Sebelum ni (dekat
entry yang ini --->
http://www.reenaonline.com/2012/12/maxis-iphone-5-launch-pelancaran-maxis.html) i dah
story dekat korang betapa
frustrated nya i nak dapatkan iPhone 5 dengan Maxis. Haishhh... serius i rasa macam nak cekik-cekik je Maxis ni tau. Sekarang ni pulak
line Maxis meng'gila' takde 3G dekat
area office i (huhuhu... dah tak boleh nak bergossip dekat Whatsapp secara rancak. Nyampah!) Kadang-kadang tu muncul perkataan
no service dekat
handphone i tak pasal-pasal. Dahla tu, bila i buat
complain, staf Maxis siap boleh perli-perli i lagik dan kata, "lagipun masalah takde
line ni cuma bila puan dekat
area office je kan?" Automatik i terus terasa macam minum sirap. "
Excuse me, memanglah masalah takde
line ni cuma bila i dekat
area office,
you cuba kira berapa lama waktu kerja i dekat
office ni? Lagipun i ni sekarang bukannya duduk dalam kampung ke atau dekat hutan." (Hambik kau!) Terus terkebil-kebil staf Maxis bila dengar jawapan i (eh-eh... macam boleh nampak je dekat telefon kan? Hehehe...) Nasib badanlah
noks... siapa suruh bagi
statement didihan membara. Dah namanya
customer,
always right jelah memanjang. Kih-kih-kih... Alhamdulilah, berkat
complain i yang tahap
super hot (gitu...), Maxis beri diskaun untuk bil telefon i sepanjang 3 bulan akan datang. Siaplah... habis 3 bulan, kalau takde perubahan, i buatlah
complain lagik. Opss...
Eh... ni macam dah tergelincir jauh dari landasan tajuk dekat atas ni (tengok, ni semua Maxis punya pasal!)
Actually, i nak cerita dekat korang, kekecewaan i untuk dapatkan iPhone 5 dah terubat dah pun. Sebab apa? Sebab apa? (Hehehe... saje je buat soalan nada kepoh cam gitu kan?)
Bersempena dengan harijadi i yang baru je berlalu penghujung bulan Disember 2012, hubby i dengan comelnya hadiahkan i iPhone 5 (yeay, macih cayang!
He always know how to make me smile. Eceh!) Rupa-rupanya dalam diam-diam hubby susah-payah
booking dua iPhone 5
through website Apple Store (satu untuk dia, satu lagik untuk i).
Walaupun surprise dia kurang menjadi sebab iPhone 5 sampai lewat dari harijadi i (dan i sendiri dah tahu pasal kemunculan iPhone 5 ni nanti. Hahaha! Nampak sangat dah tak suspen dah...) Ditambah pulak dengan kesilapan dekat pihak DHL tertukar slip sewaktu delivery waktu kita orang dekat kampung (mak aihh... banyak betul dugaannya). Maka, tepat pada tarikh 27 Disember 2012 (Khamis), iPhone 5 akhirnya berada dalam genggaman i (ewah!) Tapi iPhone 5 ni tak boleh berfungsi lagik sebab kita orang kena tukar dulu simcard Maxis kepada nano simcard (Maxis caj harga RM25.00 untuk tukar nano simcard. Maxis ni sikit-sikit nak caj duit orang. Mana tak buat i berkira. Heh!)
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Apa yang
best nya pasal produk Apple ni
especially berkaitan dengan iPhone. Ikutkan i dah jadi pengguna iPhone
semenjak dari kemunculan iPhone 3G lagik. Kemudian i
upgrade kepada iPhone 4 dan kini bersama-sama iPhone 5 (alhamdulilah... bersyukur sangat). Sebagai seorang yang sukakan teknologi dan
gadget / gajet. I cukup bergantung dengan telefon mudah alih pintar yang boleh
browse internet secara pantas, boleh
receive dan
reply emel secara serentak untuk 3 akaun emel yang i ada (termasuk emel
office), aplikasi yang membantu i untuk menyimpan macam-macam info kerja atau nota peribadi seperti
Dropbox,
Timetable,
Diary,
Reminders,
Notes,
Dictionary dan
IFiles. Malah melalui aplikasi ni jugak, i boleh berkongsi /
sharing info dengan orang lain. Untuk aplikasi
Islamic pulak, ianya memudahkan i untuk tahu arah kiblat dan waktu solat. Aplikasi
Quran untuk bacaan ayat suci Al-Quran. Nak
skodeng kawan-kawan i, i boleh buka aplikasi
Facebook,
Twitter,
Instagram,
Foursquare,
Foodspotting dan
Tunerfish. Sessi
chatting atau bergossip dengan kawan-kawan boleh dilakukan dengan jayanya melalui aplikasi
Whatsapp dan
Line. Dan paling
best, ialah
part camera yang ada pada iPhone.
