Blogger templates

Jun 30, 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Assalamualaikum dan hai semua, terasa macam lama sangat i tak jengah blog ni kan? Kesian korang yang tertunggu-tunggu kehadiran i (eh, ada yang tunggu ke? Hehehe...) Ikutkan, i pun rindu sangat nak membebel dalam blog ni. Macam-macam cerita i nak ceritakan tapi tulah, kesuntukan masa nak berlegar lama-lama dalam internet, faktor kesihatan, beban kerja pejabat dan keutamaan untuk keluarga buatkan i kena berikan perhatian untuk mana yang lebih penting (huhuhu... tulah sebab kena korbankan masa berblog. Sorry ye korang).

Haishh... bukan senang jadi orang dewasa yang dah bekeluarga ni tau? Hehehe... Kalau dulu, i selalu berangan nak jadi dewasa cepat-cepat. Motifnya? Sebab nak kerja, dapat duit gaji tiap-tiap bulan, pakai mekap dan baju cantik-cantik dan boleh buat keputusan sendiri (hahaha... motif lah sangat kan?) Tapi bila dah dewasa ni (atau perkataan dahsyatnya semakin tua. Kehkehkeh). I harap sangat masa boleh bertukar balik ke belakang sebab i lebih rela ibu dan ayah buat keputusan untuk i, lebih rela kena marah dengan cikgu dan lebih rela mengadap peperiksaan dengan buku. Hahaha... senang cakap, jadi budak-budak ni tak payah nak fikir banyak benda pun. Tak nak kena marah, ikut jelah cakap orang tua. Habis cerita.

Macam mana pun janganlah korang fikir yang i macam give-up jadi orang dewasa pulak ye... Seronok jugak jadi dewasa ni, macam-macam pengalaman yang kita lalui hari-hari. Banyak sangat benda yang kita kena fikirkan atas apa pun keputusan yang kita ambil. Bila jadi dewasa, tak boleh pentingkan diri sendiri je, kena jaga hati keluarga. Kena tahu batas-batas tertentu, kena didik diri sendiri dulu sebelum didik anak-anak. Kena belajar terima teguran orang lain (selain ibu bapa) dengan hati terbuka. Kena kurangkan emo dan selalu tanamkan perasaan positif dalam diri. Yang sebenar-benarnya bila jadi dewasa ni kita kena selalu banyak bersabar (tarik nafas pelan-pelan kemudian lepaskan ye kawan-kawan. Hehehe...)

Oh, apa lagik perkara penting yang patut kita buat bila jadi dewasa? Hah... periksalah kesihatan selalu (seelok-eloknya setahun sekali) tak kiralah untuk kaum wanita atau pun lelaki. Sebab apa? Sebab banyak lagik perkara yang kita nak terokai setiap hari. Ye tak? Lagipun macam orang putih cakap prevent is better than cure (mencegah lebih baik daripada mengubati). Hehe...


ANTARA PEMERIKSAAN KESIHATAN YANG WAJIB KORANG LAKUKAN SETIAP TAHUN IALAH :-

1. Mengukur berat badan dengan ketinggian bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

Body Mass Index (BMI) merupakan pengukuran yang membandingkan berat dan tinggi badan seseorang. Meskipun nilai yang dihasilkan dari formula BMI bukan berdasarkan jumlah lemak dalam tubuh, namun nilai BMI biasanya dijadikan pengiraan adakah seseorang memiliki tubuh yang ideal. Formula BMI digunakan di seluruh dunia sebagai alat diagnosis untuk mengetahui masalah berat badan seperti terlalu kurus, kurus, normal, atau gemuk. Kelompok hasil BMI telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh WHO. Di Asia nilai BMI nya adalah berbeza dengan nilai BMI di negara Barat.

Nilai pengiraan dari formula BMI lebih sesuai digunakan untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak, wanita hamil, dan orang yang berotot, nilai BMI ini tidak dapat digunakan. Nilai BMI juga boleh menentukan risiko terkena penyakit akibat berat badan, seperti jantung dan diabetes.

Sumber : kumpulan.info


Jom kita kira berapa BMI berat badan nak?

Menilai Berat Badan Anda (BMI)
Berat Anda (kg)
__________________ = BMI
Tinggi (m)
< 18.5 Berat Badan Berkurangan
18.5 - 22.9 Berat Badan Ideal
23.0 - 27.9 Berat Berlebihan
> 28.0 Obesiti


2. Pemeriksaan tekanan darah.

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri atau pembuluh darah ketika ia dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan. Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg. Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik. Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik. Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa berehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber jadual : arbibm.blogspot.com

3. Pemeriksaan paras gula dalam darah.

Adalah penting bagi anda menjalani ujian paras gula darah sekiranya:

1. Anda mempunyai berat badan yang berlebihan
2. Anda mengalami kehilangan berat badan mendadak walaupun anda berselera makan
3. Ibu atau bapa anda penghidap diabetes
4. Anda kerap merasa dahaga, keletihan dan kerap kencing
5. Anda kerap kali mendapat kudis dan jangkitan
6. Anda mengandung


Sekiranya keputusan ujian paras gula darah anda tinggi, anda berkemungkinan seorang penghidap Diabetes. Diabetes boleh terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja walaupun ia lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa. Ramai penghidap Diabetes berasa sihat dan hanya menyedari mereka mengidap penyakit Diabetes apabila mereka menjalani ujian paras gula dalam darah.

