Ada kena-mengena ke? Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah :

Masjid Zahir telah dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah (11 Mac 1912). Pembinaan masjid ini adalah atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Reka bentuk bangunan masjid Zahir adalah ilham daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 39 x 39m dengan ruang induk seluas 19.50 x 19.50m yang dikelilingi oleh ruang serambi selebar lapan kaki yang mengandungi empat buah anjung dan lima kubah utama sebagai simbol kepada Rukun Islam. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915. Tunku Mahmud sendiri telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat (sejuk hati baca kenyataan ni kan?)

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Dataran Mini i-City, Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

sumber : Wikipedia dan Arkid Negara Malaysia

Anyway, i juga ada letakkan gambar Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah pada entri i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-muhammad.html







Kak Ngah dan Adik happy bergambar berlatar belakangkan Masjid Zahir.

p/s : Kalau kira dari mula pembinaan Masjid Zahir sampailah sekarang, dah 101 tahun dah masjid ni kan? Perghhh...

Feb 14, 2013

Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat #3






 Hari ni i dan hubby terpaksa bercuti (emergency leave) disebabkan demam panas adik (anak i yang ketiga) masih on off dari hari Sabtu lagi (kesian anak mama, kurus jadinya). Dua minggu lepas sewaktu di Cherating, Abang Long dan Kak Ngahnya demam, so nampaknya kali ni giliran adik pulak. Biasalah budak-budak kecik nak membesar ada aje kuman yang berkenan. Sebagai ibu bapa, cara yang terbaik ialah kita pantau keadaan dorang daripada jadi semakin teruk. Doakan anak i cepat sembuh ye kawan-kawan (macih!)


Cerita melalui gambar :

1. Even tengah demam, adik tetap tak berenggang dengan iPad nya (kira macam ubat demamlah tu).
2. Still tak berkesempatan nak decorate rumah ku syurga ku lagik (aiseyman... project under progress) Walaupun dalam kepala otak ni macam-macam benda nak buat.
3. Percubaan pertama buat roti homemade sendiri pakai bread maker. Bangga gila rasa! Kehkehkeh... Nanti i buat review pasal bread maker yang i beli k.
4. Alhamdulilah permulaan sponsor / penaja pertama untuk awal tahun 2013 di blog Reenaonline, dari MN Boutique (cak! Boleh tengok ada label sponsor / penaja dekat sidebar kanan). Review untuk MN Boutique bakal menjelma. Tunggu (guna effect echo).
5. Shell / Cengkerang ni kita orang collect waktu di Cherating, gara-gara keganasan Abang Long dan Kak Ngah main masak-masak. Habis sumbing jadinya. Alahai... mama baru fikir nak buat something dengan cengkerang ni. Nampak gaya kena pergi Cherating lagilah jawabnya (eceh... alasan... Hehehe).

Untuk gambar-gambar lain di dalam tajuk entry yang sama, korang klik pada label Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat

Happy Thursday kawan-kawan!

Feb 12, 2013

Resepi : Badak Berendam

Assalamualaikum kawan-kawan!

Dah lama kita tak main masak-masak kan? So, kali ni i nak kongsikan dengan korang step by step resepi badak berendam untuk korang cuba. Kalau i boleh buat, korang pun mesti boleh punya! (Ewah.... semangat badak berendam gitu. Hehehe). Badak berendam ni kalau korang nak tahu, adalah antara kuih favourite i untuk berbuka sepanjang bulan Ramadhan. Tapi peliknya kalau bulan-bulan lain, takdelah i hairan sangat nak makan kuih ni. Nak sebut nama 'badak' pun tak teringat. Memandangkan stok badak berendam ni selalu sangat jadi masalah untuk i dapatkan dekat mana-mana pasar / bazaar Ramadhan especially yang betul-betul kena dengan tekak i yang rakus ni. Jadi i ambil keputusan nak cuba buat sendiri dekat rumah (baru puas hati ku!) Apa taknya bila beli kuih badak berendam ni asyik terjadi konflik dalam diri je. Yelah, karang kalau beli banyak-banyak takut tak sedap pulak. Bila dah belinya sikit, tak puas pulak makan sebab cepat sangat habis gara-gara sedap (hadoi! Masalah betul! Hahaha).

