Blogger templates

Jul 29, 2012

Resepi : Mee Bandung

Mee bandung merupakan makanan kegemaran i sejak kecil lagik. Siapa jadi orang Johor, memang rugilah kalau tak makan makanan Johor (senang cakap rugi besarlah. Hehehe). Tempat asal untuk mee bandung ni ialah di Muar, Johor. Hah... nak baca sejarah asal mee bandung? Meh i ceritakan dekat korang.

SEJARAH MEE BANDUNG

Bandung atau pun sebandung bererti sepasang atau serangkai. Contoh : Ayam ~ dua anak ayam yg keluar dari satu biji telur; Rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu.

Sejarah Mee Bandung menjadi cerita rakyat. Kisahnya, apabila seorang ibu membuat masakan mee yang pada waktu itu belum mempunyai nama lagi atau mee rebus sahaja. Insiden itu berlaku di Muar, Johor. Proses memasak mee itu biasanya diakhiri dengan memecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam adunan yang sedang mendidih. Telur itu tidak perlu dikacau. Alangkah terperanjatnya ibu itu apabila mendapati isi telur itu ada dua. Cerita sebiji telur berisi dua menjadi perbualan umum. Lantas tersebarlah cerita mee telur berbandung. Dan akhirnya Mee tersebut menjadi makanan yang disukai ramai di Muar. Sehinggalah sekarang Mee Bandung telah terkenal di seluruh Malaysia.

Diolah oleh ReenaOnline
sumber : meebandung-muar.blogspot

I rasa dekat Johor ni semua makanannya best-best belaka. Dan inilah antara punca utama penyumbang kepada 1 hingga 2 kilo berat badan i setiap kali balik kampung. Hahaha... Walaupun dekat mana-mana negeri pun dah ada masakan Mee Bandung tapi i rasa Mee Bandung yang paling sedap dan super best ialah dekat rumah ibu i. Fuhhh... setiap kali makan kalau tak bertambah sampai 2 kali (paling dahsyat pun 3 kali) memang tak sah (kih-kih-kih... puas hati betul perutku bila balik kampung. Kemain kan?) Maklumlah bila balik kampung, segala permintaan makanan akan ditunaikan oleh ibu. Bila balik rumah sendiri, jadi tukang masak sendiri, perasaan makan tu automatik jadi kurang. Sebabnya, seronok pulak tengok hubby dengan anak-anak makan bertambah-tambah (agaknya macam tulah ibu rasa kot. Terima kasih ibu).

Tapi yang kelakarnya i tak pernah minta pun resepi Mee Bandung daripada ibu untuk cuba dekat rumah. Jadi, bila rindu nak makan Mee Bandung masakan ibu, nak tak nak i terpaksa cari dekat internet. Beberapa bahan dan cara asasnya i dah tahu cuma kurang pasti apa yang patut ada dengan yang tak patut ada. Ikutkan kalau susah-susah, boleh je i beli perencah Mee Bandung untuk buat. Lagik senang kan? Tapi ish, i tak sukalah pakai perencah ni, mesti tak sama rasa macam yang ibu buat (duh... dilema betul). Akhirnya i cuba rujuk resepi hana6877 (thanks awak, resepi awak memang hampir sama dengan resepi ibu saya tau). Cuma beza resepi ini ialah i tak gunakan daging untuk masak Mee Bandung (takde sebenarnya). Macam i katakan dekat entry i yang sebelum ini, dengan udang je pun dah boleh jadikan masakan lebih manis dan berperisa.

Agak-agak kalau korang nak berbuka simple / mudah untuk hari ni, bolehlah cuba resepi Mee Bandung dekat bawah ni ye. Nilah makanan berbuka i sewaktu puasa pertama (sebenarnya dah selalu buat pun. Hehehe). Sedap! serupa macam ibu i masak (sukanya i). 