Bagaimanakah ujian paras gula dalam darah dijalankan?

• Satu tusukan kecil jarum di hujung jari anda akan menghasilkan setitis dua darah. Titisan darah ini akan diletakkan di atas jaluran kertas khas dan dimasukkan ke dalam mesin kecil yang dipanggil glucometer. Dalam beberapa saat sahaja anda akan mengetahui keputusan paras gula darah.


• Ujian kedua memerlukan pengambilan beberapa mililiter darah dari salur darah vena di lengan dengan menggunakan jarum yang lebih besar. Darah ini akan dimasukkan ke dalam botol khas dan dihantar ke makmal untuk ujian. Anda boleh memperoleh keputusan ujian ini dalam masa beberapa jam ataupun dalam masa sehari.

Sumber : izieherb.net

Sumber : steviapage.blogspot.com

4. Pemeriksaan Payudara.

Pemeriksaan payudara diri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor. Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun. Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Untuk cara pemeriksaan sendiri payudara dan keterangan lanjut, korang boleh rujuk di sini ---> http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemeriksaan_payudara_diri


5. Pemeriksaan Pap Smear.

Apa itu Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu Serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Untuk keterangan lanjut, boleh baca dekat sini ---> kpmcpuchong.com.my


6. Pemeriksaan gigi.

Pemeriksaan pergigian secara berkala penting untuk mengekalkan kesihatan gigi dan kesihatan secara keseluruhan.

Kenapa perlu anda melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala?

Pemeriksaan gigi secara berkala penting bagi :-

1. Pencegahan penyakit gigi
2. Pengesanan awal penyakit gigi.
3. Penyeliaan penjagaan sendiri.

Sumber : izieherb.net


Alhamdulilah, pejabat i baru je adakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk ke semua stafnya (pheww...  best kan? Save budget i. Kehkehkeh). Walaupun sebenarnya, setiap tahun i selalu pergi ke SDMC atau pun nama panjangnya Sime Darby Medical Centre (dulu dikenali sebagai SJMC - Subang Jaya Medical Centre) untuk jalani pemeriksaan kesihatan dengan Dato' Dr. Siti Zaleha Zainal (nilah doktor gynae favourite i yang dah bantu lahirkan ketiga-tiga anak i) dan giliran nak berjumpa Dr. Siti memang lama (sebab ramai betul pesakit yang pilih dia). Tapi sebab tengok semangat Dr. Siti yang melayan semua pesakitnya dengan senyuman tanpa mengira waktu buat i rasa penantian i berbaloi sangat.

Ok korang tu je nak cerita... Bye-bye. Jaga kesihatan selalu tau.

Tengah tunggu giliran nak jumpa Dato' Dr. Siti Zaleha. 



p/s : tunggu punya tunggu punya tunggu sampai dah takde orang dah. Hehehe...

Jun 22, 2012

Ikea Family

Dua minggu lepas, kita orang pergi ke Ikea untuk mendaftar dan aktifkan kad Ikea Family yang baru. Kalau mengikut entry i yang ini http://www.reenaonline.com/2012/04/restoran-ikea-ikea-restaurant.html, i ada ceritakan serba ringkas keistimewaan menjadi salah satu ahli atau dipanggil Ikea Friends dengan membuat permohonan kad kredit melalui Alliance Bank Berhad. Tapi sekarang ni (bermula bulan Jun 2012) korang dah tak payah nak mohon kad kredit untuk mendapatkan keistimewaan sebagai ahli Ikea. Yeay! Bestnya... tapi nak kena buat macam mana? Hah... meh i bagitahu nak?

BAGAIMANA CARA UNTUK MENJADI IKEA FAMILY / MOHON KAD IKEA FAMILY YANG BARU?

Ikea Family terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu pendaftaran dibuat dan mempunyai nombor talian handphone.

Korang cuma perlu pergi ke Ikea dan mendaftar terus sebagai Ikea Family melalui kiosk yang disediakan. Kemudian, korang akan terima satu kad sementara (temporary card) untuk digunakan bagi mendapatkan mata ganjaran (bonus point) dengan serta-merta serta menikmati diskaun untuk pembelian barangan tertentu. Untuk pemegang kad sementara, korang berpeluang untuk mendapatkan kupon kopi percuma dan kupon diskaun hidangan Family (Family meal coupun) dengan cara swipe / layarkan kad korang pada mesin yang disediakan di Ikea. Walaubagaimanapun ianya hanya terhad pada hari pendaftaran sahaja.