Sekarang bila dah terror buat sendiri (eceh-ceh-ceh). Rasanya, i dah tak hairan sangat dah dengan mana-mana kuih badak berendam dekat pasar / bazaar Ramadhan tu. Lagi best, badak berendam yang i buat ber colour pink gitu (kau hado? Hehehe). Lepas tu bila anak-anak i tanyakan apa nama kuih yang i buat ni, automatik otak i berikan nama cute - pinky hippo. Keh-keh-keh... Kang bila sebut nama badak berendam, letih pulak nak bersoal-jawab dengan dorang. "What is badak, Mama?" "Badak should live in a zoo" "Why we can eat this badak, Mama?" Adehhh... nanti badak tah ke mana, mama yang kelaparan tak dapat makan badak gara-gara menjawab soalan genius dorang nanti. So far, bila i sebut nama pinky hippo, dorang kekaguman dengan muka excited. Siap tak sabar nak tunggu macam mana rupa pinky hippo ni bila masak. Hahaha! Yes, teknik nama baru menjadi nampaknya. Senang kerja mama. Kihkihkih.

Macam biasa, jemput-jemputlah masuk dapur i yang tak seberapa ni. Anyway resepi ni i refer dari Kak Besah (thanks Kak, memang terbaik lah!) Ada 3 langkah yang perlu korang ikuti. Jom!


LANGKAH 1

Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :

Sebiji kelapa parut (ambil bahagian putih yang lembut je tau)
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :

1. Gula merah dimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.
2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat (agak-agaklah saiz yang sepatutnya untuk badak berendam korang. Jangan buat sama besar dengan badak sebenar sudah. Hehehe...)


LANGKAH 2

Bahan-bahan Untuk Kuah :

2 1/2 cawan santan
2 sudu tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-cara untuk buat Kuah :

1. Campurkan kesemua bahan, kacau atas api sehingga pekat, lebih kurang 10 minit dan ketepikan.


LANGKAH 3

Bahan-bahan (untuk 20 hingga 25 biji) :

2 cawan tepung pulut
Lebih kurang 1 1/2 cawan perahan air daun pandan (i gunakan 1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil pandan flavour / perisa pandan jenama Nur)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
2 helai daun pandan disimpul
Inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1. Campurkan garam pada air pandan. Kemudian gunakan campuran itu untuk menguli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.
2. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.
3. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.
4. Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.
5. Sedia dihidangkan bersama-sama kuah (hoorey!)

Untuk gambaran lebih jelas bagaimana proses Badak Berendam dilakukan. Silalah lihat gambar di bawah.

Good luck!












p/s : Comel tak pinky hippo i? Hehehe...

Feb 11, 2013

Pemandangan Sawah Padi

Sejak memiliki Nikon D5100, hobi mengambil gambar / fotografi dah jadi macam sebahagian daripada kehidupan i (macam addicted gitu). Seronok bila tengok hasil gambar yang diambil walaupun hakikat sebenarnya takdelah sehebat mana pun. Entah-entah kalau profesional photographer tengok gambar yang i ambil pun rasa nak gelak tunjuk-tunjuk dekat batang hidung i (huh!) Tapi macam mana pun i bangga sebab berjaya rakamkan semua moment yang rasanya takkan jadi sama untuk kali kedua (hah, part ni lah yang special nya pasal fotografi). Dan i bertuah sebab hubby pun sama-sama terjerumus ke kancah fotografi dengan Nikon D7000 miliknya gara-gara terpengaruh dengan wife comel dia ni (ewah! Bahasaku.... kancah tu apa ke bendanya??! Kahkahkah). Malah, i nak berterima kasih sangat dengan hubby sebab ada antara gambar di dalam blog i merupakan hasil tembakan hubby (macih cayang!)

Anyway macam gambar pemandangan sawah padi yang kami ambil ni, lokasinya ialah di sepanjang laluan ke Kangar, Perlis. Tenang je perasaan bila tengok kehijauan sawah padi yang saujana mata memandang. Ditambah pulak dengan latar belakang gunung, awan, pokok kelapa dan rumah-rumah tradisional. I rasa gambar ni dah cukup lengkap menceritakan segala-galanya (serius, i cukup kurang gemar dengan gambar yang ber effect bagai. Biarlah nampak realistik sikit). I siap minta hubby berhentikan kereta dekat tepi jalan, gara-gara nakkan gambar sebegini didokumenkan dalam blog Reenaonline (wah... korang nampak tak semangat fotografi i dekat situ. Hehehe. Macam tak biasa tengok sawah padi pulak). Bukan apa korang, manalah tahu suatu hari nanti, sawah padi macam ni dah takde lagi wujud dekat negara Malaysia. At least bukan setakat anak-cucu-cicit i je boleh selak blog i ni untuk tengok kecantikan sebenar sawah padi. Anak-cucu-cicit korang pun boleh jugak tau (eh, dah macam National Geographic pulak rasanya blog ni kan? Kehkehkeh...) Takpelah, janji i happy (sebagaimana korang happy melepak baca dalam blog i ni).


