Blogger templates

Aug 16, 2012

Mengecat Rumah

Rasanya mesti korang dah tengok kan (dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/ikea-textile-campaign-kempen-tekstil.html), macam mana "wajah terbaru" ruang makan / dining area i selepas dicat dengan warna baru. Sebelum ni, hampir kesemua dinding / ruang dalam rumah i berwarna putih. I sendiri pun rasa takut-takut juga bila nak buat perubahan drastik untuk tukarkan warna cat dekat ruang makan i. Sesuai ke dengan warna perabot? Tak kelakar ke? Tak macam Taska ke? Haishh... berdebar-debar tau. Tapi dalam berdebar-debar tu excited juga nak tengok hasilnya. Ikutkan setiap ruang dalam rumah i dah ada warna-warna tersendiri yang i dah tetapkan. Bab berkaitan hiasan / susun atur / tema / perabot memang hubby i letakkan 100% idea atas pilihan i. Seronok bila dapat kepercayaan untuk buat apa yang i suka (Macih papa!) Hah... nak tengok apa lagi perubahan warna yang akan i cat dekat dalam / luar rumah i, korang kenalah follow entry i hari-hari (keh-keh-keh saje je kan cakap macam ni? Bukannya hari-hari nak mengecat pun).

Memandangkan bulan puasa ni, sumber tenaga yang ada kena simpan sebaik yang mungkin. Jadi i dan hubby sepakat memilih untuk cat ruang makan dulu. Maklumlah ini ruang yang paling banyak i dan keluarga habiskan masa. Selain berfungsi sebagai ruang makan, ruang ni juga dijadikan sebagai tempat anak-anak i buat homework sambil dipantau oleh mama selaku Guru Besar dan juga tempat i berblogging (sambil tunggu makanan masak. Hehehe). Mungkin lepas raya nanti, projek cat-mengecat semakin galak dijalankan. Maklumlah tenaga dah jadi banyak dan boleh refill berkali-kali. Hahaha... Eee... rasa tak sabar pulak nak main dengan warna cat banyak-banyak.

Untuk ruang makan ni, i gunakan cat jenama Sissons (Emulsion Paint) dan i pilih dua tona warna hijau yang berbeza iaitu warna hijau gelap (Code 606 : Apple) dan warna hijau terang (Code 9978 : Lime Burst). Warna hijau yang lebih gelap (Code 606 : Apple) i tetapkan dekat dinding yang kecil dan sempit. Tujuannya, i nak jadikan kawasan tu sabagai feature wall atau dalam bahasa melayunya dipanggil sebagai titik fokus utama. Dua dinding yang akan i jadikan feature wall ialah dinding yang mempunyai cermin dan dinding yang mempunyai shelf panjang (boleh tengok dekat gambar bawah).

Sebelum kerja-kerja mengecat dijalankan, perkara utama yang perlu korang sediakan ialah alatan untuk mengecat. Antaranya seperti :-

1. Poly Brush (digunakan pada bahagian-bahagian hujung dinding atau kawasan-kawasan rumit)
2. Scraper (untuk menanggalkan cat lama yang berlapis-lapis dan tidak sekata)
3. Masking Tape (digunakan sebagai border / sempadan untuk menampal penghujung mana-mana bahagian dinding / perabot daripada terkena cat)
4. Bekas Cat (untuk mengisi cat)
5. Paint Roller (menjadikan kerja-kerja mengecat jadi pantas)
6. Surat Khabar Lama (atau selalunya korang biasa dengar, bunyi pelat panggil Old Newspaper. Hehehe)
7. Kain Buruk (dibasahkan dengan air. Untuk mengelap mana-mana bahagian yang tak sepatutnya dicat).
8. Tangga
9. Kayu Panjang (untuk mengacau cat di dalam tin cat bagi memastikan semua warna cat sekata. Nampak macam tak penting tapi nilah yang paling penting tau).