Sebagai pemegang kad sementara, korang dikehendaki berbelanja sekurang-kurangnya RM200.00 dalam jangkamasa setahun bagi mengaktifkan kad Ikea Family dan menikmati kemudahan sebagai ahli Ikea Family yang sebenar sepenuhnya. Bagi memastikan setiap transaksi yang korang buat, direkodkan ke dalam sistem. Korang jangan lupa tunjukkan Ikea Family temporary card korang tu di bahagian pembayaran (cashier). Kegagalan berbuat demikian akan merugikan diri sendiri (eceh! Hehehe...) Agak-agak kalau tak faham mengenai cara permohonan untuk menjadi Ikea Family ni. Korang jangan risau, ramai staf Ikea yang sudi membantu korang dekat situ.

TAPI BAGAIMANA PULA UNTUK MEREKA YANG SEMEMANGNYA ADALAH AHLI IKEA FRIENDS?

Sesiapa yang merupakan ahli Ikea Friends, rasanya korang dah tak perlu risau lagik sebab Ikea dengan pantasnya dah hantar kad Ikea Family ke alamat korang dan maklumkan mengenai pendaftaran sebagai ahli Ikea Family dengan log in di laman web Ikea ---> http://family.ikea.com.my/membership/Family-LogIn.aspx. Yang best nya, sesiapa yang sememangnya ahli Ikea Friends, korang secara automatik kini bergelar Ikea Family dan menikmati ganjaran sebagai ahli sepenuhnya. Untuk mereka yang masih belum menerima kad Ikea Family pula, korang hubungi Ikea serta-merta bagi mendapatkan bantuan atau terus datang ke Ikea bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI IKEA FAMILY

1. Membeli barangan tertentu pada harga rendah.
2. Menikmati bonus ganjaran dan penebusan baucer dengan nilai RM5.00 bagi 500 mata ganjaran yang dikumpulkan (setiap mata ganjaran hanya boleh dikumpulkan selama 2 tahun sehingga 31 Disember).
3. Menerima kupon minuman kopi percuma (terhad hanya 10 kali setiap tahun) dan diskaun ke atas hidangan Family.
4. Jemputan ke Pembukaan Jualan Murah (Sale Preview) dan sebarang acara istimewa yang diadakan di Ikea.
5. Menerima Ikea Family newsletter.

Nak dapatkan info dengan lebih lengkap mengenai Ikea Family, korang boleh pergi dekat link sini ---> http://family.ikea.com.my/images/welcome/Ikea-Family-Welcome-pamphlet-EN.pdf

Kalau sebelum ni ada diantara korang tak berpeluang menjadi Ikea Friend (sebab permohonan kad kredit Ikea Friends korang di Alliance Bank Berhad tak diluluskan), i rasa inilah saat-saatnya yang korang nantikan. Cuma i perasan, keistimewaan sebagai ahli Ikea Family tak sebest macam jadi ahli Ikea Friends dulu-dulu (huhuhu...) Terutama sekali bila boleh dapat kupon minuman kopi percuma setiap hari dan boleh buat pelan bayaran ansuran tanpa faedah (0% interest) bagi barangan tertentu selama 36 bulan (kan tak best kan? Sebab dua-dua nilah punca utama i selalu pergi dan beli barangan dekat Ikea. Hehehe). Takpelah, walaupun keistimewaan dah dikurangkan, i tetap sayang Ikea.

Ok, jom tengok gambar nak?

Posing dengan pamphlet Ikea Family depan Uncle Lim (model pamphlet kehkehkeh)




p/s : Thanks for reading, malam ni i jengah korang ok.

Jun 20, 2012

Setia City Mall

17 Mei 2012 merupakan pembukaan baru bagi shopping complex / pusat membeli-belah Setia City Mall. Hoorey! Nampaknya bertambahlah pilihan tempat yang i bershopping bila tiba hujung minggu sekarang ni. Hamboi! Kemain kau bershopping setiap minggu gitu. Takde shopping mananya pun lah, hehehe... jalan-jalan terapi minda dan cuci-cuci mata sambil menggembirakan anak-anak i je. Seronok tengok dorang berlari kesana-sini. Cuma jangan dorang minta yang pelik-pelik untuk belikan barang, sudah. Hahaha... jenuh mama papa nak memujuk.

Walaubagaimanapun kita orang takdelah pergi ke Setia City Mall bersempena dengan pembukaannya. Sebab masa tu terfikir mungkin banyak kedai-kedai yang ada dekat situ belum dibuka. Maklumlah kan shopping complex baru, mesti banyak yang tak siap. Selang tiga minggu kemudian, barulah kita orang datang ke sini. Mula-mula waktu nak sampai ke Setia City Mall, pening juga kepala nak cari arah untuk pergi. GPS pun tak berapa banyak membantu, i cari landmark yang berhampiran iaitu Setia Eco Park dan Tesco Setia Alam. Kemudian, lihat sekeliling untuk banner / papan tanda yang menunjukkan arah tepat ke Setia City Mall. Alhamdulilah, nasib baiklah jumpa walaupun kawasan Setia City Mall ni sebenarnya belum ada sebarang pembangunan / development dekat sekelilingnya. Kiranya kalau korang pergi, korang akan nampak ada satu-satunya shopping complex yang wujud di tengah-tengah padang jarak padang terkukur. Lepas ni confirm penuh kawasan perumahan yang naik dekat area sini. Wah, siapa beli rumah dekat sini. Untunglah dapat jalan-jalan pergi Setia City Mall hari-hari.