Info mengenai Padi Sawah

Macam yang korang sedia maklum, padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu terletak di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara Semenanjung. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.

sumber : Wikipedia







p/s : Sekali tengok dah macam lukisanlah pulak. Hehehe...

External Hard Disk Drive / Pemacu Cakera Keras Luaran

Pemacu Cakera Keras Luaran??!! Kahkahkah... Kenapa eh setiap kali perkataan Bahasa Inggeris bila dimelayukan mesti terasa kelakar bunyinya? Sama jugak contoh bila tengok cerita kartun Spongebob yang dimelayukan lagi rasa macam nak gelak guling-guling berbanding tengok cerita kartun Spongebob dalam bahasa asalnya (takdelah rasa kelakar mana pun). Agaknya sebab orang melayu ni lagi hebat sense of humor dari orang putih kot (eceh! Hehehe).

I ingat lagi dulu-dulu bila habis SPM, i pernah join masuk kursus komputer. Konon-konon dulu nak jadi computer geek tapi rupa-rupanya sampai sekarang tak jadi-jadi pun (sedeyyy...). Jadi, bila masuk kursus komputer yang berBahasa Malaysia. Otak i jadi macam turn upside down (eleh... macamlah Bahasa Inggeris tu umpama macam makan kacang. Berterabur jugak cakapnya. Hahaha). Tapi term-term komputer dalam Bahasa Inggeris yang dimelayukan tu buat i jadi pening. Jenuhlah asyik bantai gelak aje waktu baca buku komputer (kau mampu?! Baca buku komputer umpama macam baca majalah Ujang lawak antarabangsa). Dahlah tu... berbelit-belit  i nak fahamkan ayat-ayat dalam buku komputer tu. Point tu dah nampak dah... maksud sebenar tak jugak sampainya. Sampaikan dulu i selalu terfikir, kenapalah azab sangat baca buku komputer dalam Bahasa Malaysia ni. Kan senang bagi je buku dalam Bahasa Inggeris. Agak-agak tak faham translate jelah pakai kamus. At least boleh jugak faham. Tapikan... tapikan bila masuk UiTM, dapat subjek berkaitan Computer blablabla... (entahlah dah tak ingat apa nama subjek tu) terus nganga nak fahamkan buku Bahasa Inggeris yang kena baca. Kahkahkah... (hambik kau!) Kesimpulannya, bacalah mana-mana buku komputer pun memang confirm kau fening!

Macam biasa jugak, i memang suka karang cerita lari dari tajuk (hahaha! Saja... nak buat korang pulak pening kepala). Ikutkan sebelum ni, dah ramai jugaklah kawan-kawan yang i tanyakan soalan, mana satu brand / jenama external hard disk drive (HDD) yang berbaloi untuk i beli. Jawapan yang i terima pun ada macam-macam. Sekejap kata Seagate, sekejap ada kata WD, sekejap kata Transcend, lepas tu ada yang kata Buffalo. Maklumlah, i ni suka simpan koleksi lagu, gambar, video klip, movie Korea / Jepun dan segala macam fail pdf samada untuk kegembiraan i mahupun sebagai rujukan i. Jadi benda-benda ni semua penting untuk i simpan dalam storage berkapasiti besar tanpa menyendatkan Macbook yang i pakai selama ni. Kiranya i nakkan External Hard Disk yang pantas untuk buat proses menyalin semula / copy segala fail yang i ada dan besar simpanannya. Eh, ada ke?