I takde specific teknik, tips atau petua mempercepatkan kerja-kerja mengecat ni (kalau nak cepat, upah jelah orang mengecat. Confirm tak penat dan laju. Hehehe). Tapi semua alatan yang i nyatakan dekat atas penting untuk korang sediakan bagi memudahkan kerja-kerja mengecat. Jangan panik atau risau kalau korang tengok layer / lapisan cat pertama korang bercapuk-capuk / tak sekata. Tunggu lapisan pertama kering dan korang cat kembali untuk lapisan kedua. Kebiasaannya kerja-kerja mengecat ni memang kena buat dua layer / lapisan bagi memastikan kesemua warna dinding sekata. Kalau ada sesiapa yang nak tahu samada cat ni i campur air atau tak? Jawapannya : I tak campur pun dengan air.  Kalau nak hasilnya cantik, jangan kedekut guna cat ye kawan-kawan. Hehehe.

Ok, selamat mengecat rumah sendiri. Rumah cantik, tuan rumah happy.

Poly Brush
Scraper (comel)
Inilah dua dinding yang i jadikan sebagai feature wall
Hubby tengah buat border dengan masking tape. I gayat nak panjat-panjat tangga ni.
Nampak tak masking tape dekat tepi cermin tu? So, bolehlah cat laju-laju tanpa terkena cermin. Hehehe...
Paint roller (comel)
Paint roller (gumok)
Kiri : Cat Sissons warna Apple (Code : 606). Kanan : Cat Sissons warna Lime Burst (Code : 9978)
Warna dinding lama yang bercapuk-capuk (kesian dia. Takpe kejap lagi jadi cantik)

p/s : terima kasih atas komen korang semua (i sayang kawan blogger i semua!). I baca satu persatu tau. Cuma tak sempat je nak reply dan blog walking sorang-sorang. Minta ampun, minta maaf, minta duit raya (eh!) Hehehe....

Aug 8, 2012

Ikea Textile Campaign / Kempen Tekstil Ikea

Yeay-yeay minggu depan raya. Apa?!! Minggu depan dah raya? Bukan lagi dua minggu ke? *Cepat-cepat check kalendar* A'ah la korang hari Ahad minggu depan kan dah raya. Kiranya minggu depanlah kan? Alahai macam mana ni? Dahlah persiapan baju raya untuk i, hubby dan anak-anak pun tak siap lagi. Huhuhu... Susah-susah i beli kain dekat Ikea terus jahit sendiri buat baju raya. Kain dekat Ikea pun kebanyakannya cantik-cantik coraknya. Tapi ish... peliklah pulak. Apa tak nya, nanti kalau pergi beraya rumah orang, tak pasal-pasal baju raya kita orang sama pulak dengan langsir dorang. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka. Hahaha...

Macam mana pun, kalau korang nak tahu bermula dari 26 Julai hingga 26 Ogos 2012 ini, Ikea sekarang mengadakan Kempen Tekstil / Textile Campaign yang mengetengahkan tema / slogan Little Fabric Big Difference atau dalam bahasa melayunya ialah Sedikit Fabrik Banyak Kelainan. Apa maksudnya tu? Maksudnya korang boleh cipta suatu kelainan pada ruang dalam rumah, barang atau apa sahaja dengan hanya membuat sedikit perubahan / penambahan melalui penggunaan fabrik. I rasa kempen yang dilakukan oleh Ikea ini bertepatan dengan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi. Yelah, inilah masanya korang boleh cantikkan rumah melalui pelbagai pilihan fabrik yang ada dekat Ikea. Yang menariknya sepanjang kempen ini diadakan korang juga berpeluang menikmati ganjaran 15% diskaun untuk servis / perkhidmatan jahitan di Ikea apabila korang membeli fabrik Ikea. Wah, bestnya kan? Nak buat sarung kerusi baru best. Nak buat alas meja makan baru best. Nak buat pot holder pun best. Eee... Semuanya best lah! Hehehe.