Apa yang buat i rasa Setia City Mall ni menarik perhatian i untuk datang lagik dan lagik dan lagik ialah kedai-kedai yang ada di dalam Setia City Mall semua memang senarai kedai favourite i (walaweh!). Ada Machines Apple Store, MPH Bookstore, Uniqlo, Daiso, Nando's, Guess, ZARA, Mango, Cotton On, Esprit, Timberland, Secret Recipe, FullHouse Lifestyle Store & Cafe, Crocs, Living Cabin, Subway, Krispy Kreme (kisah entry Krispy Kreme, korang boleh baca dekat link sini --->  http://www.reenaonline.com/2012/06/krispy-kreme-malaysia.html) dan macam-macam lagik. Untuk tenant utamanya pulak ialah Parkson. Dahlah kebanyakan kedai-kedai dekat sini adakan jualan murah / sales / tawaran menarik sepanjang pembukaan hingga 30 Jun 2012. Rambang mata i jadinya. Tak sangka shopping complex yang pada pendapat i cukup simple, sebab cuma ada tiga tingkat sahaja boleh cover macam-macam kedai yang best (best untuk i jelah. Untuk korang i tak tahulah best ke tak? Hehehe...)

Bertambah double best, Setia City Mall cuma 15 hingga 20 minit je perjalanan dari rumah i. Agak-agak nak shopping barang keperluan rumah, i boleh lari pergi Tesco atau Giant Setia Alam pulak (planning baik punya! Hahaha).

Alamat pengurusan Setia City Mall ialah :-

Level 2, Setia City Mall
No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam, Seksyen U13
40170 Shah Alam
Selangor

Nombor Telefon : [03] 3375 8788
Nombor Faks : [03] 3375 8799

Koordinat GPS : 3.109963, 101.459212

Lokasi / Peta Setia City Mall


Nak dapatkan keterangan lanjut, nak tahu apa lagik kedai-kedai yang best, kerja kosong ke, tempat yang menarik dekat sini, korang boleh jugak melawat di laman web / website Setia City Mall ---> http://www.setiacitymall.com/default.aspx

KEMASKINI / UPDATE TERBARU
Nak baca lagik kisah Setia City Mall yang terbaru, bolehlah pergi link sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/07/setia-city-mall-setia-alam.html

Ok, jom kita tengok gambar-gambar i, macam manalah agaknya rupa dekat dalam Setia City Mall ni kan? Oh, sebelum terlupa, harga tempat letak kenderaan / parking rate dekat sini pun murah je. Tiga jam pertama untuk hari biasa ialah RM1.00, tambahan jam seterusnya ialah RM1.00. Manakala untuk hujung minggu / weekend pulak, tiga jam pertama ialah RM2.00, tambahan jam seterusnya ialah RM1.00 jugak (kira murahlah kan?) Tak puas hati nak murah lagik (senang cakap, free), korang parking je lah dekat tepi-tepi jalan kawasan luar Setia City Mall tu (kena saman, i tak bertanggungjawab. Haha!)



Timberland pun ada sale!!
Yea-yea ada ZARA.



Budak kecik mengamuk nak balik. See-see tak beli barang pun kan? Ok bye.

Apa i pakai hari tu?
Tudung / Shawl - Jalan TAR
Jaket jeans - Tommy Hilfiger
Skirt labuh - Old Blossom Box
Buku / Passport Setia City Mall
Macam nilah gambaran ilustrasi bila Setia City Mall dah complete nanti.
Wah... Michael Learns To Rock (Michael Belajar Untuk Rock) datang Setia City Mall 23 Jun 2012 laa... Jom!
Buku / Passport ni tunjukkan details mana-mana kedai yang adakan tawaran menarik.

p/s : Kalau pergi shopping complex hari-hari pun gagah (kenapa eh?)

Jun 17, 2012

ThePopLook.Com

Hari tu baca entry Posh (si gorgeous yang suka naik motor besar) berkaitan PopLook. Especially tentang perasaan dia yang tak sabar-sabar nak beli baju dekat PopLook (hehehe.... sabar Posh... sabar). Ikutkan i pun memang minat dan ada beberapa koleksi daripada Poplook untuk dipakai pada hari-hari cuti (rasanya korang pun pernah nampak beberapa pakaian PopLook yang i gayakan dekat dalam blog ni kan?) Aik, tapi kenapa pakai hari cuti je? Sebab err... perasaan / feel pakai baju PopLook ni lebih terserlah pada hari cuti berbanding hari bekerja (hahaha... boleh tak jawab macam gitu). Entahlah, bila hari bekerja i lebih suka kenakan baju kemeja, cardigan atau t-shirt tutle neck dengan seluar panjang. Nampak lebih kemas dan senang i nak bergerak ke sana-sini. Kalau pakai dress labuh, tersungkur pulak i jadinya (ish-ish-ish).