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan) :

1 paket mee kuning
4 hingga 6 ekor udang basah
50 gram udang kering (dikisar atau ditumbuk) - pilih udang kering yang segar dan tak berbau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - i gantikan dengan 2 sudu besar cili boh jenama Puteri
2 biji keledek (saiz kecil) - direbus dan dilenyek ATAU suku cawan kacang tanah goreng (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk) - kalau tak nak letak pun takpe tapi lebihkan udang kering supaya kuah jadi pekat. - i cuma gunakan kacang goreng je (lebihkan jadi 3/4 cawan)
3 hingga 4 biji telur
5 hingga 6 helai sawi
Air rebusan daging - i tak letak pun cuma gunakan air biasa je
Beberapa hirisan daging - i tak letak
Gula, garam dan serbuk perisa (mengikut kesesuaian citarasa masing-masing)

Bahan tambahan / hiasan :

7 hingga 8 biji bawang kecil untuk dibuat bawang goreng
2 batang cili merah (dihiris nipis)
Limau kasturi / limau nipis
Tauhu goreng (dihiris nipis)

Cara-cara :

1. Celur mee kuning dengan air panas.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
4. Masukkan udang kering yang telah dikisar / ditumbuk hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan air rebusan daging, keledek lenyek/ kacang tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan.
6. Masukkan pula gula, garam dan serbuk perisa secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
7. Kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu.
8. Jangan kacau supaya telur tidak pecah.
9. Biarkan telur hingga masak / separuh masak (terpulang). Angkat / Keluarkan telur dari dalam kuali.
10. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul dan tutup api.
11. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap untuk dimakan (nyam-nyam!)

Jom, tengok gambar pulak jom.







Mee Bandung tengah siap sedia dihidangkan untuk berbuka. 
Air ribena, air favourite sepanjang berbuka.

p/s : Walaupun dah tahu masak sendiri mee bandung, balik kampung tetap request ibu masak mee bandung jugak (hehehe....) Kan dah kata, masakan ibu tetap paling best!

Jul 28, 2012

Tako Tao

Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa ke bendanya Tako Tao ni? Ke, korang lagik terror dari i, sebab dah lama tau pasal Tako Tao ni. Adeh... nampaknya i je yang baru terhegeh-hegeh nak cerita (hehehe). Takpelah, walaupun korang dah tahu, buat-buatlah macam excited baru nak tahu pasal Tako Tao ni ok. Kesian dekat i. Hahaha...

Ikutkan i dah lama sedar, kehadiran Tako Tao ni dekat Jusco, One Utama. Selalu sangat ulang-alik depan kedai Tako Tao ni bila petang-petang balik kerja. Tapi akhirnya mesti berhenti dekat seksyen sushi sebab tak tahan tengok sushi salmon memanggil-manggil i supaya 'ngap' dia. Hehehe... cuma entah macam mana, satu hari tu, i ajak hubby test-try makan makanan lain pulak. Maklumlah dekat Jusco kan memang meriah dengan makanan Jepun yang lain dari yang lain. Asyik-asyik pilih makan sushi je, boring jugak.

Nasib i memang baik hari tu, takde orang langsung dekat kedai Tako Tao. Jadi, i boleh pilih dengan tenang apa perisa Tako Tao yang i nak makan. Tapi pening jugak nak buat pilihan sebenarnya waktu tu. Semua i nampak best. Sekejap i nak cuba yang octopus (perisa original Tako Tao), sekejap i nak cuba unagi. Hubby i tergelak-gelak je layan karenah i yang memang segala benda super-excited dengan benda-benda baru ni. Tapi bila tengok pekerja Jusco macam nak tarik muka tension je (dari awal lagik i sampai pun, dorang dah bermuka kejung. Erkk! Hehehe). Cepat-cepat i buat keputusan order dua set perisa chicken and cheese (ayam dan keju) dan satu set perisa prawn (udang). Ish, apalah pekerja Jusco Tako Tao ni, buat bebola comel ni pun nak tension-tension. I pulak yang jadi tension nak order tak pasal-pasal. Keh-keh-keh... Takpe-takpe kita berfikiran positif. Agaknya dari pagi sampai malam dia asyik kena hadap buat beratus-ratus Tako Tao kot. Tu yang stress tu. Alaa... tapi kalau buat Tako Tao disulami senyuman pun tak rugi kan. Mesti jadi double comel.