Jadi bersempena dengan Kempen Tekstil Ikea, i nak tunjukkan korang "wajah terbaru" ruang makan / dining area rumah i melalui pelbagai penggunaan tekstil Ikea (nak tengok keadaan ruang makan i sebelum ni, korang klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html). Ruang makan i yang simple dulunya, tiba-tiba nampak ceria dan colorful gitu. Kata hubby i, macam ni punya gaya, kalau kita panggil kawan-kawan datang rumah beraya, silap-silap dorang tak nak balik pulak. Hahaha. Takpelah kan, bila kawan-kawan happy, tuan rumah lagik double happy jadinya. I harap idea hiasan ruang makan i ni menjadi inspirasi untuk korang semua. Barulah semangat nak sambut raya kan? Hehehe... Nak dapatkan lebih semangat / inspirasi melalui pelbagai pilihan tekstil di Ikea, korang picit link ni ok ---> http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/Textiles/.












p/s : selamat menghias rumah kawan-kawan. Jom Ikea. Hehehe



Aug 7, 2012

Jovian Mandagie

Mesti korang ingat lagi entry kekecewaan i sebelum ni dengan baju keluaran Radzuan Radziwill dekat Poplook ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/radzuan-radziwill-for-thepoplook.html. Kalau ingat balik kisah baju ni automatik i teringat kisah MIRC #kampung. Eh, korang tahu ke apa benda MIRC ni? Hehehe... Sesiapa yang lahir tahun 70-an hingga 80-an rasanya mesti tahu kan? MIRC ni glamour waktu i bersekolah dulu. Tak salah i, dalam tahun 1997.

Kalau korang nak tahu sebelum Facebook dan Twitter berleluasa, budak-budak sekolah zaman dulu-dulu ambil peluang berkenal-kenalan dalam MIRC. MIRC ni sebenarnya adalah satu aplikasi yang membolehkan  kita ber'chatting' dengan ramai orang. Tapi hanya melibatkan satu pihak dengan ramai pihak yang lain. Alaa... contohnya macam kita main chatting dalam Facebook tu.

Macam mana pun kekurangan MIRC ialah kita takkan tahu dengan siapa kita ber'chatting'. Gila kan? Sebab i tak pernah ambil serius, malah i sendiri pun sebenarnya suka menyamar jadi 'lelaki' dalam MIRC untuk tengok reaksi orang lain (kihkihkih). Kadang-kadang i tergelak besar dengar cerita kawan-kawan i (terutama sekali senior i waktu belajar dekat ITM - oh, rindunya i dekat dorang!), bila dorang aturkan sendiri sessi blind date. Yang kelakarnya, kata senior i, tengok dari gambar memang dah cukup perfect untuk dijadikan boyfriend idaman. Tapi bila orang sebenar muncul dekat depan mata, perasaan teruja dorang terus bertukar jadi ter'kujat'. Hambik kau! Bukan kelu lidah lagik dah, terus rasa macam nak lempang diri sendiri 50 kali. Hahaha... Jadi kisah i dengan baju Radzuan Radziwill ni lebih kurang samalah. Ok, patut ke i lempang diri sendiri sekarang ni? Hehehe....

Macam mana pun, i ni bukan jenis yang putus asa. Bila baca komen dekat Facebook ThePopLook, i dapat tahu yang design baju raya JM lagi super duper cantik dari Radzuan Radziwill. Mula-mula i pelik jugak, JM? Apa benda JM tu? JM Bariani House macam dalam entry i yang ini ke? ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/jm-bariani-house.html. Takkanlah owner JM Bariani House dah beralih arah jadi designer pulak kot. Hehehe... Rupanya JM tu singkatan bagi Jovian Mandagie. Ohh... nama orang rupanya. Baju rekaan dari Jovian Mandagie ni boleh didapati dekat ZALORA. So, apa lagik, kenalah bergerak cergas terjah laman web Zalora. Seronok tak terkata, bila i tengok semua gambar rekaan baju kurung moden dari Jovian Mandagie ni. Kenapa cantik sangat ni? I nak semua please!!!