Bagaimana i boleh berminat dengan pakaian PopLook?

Mula-mula dulu, i sangkakan PopLook ni nama kelab untuk peminat kamera lomo sebenarnya, jadi i takdelah excited sangat nak cari info lebih lanjut berkaitan PopLook ni. Maklumlah waktu tu, i tengah berjinak-jinak dengan kamera DSLR (Nikon D5100 kesayangan i). Sampailah satu hari tu, i ternampak Sazzy Falak post gambarnya dengan pakaian PopLook di Instagram, tak salah i tahun lepas (2011). Yang kelakar tu, hubby i yang beritahu i pasal pakaian PopLook yang Sazzy pakai ni (ish, tak boleh jadi ni. Hubby i lagik maju ke depan pasal fesyen daripada wife dia ni. Duhh...) Bila terpandang baju Sazzy, terus hati i menjerit "cantiknya!". Bermula dari situ, cepat-cepat i cari laman web / website ThePopLook.com <--- klik sini. Lagik membuatkan i bertambah happy bila semua pakaian dalam website PopLook memang cantik-cantik dan sesuai sangat dengan wanita bertudung. Kiranya masa tu bertepatan dengan diri i yang baru 'berhijrah' dan masih tercari-cari pakaian baru untuk digantikan dengan pakaian lama.

Untuk pengetahuan korang, i memang cerewet sikit (bukan sikit tapi banyak sebenarnya. Hehehe...) bila nak membeli pakaian. Lebih-lebih lagik pakaian yang dibeli melalui online ni. Dah banyak kali i hampir-hampir terpengaruh nak membeli pakaian Korea yang banyak dijual dekat blog-blog. Tapi bila i tengok tekstur kainnya, corak pada pakaian dan saiz yang meragukan (maklumlah model yang pakai pakaian Korea ni memang comel habis! Mana tak buat pakaian yang biasa-biasa pun boleh bertukar jadi double comel). So, i selalu batalkan niat hati, sebab tak confident dengan hasil pakaian yang akan i dapat nanti (yelah, walaupun beli online tetap kena bayar pakai duit. Ye tak? Hehehe).

Bila kali pertama i beli baju / pakaian PopLook?

Semenjak 'berhijrah' memakai hijab, i memang teringin sangat nak beli pakaian bercirikan dress labuh. Walaupun hakikat sebenarnya, i bukanlah wanita yang jenis ayu-ayu ber'dress' labuh ni (kih-kih-kih). Tujuan nak beli pun masa tu sebab kemungkinan pejabat i akan adakan dinner night. Bolehlah melaram sikit kononnya nanti. Jadi pada bulan September 2011, bermulalah sejarah i bersama PopLook, tanpa teragak-agak lagik, i dengan penuh confident nya terus sambar dua helai dress labuh. Tu pun setelah 4  hari 3 malam i memikirkan betul ke tidak keputusan membeli yang akan i buat (duhh... macam fikir apa je kan?) Oh, lupa nak bagitahu. Pos penghantaran untuk seluruh Malaysia adalah percuma tau (dorang gunakan Pos Laju). Best kan? Anggaran harga untuk pakaian PopLook ialah dari RM52.00 hingga RM139.00. Untuk aksesori pun ada jual jugak.

Tips membeli baju / pakaian PopLook (atau Beli Pakaian Online) serta Syarat Pemulangan

Selang dua hari kemudian, i pun terima dress labuh yang i order daripada PopLook (yeay!) Perasaan waktu tu, tak tahu nak cakap macam mana. Takut, excited, cantik ke, kecik ke, semua bercampur-aduk.  Walaupun pada tag pakaian PopLook ada menerangkan yang kita boleh pulangkan balik pakaian tersebut sekiranya tak berpuas hati dan tidak dikenakan sebarang caj tertentu (yang penting korang jangan potong tag tersebut). Kecuali sewaktu pemulangan semula pakaian tersebut sedikit bayaran postage akan ditanggung oleh korang. Tapi i tetap rasa berdebar. Kalau boleh, bila dah beli dan sampai di tangan i. I tak naklah pulangkan balik. Penat-penat tunggu, hati dah jatuh cinta habis. Bila test dekat badan, rasa macam tak kena. Boleh buat i frust terus dengan PopLook.