Macam mana pun i seronok betul tengok cara dorang buat Tako Tao ni (terasa macam nak tolong sekali je. Hehehe). Laju je dorang pintal-pintal tepung yang dah dibancuh tu (alat yang dorang guna untuk pintal tu ialah dua besi kecil lurus yang bengkok di bahagian hadapannya) dalam loyang yang ada lubang-lubang sampai jadi bentuk separuh / bebola (loyang ni sama bentuk macam buat bebola kaya / kaya ball tu). Lepas tu, dia selitkan inti octopus ke, ayam ke, udang ke. Kemudian, dia pintal-pintal lagi sekali sampai jadi bebola. Proses ni baru separuh masak. Orang yang kedua pulak, ambil Tako Tao yang separuh masak ni untuk gorengkannya dalam loyang yang sama sambil tuang sedikit demi sedikit minyak. Bila dah masak, dia alihkan ke dalam bekas dan tambahkan beberapa bahan tambahan untuk hiasan, mayonis serta sos kicap. Yeay! Jadilah Tako Tao. Menarik kan proses nak buat Tako Tao ni? Terasa macam nak buat sendiri dekat rumah je. Nampaknya kena cari dulu loyang bebola ni. Ada sesiapa tahu, dekat mana nak beli? Please... Hehehe...

Korang nak tahu apa rasa sebenar Tako Tao ni? Rasanya macam makan jemput-jemput bebola yang lembut. Ada rasa manis, masin dan lemak gitu. Cuma lidah i rasa pelik sikit dekat bahan yang dia tabur pada bahagian atas sekali Tako Tao tu. Nak kata bawang goreng, dia nipis dan panjang-panjang. Agaknya jeruk kering kot. Entahlah, i tak berapa pasti apa benda tu. Tapi yang pasti rasanya macam makan plastik kenyal masin. Hahaha... sampaikan hubby i pun takut nak makan benda tu. Don't worry benda tu tak jadi masalah besar sangat kot sebab kalau tak suka, boleh je ketepikan. Korang kunyah je bebola Tako Tao yang togel. Eh, hehehe... Harga satu set Tako Tao (mengandungi 3 bebola saiz sebesar pingpong) ialah RM4.90.

SEJARAH TAKO TAO

Kisah Tako Tao sebenarnya bermula di Jepun beberapa tahun lalu, pengasas Tako Tao berjalan-jalan di kawasan Kansai untuk mencuba pengalaman makanan baru. Kemudian, beliau telah mengambil keputusan untuk bersama-sama berbaris panjang di bandar Osaka sambil memikirkan, mengapa Takoyaki menjadi kegilaan di seluruh Jepun. Namun, sewaktu pertama kali menikmati Takoyaki - bola sotong panggang yang penuh dengan kubis dicarik - beliau merasakan perasaan seperti cinta pandang pertama. Malah, kerana terlalu menyukainya, beliau sanggup meninggalkan bidang perakaunan yang dilakukannya, dan menceburkan diri pula di dalam bidang perniagaan makanan. Akhirnya impian beliau menjadi kenyataan pada tahun 2003 apabila Tako Tao pertama dibuka di kampung halamannya sendiri, iaitu Malaysia.


Nak baca kisah selanjutnya, apa kata korang klik dekat sini ---> http://takotao.com/


Teringin nak menikmati Tako Tao? Korang pergi je dekat mana-mana cawangan Jusco di seluruh Malaysia, confirm memang ada. Untuk dapatkan alamat lengkap, lokasi sebenar Tako Tao, korang picit link ni ---> http://takotao.com/

Kalau nak dapatkan info lanjut, tawaran menarik dan status terkini Tako Tao, hah... korang LIKE je ---> Facebook Tako Tao


Ok, kita tengok gambar pulak nak? Gambar tuan blog takde, gambar orang yang buat Tako Tao ada. Hehehe....





Sumber : TakoTao.Com

p/s : Cute je Tako Tao ni. Walaupun cute makan 3 biji ni je pun i dah rasa kenyang.

Jul 25, 2012

Burung Baji / Budgie Bird

Hari ni i nak tunjukkan dekat korang burung yang cukup-cukup-cukup comel sangat pada i. Burung ni dikenali dengan nama Burung Baji / Budgie atau pun Budgerigar dalam bahasa omputihnya (inggeris). Alololo... cute je kan panggil Burung Baji? (macam buddy-buddy gitu) Nak kenali lebih dekat lagi dengan Burung Baji. Hah, kejap lagik i cerita. Kalau korang nak tahu, burung ni merupakan burung peliharaan ayah mertua i. Setiap kali balik kampung hubby, i mesti termenung dekat sangkar besar milik ayah mertua i sambil perhatikan telatah burung ni. Eee... sukalah tengok dia! Dahlah kecil molek dan comel... lepas tu berwarna-warni pulak tu. Siapalah tak rasa jatuh cinta walaupun pertama kali tengok burung spesis cute macam ni.