Tapi bila tengok harga yang ditawarkan paling rendah pun cecah RM280.00 dan paling mahal ialah RM400.00, terus i jadi sedar diri. Slow-slow (telan air liur) tanya hubby, boleh tak kalau i nak baju raya dari Jovian Mandagie. Rasa macam nak meloncat bila hubby kata, pilihlah nak yang mana satu. Hoorey!!! Gigih i masukkan detail peribadi semua untuk pendaftaran dekat Zalora. Bila dah dapat emel pengesahan, serta-merta tekan perkataan BUY untuk baju pilihan yang i nak. Hati berdegup-degup kencang gitu (eceh!) Tapi sekali lagi i frust sebab tiba-tiba keluar perkataan ERROR. Besok paginya, i tak putus asa lagi cuba berkali-kali dan kali picit perkataan BUY. Emel yang i hantar kepada Zalora pun tak dapat jawapan yang meyakinkan. Mungkin sebab kesian dekat i yang berusaha nakkan baju keluaran Jovian Mandagie, hubby pun tolong telefon pejabat Zalora untuk dapatkan status baju berkenaan. Kata orang di Zalora, kalau i tak dapat teruskan pembelian baju tu di laman web mereka. Maksudnya baju tersebut dah SOLD OUT. Lorrr... dah tahu sold out kenapa tak kemaskini status cepat-cepat dekat laman web. Lepas dari kejadian ni, i dapat tahu ramai yang dah pernah kecewa dan tak puas hati dengan perkhidmatan Zalora. Memang patut pun kecewa. Slow sangat.

Entah macam mana, waktu i belek-belek komputer cari info lanjut mengenai Jovian Mandagie menerusi laman webnya ---> http://www.jovianmandagie.com/. Rupa-rupanya selain daripada Zalora, korang juga boleh dapatkan baju keluaran Jovian Mandagie daripada butik First Lady yang terpilih antaranya seperti di :-

Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Tesco Melaka
Danga City Mall, Johor Bahru
Tesco Sg 2, Penang
Tanjong Katong, Singapura

Untuk alamat lengkap ke semua butik First Lady di atas, korang picit sini ---> http://www.jovian.com.my/outlets.html

Hah, butik First Lady dekat Jalan TAR ada jual baju Jovian Mandagie??!! Semangat luntur i kembali melantun-lantun balik (keh-keh-keh kemain kan?) Macam biasa, orang pertama yang akan i kongsikan berita gembira ni mestilah hubby i (terima kasih papa sebab selalu menerima karenah i seadanya. Kalau orang lain ni, hampeh. Hahaha...) Apa lagik, ke First Lady lah kita jawabnya. Tak sabar i nak belek baju-baju keluaran Jovian Mandagie secara live gitu. Siap terfikir-fikir lagi, entah-entah bila sampai butik First Lady, baju ni semua dah sold out sama macam dalam laman web Zalora. I dah nekad dalam hati, kalau sold out jugak, maksudnya memang bukan rezeki raya i untuk tahun ini.

Debaran hati makin kencang, bila kaki i dah melangkah masuk ke dalam butik First Lady. Eh, mana Jovian Mandagie ni? Cepatlah muncul, suspen nya i rasa (hahaha.... ye-ye je kan?) Bila terpandang banner J for Jovian, terasa macam bunga kembang setaman dalam hati i. Yeay!! Masa untuk membelek. Percaya tak korang dari baju pertama sampai baju terakhir di penghujung rak yang dikhaskan untuk baju keluaran Jovian Mandagie, takde satu pun yang menarik perhatian i. Ish, pelik pulak i rasa. Nak kata pattern / gaya baju ni tak sama. Untuk kesemua batch 1 hingga 3 dalam laman web Zalora (yang dah sold out tu) ada tergantung dekat sini. Hubby sampai tegur dua, tiga kali dekat i. "Kenapa macam ni rupa baju Jovian Mandagie? Teruknya..." I pun jawab secara berbisik sambil buat muka serius cute, "Hepp... Jangan main-main Pa, RM400.00 sepasang tau". Hubby tahan gelak dengar jawapan spontan dari i.

