Blogger templates

Jan 17, 2012

Aiskrim Tutti Frutti

Korang dah pernah makan aiskrim Tutti-Frutti? Ohh, ada yang belum pernah cuba lagik eh? Takpe, nanti senang-senang pergilah cuba rasa aiskrim Tutti-Frutti. I mula-mula merasa makan Tutti-Frutti ni pun bila follow kebanyakan status Twitter artis. I sangkakan rupa Tutti-Frutti macam makanan buah-buahan beku (frozen fruit), lorr.. rupa-rupanya Tutti-Frutti ni sebenarnya aiskrim (tihihi.. malu je kan?). Selain dipanggil sebagai aiskrim Tutti-Frutti ianya juga dikenali sebagai FROYO. Uikss, Froyo tu apa? Hehe... tu nama singkatannya, kalau nama panjangnya pulak Frozen Yogurt (hehehe... macam-macamlah).

Untuk pengetahuan korang, Tutti-Frutti mula beroperasi pada bulan Oktober 2009 dan lokasi pertamanya di Malaysia ialah di Sunway Pyramid. Waktu tu tak ramai lagi yang tahu pasal Tutti-Frutti walaupun dah muncul beberapa franchise Tutti-Frutti ni di tempat-tempat lain. Kalau pergi makan dekat kedai Tutti-Frutti waktu tu lengang aje tak ramai orang. Nak buat pilihan pun senang, tak kelam-kabut langsung. Sampaikan i sendiri pun pelik, siap terfikir, "betul ke ini kedai Tutti-Frutti yang glamour sangat tu?"

Haha... tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Kalau korang nak tahu, ada lebih kurang 42 outlets Tutti-Frutti yang ada di seluruh Malaysia. Jadi tak jadi masalah kalau ada ibu-ibu yang mengidam nak makan Tutti-Frutti bila balik kampung. Untuk mengetahui lokasi / alamat Tutti-Frutti yang berhampiran dengan rumah korang, bolehlah klik dekat link bawah ni k :)

Walaupun Tutti-Frutti ni menyelerakan tapi pada pendapat i harganya still lagik dalam kategori mahal. Kalau nak jadikan Tutti-Frutti makanan harian tu, kena fikir dalam-dalam dulu. Jangan ikutkan nafsu sangat. Bukan apa, keseronokan memenuhkan mangkuk Tutti-Frutti boleh buat kita jadi lupa diri sekejap. Dan secara tiba-tiba boleh mengundang rasa terkejut di depan cashier bila harga yang terpampang dekat skrin monitor melebihi budget yang ditetapkan. Waktu tu, mulalah nak buat muka kerut-kerut, sambil fikir, telan air liur tu lagi sedap daripada telan Tutti-Frutti (kihkihkih). Kenapa i cakap macam ni? Sebab inilah pengalaman pertama i yang terjadi waktu makan Tutti-Frutti tanpa sedar diri (nanges...).

Ada empat cara / langkah yang korang kena buat sewaktu nak mula makan di Tutti-Frutti. Pertama, pilih saiz mangkuk aiskrim. Kalau untuk first-timer i cadangkan pilih mangkuk kecil dahulu kecuali kalau budget korang tu memang besar. Kedua, pilih perisa aiskrim yang korang gemari. Nak campur-campurkan perisa aiskrim pun boleh jugak. Ketiga, tambahkan topping pada aiskrim korang. Waktu ni korang akan jadi rambang mata sekejap sebab kesemua topping yang ada di Tutti-Frutti sedap-sedap belaka, ada buah-buahan, coklat, biskut, kacang dan lain-lain lagi (iya, sila bawa bertenang. Hehe). Yang keempat atau yang terakhir sekali ialah selepas selesai upacara meletakkan topping, mangkuk aiskrim korang akan ditimbang oleh pekerja Tutti-Frutti dan kadar bayaran / harga yang dikenakan adalah berdasarkan pada berat mangkuk aiskrim korang tu. Semakin berat confirm lah semakin mahal kan? Takkanlah makin murah (ajaib-ajaib hehehe).

Harga bagi 100gram berat Tutti-Frutti = RM5.30 (silalah buat pengiraan sendiri ye. Hehe)

Ok, sekarang korang dah tau macam mana nak makan Tutti-Frutti kan? Jomlah berTutti-Frutti semua.



p/s : Area rumah i pun tak lama lagik nak bukak kedai /outlet Tutti-Frutti. Fuhh... mintak-mintak anak i tak paham apa bendalah Tutti-Frutti ni. Hehehe

10 comments:

  1. Reena, kami pernah pergi sekali jek dan rasa tak berbaloi dengan harga. Aiskrim/yogurtnya tak sesedap mana pun dan the topping pun benda yg biasa2 jek. Buat sendiri kat rumah pun boleh :-)

    ReplyDelete
  2. erm tak cuba pegi lagi,, kat sini ... nanti la boleh cuba

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin nak mkn tp tk sempat lagi nk p..huhuh

    ReplyDelete
  4. @Teratak Hami memang mahal pun kak, kalau ikut dari harga yang kena caj waktu makan Tutti Frutti tu boleh je beli bahan-bahan biasa, siap boleh makan satu family utk satu minggu lagik. Hehe..

    Tapi sekali-sekala nak cuba makan takde salahnya kan? :)

    ReplyDelete
  5. @nasazfrog... pegilah dear, boleh tau macam mana style makan Tutti-Frutti ni :)

    ReplyDelete
  6. @yana-feehily Tutti-Frutti sekarang ni dah makin bertambah dia nya outlet, mana tau lepas ni ada dkt rumah Yana. Hihi

    ReplyDelete
  7. tadaaaaa, terkezut ke? saya tawlah kak reena buat2 terkezut pun kan..hahaha..okeh2 tak kesahpun kan..arini sayakan terangkan dekorakasi mcm maner umah kecil bole jadi umah besar pun ahdoi cantek cek mek molek ahdoi cek mek molek..hahaha..*tetibe je*

    wow eksrimmmmm! perisa strawberry ade ke kak reena?

    psst,aiyah rajen plak kak reena up entry..haip dah terlepas nk bce..

    *iklan sat,pi sini klu rajen:
    http://livetvmalaysiaonline.blogspot.com/

    daa...peace yo!

    ReplyDelete
  8. @Uchi kay-f @hmad Macam-macam perisa ada tau Uchi, perisa kari pun ada. Tak percaya cuba pegi check delat Tutti Frutti tu. Hehe...

    Dekat opis akak ni, apa jenis blog yang ada tang tv ni habis kena block. Eh, ini blog baru awak ke?

    ReplyDelete
  9. last week mun makan ngan ofismate, pastu ada akak tu igt dia punya kena rm6. mengekek mun gelakkan dia sbb confident hulurkan duit rm10.. padahal rm16 heheheh

    ReplyDelete
  10. @Munirah Abd Hahaha... kesiannya akak tu Mun, cukup tak duit akak tu? Kalau tak kenalah mintak Mun belanja. Hehe

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)