Tapi alhamdulilah, walaupun dress labuh yang i beli ni longgar sedikit tapi i rasa takde masalah sangat sebab i akan cover dengan jaket atau cardigan bila nak pakainya nanti. Apa yang i perasan, kebanyakan pakaian jenis dress labuh dalam website PopLook ni ialah antara saiz UK 6 hingga UK 10 (maksudnya untuk saiz S hingga M). Hah... jadi kalau dah dia nyatakan macam tu, korang kena pastikan saiz badan korang bertepatan dengan baju akan korang beli. Baca betul-betul keterangan pada gambar baju yang ada pada website PopLook, termasuk sekali dengan jenis material pakaian yang ingin dibeli. Sesetengah orang tak kisah dengan pakaian yang jenis melekap dekat badan (contoh kain jersey / jersey material), sesetengah orang mungkin lebih suka nampak loose / longgar (contoh kain chiffon / chiffon material). Dekat sinilah kita perlu berhati-hati. 

Walau macam mana pun, sehingga hari ni, i berpuas hati dengan pakaian yang i terima daripada The PopLook.

I pakai Mellow Jersey Blouse
5 hanger dari kanan ialah koleksi dress labuh milik i dari PopLook.
Tak ingat nama dress labuh ni. Rasanya PopLook dah tak jual lagik.
Dipenuhi bunga-bunga gitu.
Dress labuh kotak-kotak yang terbaru!
Blouse jenama Poppy kegeraman eh kegemaran i. Hehehe...
Macam nilah rupa bungkusan dari PopLook bila korang terima.
Carta Saiz Baju merangkumi Standard Size, US Size dan UK Size untuk rujukan korang. Sumber dari Ckrally.

p/s : Selamat membeli-belah online kawan-kawan.

Resepi : Bihun Sup / Mee Hoon Sup

Bila nak keluar untuk jalan-jalan hujung minggu atau letih sangat nak masak untuk dua, tiga jenis lauk bila balik kerja. I selalunya sediakan masakan ringkas macam Bihun Sup / Mee Hoon Sup. Wah... dengar nama pun dah macam complicated je bunyi nak masaknya. Tapi tahukah korang, inilah masakan yang paling simple yang i suka sangat masak, bahan-bahan yang senang disediakan dan dipenuhi dengan nutrien yang sihat (chewah! Dah mula dah nak tukar profesion jadi pakar nutrisi pulak. Kihkihkih)

Bahan utama yang korang mesti ada untuk resepi ni ialah udang. Nak tahu kenapa? Sebab udang berupaya menghasilkan aroma dan kuah sup yang super sedap. Kalau tak letak udang pun boleh jugak tapi dari segi jaminan rasa yang super sedap tu mungkin bertukar jadi kurang sedaplah. Hehehe... Lagi satu kan, agak-agak kalau i takde selera makan sebab sakit tekak atau selsema. Nilah jugak resepi wajib yang i sediakan. Lepas makan, badan terus rasa segar bugar je. Pelik jugak, adakah keadaan ini disebabkan Bihun sup yang i masak ni sememangnya best atau tekak ni memang suka makan makanan jenis bersup? (Eceh... layankan aje. Hehehe).

Macam mana pun inilah resepinya untuk kawan-kawan yang lain cuba. Selamat masak-masak semua. Habis makan jangan lupa sebut Alhamdulilah.

Oh, lupa nak cakap sukatan bahan-bahan untuk resepi ni terpulang pada citarasa korang. Kalau suka lebih, lebihkanlah sukatan yang i bagi tu, kalau nak kurang pun boleh jugak. Takde masalah pun janji sedap.

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan) :

100gram atau 1/4 Bihun / Rice Vermicilli daripada bungkusannya (i selalu beli jenama Jasmine yang 400gram satu pek)
6 ekor udang saiz sederhana
1/2 batang lobak merah dipotong halus
5 helai sayur sawi dipotong kecil
3 jejari fish cake (boleh jugak ditukar kepada 6 biji fish ball) dipotong halus
2 sudu besar lada sulah berperisa (i guna jenama Aji-Shio)
2 biji tomato
8 cawan air (selalunya i anggarkan setengah bahagian air daripada periuk 5 liter)
Garam dan serbuk perisa (ajinomoto) secukup rasa

Bahan tambahan

2-3 biji telur digoreng (buat mata lembu / mata kerbau)
4 biji cili padi dipotong halus dan dicampurkan dengan sedikit kicap masin
8 biji bawang kecil dipotong halus dan dijadikan bawang goreng
2 helai daun pasli / parsley dipotong halus (tak kenal daun ni, boleh cuba google dekat image)

Cara-cara :

1. Rendamkan bihun di dalam bekas berisi air masak (cara ini untuk melembutkan bihun. Tak perlu gunakan air panas). Ketepikan.
2. Sediakan periuk, buka api sederhana besar dan isikan air. Masukkan udang, lobak merah, sayur sawi dan fish cake / fish ball. Masak sehingga mendidih.
3. Sementara nak tunggu mendidih sediakan "Bahan tambahan" seperti di atas.
4. Setelah mendidih, masukkan lada sulah dan garam. Toskan air pada bihun, kemudian masukkan bihun terus ke dalam periuk yang mendidih. Masukkan tomato. Gaul sekejap dan rasa masakan. Tambah mana-mana yang patut samada lada sulah atau garam.
5. Sedia untuk dihidang (hoorey! Nyam-nyam)

Untuk penerangan lebih jelas, silalah tatap gambar dekat bawah ye.