Cuba korang bayangkan, kalau harga baju dari RM280.00 hingga RM400.00 macam mana hasil yang akan korang dapat? Mestilah korang nak yang terbaikkan? At least, bukan setakat pada rekaan baju je tapi dari segi kualiti material mestilah menggambarkan ciri-ciri sempurna / perfect keluaran pereka terkenal Jovian Mandagie. Setakat saiz kain ketat tu takdelah jadi masalah sangat. Tapi nak tahu macam mana keadaan sebenar baju keluaran Jovian Mandagie. First word yang keluar dari mulut i ialah "menyedihkan". Material kain untuk baju keluaran Jovian Mandagie sendiri nampak murah. I tak pasti kain jenis apa yang digunakan tapi kain ni jenis berkilat dan keras macam kertas. Sekali tengok, i perhatikan baju ni dah macam baju untuk buat persembahan tarian pulak. Aksesori tambahan pada baju seperti manik berkilat, diamond besar yang bertaburan pada dada, bahu dan lengan serta bulu rambu-ramba simple bukanlah dari kualiti yang baik. Ada antara manik tu dah pudar dan longgar (macam nak tertanggal pun ada) menjadikan baju ni double sedih (ish-ish-ish kesian betul baju Jovian Mandagie ni kan?) Akhirnya, i keluar dari butik First Lady dengan tangan kosong. Dalam hati lega sebenarnya (nasib baik aku tak kena tipu lagik. Ces!)

Kesimpulan yang i dapat pintalkan, sold out bukan bermakna hebat pun. Hehehe... Apa-apa hal i dah simpan semua rujukan gambar baju keluaran Jovian Mandagie ni. Eh, i nak buat tuntutan saman dekat mahkamah ke? Hahaha... taklah. Kalau teringin nak melaram baju ala-ala Jovian Mandagie, i beli je kain 'mahal-mahal', diulang sekali lagi kain mahal-mahal yang bukan keras macam kertas ye. Hehehe... Lepas tu, i hantar pergi tempah dekat tukang jahit. Yeay!! Bijak tak i? Kihkihkih...

Ok, jom tengok gambar i bershopping tangan kosong dekat butik First Lady.

Kelakar je bila kawan pejabat i confident sebut nama butik ni Lady First. I pun confident ajak dia pergi Lady First waktu tu. Hahaha...
I kagum dengan teknik penggambaran untuk baju Jovian Mandagie ni. Bila tengok gambar, automatik korang akan terpukau nak picit perkataan BUY. Nasib baiklah bukan i orangnya (hahaha... iyola tu kan?)
Nampak tak muka i yang tension tengah belek baju Jovian Mandagie satu-persatu. Tengok dekat Zalora kemain lagik sold-out. Cuba datang First Lady, nampak sangat takde siapa pun yang heran. Eh? Hehehe...
Nak tangkap gambar dekat-dekat kononnya nak tunjuk korang macam mana rupa sebenar material baju Jovian Mandagie ni tapi serba-salah pulak bila pekerja First Lady (yang tudung biru tu) ada je dekat dengan i. Geram betul! Hehehe... Nak tak nak kena berlakon posing-posing dengan baju ni. Haishh...

p/s : Dah takde mood nak cari baju raya dekat internet lagi especially dari designer yang terkenal. Sampai hati dorang jual baju-baju macam gini. Tak nak kawan!

Aug 5, 2012

Langsir Bidai / Blind Curtain

Setiap tahun sepanjang bulan puasa ialah merupakan hari-hari yang penuh kesibukan. I rasa bukan i sorang je yang akan cakap macam ni kot. Setiap orang pun mesti berfikiran sama dengan i. Untuk yang berniaga, nilah masanya mengerah tenaga untuk dapatkan keuntungan. Macam i yang bukan peniaga ni (tapi kerja mengadap komputer dekat pejabat) kerah tenaga cantikkan rumah, testing buat kuih atau masakan baru dengan shopping je kot (keh-keh-keh.... kemainkan?). Yang seronoknya, di mana pun kita atau siapa pun kita. Semua orang excited nak sambut hari raya. Mungkin kemeriahan hari raya tu dah kurang sikit dengan bunyi-bunyi mercun dan bunga api. Tapi nilah masanya kita mengeratkan silaturrahim, bermaaf-maafan, sedekah duit raya, jalan-jalan pergi open house / rumah terbuka dan makan makanan yang best-best. Mana ada hari lain yang seronok macam ni. Hari rayalah satu-satunya hari kita lupakan segala masalah. Betul tak? Bila cakap macam ni, serta-merta perasaan excited semakin bergelora gitu (eceh!)