Kalau korang teringin nak pelihara Burung Baji / Budgie ni, ianya ada juga dijual dekat kedai binatang peliharaan / pet shop, cuma i tak pasti berapa harganya. Tapi mengikut artikel yang i baca dekat Utusan, ada antara Burung Baji ini dijual dari harga RM50.00 hingga RM450.00 sepasang (wah! Boleh tahan mahal jugakkan?) bergantung kepada saiz, warna bulu dan mata burung tersebut. Kiranya kalau nak buat bisnes jual Burung Baji ni memang laku lah (ehem... nampaknya boleh i usulkan dekat ayah mertua i nanti. Hehehe). Dari segi penjagaan burung ni pun, i tengok... takdelah cerewet sangat dan kos makanan pun murah je. Burung saiz comel, jadi confirmlah tak makan sampai habis 5 pinggan kan? (kih-kih-kih). Hamboi, Kalau boleh makan sebanyak tu, i pun takut nak datang dekat. Tapi kata hubby i makanan kegemaran Burung Baji ialah tulang sotong. Dan ianya boleh didapati dekat tepi-tepi laut. Wahhh... pelik jugak i dengar ni. Setahu i tulang sotong kena cabut keluar dari badan sotong bila kita nak buat masak je. Hehehe... tak pernah tahu pun yang tulang sotong pun boleh ada dekat tepi laut. Nanti kalau i pergi tepi laut, i nak cuba cari tulang sotong. Nak tengok macam mana rupa sebenar tulang sotong yang Burung Baji ni suka sangat makan. Sama ke macam tulang sotong i yang selalu jumpa dalam badan sotong?

Ok, apa kata kita berkenalan dengan Burung Baji / Budgie dengan lebih lanjut.

APA ITU BURUNG BAJI / BUDGIE ?

Budgerigar juga secara tidak rasminya dikenali sebagai budgie, adalah sejenis nuri kecil, berekor panjang dan pemakan bijiran. Ia adalah satu-satunya spesis dari genus Melopsittacus yang berasal dari Australia. Budgerigar liar boleh dijumpai di seluruh bahagian kering di Australia, di mana spesis ini hidup di dalam keadaan tanah pedalaman yang sukar sejak lima juta tahun yang lepas.

sumber : Wikipedia

CIRI-CIRI BURUNG BAJI / BUDGIE

Jantina budgie dapat dikenalpasti hanya melalui satu cara iaitu dengan melihat warna pada “cere” (Cere ialah bahagian atas mulut Burung Baji yang seakan-akan hidung).”Cere” budgie muda, berumur di bawah 8-12 bulan kelihatan hampir sama iaitu warna merah jambu cerah atau ungu. 

Burung Baji / Budgie Betina – “Cere” berwarna putih/biru cair, tan atau coklat. 

Manakala Burung Baji / Budgie Jantan
 i) “Cere” berwarna biru atau biru keunguan bagi varieti biasa sahaja.
ii) “Cere” ungu cerah atau merah jambu (tidak berubah selepas matang) berlaku bagi jenis “recessive pied”, “lutino/albino“, “cledark-eyed ar“, “lacewing“, dan “fallow“

Jika budgie anda berumur kurang daripada satu tahun, kaedah-kaedah di atas tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti jantina budgie. “Cere” biasanya bermula untuk berubah sebelum umur satu tahun tetapi nampak agak samar-samar. “Cere” budgie muda boleh berubah kepada warna jantina yang berlainan apabila telah mencapai kematangan seksual yang lengkap ketika berumur 1 tahun. Walau bagaimanapun jika “cere” budgie muda anda menampakkan ciri-ciri warna coklat, anda boleh yakin bahawa ia adalah betina. Jantina budgie juga boleh dikenalpasti melalui tingkah laku. Budgie jantan biasanya menggoyangkan kepala, bernyanyi , dan biasanya lebih aktif manakala budgie betina biasanya pendiam dan agak garang dengan budgies lain dalam sangkar, dan jarang sekali menyanyi. Budgie betina juga biasanya membuat bunyi yang kuat manakala budgie jantan hanya membuat bunyi yang kuat ketika menyanyi.

