Blogger templates

Feb 5, 2013

Typo Shop Setia City Mall

Sebelum ni, i dah pernah tunjukkan dekat korang hiasan wooden alphabet letters A & R yang i beli dekat Kedai Typo kan? (suka gila dengan alphabet kayu ni!) Hari tu (takdelah baru sangat, 2-3 minggu lepaslah jugak. Hehehe) i ada datang buat lawatan lagi (entah yang dah ke berapa kali tah) dekat Kedai Typo ni. Perghhh... rasa macam nak angkut semua alphabet bawak balik rumah sebab tiba-tiba stok alphabet berlambak ada macam-macam warna. Tapi hubby yang bersikap cool dan faham sangat dengan perangai wife dia ni, suka buat soalan yang menyebabkan otak i terpaksa bekerja keras lima kali ganda berfikir samada perlu ke tidak benda ni semua dekat rumah. Membuatkan i terpaksa pejam mata konon-konon alphabet tu semua dah sold out. (Huwaaa... sampai sekarang terkenang-kenang dekat alphabet tu semua. Bye-bye alphabet!)

Kalau Kedai Typo ni pulak wujud waktu i bersekolah dulu-dulu. Lepas tu i datang dekat sini bersama ayah dan ibu. I dah boleh agak apa jawapan spontan yang ayah akan jawab, especially bila i minta ayah belikan alphabet ni, "alaa... setakat alphabet kayu macam ni. Takpe... ayah pun boleh buatkan, bukannya susah pun." Hakikatnya, sampai sudah alphabet tu pun tak muncul-muncul. Hahaha! I rasa kebanyakan orang lelaki memang malas nak fikir benda-benda yang berkaitan dengan decoration kot. Pada dorang, bukannya penting sangat pun. Takpelah, kita lupakan dulu kisah alphabet. Mana tahukan, tiba-tiba datang nafsu shopping i secara membara. Tiba-tiba muncul pulak entry baru menayang-nayang semua alphabet kesukaan i tu. Eh! Hehehe... (tengok tu... tengok tu...well perempuanlah katakan).

Anyway sebenarnya i suka sangat kedai yang gunakan konsep bercirikan DIY (Do it yourself) ni tau kawan-kawan. Setiap kali masuk je dalam kedai macam ni, i mesti pasang angan-angan mat jenin one day bila i ada kedai nanti (tak kiralah apa jenis kedai sekalipun), i nak terapkan konsep DIY untuk kedai i. Lepas tu nak hias comel-comel (berangan pun kira dianggap macam doa jugakkan? So, korang... tolonglah amin ramai-ramai ye. Hehehe). Selain daripada dekorasi Kedai Typo, i suka jugak dekorasi macam dekat Wondermilk Cafe yang i pernah ceritakan dekat korang dulu. Sumpah comel gila!

Teringin nak jenguk macam mana keadaan rupa dekorasi Kedai Typo / Typo Shop Setia City Mall. Jom  ikut i.

*Untuk alamat dan nombor telefon cawangan Typo ada dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/typo-malaysia.html*







iPhone 4
Typo Shop Setia City Mall | 10 Dec 2012 | Photo by Reena


p/s : Be creative and it's fun!

7 comments:

  1. betul la.. sy pun suka bertepek kat kedai macam ni lama2.. tp sejak dah jd mak2 ni bila singgah kedai mcm ni semua benda anak nk gapai.. alahai kalau jatuh pecah, naya mama nak ganti.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun mengalami situasi serba-salah yang samalah Far. Tapi selalunya tak bagi budak-budak kecik 3 orang ni join masuk kedai sekali. Tak pasal-pasal papanya lah jadi mangsa teman dorang dekat luar. Mama, happy jalan dalam kedai sana-sini. Kemain kan? Hehehe...

      Delete
  2. Dah lama Reena tak buat entry deco2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rindu dekat entry deco bersama Reena ke? Hehehe... sekarang ni tengah ambil mood nak comel-comelkan rumah dulu. Sejak dua orang budak kecik ni dah sekolah, banyak benda terbengkalai nak buat kak. Huhuhu....

      Delete
  3. rasanya kalau saya masuk kedai ni mau berjam2 ..cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awak... tak perasan masa berlalu dengan pantas (ewah!) Hehehe...

      Delete
  4. kak, tahu tak klau dr ktm seremban, dkt stesen mna nak benti eh utk ke setia ct mall?

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)