Boring-boring boleh buat
camwhore duck face (boo wek... hehehe). Ambil macam-macam gambar untuk
update blog. Bila ada masa
free, boleh
draft sikit-sikit
entry dengan aplikasi
Blogger atau
BlogPress (
blogger lah katakan). Dan buat
editing photo dengan berpuluh-puluh aplikasi
photo editor yang ada dalam iPhone (senang sangat... tak payah guna komputer lagik). Agak-agak nak
download lagu banyak-banyak,
install je aplikasi
Free Video. Hah... jadi, korang boleh nampak kan? Betapa pentingnya iPhone dalam kehidupan harian i. Tak kiralah samada untuk kerja, kehidupan peribadi, bersosial dan waktu terluang. Yang penting kena pandai bahagikan masa untuk semua ni. Kalau tak, naya jadinya! Hehehe...
iPhone 5 Review / Ulasan iPhone 5
I cuma boleh
review / ulasan perbandingan iPhone 5 dengan iPhone 4 atau iPhone 4s je. Kalau sesiapa yang tanya perbandingan antara iPhone 5 dengan Samsung. Errr... jawapan i, kalau nak
best, cuba beli iPhone 5
confirm tak pandang lain (eh! Hehehe....) Gurau je. Tak kisahlah apa-apa
handphone pun janji korang
happy (ye tak?)
1. Ringan, nipis dan pantas!
Yes, memang tak dinafikan tiba-tiba i rasa pelik sebab selama ni pegang iPhone 4 kuat-kuat sebab takut terlepas dari tangan. Tapi bila pakai iPhone 5, sampaikan
vibrate pun i tak rasa sebab ringan sangat.
2. Bila
slide page laju tak hingat. Sama jugak bila taip mesej atau
browse internet. Zupzupzup je! Suka!
3. Siri (
intelligent assistant yang membantu korang untuk menanyakan soalan secara terus) untuk Bahasa Malaysia takde lagik. Masalahnya bila i bercakap dalam Bahasa Inggeris, dia kurang
recognize Bahasa Inggeris i yang
slang London ni (hampeh! Hahaha...)
Anyway benda ni kurang penting sangat untuk i buat sementara waktu. So, takdelah kisah sangat.
4. Skrin iPhone 5 bersaiz 4 inci, berpaparan retina (
retina display) dan
super vibrant. Memang terbaik! Seronok sangat terutama sekali bila i ambil gambar, tengok Youtube dan
browse internet. Semuanya nampak jelas dan terang. HD gitu...
5. Ada peningkatan dari segi kamera iPhone 5 berbanding kamera iPhone 4 yang i pakai sebelum ni. 40% lagik pantas untuk tangkap gambar, kurang
noise pada gambar dan gambar jugak lagik elok walaupun dalam cahaya yang rendah (contoh gambar : boleh tengok gambar terakhir dekat
entry yang ini --->
http://www.reenaonline.com/2013/01/hari-orientasi-tahun-1.html). Lepas tu boleh buat gambar panorama
up to 28
megapixels (wahhh!! Syok gila!)
6. Sambungan /
connector dari
USB port ke iPhone 5 lebih kecil (nama dia ialah
Lightning connector) dan korang tak perlu risau mana atas atau bawah sebelum nak sambungkan ke iPhone 5. Dua-dua bahagian boleh je cucuk.
7. Untuk lain-lain perbezaan dan peningkatan /
improvement iPhone 5, apa kata korang
check dekat sini --->
http://www.apple.com/iphone/features/. Hehehe... i dah tak larat nak cerita banyak-banyak (
sorry...) Kesimpulannya iPhone 5 memang
awesome!
Ada berita baik untuk korang yang teringin nak pakai iPhone. I nak
jual iPhone 4 (milik i dan hubby,
meaning ada dua iPhone lah). Berapa harganya?? Jeng-jeng-jeng kepada sesiapa yang berminat, korang tunggu
entry i selepas ni k. Atau boleh je emel i dekat
reena_onn@yahoo.co.uk. Mana tahu, siapa tanya dulu, mungkin dia berpeluang dapat beli dulu sebelum orang lain (wahhh... gitu...)
Kemaskini / Update Terbaru : Entry iPhone 4 For Sale / iPhone 4 Untuk Dijual dah ada. Silalah menuju ke sini --->
http://www.reenaonline.com/2013/01/iphone-4-for-sale-iphone-4-untuk-dijual.html
Jangan tersilap pulak, gambar iPhone 5 dekat bawah ni belum lagi untuk dijual ye. Untuk tatapan semata-mata. Hehehe...
p/s : Ada sesiapa yang pakai iPhone tak? Boleh share apa-apa applikasi yang menarik yang biasa korang guna.