Kalau korang nak tahu, projek raya tahun ni, tak banyak perubahan pada dekorasi rumah yang akan i buat. Lebih kepada spring cleaning menghalau segala habuk yang bermastautin, buang mana-mana permainan (dekat playing area) anak-anak i yang dah rosak, derma baju-baju lama yang ada (untuk bagi ruang kepada baju-baju baru. Eh! Hehehe), set-up untuk family area yang jarang digunakan, mengecat dining area / tempat makan (hah... yang ni nanti i cerita) dan macam tajuk entry dekat atas, i tukarkan langsir / curtain lama kepada blind / bidai untuk semua ruang bilik (akan datang mungkin melibatkan semua kawasan / area rumah kot). Eh-eh, peliknya... orang lain sibuk tukar pattern / corak langsir, i pulak terus tukar jadi blind / bidai kan? Hehehe... pelik ke? Ish, tak peliklah.

Sebenarnya, banyak kelebihan bila kita menggunakan blind / bidai tau kawan-kawan. Salah satunya, mesti korang dah nampak dari segi faktor nak mencuci curtain / langsir. Ianya dapat dikurangkan berganda-ganda tau. Apa taknya sekali pasang langsir sampai dua layer (paling hebat, tiga layer. Hehehe). Manalah tak banyak kerja-kerja mencuci kena buat. Dari segi pencahayaan dalam rumah pun jadi lebih terang. Maklumlah rumah-rumah dekat Malaysia ni mana ada banyak tingkap sangat. Kalau ada tingkap, confirm tak besar mana pun saiznya (kecualilah kalau memang duduk rumah sebuah-sebuah. Keliling rumah semua ada tingkap). Even hari siang pun ada ruang-ruang tertentu atau bilik yang kita kena buka lampu (haishhh... bertambah kos elektrik).

Lepas tu, bila cahaya dapat masuk banyak, automatik ruang bilik tersebut akan nampak luas. Tekstur blind / bidai yang tegak (lebih simple) dan takde berliku-liku macam curtain / langsir (yang nampak berat dan besar) juga antara penyebab menjadikan ruang lebih luas. Rumah pun jadi lebih sejuk sebab angin dapat masuk tanpa gangguan dari curtain / langsir yang menghalang. Hah... kan seronok bila rumah nampak lebih luas dan sejuk. Takdelah nampak serabut dan hot je memanjang. Hehehe... Lagipun kalau korang nak tukar dekorasi rumah (maklumlah hari-hari tengok pattern bidai yang sama pun boring jugak) dan tambah langsir di hadapan bidai pun tak jadi masalah. Ikutkan banyak idea yang korang boleh buat walaupun hanya menggunakan blind / bidai ni. Tak semestinya biarkan ianya statik macam tu (jeng-jeng-jeng, tiba-tiba dalam kepala i ada muncul mentol. Hehehe...)

Di bawah ni antara gambar-gambar roller blind yang diletakkan dalam rumah i. Dua antaranya adalah dari jenama Ikea (hehehe... semestinyalah kan. Especially untuk yang warna kelabu dan warna biru). Nak tengok harga dan corak blind / bidai yang menarik dekat Ikea, korang klik dekat sini ---> http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/living_room/10654/. Dan yang lagi satu pulak dari jenama Felton (warna putih) - sorry, i tak ingat harga.

Sebelum proses pemasangan roller blind. Clearkan mana-mana patut.
Detail instruction / arahan lengkap untuk memasang roller blind Ikea. Senang je kan?
TUPPLUR Roller Blind dari Ikea (warna kelabu)
Dah siap, tapi melengkung lagi sebab baru keluar dari gulungan kan. 
Yang ni warna biru. Rasanya Ikea dah tak keluarkan lagi untuk warna ni. Dah lama beli tapi baru pasang sekarang. 
Ini dari jenama Felton (warna putih).

p/s : Selamat menghias rumah kawan-kawan.

