Blogger templates

Nov 18, 2012

Typo Malaysia

Mood menghias rumah kembali menjelma (ewah!) Sebelum ni, i sibuk mencari perabot dan beberapa barangan Ikea untuk disesuaikan dengan sudut dalam rumah. Seboleh-boleh mungkin i nak pastikan setiap ruang dalam rumah berfungsi, selesa, fleksibel, ceria dan mudah untuk dikemas (hah! Ni paling penting. Hehehe). Jadi bila ada saudara-mara atau kawan-kawan yang muncul membuat lawatan secara tiba-tiba, i boleh sembunyikan alien (mainan anak-anak i) secara sopan dan pantas (perghh...) Konon macam kemas je gitu, tapi hakikat sebenar dah macam puting beliung rumah ni dia orang kerjakan. Hehehe... 

Tapi kini, i nak cari barangan unik untuk dijadikan hiasan dalam rumah i pulak (gaya cakap agak-agak dah boleh challenge Eric Leong tak? Hahaha!) Boring pulak tengok dinding, meja study, hiasan atas perabot, frame gambar yang berkeadaan sama je untuk beberapa tahun ni. Ok, i perlukan sesuatu untuk menambahkan keceriaan rumah i. Nama pun rumahku, syurgaku. Dah tentu, tempat yang paling menggembirakan dan boleh menghilangkan stress selepas terperap lama dekat pejabat ialah Rumah. Dan percaya tak korang, i tak pernah rasa puas melepak dekat rumah i sendiri. Kadang-kadang tu tengah seronok buat spring cleaning barangan lama, tengok rancangan memasak atau main game dekat iPad. Sedar-sedar, besok dah hari kerja (haishhh... sabar jelah kan?)

Jadi, dua hari lepas. I ajak hubby ke Setia City Mall, Setia Alam (shopping complex favourite i sekarang ni). I teringat satu kedai bernama Typo yang belum sempat i singgah sepanjang berkunjung dekat sana (apataknya banyak sangat kedai-kedai yang best dekat Setia City Mall. Mana tak buat langkah i jadi tak tentu arah. Kalau korang nak tahu, butik H&M pun ada tau!). Ikutkan beberapa hari sebelum tu, i dah sibuk meng'google' barangan unik untuk dijadikan perhiasan rumah. Tengok dari harga, macam mampu nak beli tapi bila tambah dengan harga kos penghantaran, macam boleh beli dua benda yang sama pulak (huhuhu...) Maka untuk mengurangkan rasa frust melampau i tu, i harap sangat dapat beli sesuatu yang menggembirakan bila berada dekat Typo.

Ish... asyik sebut Typo je dari tadi kan? Typo tu apa?

Hahaha... alahai tak baik betul i kan? Buat korang tertanya-tanya je. Typo berasal daripada Australia dan merupakan kedai perhiasan / aksesori rumah yang berada di bawah label baju Cotton On (hah... kalau sebut Cotton On mesti korang kenal, betul tak?) Sebenar-benarnya i pun baru tahu pasal hal ni (keh-keh-keh). Keseronokan berada di Typo lebih kurang sama perasaan macam berada dalam Ikea iaitu sampai tak sedar yang masa amat mencemburui. Rasa macam tak nak balik pun ada jugak! (hehehe). Tak puas nak membelek pelbagai barangan unik, kreatif dan comel dekat sini.

Yang paling seronok bila hubby i pun dah terjebak minat dengan barangan unik / comel Typo gara-gara wifey dia yang suka buat muka excited bila nampak benda-benda macam ni. Eee... sukanya!! Rasa macam nak angkut je semua benda. Lepas tu letak dekat depan cashier sambil mengharapkan orang cashier tu berkata, "jumlah semua sekali ialah percuma". (hahaha... toksah mimpi). Tapi bila tengok sesetengah harga yang macam tak bertepatan dengan saiz barangannya. Akal i terpaksa menyabarkan hati yang selalunya gelojoh (oppss... hehehe).

Buat masa sekarang ni, terdapat hanya dua cawangan Typo di Malaysia iaitu :
(cepat salin alamat dekat bawah, lepas tu save dalam GPS)

4.01.03, Level 4
Pavilion Shopping Centre, 168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Nombor telefon : [03] 2141 3399

TYPO - SETIA CITY MALL
UG23, Upper Ground
Setia City Mall Shopping Centre
Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13
40170 Shah Alam, Selangor 

Macam mana pun untuk korang yang tak dapat shopping barangan Typo dekat dua cawangan atas dan teringin nak browse barangan Typo yang i perkatakan. Jangan sedih-sedih k, korang picit je link laman web Typo dekat sini ---> http://asia.cottonon.com/shop/typo/. Automatik muka korang tengah bersinar-sinar macam matahari. Hehehe...

Anyway, kalau ada kedai barangan hiasan rumah yang menarik macam Typo. Harap, korang jangan segan silu bagitahu i ye. I memang suka barangan unik, comel dan creative. Eee... tak sabar nak hias rumah dengan macam-macam barangan menarik lagi.

Sementara tu, jemputlah tengok barang apa yang i beli dekat Typo.

Beg kertas Typo.

Taraaa... Upper Case Letters dan Wooden Symbols White (wah!! Barangan idaman i ni...) Harga setiap abjad dan simbol ialah RM15.00. Macam mana pun kalau korang beli tiga abjad atau simbol, harganya ialah RM30.00. Kira oklah harga ni. Harga mampu gitu. Hahaha!

A & R ialah initial nama hubby dan i (so... sweet! hehehe....)

Yeay! Nampak cantik dan comel tak?

p/s : kenapalah barangan kreatif macam ni, mahal dekat Malaysia? Kenapa, kenapa & kenapa?! Haishhh...

22 comments:

  1. Haah kita tau typo kat pavi je kak. Tp barang dia mmg simple and artistic tapi not bad jugakla harganya huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, akak ingat nak try jenguk cawangan Typo dekat Pavi pulak :)

      Delete
  2. Cantik. Mmg trend skarang kn? Ade jmpa last week kt setia city mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti trylah masuk sini, bila pergi Setia City Mall lagik :)

      Delete
  3. cantiklah reena....kalau reena A&R mun pulak A&M..hehehehe...

    ReplyDelete
  4. tak penah masuk.hehe sebab tade rumah lgk nak hias..:P

    ReplyDelete
  5. sweetnye...lomantik gitu...simple n menarik...kreatif la k.reena...sukeeee...:)

    ReplyDelete
  6. masa kawen saya jadikan deco bilik. sukaaaaaaaa :D now nak carik perkataan COOK yang cantum terus tapi susah nak carik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun letak alphabet ni dekat bilik tidur Mun :) Wooden block yang pattern lain sikit akak ada jumpa dekat internet tapi harganya mak datok macam tak confident nak beli. Tapi tak tahulah, mana tahu akan datang ada rezeki lebih :)

      Delete
  7. cantik!!! tak berkesempatan lagi nak pergi typo..sebab rumah pon takde lagik..so takde nak dekorasi sangat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe... beli untuk simpan dulu pun ok. Mana tahu akan datang susah nak jumpa pattern-pattern macam ni lagi :)

      Delete
  8. tumpang tanya itu alphabet berapa besar? ada 12" tak?
    nak guna untuk hiasan juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jennifer :)

      Alphabet ni besar dia lebih kurang 10", memang cantik untuk buat hiasan :)

      Delete
  9. Thank you for posting this. I've heard my friends talking bout this store and I had no idea. At all. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome dear :) And thanks for reading.

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)