Blogger templates

Jan 28, 2012

Pembukaan Uniqlo One Utama, Malaysia

Pejam-celik-pejam-celik dah setahun usia Uniqlo di Malaysia. Kejap je kan? Jadi bersempena dengan usianya yang setahun jagung, Uniqlo telah membuka cawangan barunya di One Utama, Damansara pada 4hb November 2011 (yeay!). Tarikh 4hb November ini adalah sama dengan pembukaan Uniqlo di Fahrenheit iaitu pada 4hb November 2010 (entry pasal Fahrenheit ada i ceritakan dekat sini). Jangan tanya i kenapa Uniqlo pilih tarikh ni untuk pembukaannya di Malaysia. I pun tak tahu. Agaknya adalah tu yang specialnya pasal tarikh ni.

Uniqlo di One Utama merupakan cawangan ketiga Uniqlo selepas Fahrenheit dan KLCC. Semenjak kemunculan Uniqlo di Malaysia, i dan hubby suka habiskan masa shopping pakaian kami dekat sini. Selain pakaiannya yang simple dan up-to-date. I suka dengan Uniqlo sebab selalu berikan harga terbaik. Kalau korang nak tau, bila-bila masa Uniqlo akan turunkan harga pakaiannya tanpa disangka-sangka. Macam mana pun tawaran hanya sah untuk sementara waktu sahaja / for limited time only. Contoh macam flannel shirts yang i pakai dekat entry ni http://www.reenaonline.com/2012/01/sambutan-hari-jadi-di-pizza-hut-pizza.html. Harga sebenarnya ialah RM79.90 tapi bila diturunkan harga, ianya jadi RM49.90. Murahkan? So, i nak ingatkan korang, andaikata korang nampak baju yang korang berkenan dengan harga yang rendah waktu tu. Baik korang cepat-cepat beli sebab bila korang lambat. Samada korang akan mengalami keadaan di mana saiz yang korang nak tu takde atau pun warna yang korang nak tu dah kehabisan stok (pengalaman sebenar ni hukhukhuk).

Di bawah ini alamat Uniqlo :-

Uniqlo One Utama Store (Old Wing)
G135 & F136, One Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7726 0296

Uniqlo KLCC Store
Lot C19, 20, 21, Concourse Level
Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2166 3350

Uniqlo Fahrenheit 88 Store
Fahrenheit 88
Lot G1.01.00, Ground Floor
179, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2145 8852

Nak tau sebarang promosi dekat Uniqlo atau nak buat sebarang pertanyaan berkaitan Uniqlo, korang boleh LIKE Facebook Uniqlo. Admin Uniqlo atau Uniqlo Fan sendiri akan sedia membantu korang.

Memandangkan i dan hubby merupakan antara berjuta peminat Uniqlo diseluruh dunia. So, pada 4hb November 2011, kita orang ambil peluang pergi ke pembukaan Uniqlo di One Utama. Tepat pukul 9:30 pagi, kita orang dah terpacak dekat Shopping Complex. Hebatnya kan? Hehe. Barisan yang beratur nak masuk ke Uniqlo pun dah panjang (adehhh..). I sangkakan i berjaya dapatkan special tote bag Uniqlo untuk 300 orang yang pertama yang datang ke pembukaan Uniqlo, One Utama. Rupa-rupanya 300 special tote bag ni diedarkan sewaktu pembayaran dibuat. Duhh, nak beratur masuk tu takde hal lagiklah (sebab dah sampai awal, ecehh) tapi ditambah dengan part nak kena beratur untuk try dekat fitting room dan lepas tu beratur untuk bayar lagi, confirm bila sampai giliran i je terus tote bag tu habis. Malas nak kelam-kabut semata-mata nak dapatkan special tote bag Uniqlo, i ambil keputusan shopping dalam suasana yang relax. Walaupun i tengok suasana waktu tu semua orang macam dah tak boleh nak kawal diri. Lebih kurang macam dalam filem Confessions of a Shopaholic tu (bezanya i dapat tengok live hokeh! Hehe).

Apa-apa hal pun, walaupun kena tempuh perjalanan (beratur) yang panjang hari ni tapi i puas hati sebab dapat shopping pakaian yang i nak dengan harga yang berbaloi-baloi. Penjimatan yang berlipat-ganda gitu tau. Sekali-sekala bersusah-payah bershopping, kira oklah tu. Hehe.


Muka orang belakang yang tension, kita orang happy je. Hehe

I dah tangkap 2 helai baju Hello Kitty ni! Limited offer RM49.90

Gambar ni diambil oleh Uniqlo. Cuba cari mana i?

p/s : i love Uniqlo!

7 comments:

  1. peminat HK kan..haruslah tangkap kan..!

    picture kat bwh tu dah bole agk dimana uols..ala yg tudung pink dgn si t-shirts black lah..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... tau takpe :)

      Senang nak cam eh? Sebab takde sape pakai tudung color pink waktu tu. Hehe

      Delete
    2. opkoslah,btw sori aritu sya mintak email sbb saya kan sllu dpt kupon diskaun..ekceli misalnye mcm uniqlo ni sya ade dpt kupon diskaun 30% so dari tersimpan baek saya bagi reena bole jugak claim kan..lagipun saya ni nun selatan jauh beb nk claim pi berpusu-pusu nun selangor tue..

      Delete
    3. Ohhh... sebab tu ke nak mintak emel. Alaa... nanti kalau betul-betul ada kupon. Drop by je dekat komen atau shout box. Nanti aku pass emel k

      Delete
  2. huhu january - mac dok spital tak leh nak kidnap baju hk kat uniqlo...skang ni normal price berapa ek????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorr... sian dia... Pattern baju Hello Kitty yang dekat blog kita ni dah takde dekat Uniqlo sekarang dah pattern lain dah dear :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)