Yeay, dah masak.
Cili potong.
Jemput makan semua.

p/s : senang je kan?

Jun 16, 2012

Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Ingat lagik tak kisah / entry i yang pergi ke Rumah P. Ramlee hari tu? (Entry sebenar ada dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/rumah-p-ramlee.html).  Sebenarnya ada sambungan kisah dari rumah P. Ramlee tu. Kalau korang nak tahu, kawasan rumah P. Ramlee tu berada di dalam kawasan Kompleks Pustaka Warisan Seni di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang. Di mana selain rumah P. Ramlee, korang juga boleh melawat Auditorium P. Ramlee dan Galeri P. Ramlee. Waktu di sana (20 Mac 2012), i dapat saksikan daripada luar beberapa filem P. Ramlee ditayangkan di Auditorium P. Ramlee tersebut. Sebuah pementasan teater juga akan diadakan di sini beberapa hari akan datang (22 dan 23 Mac 2012) yang diberi nama Puteri Jerijit Emas (nak baca sinopsis dan mengetahui lebih lanjut mengenai persembahan Puteri Jerijit Emas, korang boleh pergi link sini ---> Sinar Harian)

Memandangkan i kesuntukan masa untuk melawat lebih lama dekat sini, i sempatlah buat rondaan sekejap dekat Galeri P. Ramlee. Yelah, sekali-sekala datang ke Penang, tak dapat lama walaupun sekejap. Wajiblah kita singgah dan lihat dengan mata sendiri apa yang menarik dekat sini. Di dalam Galeri P. Ramlee ini terdapatnya pameran artifak peribadi P. Ramlee serta gambar-gambar aktivitinya semasa remaja. Cuma i rasa macam kurang best sebab barangan yang dipamerkan di sini tak banyak seperti yang i harapkan.

Nak tahu serba ringkas mengenai latar belakang P. Ramlee, jom baca dekat bawah. Keterangan P. Ramlee Rentak Irama Semasa Remaja i dapat melalui brochure di Galeri P. Ramlee :-
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh lahir di rumahnya pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau, seorang ahli pelayaran dari Lho' Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah bt. Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth, pada tahun 1925. Pada tahun 1948, seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat telah mengikat janji dengan takdir suatu ikatan cinta dengan dunia perfileman yang akhirnya menjadi mekar segar dalam tiga dekad di dalam hayatnya. Semuanya bermula apabila dia menerima tawaran menyanyi dan berlakon dengan Shaw Brother Malay Film Productions di Singapura. P. Ramlee telah menyahut langkah pertama dan seterusnya menjadi Seniman Agong.

Macam mana pun untuk korang yang nak tahu tarikh-tarikh penting dalam kehidupan P. Ramlee, filem pertama yang dilakonkannya dan anugerah yang pernah diterimanya. I cadangkan korang baca di laman web ni yang cukup ringkas, padat dan penuh dengan informasi penting ---> http://www.pramlee.com.my/

Alamat Galeri P. Ramlee :-

No. 40A, Jalan P. Ramlee
10460 Pulau Pinang
Malaysia

(Untuk peta, korang cuba rujuk sini ---> http://www.streetdirectory.com.my/)

Waktu lawatan :
Hari Selasa hingga Ahad, dari pukul 10:00 pagi hingga 5:30 petang
Hari Jumaat, dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, kemudian 3:00 petang hingga 5:30 petang

Tutup hanya pada hari Isnin kecuali pada cuti am dan cuti sekolah.

MASUK ADALAH PERCUMA (yeay!)

Kamera tidak dibenarkan di dalam Galeri P. Ramlee (sedih...), tapi sempat jugak snap sikit untuk kenangan diri sendiri dan tatapan korang semua. Nak tengok banyak-banyak, korang kenalah datang sini. Hehehe....

Bahagian kiri ialah Auditorium P. Ramlee dan bahagian kanan pula, Galeri P. Ramlee
Pintu depan Galeri P. Ramlee.
I jumpa nenas kecil yang tumbuh dekat dengan kawasan parking (jakun!)
Filem-filem lakonan P. Ramlee yang dah banyak kali i tengok. Semua best!

Pancaragam Teruna Sekampung

Antara heroin wanita yang pernah bergandingan dengan P. Ramlee. Seniwati Saadiah sangat cantik!