Berkat kewujudan Plaza Low Yatt (berkatlah sangatkan? Hehehe...) Akhirnya, i berjaya mendapatkan External Hard Disk yang i idam-idamkan (hoorey!) jenama Buffalo MiniStation dengan kapasiti 1TB (1 terrabyte) harga RM285.00 (selepas sessi bodek-bodek). Letih jugak meronda-ronda dalam Low Yatt semata-mata nak dapatkan harga yang paling murah untuk External Hard Disk yang i nakkan tu. Tahu tak, apa yang membuatkan i terpengaruh nak beli Buffalo MiniStation ni? Semuanya gara-gara perkataan Super Speed, TurboPC, No Jams dan Japan Quality. Menambahkan lagi kepercayaan i tu bila ada perkataan No. 1 Sales in Japan (ewahhh... pantang dengar perkataan Jepun. Confirm best punyalah! Hahaha). Betul-betul ke, kelajuan dia sama macam yang diperkatakan? Ya, betul kawan-kawan... tak perlu disangkal lagi. Kiranya pilihan i memang cepat, tepat dan berkat gitu (eh, macam familliar kan slogan ni? Kihkihkih). Dah tu External Hard Disk Buffalo MiniStation ni jugak senang untuk i bawa ke mana-mana sebab saiznya yang nipis (cuma 0.8cm je) dan paling best, ringan! (senang nak angkut bawa balik kampung. Sumbat dalam handbag i yang kecil pun muat). So, untuk korang yang tercari-cari External Hard Disk, bolehlah beli brand ni, very recommended. Kalau rasa ada yang lain lagi best, sharelah dengan i ye.


Apa yang perlu anda tahu sebelum dan selepas membeli External Hard Disk Drive ?

1. Keupayaan External Hard Disk Drive tersebut dalam menjalankan kerja-kerja copy atau transfer data dengan pantas. Agak-agak tak faham (walaupun dah belek satu kotak cari info), korang ringan-ringankanlah mulut bertanya.

2. Kebiasaannya External Hard Disk Drive memang mempunyai fungsi plug and play untuk kebanyakan komputer yang menggunakan perisian Windows. So, untuk pengguna Macintosh (yang pakai Macbook atau iMac), korang mintalah khidmat orang kedai tu untuk format External Hard Disk Drive yang korang beli tu kepada Macintosh (servis ni diberikan percuma). Even dah bertukar format kepada Macintosh, korang takde masalah untuk menggunakan External Hard Disk Drive tersebut pada komputer Windows.

3. Minta orang kedai tu untuk buat partition pada External Hard Disk Drive yang korang beli. Partition bermaksud membahagikan kapasiti storage External Hard Disk Drive kepada beberapa bahagian samada 2, 4 atau 6 bahagian sekalipun. Contoh untuk kapasiti 1 TB kalau minta orang tu buat 4 partition pada External Hard Disk Drive akan wujud 4 data storage dengan nilai 1 TB yang dibahagikan 4 setiap satu storage. Tujuan partition lebih kepada mengurangkan risiko sekiranya berlaku crash / kerosakan pada satu-satu fail di dalam partition tidak akan melibatkan keseluruhan fail pada partition yang berlainan.

Ok. Tu aje. Harap korang boleh faham bahasa komputer yang i sampaikan.

Lepas ni makin galaklah aktiviti meng'download' dijalankan. 1 TB lah katakan.



p/s : Suka tengok lampu hijau yang terkelip-kelip dekat Buffalo MiniStation waktu i copy masuk fail. Comel je!

Feb 9, 2013

Restoran Marakesh, Kampung Baru

Agak-agak ada lagi tak lagi restoran makanan arab lain dalam kategori harga affordable / munasabah yang patut kita cuba? Maklumlah sebelum ni kan i dah pernah cerita pasal Restoran Saba dekat korang. Sebenarnya jawapannya ada, jadi untuk entri kali ni, i nak perkenalkan Restoran Marakesh pulak. Kalau korang nak tahu, kebanyakan restoran arab sekarang ni dah pandai nak compete dengan restoran tempatan lain tau (ewah!) Siap sediakan pakej makanan yang perghhh... melampau kenyangnya dengan harga yang berpatutan. Biasalahkan.... kalau makanan sedap gila sekalipun tapi kalau harga yang ditawarkan over mahal, orang pun fikir dua tiga kali nak datang makan selalu. Especially untuk restoran yang berhampiran dengan lokasi ramai orang-orang yang bekerja. Kiranya waktu lunch jelah masanya untuk mengaut keuntungan dari orang-orang bekerja ni semua (mata auto terus keluar simbol kaching $$$). Kalau letak harga tinggi-tinggi, confirm dorang akan fikir baik makan nasi campur. Dengan harga RM5.00 pun dah boleh kenyang. Apa taknya nanti masuk toilet keluarnya serupa jugak (eh! Ada tambahan cerita pulak. Oppss! Plop! Hehehe).