Aug 2, 2012

Radzuan Radziwill for ThePoplook - Thepoplook.com

Wahhh... pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua kita berpuasa kan? Jadi, bahang nak beli barang-barang sempena nak sambut raya dah boleh dirasai terutama sekali untuk orang-orang perempuan. Nak beli baju baru, langsir baru, kasut baru, aksesori baru, handphone baru dan macam-macam lagilah. Kiranya serba-serbi nak lekatkan perkataan BARU dekat barang yang dibeli tu (ayat standard kalau kena soal, raya kan setahun sekali. Hehehe). Alaa... tapi sebenarnya bukan takde pun orang lelaki yang teruja jugak bershopping sakan sempena nak raya ni. Cuma excited dorang lebih kepada control macho berbanding orang perempuan yang kalau bershopping memang secara tiba-tiba boleh terkeluar keganasannya (ish-ish-ish malu i dibuatnya). Lokasi keganasan : boleh didapati di sekitar tempat-tempat / shopping complex yang ada tawaran murah yang melampau. Errr... siapalah tu agaknya. Hehehe...

Macam biasa, bila masuk bulan puasa. Barulah i tercari-cari sehelai baju untuk dipakai sewaktu hari raya. Dan percaya tak korang, inilah satu-satunya barang yang akan i beli sempena nak raya. Perhiasan rumah ke, kasut ke atau lain-lain, i jarang beli sebenarnya. Entahlah, tak kisah sangat kot. Boleh je pakai mana-mana yang ada sebelum ni. Untuk baju raya, i lebih suka beli baju yang dah siap daripada hantar tempah dekat tukang jahit. Sebab apa? Sebab selalu sangat i mengalami kejadian frust bila tengok hasil tempahan yang dah siap (duhhh...). Lagipun dengan harga kain, ditambah pulak dengan harga tempahan yang dikenakan tukang jahit, rasanya i boleh dapat sehelai baju raya siap yang lagik triple cantik. Cuma part yang tak bestnya kena bergantung dengan nasib lucky i, samada saiz dan corak yang i nak tu, ada lagik dalam stok atau tak. Tapi alhamdulilah, sepanjang beberapa tahun ni nasib i baik aje. Selalu dapat / jumpa baju yang i berkenan ngam-ngam tinggal sehelai. Kira-kiranya baju tu macam reserved untuk i sorang pulak (eceh-ceh-ceh hehehe....) Harap-harap tahun ni nasib i baik lagik ye (fuhhh...)

Untuk raya kali ni, i ingat teringin nak melaram dengan baju Radzuan Radziwill. Bila sebut nama Radzuan Radziwill, kemain kan... macam biasa je shopping baju dekat butik Radzuan Radziwill gitu. Hakikatnya tak mampu pun. Hahaha... Kalau dulu (tahun 2002), waktu pejabat i ada dekat Bangunan Dayabumi. Hari-hari bila i turun nak beli makan tengah hari dekat tingkat bawah sekali, i mesti curi-curi tengok baju rekaan Radzuan Radziwill dekat tingkap butik dia. Nak masuk dalam butik, i tak berani pulak (siapalah kita ni *kesat air mata sambil intai duit dalam wallet*. keh-keh-keh). Kalau tengok dari perincian yang dia jahit, fuhhh... mantap. Tak pernah satu pun rekaan Radzuan Radziwill pada pandangan mata i tak cantik. Semua cantik-cantik belaka. Kalau tak, takkanlah Erra Fazira guna khidmat Radzuan Radziwill untuk perkahwinannya dengan Yusry kan? (Erra kahwin dengan Yusry pada tahun 2003). Jadi dulu-dulu, adalah dua, tiga kali i terserempak dengan Erra Fazira. Kalau korang tanya i macam mana muka dan gaya Erra personally. Pada i, dia tak sombong, suka tersenyum, kurus, tinggi dan cantik sangat. Berbeza sikit muka dia di dalam televisyen dengan jumpa dia waktu live.