Pakcik dekat kaunter nilah yang akan korang akan jumpa kalau pergi ke Galeri P. Ramlee. Tapi waktu i pergi tu takde pulak dia pakai tarbus. Kalau tak mesti i ajak bergambar. Hehehe...

p/s : Al-fatihah untuk Allahyarham Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Jun 14, 2012

Hotel Melang Inn

Hujung minggu yang lalu (lalu tak lalu dah dekat sebulan jugaklah sebenarnya. Hehehe), hubby i dapat jemputan ke majlis perkahwinan di Kuala Pilah. Ikutkan ini kali kedua, kita orang jejakkan kaki ke sini. Seronok i rasa, bila sekali-sekala pergi tempat-tempat yang jarang pergi macam Kuala Pilah ni. Yelah, orang kata jauh perjalanan, luas pandangan gitu (chewah!) Pengalaman pelik tambah jakun yang i lalui bila berada dekat sini ialah saat terpandang itik-itik panggang yang bergantungan dekat gerai tepi jalan (alahai macam peliklah sangat bunyinya. Hahaha...) Dan jugak telur itik yang memang banyak dijual.

I agak-agak mesti makanan kegemaran orang Kuala Pilah bersangkut-paut dengan itik kan? Tapi sayangnya i tak sempat pulak nak ambil gambar dan rasa sendiri kelazatan daging itik. Errr... korang agak-agak macam mana eh rasanya? Macam rasa daging ayam jugak ke? I tak pernah langsung makan daging itik pun selama ni. Tapi kalau telur masin tu dah biasa sangatlah. Hehehe...

Macam mana pun, kita lupakan dulu pasal daging itik dan telurnya (eh? Hehehe...) Takpe... insya-Allah satu hari nanti bila i datang Kuala Pilah lagik, i cover cerita pasal daging itik ni istimewa untuk korang semua yang tak jemu-jemu datang melawat blog i. Lagipun kalau korang nak tahu, dekat Kuala Pilah ni ada hotel yang cukup berbaloi harganya dengan bilik yang disediakan (murah gila!) Memang macam tak percaya. Hehehe... Korang bayangkanlah untuk sebuah bilik besar yang ada dua katil saiz queen (nama bilik yang i tidur ni ialah Ixora), kadar bayaran yang dikenakan cuma RM169.00 (hari biasa) dan RM198.00 (untuk hujung minggu / peak season). Ni kalau dekat Kuala Lumpur atau bandar-badar besar maunya cecah RM250.00 ke atas, harga untuk saiz bilik macam ni. Nak tahu besar ke tidak, bilik yang kita orang menginap, korang boleh tengok gambar yang i sertakan dekat bawah. Yang seronoknya, jemputan perkahwinan yang kita orang akan hadir ni pun dibuat dekat hotel yang sama. Jadi tak perlulah i gopoh-gapah nak siapkan anak-anak i besok tengah hari (phewww.... lega).

Lain-lain kadar bayaran / harga bagi bilik-bilik yang terdapat di Hotel Melang Inn ialah :-

Standard Single 
RM58.00 (kadar normal)
RM65.00 (peak season)

Standard Queen
RM68.00 (kadar normal)
RM88.00 (peak season)

Deluxe
RM98.00 (kadar normal)
RM139.00 (peak season)

Superior
RM139.00 (kadar normal)
RM169.00 (peak season)

Ixora
RM169.00 (kadar normal)
RM198.00 (peak season)

Hazel
RM198.00 (kadar normal)
RM298.00 (peak season)

Suite
RM298.00 (kadar normal)
RM329.00 (peak season)


Nak tengok gambar dan saiz bagi setiap bilik yang ditawarkan dekat Hotel Melang Inn, korang klik dekat sini ---> http://melanginnhotel.com/

Alamat Hotel Melang Inn ialah :-

PT 1, Jalan Melang
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Nombor Telefon : [06] 481 1511 dan [06] 481 1522


Antara kemudahan yang disediakan di Hotel Melang Inn :-

1. Dewan Besar
2. Karaoke
3. Bilik Persidangan
4. Wifi Percuma (i like... hehehe...)
5. Restoran
6. Siaran Astro


Dari segi suasana hotel ni pulak, takdelah bercirikan moden especially kalau tengok dari pattern perabot yang disediakan. Tapi kalau tengok dari segi kemasan bilik air, dinding, jubin dan almari, korang akan perasan yang hotel ni baru je buat pengubahsuaian (renovation). Kebersihan dalam hotel pulak, memang patut diberi pujian. Keseluruhan i bagi 4 bintang daripada 5 bintang untuk Hotel Melang Inn. Kenapa jadi 4 bintang, sebab hotel ni takde air panas untuk mandi. Faham-faham jelah anak-anak i semua tak tahan mandi air sejuk (termasuklah mama dia sekali. Hehehe...)

Sekarang, bolehlah tengok gambar.

Koridor.

Semua excited tengok keadaan sekeliling.


Bilik Mandi.
Almari.
Me and My Nikon (eceh!) Hehehe...






Senarai harga makanan dan minuman di Coffee House, Melang Inn Hotel.
Permandangan pagi dari bilik Ixora, Melang Inn.
Brochure Melang Inn Hotel

p/s : Not bad kan keadaan bilik dekat Hotel Melang Inn? Sebab murah dan selesa, bolehlah datang Kuala Pilah lagik lepas ni (yeay!)