Untuk keterangan lanjut mengenai Burung Baji / Budgie, korang boleh rujuk dekat laman web Southernbirds.Wordpress (segala info yang dinyatakan memang cukup lengkap).

"Entry ini telah diperbaiki / dikemaskini / update pada 4 Ogos 2012 berikutan kekeliruan antara Burung Baji dan juga Burung Cinta (yang dinyatakan sebelum ini) Kenapa jadi macam ni? Korang pergi marah dekat suratkhabar Utusan (link Utusan i ada letak dekat atas) sebab terang-terang dia kata Burung Baji dengan Lovebirds tu sama. Hahaha... takpelah, sejujurnya yang silap tu datang dari i (especially untuk sesiapa yang dah baca entry ni sebelum tarikh 4 Ogos 2012) dan yang baik itu datang dari Allah SWT. Thanks kepada pemberi komen (nama dia ada dekat bahagian komen) sebab maklumkan mengenai perkara ini."

Nilah gambar antara Burung Baji / Budgie peliharaan ayah mertua (Father-In-Law) i. Comel kan?


Sedih takde girlfriend. Hiks!


Siap ada effect eyelashes gitu.

p/s : Contohilah Burung Baji / Budgie yang sentiasa comel sepanjang masa. Hehehe...


Jul 23, 2012

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Aci tak kalau bulan-bulan puasa ni update review kisah jalan-jalan cari makan? Alaa... acilah eh? Hehehe... Entah macam mana, i boleh terlupa pulak nak buat entry Nasi Ayam Gemas Mustafah ni. Yang pasti, kejadian makan-makan ni berlaku sebelum bulan puasa. Kalau bulan-bulan puasa buat perangai selamba makan dikhalayak ramai macam ni. Memang sengaja cari pasal nak kena angkut naik van 'tuttt' gamaknya. Eh, tak berani... tak berani... Hehehe... even tak boleh puasa pun, senyap-senyap buka periuk dekat rumah sendiri je. Dekat rumah orang lain pun tak berani nak buat (eceh!)

Entry ni ialah kesinambungan dari kisah ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/hari-sukan-q-dees-2012-q-dees-sports.html. Lepas tamatnya Hari Sukan Qdees, i ambil peluang bawa anak i jalan-jalan cari makan (sambil-sambil tu, ambil peluang juga untuk rest dari memasak. Hehehe). Kalau korang nak tahu, sebenarnya i memang takde rancangan pun nak makan dekat restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah. Semuanya terjadi secara kebetulan (hamboi... ayatku). Bila hubby ronda-ronda cari restoran untuk makan tengah hari. I terpandang nama papan tanda Nasi Ayam Gemas Mustafah. Tiba-tiba terfikir macam familliar sangat nama restoran ni. Tak salah i, kisah Nasi Ayam Gemas Mustafah macam pernah keluar dekat televisyen cuma i tak pasti bila masanya. Jadi, memandangkan anak i pun memang suka sangat makan Nasi Ayam, jadi memang sesuailah kalau kita orang makan tengah hari dekat sini. Selain daripada hidangan Nasi Ayam yang merupakan menu utamanya, restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah juga menyediakan pelbagai hidangan seperti Grilled Chicken Chop, Mee Bandung, Mee Kantonis, Nasi Goreng Cendawan dan lain-lain lagi.

Dari segi rasa nasi ayamnya, susah sikit i nak explain. Nak kata tak sedap, sedap jugak. Senang cakap memang tak sama macam nasi ayam yang biasa tu. Nasinya memang lembut, bahagian ayamnya pun dah lembut cuma untuk supnya je, i rasa macam kuat sikit rasa rempahnya tapi bila dah gaul semua sekali dengan nasi, not bad jugak. Hehehe... Kiranya recommended untuk korang cuba nanti. Harga makanannya pun cukup berpatutan pada i (tak percaya, cuba tengok gambar resit dekat bawah).

Disebabkan rasa macam tak puas hati, nak tahu lebih lanjut mengenai Nasi Ayam Gemas Mustafah ni. Balik je rumah serta-merta i terus google cari info yang berkaitan (gitulah... Pantas macam roket kan i? Kih-kih-kih... Iyolahtu...).