Ok-ok jauhkan minda korang dari situasi yang kurang menyenangkan (ampun!) keh-keh-keh. Kita sambung balik kepada topik makanan yang menyelerakan. Kalau korang nak tahu agak-agak bila datang mood nak makan makanan arab dan perut buat roll-drum pilu gara-gara terlepas makan breakfast, i memang akan datang ke sini bila tiba waktu lunch (kawan-kawan office rasanya biasa nampak i dekat sini kot. Hello, kawan-kawan!) Yelah, tahu-tahu jelah kuantiti makanan arab ni gila banyak! Barulah tak berlaku pembaziran.

Restoran Marakesh ialah sebuah restoran bertemakan Arabic dan Iranian Cuisine. Apa yang menariknya mengenai Restoran Marakesh, ianya ada menyediakan promotion set lunch / makan tengah hari (dari pukul 12:00 tengah hari hingga pukul 4:00 petang) bermula dengan harga RM13.90 (set lunch chicken), RM14.90 (set lunch mixed) dan RM15.90 (set lunch lamb). Untuk setiap makanan akan disertakan bersama 3 pilihan air samada Ice Lemon Tea, Pepsi serta 7Up. Hah, not bad jugakkan harga set macam ni untuk lunch? Boring asyik makan nasi campur je bila tiba waktu lunch, mehla try makan dekat sini pulak. Lokasinya senang sangat, terletak berhampiran dengan Stesyen Minyak Petronas, Kampung Baru dan berdekatan dengan Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak. Kebiasaannya bila berada dekat sini, i akan order Shish Tawook bersama Ice Lemon Tea (set berharga RM13.90)

Alamat Restoran Marakesh :-

Lorong Raja Uda 1
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

No. Telefon : 03-2697 7433

Waktu operasi : Dibuka dari pukul 11:00 pagi hingga 4:00 pagi (wah!)


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Restoran Marakesh, Kampung Baru

1. Beberapa kali makan dekat sini, i lalui pengalaman yang berbeza-beza. Kejap rasa makanan best gila! Kejap rasa makanan jadi biasa-biasa je.
2. Kebiasaannya bila datang hanya ada 3-4 orang je dalam restoran, insya-Allah servis berjalan dengan perfect dan pantas. Tak payah tertunggu-tunggu untuk panggil dorang, dorang akan bersedia berkhidmat untuk korang. Tak sempat sembang masuk topik kedua, terus makanan dah terhidang.
3. Tapi bila kuantiti pelanggan / customer bertambah. Servis jadi kelam-kabut. Makanan orang yang baru je datang dah dapat. Yang kita ni, dah 10 topik bersembang pun tak sampai-sampai lagi makanan. Hampeh! Rasa makanan pun tah hape-hape.
4. I tak pasti samada Restoran Marakesh ni amalkan penjimatan gula melampau ke atau hape. Ice Lemon Tea yang selalunya i order mesti masam menyengat (tahulah i ni manis orangnya. Ceh... hehehe).
5. Pekerja dekat Restoran Marakesh ni tak berapa fasih berbahasa Malaysia (tapi kadang-kadang tu i tengok bila cakap Bahasa Inggeris pun macam tak berapa faham). So, pastikan korang gunakan intonasi suara yang terang dan lancar bila cakap Bahasa Inggeris (alaaa... tak payah nak cakap slang UK sangat. Cakap Bahasa Inggeris simple je dahla... Hahaha...)
6. Dekorasi dalam Restoran Marakesh memang best sebab terasa macam korang berada dekat negara lain gitu.
7. Keadaan restoran, i boleh bagi pujian bersih (bila tak ramai oranglah. Hehehe).
8. Keseluruhan untuk rating i bagi 3 bintang daripada 5 bintang sebab tak konsisten. Kejap best, bila dah puji-puji jadi tak best pulak. Hahaha... fening! Tapi so far oklah, untuk perut i boleh bagi jaminan mengenyangkan kalau makan dekat sini.






Shish Tawook
Briyani Chicken

Menu set promotion lunch. Shisha harga RM5.00 je, ada ke orang nak hisap Shisha waktu lunch? Kehkehkeh

p/s : "makan-makan-makan, tak jugak gemuk". Alamak, apa nak jawab ni? Hehehe...