Blogger templates

Jan 22, 2012

Jusco Bukit Indah

I rasa sekarang ni kebanyakan tempat dah ada bangunan Jusco atau AEON kan? Dan yang kelakar tu, tak kira mana-mana Jusco atau AEON Shopping Centre yang korang pergi, korang akan rasa feel yang sama. Cara tempat parkingnya sama, interior dalam shopping centrenya sama, kedai tenant yang ada dalamnya pun lebih kurang sama. Jadi tak kira dekat mana negeri yang korang singgah untuk shopping Jusco atau AEON, korang akan rasa macam tak pergi mana-mana sebab sama je dengan tempat korang. Hehehe. Cuma kelebihannya bila satu-satu barang yang i nak dekat Jusco atau AEON dekat dengan area rumah i dah takde. I takdelah panik sangat sebab i boleh pergi mana-mana Jusco atau AEON lain untuk dapatkan barang yang i nak tu. Takpun i minta tolong keluarga dekat Johor untuk belikan dulu (senang kan?).

Terdapat lebih kurang 18 Jusco atau AEON Shopping Centre kesemuanya di seluruh Malaysia (i rasa macam dah makin bertambah je). Jadi, untuk mengetahui lokasi yang berhampiran dengan rumah korang, korang boleh dapatkan alamat, kedudukan (map) dan nombor telefon melalui link dekat bawah :-

Dekat Johor Bahru sendiri je dah wujud 3 Shopping Complex jenis Jusco atau AEON ni. Dan yang terbaru sekali ialah di AEON Bukit Indah Shopping Centre. Kalau korang nak pergi alamatnya ialah :

1st Floor, No. 8, Jalan Indah 15/2
Bukit Indah
81200 Johor Bahru
Johor
No. Telefon : [07] 236 8071

So, macam biasa bila ada je shopping complex yang baru buka, i akan menjalankan survey dulu. Mana tau ada kedai-kedai yang menarik ke atau barang-barang i minat ke, kalau berkenan i boleh singgah sini bila-bila masa. Lagipun seronok layan anak-anak i berjalan-jalan. Muka ceria je semua. Cuba suruh dorang duduk lepak rumah atok bila balik kampung, confirm semua buat mulut muncung mintak kena ikat (ish-ish-ish).

Untuk pengetahuan korang, gambar ni di ambil pada 29hb Ogos 2011 (apa?!! Gambar lama? Hehehe) Alahh... takde lah lama sangat kan? Belum pun sampai setahun lagik. Layannn..












p/s : tahukah korang salah satu cara untuk menghilangkan perasaan stress ialah melalui shopping. Tapi kalau takde duit tu, korang window shopping jelah, tu pun pun ok jugak. Hehe


8 comments:

  1. shopping ni mmg menghilangkan stress tapi duit habis sebab shopping, stress jugak nanti haha


    kg dekat johor tapi tak pernah lak jejak jusco ni, lepas-lepas ni boleh lah pergi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Ye tak ye jugakkan. Kalau orang belanja, lagiklah hilang stress kan? Wow, tak sangka sekampung rupanya kita ni ye Cik Epal? Seplah. Hehe

      Delete
  2. hai kak reena!

    ingatkan saya slh masuk blog..rupenye..dah tukar templates blog nie!
    okehlah...ohsemmm..

    oh jusco ni saya taw..xpnah masuk lalu je..jusco kat jb ni yg sllu sya terjah area tebrau...

    lagi satu dekat jln tun aminah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Uchi! Haha... Terkejut ke masuk sini? Saje buat template baru yang simple, kononnya untuk tahun 2012. Ohh JJ Tebrau dgn Taman Universiti tu biasa jugak akak pegi, tu yang cover tempat lain pulak (hamboii)

      Delete
  3. kat kuching belom ada lagi jusco.metrojaya tahun ni baru dapat masok swak ni.kalo g kl suka jusco sbb ada scarlet heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun suka beli brand scarlet time peknen tau. Lepas ni bila JJ ada dekat Sarawak, takyah nak pegi jauh-jauh lagikkan dear :)

      Delete
  4. window shopping mmg mnghilangkan stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bab hobi ni je kengkadang lelaki tak paham kan dear. Haha

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)