Memandangkan sekarang ni, koleksi baju raya 2012 keluaran eksklusif Radzuan Radziwill boleh didapati dekat PopLook dengan harga yang berpatutan di antara RM119.00 hingga RM179.00 (untuk sesiapa yang tak mengenali PopLook, korang boleh baca dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/thepoplookcom.html). I cepat-cepat ambil peluang untuk dapatkan baju ni. Dahsyat tau korang, bila PopLook buat announcement  dekat Facebook pasal kewujudan update baju raya daripada Radzuan Radziwill. Dalam masa dua jam, status out of stock dah memenuhi untuk kesemua baju keluaran Radzuan Radziwill (mak aihh... ikutkan i nak baju warna merah Rita Knit Maxi Dress RM179.00, tapi dah habis pulak. Huhuhu). Jadi, i pilih Remy Knit Maxi Dress - Fuchsia RM179.00. Selepas buat tempahan dan bayaran melalui online, dua hari kemudian baju yang i nanti-nantikan pun muncul dekat rumah. Punyalah i teruja waktu tu, balik je kerja cepat-cepat sarung baju ni nak cuba. Tapi... Alahai korang, i tak tahu nak cakap macam mana. Selama bershopping dekat PopLook, inilah kali pertama i rasa frust dan sedih sangat dengan baju yang i terima. I rasa nilai RM179.00 untuk baju ni tak berbaloi dengan apa yang i dapat. Baju chiffon yang cuma berharga RM76.00 siap dengan layer bahagian dalam tu pun lagik cantik tau. Tak tahulah, kalau batu 'permata' rekaan Radzuan Radziwill yang tertepek dekat bahagian dada tu je dah ambil kos sampai RM100.00 (ok, i marah ni... i marah ni... hehehe).

Apa yang i nak komen a.k.a complain ialah material (knitted cottony) untuk baju ni memang nampak murah (kalau pergi majlis rumah terbuka / open house dekat hotel pun kena fikir 5, 6 kali, patut ke tak pakai baju ni). Saiz UK 8 hingga 12 memang cukup besar dan 'gedoboh' walaupun untuk i yang berketinggian 162cm (5 kaki 4 inci). Paling tak best, korang kena pakai baju ni bersama-sama dengan inner sebab baju ni memang jarang bila di bawah pancaran matahari (haishh...) Tak sampai pun 12 jam baju ni berada dalam simpanan, lepas tu i dah pos balik semula dekat PopLook (good bye. Bye-bye!). Tak pasal-pasal i kerugian hampir RM10.00 dari harga pembelian baju dan RM6.00 untuk kos pos laju (hah... yang ni hubby i tanggung. Kihkihkih).

Kesimpulannya, tak perlulah korang letakkan higher expectation (harapan yang tinggi) untuk mana-mana hasil baju keluaran Radzuan Radziwill yang berharga RM250.00 ke bawah. Sebab hasil yang korang dapat takkan sama dengan harga baju Radzuan Radziwill yang cecah ribu-ribu. Jadilah pembeli yang bijak sebab kadang-kadang dengan baju harga murah pun (tak sampai RM100.00), kalau korang terror gayakan boleh nampak macam beratus-ratus. Daripada beli baju dengan harga ratus-ratus, bila digayakan macam nampak cuma harga puluh-puluh ringgit je. Hehehe...

Ok, lepas ni i nak cerita dekat korang pasal baju keluaran Jovian Mandagie pulak. Agak-agak korang apa komen complain i? Jeng-jeng-jeng... tunggu. Hehehe...

KEMASKINI / UPDATE TERBARU :
Entry Jovian Mandagie, dah boleh baca dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/jovian-mandagie.html





Cantik yang tak serupa bikin. Menci-menci-menci.

p/s : lawatan ke 'rumah' korang akan dijalankan secara berperingkat. Terima kasih untuk komen korang. Sorry sangat kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu kehadiran i (nanti i datang k), makin nak raya ni makin sibuk pulak dengan kerja pejabat. Tolong nasihatkan sikit bos i. Hahaha!