Inilah sedikit sebanyak info / sejarah yang i dapat daripada laman web Nasi Ayam Gemas Mustafah

"Gerai yang diusahakan oleh Mustafah Yusuf, 53, sentiasa menggamit pelanggan,bukan saja di kalangan penduduk setempat, malah dari Singapura, Kuala Lumpur, Seremban, Johor, Pahang dan Melaka.Pengusahanya, Mustafah bin Yusof yang pernah bekerja di sebuah restoran Cina memulakan perniagaan sendiripada 1980 dengan menjual nasi ayam, masakan cina, tetapi disebabkan nasi ayam lebih popular, beliau menumpukan kepada hidangan itu mulai tahun 1984. Isteri beliau, Joriah Awang, 52, bersama 3 orang anak dan 8 pekerja mengendalikan perniagaan ini dari jam 10:30 pagi hingga 5:00 petang setiap hari kecuali Ahad. Purata 50 ekor ayam digunakan setiap hari."

Hah, betullah tekaan i yang restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah ni familliar sangat sebab memang dah lama popular dah pun (tapi i je yang baru test-try-ngap hehehe....)

Lokasi sebenar / alamat Nasi Ayam Gemas Mustafah Original di Gemas, Negeri Sembilan ialah terletak di Blok E1 dan E2, Perhentian Bas dan Teksi Gemas. Agak-agak kalau tak boleh jumpa tu, korang cuba masukkan koordinat GPS dekat bawah :

2º34'56.0'' N 102º36'39.8'' E

Nombor Telefon : 012-6947886 (Encik Mustafah)


Alamat Nasi Ayam Gemas Mustafah tempat i makan pula ialah :

No. 33, Jalan PPAJ 3/1
Pusat Perdagangan Alam Jaya
42300 Bandar Puncak Alam


So, korang apa lagi, jom!






Air Laicikang ni super sedap tau!

Jumlah semua sekali RM20.30. Oklah kan?

p/s : Buka puasa dengan nasi ayam pun best jugak.

Jul 22, 2012

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012

Nampaknya hari ni selesai dah hari kedua kita berpuasakan? 29 hari tolak 2 hari maksudnya ada lagi 27 hari nak raya (eceh-ceh-ceh, raya pulak yang disibuknya. Hehehe). Yelahkan, cuba tanya dekat sesiapa je siapa yang tak teruja nak sambut hari raya. Apa pun diharap sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, kita sama-sama dapat kumpul pahala berlipat ganda (amin...). Lagipun semua syaitan-syaitan durjana dah kena ikat. Yang tinggal nak lawan cuma godaan nafsu diri sendiri je (ish-ish-ish). Impian i sempena bulan Ramadhan tahun ni, nak cuba khatam Al-Quran sehingga tiba penghujung Syawal (insya-Allah).

Sempena besok (hari Isnin) merupakan hari pertama bekerja di dalam bulan Puasa. Mungkin ada antara korang yang nak tahu bilakah masuknya waktu imsak dan berbuka puasa untuk kawasan masing-masing kan? Jadi dengan adanya jadual dekat bawah ni, takdelah korang kelam-kabut terkejar-kejar nak berbuka puasa. Agak-agak ada yang kena berbuka puasa dalam kereta, dah boleh bersiap sedia awal-awal.

Alhamdulilah, sepanjang bulan puasa tahun 2012, Big Boss (Pengarah Urusan) tempat i kerja dengan baik hatinya bagi kami pulang pukul 4:30 petang berbanding tahun lepas (2011) pukul 5:00 petang. Waktu ni, hari-hari i berbuka sambil pegang sudip gara-gara kelam-kabut nak sediakan juadah berbuka. Haishhh... pitam. Jadi i harap, kejadian macam ni dapat dikurangkan pada bulan Ramadhan tahun ini. Hehehe...

Dekat bawah ni, jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk kawasan Selangor Zon 2. Siapa tinggal satu kawasan dengan i, bolehlah kita berbuka puasa sama-sama.



Dan yang ini pulak ialah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 H / 2012 untuk seluruh Malaysia. Klik mengikut kawasan masing-masing ok.

BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


sumber : Jakim


p/s : Tak tahulah kenapa tapi i selalu rasa double happy bila tiba bulan Ramadhan. Besarnya nikmat bulan Ramadhan kan?